Rawatan Alternatif Penyakit Autoimun

Rawatan Alternatif Penyakit Autoimun Saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan saya mengenai RAWATAN ALTERNATIF PENYAKIT AUTOIMUN m

06/01/2023

❤ Resepi Puding Sagu Gula Melaka ❤

Bahan-bahan :

Sagu Merah

1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
5 titik sirap ros

Sagu Hijau

1 cawan sagu
3 cawan air
1/2 cawan gula
setitik perisa pandan
sedikit pewarna hijau

Sirap Gula Melaka

2 ketul Gula Melaka
1 cawan air
sedikit daun pandan

Santan Lemak Manis

3 cawan santan
sedikit garam sedikit
daun pandan

Cara- cara :

Sagu Merah

1. Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan sirap.

2. Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.

3. Masukkan gula. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan ke dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.

Sagu Hijau

1. Basuh sagu.Toskan.Didihkan sagu bersama air hingga mendidih. Titikkan pewarna hijau dan perisa pandan.

2. Kacau sehingga sagu kembang dan menjadi jernih. Proses ini mengambil sedikit masa. Jika sagu masih belum jernih dan airnya telah kering, tambahkan sedikit demi sedikit air lagi sehingga ia menjadi jernih.

3. Masukkan gula. Kacau rata.

4. Kemudian masukkan dalam acuan dan biarkan ianya mengeras dan sejuk.

Sirap Gula Melaka

1. Cairkan gula melaka dan air bersama2 daun pandan di atas dapur.

2. Kacau hingga semua gula melaka hancur. Tutup api.sejukkan pada suhu bilik

3. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk

Santan Lemak Manis

1. Didihkan santan,daun pandan dan sedikit garam.

2. Kacau sentiasa untuk mengelakkan ianya pecah minyak dan berketul-ketul.Tutup api.sejukkan pada suhu bilik.

3. Masukkan dalam peti sejuk untuk menghidangkannya... masukkan sagu + air gula melaka + santan ke dalam cawan.

~ lagi best kalau makan time sejuk2.

01/04/2021

ARTIKEL : BAGAIMANA VITAMIN & MINERAL BOLEH MEMBANTU PESAKIT AUTOIMUN

Baca artikel ini, dengan "berfikir diluar kotak" (think out of the box).

Untuk memudahkan pemahanan anda, saya akan buat penerangan dalam format "soal & jawab".

Q1: APAKAN BAHAGIAN @ ORGAN @ SEL DALAM BADAN PESAKIT AUTOIMUN YANG BIASANYA BERMASALAH, YANG MENYEBABKAN PENYAKIT AUTOIMUN?

Kalau anda sebelum pada ini tidak tahu jawabannya, bermakna anda kurang teliti dengan pemahaman penyakit autoimun.
Jawabannya adalah: SEL SISTEM PERTAHANAN (SSP) pesakit tersebut, atau dikenali dengan sel berkaitan sistem imuniti badan yang bermasalah.
Sel tersebut boleh dianggap seperti tentera pertahanan di dalam badan kita.

Fungsi Sel Sistem Pertahanan (SSP), antara peranannya, adalah menyerang dan membunuh kuman dan virus yang masuk dalam badan kita.

PUNCA penyakit autoimun adalah kerana SEBAHAGIAN dari Sel Sistem Pertahanan (SSP) beliau telah menjadi "gila" @ tidak normal.

Oleh kerana ada sel SSP pesakit autoimun yang sudah "gila" @ tak normal, maka sel tersebut menyerang organ badan pesakit itu sendiri.

Q2: KENAPA SEL TERSEBUT MENJADI "GILA" @ TIDAK NORMAL?

Biasanya inilah soalan pertama yang pesakit autoimun akan tanya setelah dia dikesan ada penyakit tersebut.

Pada asasnya, dunia perubatan tidak tahu sebab khusus kenapa sesuatu sel SSP boleh berubah menjadi "gila" @ tidak normal.
Mereka memberi beberapa sebab, dan anda boleh google untuk tahu kajian dan pendapat mereka.

Disini anda kena berfikir diluar kotak. Walau apapun apa pendapat dalam dunai perubatan, apa yang pasti adalah 'untuk setiap sel dalam badan kita menjadi atau membentuk satu sel yang sihat dan normal, setiap sel dalam badan kita perlukan sumber Vitamin & Mineral yang cukup setiap hari'. Seperti mana kita, manusia, juga kena makan setiap hari, begitu juga dengan setiap sel dalam badan kita perlukan sumber Vitamin & Mineral yang cukup setiap hari sebagai makanan dia.

Bayangkan kalau sel-sel tersebut tidak dapat makanan, iaitu Vitamin & Mineral, yang cukup setiap hari, selama bertahun-tahun, dan ditambah dengan faktor yang dinyatakan dalam kajian perubatan, maka apa akan terjadi dengan sel tersebut!!

Bayangkan kalau kita manusia tidak dapat makanan yang cukup dalam tempoh yang lama, bermungkinan kita juga boleh jadi gila. Begitu juga dengan sel, kalau dia tidak dapat makanan yang cukup, bermungkingan juga sesuatu sel dan GENERASI SEL tersebut boleh jadi gila sebab tidak cukup makanan. Cuba anda berfikir diluar kotak.

Satu lagi tugas sel SSP adalah memusnahkan sel-sel yang tidak normal @ sel 'gila'. Untuk sel SSP itu pergi berperang dengan sel gila, kita kena pastikan Sel SPP atau tentera kita mesti mempunyai kekuatan dan tenaga yang cukup. Maka untuk sel SPP menjadi kuat dan bertenaga, kita kena bekalkan mereka makanan dari sumber Vitamin & Mineral yang cukup setiap hari.
Bayang kalau kita hantar tentera yang lemah dan lembik pergi berperang, macam mana ia hendak menang peperangan melawan sel "gila" @ tak normal.

KESIMP**AN: Jadi, secara ringkasnya, sel kita berkemungkinan boleh jadi "gila" @ tak normal, kerana sel tersebut tidak mendapat bekalan Vitamin & Mineral yang cukup untuk tempoh masa yang lama dan ditambah dengan faktor yang dinyatakan dalam kajian perubatan.

Q3: BERAPA BANYAK VITAMIN & MINERAL YANG SETIAP SEL DALAM BADAN MITA (TERMASUK SEL SSP) PERLUKAN SETIAP HARI?

Untuk tahu jumlah sukatan Vitamin & Mineral yang diperlukan setiap sel setiap hari, amatlah mudah. Kita hanya perlu rujuk sukatan makanan Pinggan Sihat Malaysia ( ) yang dikeluarkan oleh Kementeriam Kesihatan Malaysia.

Itu adalah sukatan makanan yang perlu diambil oleh SETIAP orang, SEBANYAK 3 KALI SETIAP HARI, samada anda SIHAT atau DALAM APA KEADAAN SAKIT pun. Bahagian yang paling penting adalah setengah pinggan Sayuran & Buahan.
Sayuran & Buahan adalah sumber Vitamin & Mineral, yang menjadi sumber makanan setiap sel dalam badan kita untuk ia menjadi sel yang sihat dan normal.

KESIMP**AN: Kalau kurangnya ikut sukatan , bermaksud bekalan Vitamin & Mineral ke setiap sel dalam badan kita tidak cukup.

Q4: BAGAIMANA CARA UBAT YANG DOKTOR BERI BEKERJA ATAU BERFUNGSI?

Rawatan ubat hospital ada 2 peringkat.

Peringkat 1:
Ubat yang doktor beri (steroid) hanya MERAWAT SIMPTOM penyakit tersebut, tetapi sel SSP yang gila itu masih tetap menyerang organ Pesakit. Ubat itu bukan merawat punca penyakit autoimun tersebut.
Ubat tersebut tidak menghentikan serangan sel SSP yang gila tersebut terhadap organ badan anda.

Peringkat 2:
Ubat yang doktor beri hanya bertujuan untuk melemahkan kekuatan KESELURUHAN SEL SISTEM PERTAHANAN Pesakit, supaya serangan sel gila tersebut, terhadap organ anda, tidak akan memberi kesan yang teruk.
Ubat tersebut bukan untuk menghentikan serangan sel gila tersebut.

NOTA PENTING: Tiada ubat hospital yang fungsinya baiki (repair) sel yang "gila" @ tak normal supaya menjadi normal semula.

Q5: JADI APA ALTERNATIF ANDA..??

Cuba berfikir diluar kotak, kalau ada ubat atau makanan atau Vitamin & Mineral yang boleh baiki sel SSP yang "gila" @ tidak normal itu, menjadi normal semula, maka penyakit autoimun anda akan hilang.

Q6: BOLEHKAH MENGGUNAKAN MAKANAN ATAU VITAMIN & MINERAL UNTUK MEMBAIKI SEL YANG TIDAK SIHAT ATAU TIDAK NORMAL TERSEBUT, MENJADI SEL YANG SIHAT SEMULA?

Kalau anda tanya mana-mana doktor perubatan atau ahli farmasi, mereka akan menyatakan bahawa Vitamin & Mineral tidak boleh merawat sakit termasuk penyakit autoimun.

Tetapi apa yang pasti, untuk setiap sel SSP menjadi sel yang sihat & normal, setiap sel SSP tersebut perlukan bekalan Vitamin & Mineral yang cukup setiap hari. Fakta ini anda boleh sahkan dengan man-mana doktor perubatan.

Doktor tidak akan mengatakan bahawa Pesakit autoimun perlu kurangkan makan Sayuran & Buahan atau perlu kurangkan bekalan Vitamin & Mineral. Mereka akan nasihatkan lagi suruh banyakan lagi makan Sayuran & Buahan

Q7: APAKAH BEZA AMBIL VITAMIN & MINERAL DARI SUMBER SAYURAN & BUAHAN DAN AMBIL VITAMIN & MINERAL DARI SUMBER TABLET (IE. SUPPLEMEN)?

Ini adalah konsep penting yang anda kena fahami: Vitamin & Mineral adalah makanan. Anda makan Sayuran & Buahan, bermakna anda makan Vitamin & MIneral. Kalau anda tidak mampu CUKUPKAN bekalan Vitamin & Mineral dari sumber Sayuran & Buahan, maka anda boleh cukupkan dengan dapatkan Vitamin & Mineral dari sumber tablet yang berkualiti tinggi.

Vitamin & Mineral BUKAN UBAT, ia adalah makanan yang kita makan setiap hari. Anda boleh dapatkan Vitamin & Mineral dari sumber Sayuran & Buahan atau dari sumber tablet (ie supplemen). Vitamin & Mineral dari kedua-dua sumber sama fungsinya.

Contohnya, vitamin C dari sumber limau adalah sama dengan vitamin C dari sumber tablet. Begitu juga kalsium dari sumber susu adalah sama dengan kalsium dari sumber tablet yang berkualiti tinggi.

PILIHAN adalah di tangan anda untuk anda CUKUPKAN Vitamin & Mineral untuk badan anda dari sumber Sayuran & Buahan atau dari sumber tablet (ie. supplemen)

Q8: APA BEZA ANTARA SUPPLEMEN VITAMIN & MINERAL DENGAN SUPPLEMEN HERBAL?

Bila kita berjumpa Doktor, antara nasihat yang Doktor beri adalah untuk kita makan MAKANAN BERKHASIAT. Doktor tidak surah kita cari Herbal. Maksud MAKANAN BERKHASIAT adalah makanan yang mengandungi Vitamin & Mimeral, antaranya Vitamin A, Vitamin B, Vitamin C, mineral Kalsium, mineral Iron dan lain-lain lagi yang diperlukan oleh setiap sel dalam badan kita.

Kalau kita tidak mampu CUKUPKAN semua jenis Vitamin & Mineral ini dari Sayuran & Buahan, kita boleh dapatkan Vitamin & Mineral ini dari sumber tablet (ie supplemen). Yang penting, setiap sel dalam badan kita memerlukan Vitamin & Mineral ini untuk sel kita (twrmasuk sel SSP) menjadi sel yang sihat dan normal.

Q9: BERAPA LAMA SAYA KENA MENGAMALKAN VITAMIN & MINERAL YANG DICADANGKAN?

Dari pengalaman Dr Heliza yang saya dengar, Pesakit perlu amalkan Vitamin & Mineral yang dicadangkan paling kurang 8 bulan berterusan.

Q10: LEPAS PADA ITU, PERLUKAH SAYA MENGAMALKAN VITAMIN & MINERAL?

Anda boleh tanya diri anda sendiri, sampai bila anda kena makan Sayuran & Buahan!!
Jawabannya, sampai kita matikan...

Q11: KALAU PESAKIT AUTOIMUN TIDAK PERCAYA DENGAN KAEDAH RAWATAN INI, ADAKAH ADA PILIHAN LAIN?

Anda tiada pilihan lain, sebabnya setiap sel dalam badan anda tetap memerlukan sumber Vitamin & Mineral yang cukup setiap hari, samada dari sumber Sayuran & Buahan ( ), atau dari sumber supplemen tablet Vitamin & Mineral YANG BERKUALITI TINGGI.

Q12: PERLU UNTUK SAYA TERUSKAN MENGAMBIL UBAT HOSPITAL, KALAU SAYA AMALKAN SUPPLEMEN VITAMIN & MINERAL?

Saya jawab dengan pertanyaan, bila anda ambil ubat hospital, perlukah anda berhenti makan setengah pinggan Sayuran & Buahan?

Anda kena faham bahawa perlu meneruskan semua ubat yang Doktor beri. Kami tidak mencadang anda berhenti.

Q13: APABILA SAYA AMALKAN SUPPLEMEN YANG DICADANGKAN, ADAKAH SAYA AKAN AMBIL VITAMIN & MINERAL YANG BERLEBIHAN?

Dos yang dicadangkan pada botol supplemen Vitamin & Mineral adalah berdasarkan kajian jumlah yang diperlukan oleh setiap orang pada setiap hari. Maka tidak ada persoalan Vitamin & Mineral yang diambil adalah berlebihan.

Apa yang pastinya, kebanyakan orang tidak dapat sumber Vitamin & Mineral yang cukup dari sumber Sayuran & Buahan. Sebab itu diperlukan tambahan Vitamin & Mineral dari sumber tablet.

Q14: APAKAH JENIS VITAMIN & MINERAL YANG DIPERLUKAN OLEH PESAKIT AUTOIMUN?

Hendak tahu, kena hubungi saya dengan nombor di atas.

Saya juga boleh atur untuk anda bercakap dengan Dr Heliza.

Q15: CUKUPKAH PENERANGAN SAYA DI ATAS?

Saya cadangkan anda mantapkan lagi pemahanan berkenaan topik ini dengan melihat video-video yang dipostkan di dalam FB Page ini. Sebabnya ada lagi persoalan yang saya dapat terangkan hanya dalam bentuk video.

FAKTA 7:  #  KEPADA PESAKIT AUTOIMUN(CUBA ANDA BERFIKIR DILUAR KOTAK)KALAU ANDA HENDAK TAHU BAGAIMANA VITAMIN DAN MINERA...
15/03/2021

FAKTA 7: # KEPADA PESAKIT AUTOIMUN
(CUBA ANDA BERFIKIR DILUAR KOTAK)

KALAU ANDA HENDAK TAHU BAGAIMANA VITAMIN DAN MINERAL BOLEH MEMBANTU BADAN ANDA MERAWAT PENYAKIT AUTOIMUN, BOLEH HUBUNGI SAYA.

ATAU SAYA BOLEH ATUR UNTUK ANDA BERCAKAP DENGAN DOKTOR HELIZA.

SEMENTARA ITU ANDA BOLEH TENGOK PENERANGAN DR HELIZA DALAM VIDEO, LINK👇

Penerangan oleh Dr Heliza berkenaan bagaimana menggunakan VITAMIN DAN MINERAL membantu merawat penyakit kritikal.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:☎ wasap....

23/01/2021

FAKTA 6: # KEPADA PESAKIT AUTOIMUN
(CUBA ANDA BERFIKIR DILUAR KOTAK)

JADI, ATERNATIF YANG ADA, ANDA TERPAKSA MENGGUNAKAN MAKANAN (@ VITAMIN & MINERAL) UNTUK REPAIR SEL YANG TIDAK SIHAT ATAU TIDAK NORMAL TERSEBUT, MENJADI SEL YANG SIHAT SEMULA.

SEBABNYA PENTING UNTUK ANDA TAHU, BAHAWA SETIAP SEL DALAM BADAN KITA, UNTUK MENJADI SEL YANG SIHAT, IANYA PERLUKAN VITAMIN DAN MINERAL YANG CUKUP SETIAP HARI.

BEGITU JUGA, UNTUK SETIAP SEL DALAM BADAN KITA MELAWAN PENYAKIT YANG MENYERANG BADAN KITA ATAU YANG ADA DALAM BADAN KITA (TERMASUK PENYAKIT AUTOIMUN), SETIAP SEL DALAM BADAN KITA MEMERLUKAN VITAMIN DAN MINERAL YANG CUKUP SETIAP HARI.

SABAB ITU DOKTOR TAK KATA BAHAWA PESAKIT AUTOIMUN KENA KURANGKAN SUKATAN MAKANAN BERKHASIAT ¼¼½ SEBANYAK 3 KALI SETIAP HARI.

HENDAK FAHAMI KONSEP RAWATAN PENYAKIT MENGGUNAKAN VITAMIN & MINERAL, BOLEH HUBUNGI SAYA UNTUK DAPAT PENERANGAN LANJUT

23/01/2021

FAKTA 5: # KEPADA PESAKIT AUTOIMUN

CUBA ANDA BERFIKIR DILUAR KOTAK (THINK OUT OF THE BOX):

DARI SEGI LOGIKNYA, KALAU ADA UBAT ATAU MAKANAN YANG BOLEH BAIKI SEL SISTEM IMUN YANG GILA @ TIDAK NORMAL ITU, MENJADI NORMAL SEMULA, MAKA PENYAKIT AUTOIMUN ANDA AKAN HILANG, BETUL TAK??

MAKA ANDA KENA CARI ILMU PERUBATAN ALTERNATIF TERSEBUT...

SILA RUJUK PAGE SAYA...

23/01/2021

FAKTA 4: # KEPADA PESAKIT AUTOIMUN
(CUBA ANDA BERFIKIR DILUAR KOTAK)

BAGAIMANA P**A CARA UBAT YANG DOKTOR BERI BEKERJA ATAU BERFUNGSI??

RAWATAN UBAT HOSPITAL ADA 2 PERINGKAT.

PERINGKAT 1:
UBAT YANG DOKTOR BERI (STEROID) HANYA MERAWAT SIMPTOM PENYAKIT TERSEBUT, TETAPI SEL SISTEM IMUN YANG GILA ITU MASIH TETAP MENYERANG ORGAN ANDA.
UBAT TERSEBUT TIDAK MENGHENTIKAN SERANGAN SEL SISTEM IMUN YANG GILA TERSEBUT TERHADAP ORGAN BADAN ANDA.

PERINGKAT 2:
UBAT YANG DOKTOR BERI HANYA BERTUJUAN UNTUK MELEMAHKAN KEKUATAN SEL SISTEM IMUN, SUPAYA SERANGAN SEL GILA TERSEBUT, TERHADAP ORGAN ANDA, TIDAK AKAN MEMBERI KESAN YANG TERUK.
UBAT TERSEBUT BUKAN UNTUK MENGHENTIKAN SERANGAN SEL GILA TERSEBUT.

NOTA: TIADA UBAT HOSPITAL YG FUNGSINYA REPAIR SEL YG GILA @ TAK NORMAL SUPAYA MENJADI NORMAL SEMULA.

JADI APA ALTERNATIF ANDA..??

SILA RUJUK PAGE SAYA..

23/01/2021

FAKTA 3: # KEPADA PESAKIT AUTOIMUN
(CUBA ANDA BERFIKIR DILUAR KOTAK)

SEL SISTEM IMUN SEPATUTNYA MENYERANG DAN MEMBUNUH KUMAN DAN VIRUS YANG MASUK DALAM BADAN ANDA.

TETAPI OLEH KERANA SEL SISTEM IMUN ANDA SUDAH GILA @ TAK NORMAL, SEL SISTEM IMUN ANDA MENYERANG ORGAN BADAN ANDA SENDIRI.

JADI, APAKAH CARA ATAU RAWATAN YANG ANDA PERLU DAPATKAN UNTUK ANDA PASTIKAN SEL SISTEM IMUN ANDA MENJADI SIHAT SEMULA ATAU NORMAL SEMULA.

SILA RUJUK PAGE SAYA..

23/01/2021

FAKTA 2: # KEPADA PESAKIT AUTOIMUN
(CUBA ANDA BERFIKIR DILUAR KOTAK)

ADAKAH ANDA TAHU, PUNCA UTAMA PENYAKIT AUTOIMUN ADALAH KERANA SEL SISTEM IMUNISASI BADAN ANDA SUDAH GILA @ TIDAK NORMAL.

KENAPA SEL TERSEBUT MENJADI GILA ATAU TIDAK NORMAL??

SILA RUJUK PENERANGAN DALAM FB PAGE SAYA INI.

23/01/2021

FAKTA 1: # KEPADA PESAKIT AUTOIMUN
(CUBA ANDA BERFIKIR DILUAR KOTAK)

APAKAN BAHAGIAN @ ORGAN @ SEL DALAM BADAN ANDA YANG BIASANYA BERMASALAH, YANG MENYEBABKAN PENYAKIT AUTOIMUN??

HENDAK TAHU JAWABAN, SILA KE PAGE SAYA...

23/01/2021

INTRO

Saya create page ni untuk perkongsian pengalaman dan pengetahuan saya mengenai merawat PENYAKIT AUTOIMUN melalui penggunaan VITAMIN DAN MINERAL.

Rujukan saya adalah DR HELIZA. Beliau merupakan seorang doktor perubatan, dan bekerja di Klinik Pakar Mata UIA, Kuantan. Beliau juga merupakan juga pengamal NATURAL PRACTITIONER dan NUTRITIONAL MEDICINE untuk keluarga dan kenalan beliau. (Maksudnya, beliau MENGGUNAKAN VITAMIN DAN MINERAL UNTUK MERAWAT PENYAKIT).
Saya boleh aturkan untuk sesiapa yang berminat untuk berhubung terus dengan beliau untuk mendapat nasihat.

Jika berminat untuk merawat PENYAKIT AUTOIMUN menggunakan cara RAWATAN ALTERNATIF menggunakan VITAMIN DAN MINERAL, boleh hubungi saya.

ROSE HANITA

NOTA PENTING: Sila baca semua fakta yang dinyatakan di dalam PAGE ini MENGIKUT SUSUNAN FAKTA.

Address

No 43, Lrg Sekilau 19, Jalan Lim Hoe Lek
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rawatan Alternatif Penyakit Autoimun posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram