OLIVE HOUSE Inderapura

OLIVE HOUSE Inderapura Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from OLIVE HOUSE Inderapura, Kuantan.

✨ *AafiyatSharing:* Penyakit Kencing Manis Menyebabkan Komplikasi Masalah Jantung?Razali yang berumur 35 tahun, seorang ...
13/12/2021

✨ *AafiyatSharing:* Penyakit Kencing Manis Menyebabkan Komplikasi Masalah Jantung?
Razali yang berumur 35 tahun, seorang arkitek di sebuah firma terkenal telah terkena serangan jantung ketika sedang bekerja di pejabatnya.

Kejadian serangan jantung tu sangat mengejutkan dan tidak dijangka. Siapa sangka pada umur 35 tahun, tiada sejarah masalah kesihatan tiba-tiba mendapat serangan jantung.

Apa yang Razali tidak perasan selama ini ialah beliau sebenarnya sudah ada penyakit kencing manis. Oleh kerana tidak mempunyai tanda yang serius, beliau tidak pernah membuat pemeriksaan kesihatan.

Mengimbas kembali diet pemakanannya, beliau menjelaskan rutin kerjanya yang sibuk dan mengejar masa membuatkannya sering memilih makanan segera dan minuman ringan. Minuman kopi dalam tin juga antara kegemaran beliau ketika berjaga malam untuk menyiapkan tugasan kerja.

*Kandungan gula dalam darah yang tinggi kesan daripada diabetes boleh merosakkan saluran darah dan saraf yang mengawal jantung.* Lama kelamaan, kerosakan ini boleh menyebabkan penyakit jantung. Ramai yang tak tahu *orang yang menghidap penyakit kencing manis cenderung menghidap penyakit jantung pada usia yang lebih muda daripada orang yang tidak mempunyai penyakit kencing manis.*

Ketika serangan berlaku syukur teman-temannya bertindak pantas memanggil ambulan. Jika terlambat, kemungkinan besar beliau tidak dapat diselamatkan. Setelah menjalani siri rawatan akhirnya Razali kembali boleh menarik nafas lega.

Namun, apa yang menyedihkan, Razali terpaksa menerima hakikat untuk mengambil ubat seumur hidup atau sehingga doktor menyatakan sebaliknya dan wajib menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Demikian kisah anak muda yang telah mendapat penyakit kencing manis dan serangan jantung pada usia yang sangat muda. Dan ini bukanlah yang pertama kali kerana saban tahun, purata kes direkodkan semakin meningkat dan kita boleh membacanya di laman media dan di dada-dada akhbar.

Betul, jodoh pertemuan, ajal dan maut adalah takdir yang tidak dapat dielakkan. Apa yang boleh kita lakukan sebagai persiapan adalah dengan mengamalkan gaya hidup aafiyat. Sihat itu jihad!💪






✨ _*ProdukAafiyat*_ : Madu Dari Pergunungan Krygyzstan5 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Madu Dari Pergunungan Krygyzsta...
30/06/2021

✨ _*ProdukAafiyat*_ : Madu Dari Pergunungan Krygyzstan

5 Sebab Kenapa Anda Perlu Dapatkan Madu Dari Pergunungan Krygyzstan Keluaran Olive House :

✅ Madu asli dan segar dari pergunungan Kyrgyzstan, dijamin ketulenan, tanpa melalui proses tapisan, pemanasan atau sebarang proses tambahan.

✅ Mengandungi kadar peratusan air yang sangat rendah. Madu yang mengandungi peratusan air yang rendah (bawah 20% berdasarkan Akta Makanan 1983 & CODEX) adalah jenis yang tidak mudah berlaku penapaian yang merendahkan kualiti asalnya sekaligus mengurangkan kualitinya.

✅ Sarat dengan khasiat yang terdiri daripada pelbagai unsur yang kompleks kerana dihasilkan oleh lebah-lebah liar yang menghisap sari dari ribuan spesis flora di pergunungan yang segar dan tidak tercemar.

✅ Kebaikan semulajadi yang pelbagai dalam madu asli ini akan berperanan untuk kesihatan seisi keluarga.

✅ Memenangi Anugerah World Bee Keeping Award 2013, 2015, 2017 & 2019
Diiktiraf skim pensijilan makanan auntentik oleh KKM.

Dapatkan produk bermutu tinggu ini daripada ejen-ejen Olive House seluruh Malaysia.









✨ _*AafiyatSharing*_ : Set Pemakanan AafiyatSemua orang nak sihat kan? Tapi macamana caranya? 🤔Kajian jelas menunjukkan ...
27/06/2021

✨ _*AafiyatSharing*_ : Set Pemakanan Aafiyat

Semua orang nak sihat kan? Tapi macamana caranya? 🤔

Kajian jelas menunjukkan *pemakanan harian* sangat berperanan dan mempengaruhi kesihatan individu disamping pengamalan Gaya Hidup Aafiyat. (Tidur yang berkualiti, makanan seimbang, senaman serta emosi yang sihat)

Haa, tapi mesti ramai konfius kan apa antara pemakanan aafiyat yang boleh kita amalkan?

Disamping kita mengurangkan pengambilan daging (Ayam, Lembu, Kambing) dan membanyakkan pengambilan sumber ikan, antara sumber makanan yang sangat baik untuk kita amalkan adalah;

✅ *Minyak Zaitun*
1. Mengandungi *Vit D & E* yang membantu penyerapan kalsium dalam tubuh.
2. *Omega 3 & 6* adalah kategori Essential Fatty Acid yang sangat berperanan pada keseluruhan metabolisma tubuh badan.
3. *Oleuropein* iaitu 400% lebih tinggi daripada Vitamin C akan berperanan membaiki kecederaan yang berlaku dalam tubuh.

✅ *Minyak Habbatus Sauda*
1. *Sumber lemak sihat* membantu sebagai Anti Keradangan.
2. *Thymoquinone* akan akan memelihara fungsi hampir keseluruhan sistem tubuh badan.

✅ *Madu Gunung Kyrgystan*
1. *Pelbagai Vitamin* yang akan membantu membekalkan nutrisi keperluan tubuh.

Jadi, bagaimana p**a kaedah amalannya?

Sebaik sahaja bangun pagi & betul-betul sebelum masuk tidur waktu malam, kita boleh terus ambil 1 sudu besar Minyak Zaitun, selang beberapa minit, diikuti p**a dengan 7-11 titis Minyak Habbatus Sauda dan 1 sudu teh Madu *atau* boleh juga buat bancuhan air dengan *Madu dan Minyak Habbatus Sauda tersebut*

Minum 1-2x sehari.

Cuba amalkan dengan istiqamah sekurangnya 2 minggu, anda akan dapat merasai perbezaannya insyaAllah.

Oh ya, jangan lupa untuk s**at dan minum air kosong secukupnya juga ya! (Dewasa 2-3L sehari)

Selamat mencuba! 💪








✨ _*ProdukAafiyat*_ :  3 KELEBIHAN OLIVIE PLUSSejak dunia dilanda Pandemik Covid 19 ni, semua orang semakin prihatin bab...
26/06/2021

✨ _*ProdukAafiyat*_ : 3 KELEBIHAN OLIVIE PLUS

Sejak dunia dilanda Pandemik Covid 19 ni, semua orang semakin prihatin bab kesihatan kan ? Sakit-sakit sikit dah risau. Alhamdulillah ada hikmahnya pandemik ni membuatkan kita lebih menghargai nikmat yang sering dilupakan ini.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dua kenikmatan yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia adalah kesihatan dan waktu lapang.” (Riwayat al-Bukhari)

Berikhtiar untuk memelihara kesihatan bererti memanjatkan syukur kepada Allah SWT.

Kami di ingin menyarankan kepada anda untuk mengamalkan minyak zaitun keluaran Olive House iaitu dikenali sebagai Olivie Plus. Ramai telah tahu akan kebaikan minyak zaitun, tetapi kenapa perlu memilih Olivie Plus ?

1. Extra Virgin
"Mechanically Cold Pressed" bermaksud proses penghasilan pati minyak zaitun yang dilakukan dengan mengisar buah zaitun secara alami tanpa melibatkan bahan kimia ataupun pemanasan. Minyak yang terhasil ini dikenali Extra Virgin

2. Tapisan Pertama
Minyak Zaitun yang hanya melalui tapisan pertama akan mengekalkan lebih 30% Polyphenols.
Kandungan ini mampu melindungi sel manusia dari serangan radikal bebas, virus dan bakteria.

Manakala , bagi minyak zaitun yang ditapis melebihi tapisan pertama akan hilang *4 khasiat penting seperti poliphenols, carotens, chlorophylis dan anthocyanin*. Ruginya !

3. Tidak Bercampur
Pada tahun 1996, FDA telah membuat kajian dan mendapati 96% pati minyak zaitun yang diuji dan di label 100% minyak zaitun asli, hakikatnya bercampur dengan minyak sayuran yang lain.

Dah jelas kenapa perlu memilih Olivie Plus ?

Alhamdulillah, pastikan pelaburan anda berbaloi untuk memelihara kesihatan tubuh.

Selamat beramal !








✨ _*InfoAafiyat*_ : Anda Berhak Mendapat Minyak Zaitun TerbaikTahukah anda, 1 sudu pengambilan Minyak Zaitun Olivie Plus...
17/06/2021

✨ _*InfoAafiyat*_ : Anda Berhak Mendapat Minyak Zaitun Terbaik

Tahukah anda, 1 sudu pengambilan Minyak Zaitun Olivie Plus 30x dari Gurun Sahara, menyamai khasiat 30 sudu Minyak Zaitun Extra Virgin yang ditanam di kawasan tanah biasa? Ini adalah kerana;

✅ Cuaca yang panas terik hingga mencecah 52°C di tengah Gurun Sahara yang berbatu
✅ Sistem pengairan yang terhad, memaksa pohon zaitun untuk bertahan
✅ Akar menjalar jauh kedalam tanah

*Seterusnya menjadikan kepekatan khasiatnya meningkat berganda-ganda !*

Dan pernahkah kita terfikir, berapa banyak Minyak Zaitun yang tubuh kita perlukan untuk mendapat khasiat yang sepatutnya?

The European Food Safety Authority (EFSA) telah menerbitkan satu panduan berkenaan peranan polifenol dalam membantu memelihara lemak dalam saluran darah daripada tekanan oksidatif.

Tubuh memerlukan pengambilan *20g Minyak Zaitun dengan kuantiti polifenol Hydroxytyrosol dan Tyrosol sekurangnya 5mg. (1)*

1 sudu besar (15g) Minyak Zaitun Extra Virgin yang ditanam di tanah biasa umumnya mengandungi 0.105 mg Hydroxytyrosol sahaja berbanding 1 sudu besar Olivie Plus mengandungi 3.24mg Hydroxytyrosol dengan total polifenol sebanyak 20.7mg dan sudah pasti memenuhi keperluan yang diperlukan oleh tubuh.

*Beza Hydroxytyrosol nya 30 kali beza ya !*

Untungnya kan, minum sikit je tapi dah dapat khasiat terbaik yang tubuh kita perlukan 🥰

(1) Marković, A. K., Torić, J., Barbarić, M., & Brala, C. J. (2019). Hydroxytyrosol, Tyrosol and Derivatives and Their Potential Effects on Human Health. Molecules, 24(10), 2001. doi:10.3390/molecules24102001

Anda berhak mendapat minyak zaitun yang terbaik 💪






✨ _*TipsAafiyat*_ : 4 Cara Penggunaan Minyak Habbatus Sauda Jom sama-sama kita mengamalkan Minyak Habbatus Sauda sebagai...
17/06/2021

✨ _*TipsAafiyat*_ : 4 Cara Penggunaan Minyak Habbatus Sauda

Jom sama-sama kita mengamalkan Minyak Habbatus Sauda sebagai satu langkah untuk meningkatkan prestasi sistem pernafasan diri dan keluarga, caranya adalah: 👇

1. Dimakan terus, boleh diambil 1-2 kali sehari (7-11 titis)
2. Diambil bersama madu, sama ada nak titiskan atas sesudu madu, atau boleh juga dicampur dengan
secawan air suam.
3. Sekiranya selesema, gatal hidung atau allergi, titiskan terus ke dalam hidung (1 titis) setiap sebelah hidung 1-3 kali sehari.
4. Di 'diffuse' dan ambil wapnya untuk memberi kelegaan kepada saluran pernafasan.

Selamat beramal!

Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat





✨ _*TestimoniHabbatusSauda*_ : Kita Berikhtiar , Allah Jua lah Yang Menentukan Hasilnya Alhamdulillah thumma alhamdulill...
17/06/2021

✨ _*TestimoniHabbatusSauda*_ : Kita Berikhtiar , Allah Jua lah Yang Menentukan Hasilnya
Alhamdulillah thumma alhamdulillah ! Maklum balas yang positif daripada para pengguna Minyak Habbatus Sauda Olive House. Bijirin hitam ini hanyalah sebesar biji sawi, tetapi khasiatnya cukup luar biasa.

Teruskan gaya hidup sihat dengan produk-produk Olive House !







✨ _*InfoAafiyat*_ : Mengapa Minyak Zaitun Berasa Pahit dan Kelat ?Ada yang bertanya apakah tanda minyak zaitun yang diju...
17/06/2021

✨ _*InfoAafiyat*_ : Mengapa Minyak Zaitun Berasa Pahit dan Kelat ?
Ada yang bertanya apakah tanda minyak zaitun yang dijual itu minyak yang berkualiti dan terbaik?

Kena faham bahawa yang membuat rasa pahit dan kelat dan pahit dalam minyak zaitun itu disebabkan oleh kandungan minyak zaitun yang mempunyai dua sebatian hydroxytyrosol dan oleuropein.

Kedua-dua sebatian ini adalah dalam kump**an polyphenol iaitu sebatian antioksida yang ada dalam sayur-sayuran dan buah-buahan.

Cuma hydroxytyrosol dan oleuropein sangat banyak terdapat pada daun dan buah zaitun. Oleh itu minyak zaitun adalah minyak yang mempunyai sebatian antioksida yang tinggi.

Semakin pahit minyak itu dikatakan lebih asli. Orang yang biasa mengambil minyak zaitun dalam makanan akan rasa seronok dengan rasa pahit dan kelat minyak ini seperti orang yang s**a minum kopi, s**akan rasa pahit dan kelat kopi.

Minyak zaitun yang kurang rasa pahit dan kelat biasanya telah diproses (ditapis dan dimasukkan bahan peluntur). Ada minyak zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran yang lain (seperti minyak canola) untuk menjadikan harganya lebih murah.

Bagi mengurangkan rasa pahit (terutama bagi mereka yang tak biasa dengan minyak zaitun), ambil satu sudu minyak zaitun, campurkan sedikit madu dan cuka teen.

Ia boleh terus dimasukkan ke dalam mulut atau dicampur dalam air kosong satu gelas.

Bila sudah biasa, boleh ambil terus satu sudu minyak zaitun ke dalam mulut.

Semoga bermanfaat !








✨ _*InfoAafiyat*_ : Konspirasi Madu, Pastikan Yang AsliAda apa dengan Madu?Konspirasi Madu harini memang dasyat. Kebanya...
17/06/2021

✨ _*InfoAafiyat*_ : Konspirasi Madu, Pastikan Yang Asli
Ada apa dengan Madu?

Konspirasi Madu harini memang dasyat. Kebanyakan madu di pasaran bukan lagi 100% asli bahkan ada yang dibuat dimakmal sahaja tanpa melibatkan lebah 😭

Bukan senang nak dapatkan madu yang betul-betul asli kan.

Antara kaedah paling tepat dan bijak adalah dengan melihat kepada pengesahan daripada badan berautoriti seperti Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kali ni kita nak berkongsi keunikan Madu Kyrgystan Olive House , yang wajib anda tahu !

Memetik ayat dari Surah An-Nahl, Ayat ke 68:
وَأَوْحَىٰ رَبُّكَ إِلَى النَّحْلِ أَنِ اتَّخِذِي مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا وَمِنَ الشَّجَرِ وَمِمَّا يَعْرِشُونَ

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: *"Hendaklah engkau membuat sarangmu di _gunung-ganang_ dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.*

Kita dapat lihat betapa istimewanya madu yang datang daripada perut lebah dari pelbagai warna yang dihisap nectarnya dari pelbagai bunga.

Alhamdulillah, hasrat murni Olive House untuk mencari madu yang tinggi kualitinya sesuai dengan ciri-ciri madu berkualiti yang disebut dlm Al Quran berakhir dengan penemuan Madu yang datang dari Wilayah Chong Kemin Kyrgystan yang mana berjaya dinobatkan sebagai Madu terbaik di pertandingan madu antarabangsa dan memenangi *World Bee Keeping Award*.

Madu Pergunungan Olive House turut dianugerahkan persijilan Autentik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, membawa maksud ia 100% madu tanpa sebarang campuran!

Hm.. kalau kita tengok keadaaan di Pergunungan Kyrgystan pun, sejuk sangat mata memandang. Tempatnya luar biasa cantik, bergunung ganang & ribuan multiflora hidup dengan subur.

Begitu indah ciptaan Allah sesuai dengan khasiatnya.

Jadi jom amalkan tanpa rasa ragu, kandungan air yang rendah menjadikan ia sangat istimewa dan rasanya juga sangat berbeza daripada madu yang kita duk biasa makan tu.

Yang ni rasanya sedap sangat-sangat tau!

Tak percaya? Dah cuba nanti baru lah tahu 🤭
_*Dapatkan Madu Pergunungan Krygyztan daripada ejen-ejen rasmi Olive House seluruh Malaysia*_ ✅








  : Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ Olive HouseMinyak Zaitun ‘Extra Virgin’ Olive House adalah pilihan lemak paling sihat u...
12/06/2021

: Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ Olive House
Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ Olive House adalah pilihan lemak paling sihat untuk Diet Mediterranean kerana ia bebas daripada lemak trans kerana dihasilkan melalui Teknik perahan sejuk pertama.
Ia melalui pemprosesan yang minimum menggunakan Teknik ‘Mechanically Cold-Pressed’ dan tidak dicairkan bagi mengekalkan paras tertinggi komponen sihat semasa pengeluarannya. Proses ini menghasilkan minyak zaitun ‘extra virgin’ yang mempunyai aroma buah zaitun yang tersendiri.
Minyak Zaitun ‘extra virgin’ Olive House bebas dari lemak trans, bebas kolesterol serta sangat kaya dengan vitamin D dan vitamin E. Vitamin D sangat penting bagi penyerapan dan penggunaan fosforus serta kalsium manakala vitamin E melindungi lemak dalam tisu badan manusia daripada pengoksidaan.
Oleh itu, jenis dan kualiti minyak zaitun yang ingin dibeli adalah sangat penting. Selain itu, amalan diet Mediterranean yang asli memberikan manfaat yang dapat meningkatkan tahap kesihatan sekaligus membantu untuk sentiasa kekal awet muda.
Food and Drug Administration (FDA) menyarankan dos 2 sudu besar Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ Olive House sehari bagi tubuh yang sihat .
Minyak Zaitun akan semakin berkurangan khasiatnya apabila terdedah kepada cahaya dan haba.
Cara terbaik untuk menyimpannya adalah diletakkan kembali ke dalam kotaknya dan disimpan pada suhu bilik serta dijauhkan dari terkena cahaya matahari.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat












  : Jus Delima Olive House Jus Delima keluaran Olive House adalah jus sedia diminum hasil ekstrak daripada keseluruhan b...
04/06/2021

: Jus Delima Olive House
Jus Delima keluaran Olive House adalah jus sedia diminum hasil ekstrak daripada keseluruhan buah delima yang meliputi kulit, isi dan biji delima. Ia ditanam secara organik di sebuah ladang buah delima berkeluasan 225 hektar di Agsu, Azerbaijan.
Azerbaijan bukan sahaja antara negara pengeluar buah delima terbesar malahan kualiti buah delima dari Azerbaijan merupakan antara yang terbaik di dunia. Iklim Azerbaijan yang subtropikal, dipengaruhi dengan musim panas dan musim sejuk yang sangat sejuk, kering serta keadaan tanah yang subur menjadikan buah delima adalah salah satu sumber ekonomi Azerbaijan. Apa yang mengkagumkan hampir semua spesis buah delima boleh ditemui di Azerbaijan.
Penghasilan Jus Delima bermula dari awal lagi iaitu pemilihan buah delima bagi tujuan pemetikan. Hanya buah delima yang segar dan terbaik akan dipetik bagi tujuan pemprosesan Jus Delima yang dilakukan di kilang pemprosesan di dalam ladang yang sama. Ia tidak melalui proses penapisan bagi mengekalkan
kandungan nutriennya.
Pengekstrakan jus dengan menekan membran pneumatik diikuti oleh
pemprosesan lembut membolehkan untuk mengekalkan semua vitamin dan rasa semulajadi buah delima Azerbaijan.
Jus Delima Olive House boleh diambil pada bila-bila masa dan dijadikan sebagai jus harian yang dapat memberi pelbagai manfaat dan meningkatkan kesihatan.

Jus Delima adalah disarankan untuk diambil antara 30-60ml setiap hari sebelum tidur dan pada waktu pagi semasa perut kosong.

Kajian juga menunjukkan jus delima boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat-ubatan. Bagi pesakit yang mengambil ubatan hospital, hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengamalkan jus delima di dalam diet seharian.
Jus Delima Olive House hendaklah disimpan di dalam peti sejuk selepas penutupnya dibuka. Jangka hayat kesegarannya mampu bertahan antara 10-14 hari sahaja.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
https://www.ecrolivehouse.com/daftar










  : Cuka Tin Olive House Cuka Tin Olive House semulajadi dibuat daripada buah tin yang segar, diperah, ditanam secara or...
04/06/2021

: Cuka Tin Olive House
Cuka Tin Olive House semulajadi dibuat daripada buah tin yang segar, diperah, ditanam secara organik dan buah Tin tersebut dibiarkan matang di dalam tong kayu bertujuan menggalakkan kualiti peragian semulajadi. Apabila ia telah matang, ia mengandungi jaringan zat yang dipanggil ‘mother’ di mana menjadi jelas apabila cecair coklat pekat terdedah kepada cahaya.
Cuka Tin Olive House dihasilkan secara organik di sebuah ladang buah tin di Aydin, Turki. Buah tin segar yang dipetik dari ladang diperah, dihancurkan selama 12 jam dan dibiarkan matang di dalam tong kayu bagi tujuan peragian semulajadi. Ia akan disimpan dalam jangka masa 6 bulan hingga dua tahun dan sampel akan di uji di dalam makmal dari semasa ke semasa untuk memastikan kualiti cuka yang
terbaik.
Apabila ia menjadi matang, jaringan zat yang memerangkap khasiat buah tin akan terhasil yang dikenali sebagai ‘Mother’. Ia boleh dilihat secara fizikal berupa cecair mendapan berwarna coklat keruh dan semakin jelas kelihatan apabila cuka terdedah dengan cahaya. Penapisan yang berlebihan dan pemanasan bagi tujuan pempasturan akan mengakibatkan khasiat di dalam ‘Mother’ akan hilang.
Cuka Tin kaya dengan pottasium, yang mana ramai di antara kita kurang mineral yang mana akan mengganggu kita pada masa tua. Kalsium mengekalkan tisu keras kita seperti tulang, dan potasium berfungsi seperti tisu lembut yang bertindak menjaga daging dan arteri yang lembut. Buah Tin yang segar
digunakan untuk membuat Cuka Tin yang mana mempunyai enzim, mineral yang diperlukan seharian iaitu pottasium secara semulajadi.
Cuka Tin tidak boleh diambil begitu sahaja kerana ia mengandungi kandungan asid yang tinggi yang boleh merosakkan gigi dan tisu sensitif di dalam mulut dan tekak.
Campurkan dua sudu Cuka Tin ke dalam segelas air kosong. Untuk mengurangkan rasa masam, anda boleh campur dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil terbaik, amalkan minum Cuka Tin dua kali sehari.
Cara terbaik untuk menyimpannya adalah diletakkan kembali ke dalam kotaknya dan disimpan pada suhu bilik serta dijauhkan dari terkena cahaya matahari.
Sama-sama Kita Amalkan Gaya Hidup Aafiyat
https://www.ecrolivehouse.com/daftar












Address

Kuantan
25150

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:30
Tuesday 10:00 - 18:30
Wednesday 10:00 - 18:30
Thursday 10:00 - 18:30
Friday 10:00 - 18:30
Saturday 10:00 - 18:30

Telephone

+60123560547

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OLIVE HOUSE Inderapura posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to OLIVE HOUSE Inderapura:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram