Program Pergigian Bukit Goh

Program Pergigian Bukit Goh Kami Komited Memberi PERKHIDMATAN KESIHATAN PERGIGIAN Berkualiti melalui Penambahbaikan Berterusan Demi Kepuasan Pelanggan

BAHAGIAN KESIHATAN PERGIGIAN NEGERI PAHANG

PENGENALAN
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian telah mengalami perkembangan yang pesat dengan peralihan fokus merangkumi kesihatan mulut secara menyeluruh yang sememangnya menjadi sebahagian daripada asas kesihatan individu. Secara tidak langsung kesihatan pergigian ditahap optimum dapat menjurus kearah peningkatan kualiti hidup. SEJARAH
Perkhidmatan Kesihatan Pergigian bermula sebagai Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah sejak awal tahun 1950an. Pelbagai strategi telah diambil bagi memperkembangkan lagi perkhidmatan ini kesegenap lapisan masyarakat. VISI
Penduduk negeri Pahang Darul Makmur akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal. MISI
Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mengutamakan pelanggan kepada penduduk negeri Pahang Darul Makmur agar mereka dapat mencapai tahap kesihatan pergigian yang optima dan seterusnya menikmati kehidupan yang berkualiti. OBJEKTIF
Objektif Perkhidmatan Kesihatan Pergigian ialah untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui perkhidmatan pencegahan, promosi, pemeliharaan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada kumpulan keutamaan iaitu murid sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak pra sekolah, ibu mengandung, kanak-kanak istimewa dan warga tua supaya dengan demikian status kesihatan pergigian penduduk berada ditahap yang memuaskan selaras dengan perkembangan sisio-ekonomi Negara. STRATEGI
1. Mengesan awal masalah pergigian dari kumpulan sasaran utama & menyediakan rawatan sehingga sempurna

2. Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mudah diperolehi dan mesra pelanggan serta memberi liputan maksimum kepada kumpulan sasaran.

3. Mendorong individu, keluarga dan masyarakat agar lebih bertanggungjawab kepada kesihatan pergigian mereka melalui galakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan

4. Meningkatkan kemudahan dan persekitaran tempat kerja yang sesuai agar mencapai tahap kualiti perkhidmatan yang mencerminkan imej jabatan.

5. Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian secara profesional, memenuhi kehendak pelanggan dan berteknologi sesuai.

6. Membudayakan aktiviti penyelidikan dan kajian dalam bidang kesihatan pergigian.

7. Memastikan sokongan & penglibatan pihak pengurusan yang berterusan secara menyeluruh termasuk dalam pengurusan teknologi maklumat.

8. Mengadakan pendidikan pergigian berterusan & kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota pergigian

Ceramah berkaitan kesihatan pergigian di SMK Semambu, Kuantan.. Semoga menjadi perkongsian yang bermanfaat untuk semua y...
15/06/2023

Ceramah berkaitan kesihatan pergigian di SMK Semambu, Kuantan.. Semoga menjadi perkongsian yang bermanfaat untuk semua yang mendengar.. 😊

Assalamua'laikum dan salam sejahtera, jom cegah dan rawat! Serlah senyuman sihat!Alhamdulillah sudah selesai aktiviti   ...
05/07/2022

Assalamua'laikum dan salam sejahtera, jom cegah dan rawat! Serlah senyuman sihat!
Alhamdulillah sudah selesai aktiviti di Klinik Pergigian Bukit Goh sebentar tadi. Terima kasih kami ucapkan kepada peserta-peserta yang sudi melibatkan diri. Semoga kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mulut dalam masyarakat kita terus meningkat.

PERHATIAN SEMUA PELANGGAN KLINIK PERGIGIAN BUKIT GOHSistem janji temu yang lama (iStemP) tidak akan digunakan lagi dan b...
27/04/2022

PERHATIAN SEMUA PELANGGAN KLINIK PERGIGIAN BUKIT GOH

Sistem janji temu yang lama (iStemP) tidak akan digunakan lagi dan bakal digantikan dengan sistem janji temu yang baharu.

Mohon kerjasama daripada semua agar terus ke klinik untuk mendapatkan janji temu rawatan atau pemeriksaan.

Sebarang pertanyaan dan penjelasan boleh terus disalurkan di talian 095478457. Terima kasih.

PERHATIAN WARGA KUANTAN!

Bermula 1 Jun 2022, semua klinik pergigian di daerah kuantan akan beralih dari Sistem Temujanji Pergigian PKPD Kuantan (i-STemP) ke Sistem Janji Temu Klinik KKM (SJTKKKKM) dibawah kelolaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Klinik Pergigian Beserah sahaja yang telah menggunakan Sistem Janji Temu Klinik ini sejak febuari 2022 di Kuantan. Klinik pergigian lain akan menyusul pada bulan JUN 2022.

Jadi, anda boleh mula memuat turun aplikasi SISTEM JANJI TEMU KLINIK KKM di Play Store atau Apss Store untuk mula menempah janji temu anda. SIla scan Kod QR di bawah untuk melihat cara mendaftar dan cara menempah temujanji anda.

JIMAT MASA, MUDAH, MESRA PELANGGAN

08/02/2022
04/02/2022
04/02/2022
06/01/2022

MySejahtera Trace (MySJ Trace) merupakan salah satu fungsi dalam aplikasi MySejahtera untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha mengawal penularan wabak COVID-19.

Berikut adalah soalan-soalan lazim yang sering diajukan mengenai fungsi baharu MySJ Trace ini.

06/01/2022

Senyuman menawan dan gigi cantik memerlukan amalan penjagaan gusi yang baik.




04/01/2022

🔴PENJAGAAN KESIHATAN KETIKA BANJIR🔴

Antara penyakit yang berisiko semasa banjir:
- Sakit gigi dan mulut berbau
- Penyakit Taun
- Penyakit Kencing Tikus
- Demam Kepialu
- Sakit Mata

Cara-cara mencegah:
- Gosok gigi 2 kali sehari
- Menjaga kebersihan diri
- Minum air bersih/masak
- Patuhi arahan anggota kesihatan
- Segera dapatkan rawatan sekiranya demam, cirit birit dan muntah

***********

Hujan Lebat Di Negeri Pahang,
Tidak Berhenti sampai ke malam,
Penjagaan kesihatan amatlah senang
Ikutlah nasihat tidaklah demam.

Hujan lebat bersambung petir,
Sudah pagi belum berhenti
penyakit berjangkit bawaan banjir
Dapat dicegah sebelum terjadi.

Address

Klinik Pergigian Bukit Goh, Pusat Kesihatan Bukit Goh
Kuantan
26050

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Program Pergigian Bukit Goh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Program Pergigian Bukit Goh:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

PROGRAM PERGIGIAN BUKIT GOH

PENGENALAN Perkhidmatan Kesihatan Pergigian telah mengalami perkembangan yang pesat dengan peralihan fokus merangkumi kesihatan mulut secara menyeluruh yang sememangnya menjadi sebahagian daripada asas kesihatan individu. Secara tidak langsung kesihatan pergigian ditahap optimum dapat menjurus kearah peningkatan kualiti hidup. VISI Penduduk negeri Pahang Darul Makmur akan mempunyai tahap kesihatan pergigian yang optima melalui perkhidmatan pergigian yang menekankan pencegahan dan rawatan awal. MISI Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mengutamakan pelanggan kepada penduduk negeri Pahang Darul Makmur agar mereka dapat mencapai tahap kesihatan pergigian yang optima dan seterusnya menikmati kehidupan yang berkualiti. OBJEKTIF Objektif Perkhidmatan Kesihatan Pergigian ialah untuk mempertingkatkan status kesihatan pergigian penduduk melalui perkhidmatan pencegahan, promosi, pemeliharaan dan pemulihan dengan memberi penekanan kepada kumpulan keutamaan iaitu murid sekolah rendah dan menengah, kanak-kanak pra sekolah, ibu mengandung, kanak-kanak istimewa dan warga tua supaya dengan demikian status kesihatan pergigian penduduk berada ditahap yang memuaskan selaras dengan perkembangan sisio-ekonomi Negara. STRATEGI 1. Mengesan awal masalah pergigian dari kumpulan sasaran utama & menyediakan rawatan sehingga sempurna 2. Menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian yang mudah diperolehi dan mesra pelanggan serta memberi liputan maksimum kepada kumpulan sasaran. 3. Mendorong individu, keluarga dan masyarakat agar lebih bertanggungjawab kepada kesihatan pergigian mereka melalui galakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan 4. Meningkatkan kemudahan dan persekitaran tempat kerja yang sesuai agar mencapai tahap kualiti perkhidmatan yang mencerminkan imej jabatan. 5. Memberi perkhidmatan kesihatan pergigian secara profesional, memenuhi kehendak pelanggan dan berteknologi sesuai. 6. Membudayakan aktiviti penyelidikan dan kajian dalam bidang kesihatan pergigian. 7. Memastikan sokongan & penglibatan pihak pengurusan yang berterusan secara menyeluruh termasuk dalam pengurusan teknologi maklumat. 8. Mengadakan pendidikan pergigian berterusan & kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan anggota pergigian