07/05/2021
𝗦𝗘𝗠𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗥𝗨 𝗟𝗔𝗜𝗟𝗔𝗧𝗨𝗟 𝗤𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗗𝗜 𝟭𝟬 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡
Sepuluh akhir Ramadhan merupakah kesempatan paling utama bagi umat islam untuk beribadah dan beramal soleh, hal itu dapat dilihat dari kesungguhan Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam di dalam memperlakukan 10 akhir Ramadhan.
Aisyah menceritakan betapa giatnya beliau beribadah di waktu tersebut, dia berkata:
كَانَ رسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَجْتَهِدُ فِي العَشْرِ الأوَاخِرِ مَا لا يَجْتَهِدُ في غَيْرِهِ
“Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersungguh-sungguh di dalam beribadah di sepuluh akhir Ramadhan tidak seperti hari-hari lainnya.” (HR. Muslim no. 1175)
Di waktu ini, Allah subhanahu wa ta’ala menjadikan salah satu malam-Nya (lailatul qadar) malam yang sangat utama untuk memperbanyakkan pahala.
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan” (QS. al-Qadar ayat 3)
Anas berkata: “Amal baik di malam lailatul qadar, sedekah, solat dan zakat lebih baik daripada seribu bulan.” (Al-Durr Al-Manthur hlm. 404)
Untuk mendapatkan lailaltul qadar itu, maka kita lebih semangat dalam beribadah dan beramal soleh seperti bangun malam, i’tikaf, baca quran, berdoa dan sebagainya. Berdasarkan riwayat yang sahih, malam lailaltul qadar jatuh pada malam ganjil di 10 akhir bulan Ramadhan.
Dari Aisyah bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda:
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ القَدْرِ فِي الوتْرِ مِنَ العَشْرِ الأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
“Carilah lailatul qadar pada malam ganjil di sepuluh akhir bulan Ramadhan.” (HR. Bukhari no. hadis: 2017)
Bahkan dalam hadis yang lain dinyatakan bahawa malam lailatul qadar boleh jatuh pada malam 25,27 dan 29. Berdasarkan riwayat Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda:
الْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي تَاسِعَةٍ تَبْقَى فِي سَابِعَةٍ تَبْقَى فِي خَامِسَةٍ تَبْقَى
“Carilah malam lailatul qadar di 10 akhir bulan Ramadhan iaitu pada malam 29, 27, 25.” (HR. Bukhari 2021)
Terdapat banyak riwayat yang berbeza tentang waktu jatuhnya malam lailatul qadar dan semua hadis yang menjelaskan tentangnya adalah sahih, maka dari itu sebaiknya kita jangan sampai meninggalkan 10 akhir malam Ramadhan agar malam itu tidak berlalu begitu sahaja, apatah lagi pada malam-malam ganjil yang telah disebutkan.
Adapun tanda-tanda malam lailatul qadar sahabat yang mulia Ubay bin Ka’ab berkata:
وَاللَّهِ الذي لا إلَهَ إلَّا هُوَ إنَّهَا لَفِي رَمَضَانَ يَحْلِفُ ما يَسْتَثْنِي وَوَاللَّهِ إنِّي لأَعْلَمُ أَيُّ لَيْلَةٍ هي. هي اللَّيْلَةُ الَّتي أَمَرَنَا بهَا رَسولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلَّمَ بقِيَامِهَا هي لَيْلَةُ صَبِيحَةِ سَبْعٍ وَعِشْرِينَ وَأَمَارَتُهَا أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ في صَبِيحَةِ يَومِهَا بَيْضَاءَ لا شُعَاعَ لَهَا
“Demi Allah yang tiada tuhan melainkan Dia. Sesungguhnya ia terjadi di bulan Ramadhan. Dan demi Allah sesungguhnya aku mengetahui malam itu. Ia adalah malam yang Rasulullah memerintahkan kami untuk qiyamullail, iaitu malam kedua puluh tujuh. Dan sebagai tandanya adalah pada pagi harinya matahari terbit dengan cahaya putih yang tidak bersinar-sinar menyilaukan.” (HR. Muslim no. 762).
𝗔𝗡𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗞𝗘𝗨𝗔𝗧𝗔𝗠𝗔𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗜𝗟𝗔𝗧𝗨𝗟 𝗤𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗜𝗔𝗜𝗧𝗨
1. Lailatul qadar adalah malam diturunkannya al-Qur’an dalam satu bentuk sekaligus.
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ.
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.” (QS. al-Qadar ayat 1)
Ibn Abbas dan lainnya berkata: “Allah subhanahu wa ta’ala menurunkan Al-Qur’an dalam satu bentuk sekaligus dari Lauhil Mahfuz ke Baitul Izzah di langit yang pertama, kemudian diturunkan secara bertahap sesuai dengan kejadian selama 23 tahun kepada Rasulullah sallallahu alaih wa sallam. (Lihat selengkapnya dalam Tafsir Ibn Kasir)
2. Lailatul qadar malam penuh dengan keberkatan
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ ۚ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ
“Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.” (QS. Ad-Dukhan Ayat 3)
Yang dimaksudkan malam yang diberkati di sini adalah malam lailatul qadar sebagaimana diceritakan oleh Qaatadah bahwa firman Allah “fi lailatin mubarakatin” adalah malam lailatul qadar (Lihat selengkapnya dalam Tafsir At-Thabari)
3. Lailatul qadar malam di tetapkannya segala urusan selama satu tahun
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ
“Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah.” (QS. Ad-Dukhan Ayat 4)
Mujahid berkata: Firman Allah “fiha yufraqu kullu amrin hakim” di malam lailatul qadar Allah subhanhu wa ta’ala menetapkan segala urusan yang berlaku selama setahun seperti kehidupan, kematian dan musibah.” (Lihat selengkapnya dalam Tafsir At-Thabari)
4. Ibadah di malam itu lebih baik dari pada ibadah seribu bulan
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan” (QS. al-Qadar ayat 3)
Kebanyakan ahli tafsir berkata bahawa yang dimaksudkan oleh ayat itu adalah amalan di malam lailatul qadar lebih baik daripada amalan selama 1000 bulan yang tidak ada lailatul qadar di dalamnya. (Lihat selangkapnya dalam Tafsir Al-Qurtubi)
5. Turunnya Jibril dan Malaikat dengan membawa keberkatan dan rahmat
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ
“Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.” (QS. al-Qadar ayat 4)
Imam Ibn Katsir di dalam menafsirkan ayat ini beliau berkata iaitu banyak malaikat yang turun di malam lailatul qadar disebabkan keberkatan malam itu dengan membawa rahmat dan keberkatan sebagaimana mereka turun ketika adanya bacaan al-Qur’an dan mengelilingi halaqah zikir.
6. Adanya keselamatan dan keamanan di malam itu hingga waktu pagi
Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:
سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. al-Qadar ayat 5)
Dari Mujahid firman Allah subhanahu wa ta’ala “salamun hiya” dia berkata: lailatul qadar adalah malam yang selamat, Syaitan tidak dapat berbuat jahat di malam itu dan tidak dapat menyakiti orang lain. Qatadah dan Ibn Zaid berkata firman Allah “salamun hiya” iaitu pada malam itu semuanya dalam keadaan baik, tidak ada keburukan sampai terbitnya fajar. (Lihat selengkapnya dalam Tafsir Ibn Katsir)