Liyana Optometry Kuantan

Liyana Optometry Kuantan Pusat Optometris yang menawarkan pemeriksaan penglihatan dan kesihatan mata yang professional oleh graduan optometri UIAM dan UiTM.

Kami turut menawarkan pelbagai rangkaian jenama bingkai cermin mata dan kanta pada harga yang berpatutan.

✨ “Elegance that speaks for itself.” ✨Liyana Optometry merupakan authorized reseller bagi koleksi eksklusif Swarovski Ey...
03/04/2026

✨ “Elegance that speaks for itself.” ✨

Liyana Optometry merupakan authorized reseller bagi koleksi eksklusif Swarovski Eyewear.

Rangkaian ini bukan sekadar aksesori, tetapi simbol gaya hidup mewah yang mampu menyerlahkan personaliti unik anda.

🔹 Rekaan elegan dengan sentuhan kristal ikonik Swarovski.

🔹 Moden & Sophisticated; sesuai untuk setiap acara dari formal dan santai casual.

🔹 Cerminan personaliti – dari anggun hingga berani.
Dengan setiap bingkai, anda bukan sahaja melengkapkan penampilan, tetapi juga menonjolkan keyakinan diri yang memikat.

📍 Dapatkan koleksi ini di Liyana Optometry dan biarkan mata anda berbicara dengan penuh pesona!

02/04/2026

Pening teruk pakai cermin mata online sebab power salah!! 😰😓

‼️ Ramai anggap power cek mata digital dengan “komputer” (mesin autorefractor) boleh digunakan untuk buat cermin mata baru.

❌SALAH❌

• Power digital sangat dipengaruhi oleh keadaan otot mata dan struktur permukaan depan mata.

• Ralat besar boleh berlaku jika mata dalam keadaan penat, atau otot mata sangat aktif (kanak-kanak/ terlalu banyak fokus jarak dekat).

• Permukaan depan mata yang kasar/ tidak smooth akibat mata kering, calar pada kornea atau kehadiran selaput asing pada depan mata boleh menghasilkan nilai power silau palsu.

✅ Pastikan cek mata dengan Optometris bertauliah. Preskripsi sah hanya melalui ujian refraksi manual.

✅ Ralat power yang teruk boleh menyebabkan masalah lain seperti sakit kepala, senak mata dan JULING!

📲 Klik link di bio untuk slot temujanji pemeriksaan mata bersama Optometris bertauliah kami!

02/04/2026

Kate Spade x Multifokal Premium Anateo Transitions Night Enhancement Coating Technology ✨

• Multifokal yang mempunyai keluasan “clear zone” yang lebih besar berbanding teknologi lama.

• Perubahan power rabun jauh dan dekat lebih smooth, bantu mata untuk serasi dengan lebih cepat.

• Fungsi Transitions dan Night Coating; bantu kurangkan masalah SILAU SIANG & MALAM.

• Teknologi coating baru yang lebih licin; susah kotor dan mudah dibersihkan.

✨✨✨✨✨✨

Liyana Optometry merupakan reseller Kate Spade yang sah, hanya koleksi yang dijamin original. Setiap pembelian mempunyai waranti kualiti selama satu tahun (factory defect).

👁 PERCUMA pemeriksaan kesihatan mata oleh Optometris berdaftar KKM, termasuk saringan penyakit saraf mata apabila menempah cermin mata (Yuran asal adalah RM 150).

📲 Hubungi kami untuk temujanji. Klik link di bio !

01/04/2026

✨Swarovski New Arrival✨

Liyana Optometry merupakan authorized reseller Swarovski Eyewear; dibawah Luxottica Malaysia.

Dapatkan koleksi baru Swarovski dengan vibe yang lebih fresh dan trendy! Box dia pun lawa giler tau!! ✨

PERCUMA pemeriksaan kesihatan mata oleh Optometris bertauliah apabila menempah cermin mata baru; merangkumi saringan kesihatan saraf mata.

📲 Hubungi team kami untuk temujanji. Link di bio 👁

Kongsi repost tanda sokongan.
01/04/2026

Kongsi repost tanda sokongan.

Justice For Amirul Hafiz Omar.

Ada kematian yang terlalu kejam untuk dipanggil sekadar kemalangan.

Seorang suami keluar rumah.
Seorang ayah keluar untuk urusan kecil.

Tetapi semuanya dirampas dalam beberapa saat sahaja, bila nyawa orang tidak berdosa dihentam oleh pemandu yang memilih untuk mabuk dan masih berani memegang stereng.

Yang pergi itu bukan sekadar nama.

Itu Amirul Hafiz Omar.

Seorang pencari rezeki.
Seorang ayah kepada anak-anak yang masih kecil.
Satu keluarga kini dipaksa belajar hidup dengan lompong yang tidak akan tertutup sampai bila-bila. 

Paling menyayat hati, mangsa bukan sedang mencari masalah. Beliau hanya meneruskan hidup seperti biasa. Tetapi dalam negara ini, orang baik pun boleh mati di jalan raya hanya kerana ada manusia lain yang mabuk, hilang pertimbangan,

Kita sudah terlalu lama lembut dengan pemandu mabuk.

Setiap kali tragedi berlaku, kita marah.
Setiap kali ada keluarga menangis, kita bersimpati.Kemudian beberapa minggu berlalu, semuanya senyap semula.

Sampai ada lagi mayat baru, ada lagi anak hilang ayah, ada lagi ibu hilang anak.

Ini bukan lagi isu individu semata-mata.
Ini isu keselamatan awam.
Ini isu kegagalan sistem mencegah sebelum nyawa melayang.

Kalau pemandu mabuk masih boleh membunuh orang di jalan raya, maknanya masih ada ruang besar yang belum diperketat.

Penguatkuasaan mesti lebih keras.
Sekatan mesti lebih tegas.
Pampasan untuk keluarga mangsa mesti lebih adil.
Dan hukuman mesti cukup berat sampai orang benar-benar takut untuk ulangi. 

Jangan panggil ini kemalangan kalau ia bermula dengan pilihan sedar untuk minum, mabuk, dan memandu.

Kepada keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Omar, rakyat melihat tangisan kalian.
Rakyat faham marah kalian.
Dan rakyat juga berhak bersuara bersama kalian.

Justice for Amirul Hafiz Omar.
Justice for every innocent victim of drunk driving.
Kerana orang yang tidak bersalah tidak patut mati hanya kerana orang lain memilih untuk mabuk.

Salam Orang Kuantan! Nak buat cermin mata baru? Nak cek mata?Ruangan mesra keluarga, dengan servis lengkap saringan kesi...
30/03/2026

Salam Orang Kuantan! Nak buat cermin mata baru? Nak cek mata?

Ruangan mesra keluarga, dengan servis lengkap saringan kesihatan mata.

1. Optometris berdaftar KKM (Graduan UIAM & UiTM)

2. Saringan Katarak dan Penyakit Anterior Mata.

3. Saringan kualiti air mata (Dry Eye Syndrome)

4. Pemeriksaan Saraf Mata (terutama bagi pesakit Kencing Manis & Darah Tinggi)

5. Program Kawalan Rabun Jauh Kanak-Kanak; teknologi H A L T membantu memperlahankan kenaikan power rabun.

6. Pilihan kanta berteknologi tinggi: Multifokal AI, Office Lens, Antifatigue Lens, Transitions Polarized dan banyak lagi.

7. Ruang menunggu mesra keluarga, bilik TV dan ruang kanak-kanak bermain disediakan.

📲 Hubungi kami untuk temujanji https://linktr.ee/liyanaoptometry

30/03/2026

Jemput masuk ✨

Salam Aidilfitri ✨Liyana Optometry akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Mac 2026 pada jam 1030pg sehingga 630pt...
24/03/2026

Salam Aidilfitri ✨

Liyana Optometry akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Mac 2026 pada jam 1030pg sehingga 630ptg.

Jom dapatkan cermin mata baru untuk majlis-majlis penting sepanjang Syawal ini!

Selamat Hari Raya ✨ Liyana Optometry akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Mac 2026 (Khamis).
22/03/2026

Selamat Hari Raya ✨ Liyana Optometry akan kembali beroperasi seperti biasa pada 26 Mac 2026 (Khamis).

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga setiap langkah kita dipenuhi keberkatan ...
20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga setiap langkah kita dipenuhi keberkatan 🌙

Salam lebaran, moga diberi rezeki umur dan kesihatan untuk kita semua bertemu lagi Ramadhan akan datang. Maaf Zahir & Batin dari kami team Liyana Optometry ✨

Contact lens haram. Risiko BUTA!
19/03/2026

Contact lens haram. Risiko BUTA!

KUALA LUMPUR: The Medical Device Authority (MDA) will widen its enforcement net to target suppliers and wholesalers knowingly distributing unregistered contact lenses to retailers.

Address

B12 & B14, Ground Floor, Jalan IM 7/5, Bandar Indera Mahkota
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 10:30 - 18:30
Tuesday 10:30 - 18:30
Wednesday 10:30 - 18:30
Thursday 10:30 - 18:30
Friday 10:30 - 18:30
Saturday 10:30 - 18:30

Telephone

+60129158189

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Liyana Optometry Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Liyana Optometry Kuantan:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category