19/11/2020
NAK DIET !!
TAPI SUSAH NAK KAWAL NAFSU MAKAN ??
Jom kami share tips untuk atasi masalah ini!
1- Kurangkan pengambilan gula rinkas
Contoh gula ringkas ialah gula pasir, minuman berkarbonat, madu, kek, ais krim dan juga beberapa manisan pencuci mulut.
Ia merupakan gula yang cepat di cerna . Sebaik sahaja dimakan atau diminum, ia akan diserap ke dalam darah dengan pantas. Ini menyebabkan anda kembali lapar dengan cepat.
2- Wajib sarapan pagi
Ramai yang abaikan sarapan pagi. Pentingnya sarapan pagi keranan ia membantu untuk kekal bertenaga. Ia juga membantu anda untuk kawal selera makan untuk waktu makan tengahhari.
3- Lebihkan makanan berserat tinggi
Makanan berserat tinggi di cerna oleh sistem penghadaman secara perlahan lahan. Maka, anda akan rasa kenyang lebih lama. Contoh makanan berserat ialah sayur dan buah-buahan. Jadi anda amatlah disarankan untuk Makan sebiji buah dahulu sebelum makan makanan berat untuk membantu anda kenyang lebih awal