Dr Rashidah Abd Rahman - Ketua Wanita Berjasa Pahang

Dr Rashidah Abd Rahman - Ketua Wanita Berjasa Pahang Ketua Wanita Berjasa Pahang

24/03/2023
Ahad 4 Disember 2022.Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menziarahi Puan M dan suaminya Encik A dari PAKR Pandan....
04/12/2022

Ahad 4 Disember 2022.

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menziarahi Puan M dan suaminya Encik A dari PAKR Pandan. Puan M, 30 tahun merupakan surirumah sepenuh masa dan mempunyai 4 orang cahaya mata. Manakala suaminya p**a Encik A, 35 tahun bekerja sebagai pengawal keselamatan di KRT IM 14.

Saya sempat mendengar luahan hati pasangan muda ini mengadu nasib akan bebanan kos sara hidup yang makin meningkat menghimpit kehidupan mereka sekeluarga.

Maka saya wakil daripada BERJASA menyampaikan sedikit bantuan makanan kering dan pakaian untuk Puan M dan anak-anak bagi meringankan beban yang ditanggung Puan M sekeluarga.


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JENTERA PARTI.Alhamdulillah, berkesempatan meraikan jentera parti Berjasa untuk PRU 15 malam t...
03/12/2022

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA JENTERA PARTI.

Alhamdulillah, berkesempatan meraikan jentera parti Berjasa untuk PRU 15 malam tadi di Hotel Shahzan. Terharu melihat kehadiran semua jentera parti yang telah bertungkus lumus bekerja siang dan malam sepanjang sebelum dan sepanjang kempen PRU 15.

Saya berdoa semoga Allah Taa'la mengganjari usaha mereka. Kami sememangnya masih belum menang, tetapi melihat apa yang berlaku dalam senario politik Malaysia pasca PRU 15 membuatkan kami lebih yakin Berjasa akan menjadi parti yang lebih relevan selepas ini.

Sungguh kita sudah muak dengan lakon layar ahli politik yang terus memperbodohkan rakyat. Pengumuman barisan kabinet malam tadi menyaksikan sekali lagi ahli politik tidak menghiraukan 'jeritan' rakyat yang mahukan barisan kepimpinan yang bersih, berintegriti dan mampu memberi fokus kepada membangunkan negara, bukan sibuk dengan jadual hadir le mahkamah.

Berjasa beriltizam untuk terus bekerja agar rakyat memahami dan akhirnya menyokong perjuangan kami. Kami tidak akan berhenti disini.





AKAN TERUS BERKHIDMAT. PRU 15 telah melabuhkan tirai, keputusan pilihanraya telah diketahui dan Perdana Menteri ke 10 ju...
25/11/2022

AKAN TERUS BERKHIDMAT.

PRU 15 telah melabuhkan tirai, keputusan pilihanraya telah diketahui dan Perdana Menteri ke 10 juga telah mengangkat sumpah semalam. Tahniah diucapkan kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Saya berharap semua ahli DUN mahupun ahli Parlimen yang telah memenangi PRU15 akan melaksanakan tugas dan amanah rakyat dengan sebaiknya.

Saya dan parti Berjasa juga akan terus bekerja untuk rakyat dengan kapasiti yang ada, dan sentiasa akan menjadi pihak 'semak dan imbang' kepada polisi-polisi kerajaan.

Pagi tadi berkesempatan membuat lawatan susulan kepada Puan N, wanita yang hilang punca pendapatan kerana sakit tulang belakang dan menyampaikan bantuan wang tunai dan barang keperluan kepada beliau sekeluarga. Semoga Allah memberi kesembuhan kepada beliau.


Selamat menjalankan tugas PM ke 10 Malaysia.
24/11/2022

Selamat menjalankan tugas PM ke 10 Malaysia.

π’π„π‹π€πŒπ€π“ ππ„πŠπ„π‘π‰π€ πƒπ€π“πŽ' π’π„π‘πˆ π‡π€π‰πˆ 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐍 πˆππ‘π€π‡πˆπŒ

Menjunjung kasih kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah atas perkenan dan kebijaksanaan menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara.

Selamat bekerja buat Dato’ Seri Hj. Anwar bin Ibrahim yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini.

Parti BERJASA dan seluruh rakyat berharap agar lantikan ini dapat memberi fokus kepada agenda rakyat dan nasional khususnya dalam memastikan survival Melayu Islam dan bumiputera tetap terjamin sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

BERJASA juga akan terus memainkan peranan dalam memberi sumbang saran dan kritikan kepada kerajaan baru yang diketuai Dato' Seri Haji Anwar Ibrahim demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

Demi kesejahteraan Malaysia.
24/11/2022

Demi kesejahteraan Malaysia.

𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀 πŒπ„ππ˜πŽπŠπŽππ† π“πˆπ“π€π‡ π˜π€ππ† πƒπˆ-𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐀𝐍 π€π†πŽππ† π”ππ“π”πŠ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍

BERJASA menyokong secara penuh titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan untuk dibentuk satu kerajaan perpaduan bagi menyelesaikan polemik negara kita ini.

Hal ini bermakna dua parti dengan majoriti terbesar iaitu Pakatan Harapan (PH) dengan 82 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dengan 73 kerusi perlu bergabung membentuk sebuah kerajaan dengan melibatkan 30 ahli Parlimen daripada Barisan Nasional turut serta sekali.

Setiap parti ini perlu membuang ego masing-masing untuk kesejahteraan negara kita. Atas dasar menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, semua parti sepatutnya menuruti titah tersebut.

Bukan itu sahaja malahan negara kita memerlukan kerajaan yang kukuh untuk membentang belanjawan bagi tahun hadapan. Kerisauan berkenaan perkara ini patut diutamakan kerana negara memerlukan sebuah kerajaan untuk beroperasi dalam soal ekonomi, keselamatan, pendidikan dan pentadbiran.

BERJASA mengharapkan sengketa politik dapat diselesaikan dengan segera bagi menyiapkan negara kita yang akan berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi global pada 2023 nanti.

Ustaz Zamani Ibrahim
Presiden BERJASA

22/11/2022

Wanita Berjasa mengucapkan tahniah kepada 32 orang ahli parlimen wanita yang berjaya memenangi kerusi parlimen pada pru15 ini.

Wanita mempunyai peranan dalam membangunkan negara serta memberi kesan besar kepada pendidikan generasi masa depan.

Justeru kami menyeru para ahli parlimen wanita yang terpilih ini untuk mereka berperanan menyuarakan isu wanita serta pembinaan generasi dan memupuk perpaduan antara kaum dengan menjunjung kedudukan Islam dan bumiputera seperti termaktub dalam perlembagaan.

Segala agenda asing yang menggugat perpaduan antara agama, kaum serta melunturkan ketaatan kepada tanahair, sewajarnya ditolak.

Semoga Malaysia terus kekal merdeka dan berdaulat.

Dr. Hjh. Fadilah Ashari
Ketua Wanita BERJASA

Terima kasih kepada semua. InsyaAllah saya akan terus berbakti dan berjasa kepada masyarakat demi Malaysia yang unggul.
20/11/2022

Terima kasih kepada semua. InsyaAllah saya akan terus berbakti dan berjasa kepada masyarakat demi Malaysia yang unggul.

HARI PENTING UNTUK SEMUA.Selamat mengundi kepada semua. Tunaikanlah hak mengundi kita dengan sebaiknya.                 ...
19/11/2022

HARI PENTING UNTUK SEMUA.

Selamat mengundi kepada semua. Tunaikanlah hak mengundi kita dengan sebaiknya.










18/11/2022

Manifesto saya yang kedua.










18/11/2022

Manifesto saya yang pertama.










Semoga Allah membuka hati para pengundi untuk memilih calon-calon logo Pejuang esok hari. Pangkah Calon No 4 untuk DUN S...
18/11/2022

Semoga Allah membuka hati para pengundi untuk memilih calon-calon logo Pejuang esok hari.

Pangkah Calon No 4 untuk DUN Semambu
Dr Rashidah Abd Rahman










Address

Indera Mahkota
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Rashidah Abd Rahman - Ketua Wanita Berjasa Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram