Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga

Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Laman Rasmi
Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga
Polis Diraja Malaysia

Jalan Padang Lalang
25050 Kuantan

BERITA KEMATIAN PEGAWAI RENDAH POLIS MARKAS TAKTIKAL PPM W3 TANJUNG GEMUK PAHANGKUANTAN 16 NOVEMBER 2025 - Dukacita dima...
16/11/2025

BERITA KEMATIAN PEGAWAI RENDAH POLIS MARKAS TAKTIKAL PPM W3 TANJUNG GEMUK PAHANG

KUANTAN 16 NOVEMBER 2025 - Dukacita dimaklumkan SJN 144896 Ujar Anak Bangai telah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang. Jawatan akhir beliau adalah sebagai Ketua Botronda Police Strike Craft (PSC 28) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Tanjung Gemuk Rompin Pahang.

Bagi Pihak Komander dan Seluruh Warga Kerja Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga menzahirkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang.

Salam Takziah.. Rest In Peace

Pasukan Polis Marin

Bagi Pihak Komander Dan Seluruh Warga Kerja Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga menzahirkan ucapan salam takziah kepada sel...
14/11/2025

Bagi Pihak Komander Dan Seluruh Warga Kerja Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga menzahirkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham YDH ACP Mohd Nazri Bin Ibrahim , Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman...
AL-FATIHAH

Salam Takziah...

SESI LIBAT URUS PENGUKUHAN PERJAWATAN PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGAKUANTAN 12 NOVEMBER 2025 -  Sesi Urus Pengukuhan P...
12/11/2025

SESI LIBAT URUS PENGUKUHAN PERJAWATAN PASUKAN POLIS MARIN WILAYAH TIGA

KUANTAN 12 NOVEMBER 2025 - Sesi Urus Pengukuhan Perjawatan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga telah berlangsung di Group Think Room , Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga bermula 10 November Sehingga 13 November 2025.

Turut hadir dalam program ini , YDH ACP Mohamad Zaiham Bin Hamid , Timbalan Komander PPM Bukit Aman (Strategik/Siasatan), YDH DSP Haroun Bin Azman , PT Analisis / Perancang Sumber Manusia JKDNKA Bukit Aman , Pegawai Kanan , Pegawai Pangkat Rendah Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman , Pegawai Kanan dan Pegawai Rendah Polis Cawangan Perjawatan Pasukan Polis Marin Bukit Aman dan Wilayah.

Foto : Media Marin Wilayah Tiga

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM
Pasukan Polis Marin

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI RENDAH POLIS SARJAN MEJAR KEPADA SUB INSPEKTOR KUANTAN 06 NOVEMBER 2025 - Majlis Pemaka...
08/11/2025

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI RENDAH POLIS SARJAN MEJAR KEPADA SUB INSPEKTOR

KUANTAN 06 NOVEMBER 2025 - Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Rendah Polis telah berlansung di Group Think Room , Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Kuantan Pahang.

Dalam Majlis ini menyaksikan Sarjan Mejar Fairo Amizor Bin Md Amin menerima kenaikan pangkat Sub Inspektor, Upacara pemakaian pangkat disempurnakan oleh YDH SUPT Azuhar Bin Md Nor , Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga sambil disaksikan YDH DSP Muhammad Keny Anyie Bin Abdullah , Ketua Bahagian Kepolisan Am Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga. Turut Hadir , Ketua - Ketua Bahagian , Pegawai Kanan Polis Serta Pegawai Rendah Polis.

Tahniah Dan Syabas Diucapkan dari seluruh warga Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga. Semoga terus cemerlang dan sukses demi bakti kepada pasukan dan negara tercinta.

07/11/2025
UJIAN KETAHANAN FIZIKAL DI AIR DAN PENGENALAN ALAT SELAM Kuantan, 4 November 2025 - Seramai 29 pegawai / anggota dan 9 j...
04/11/2025

UJIAN KETAHANAN FIZIKAL DI AIR DAN PENGENALAN ALAT SELAM

Kuantan, 4 November 2025 - Seramai 29 pegawai / anggota dan 9 jurulatih selam telah terlibat dalam Ujian Ketahanan Fizikal Di Air dan Pengenalan Alat Selam Kepada Kursus Pengenalan Selam Scuba Siri 1/2025 Kontinjen Pahang.

Program kursus yang berlangsung di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA) ini memberi penekanan kepada aspek ketahanan fizikal dan keyakinan diri peserta semasa berada di dalam air.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan pembelajaran asas pemasangan serta pengendalian peralatan selam dengan bimbingan tenaga pengajar berpengalaman. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kemahiran asas penyelaman dan tahap kesiapsiagaan peserta dalam situasi sebenar di lapangan.










Kuantan, 2 November  2025- Kejohanan Bowling ReUnion Bowling Event (RUBE siri 02/2025) telah berlangsung di Kuantan Mega...
04/11/2025

Kuantan, 2 November 2025- Kejohanan Bowling ReUnion Bowling Event (RUBE siri 02/2025) telah berlangsung di Kuantan Megalane yang mana menghimpunkan pemain-pemain bowling pasukan Pahang Gang Star dari Pahang, Sea Gaurus dari Perak, Red Beret dari Pulau Pinang, Sea Hunter dari Pulau Pinang, dan Ocean Slayer dari Selangor .

Pasukan Pahang Gang Star yang dibarisi majoriti pemain dari Pasukan Polis Marin W3 Kuantan telah dinobatkan sebagai juara berpasukan selepas menunjukkan aksi cemerlang dan konsisten sepanjang pertandingan. Persembahan cemerlang pasukan ini berjaya mengumpul jumlah jatuhan pin tertinggi berpasukan.

Selain bertujuan mencungkil bakat baharu dalam sukan bowling, kejohanan ini juga menjadi platform mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PPM W3 bersama PPM W1 Pulau Pinang, PSP Unit (3) Pulau Pinang, PPM W1 Kg Acheh Perak serta PPM W1 Pelabuhan Klang, Selangor .

Kesiapsiagaan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026KUANTAN 23 Oktober 2025...
23/10/2025

Kesiapsiagaan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026

KUANTAN 23 Oktober 2025 –
Markas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Kuantan kini berada dalam tahap kesiapsiagaan penuh menjelang ketibaan Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026, yang dijangka membawa hujan lebat berterusan serta peningkatan risiko banjir di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Menurut Timbalan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Superintendan Azuhar Bin Md Nor, semua pangkalan operasi di bawah wilayah ini termasuk Kuantan, Tanjung Gemok, Kuala Terengganu, Tasik Kenyir, Tok Bali dan Pangkalan Kubor telah diarahkan untuk meningkatkan kesiapsiagaan anggota, aset dan logistik bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan ribut.

Seramai 9 Pegawai Kanan Polis dan 91 Pegawai Rendah Polis bersama 18 aset Pasukan Polis Marin telah disiapsiagakan di lokasi strategik berisiko tinggi. Antara aset utama yang digunakan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga ialah:

PS (Polis Sealegs)
PAC (Police Assault Craft) PFB (Police Fast Boat) PGM (Pasukan Gerakan Marin)

Selain kekuatan aset marin, Unit Selam Pasukan Polis Marin (Penyelam PDRM) turut berada dalam keadaan siap siaga penuh. Pasukan penyelam ini memainkan peranan penting dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan yang dilanda banjir, arus deras, atau insiden kepala air. Antara tugas utama unit ini ialah pencarian mangsa tenggelam, pemeriksaan struktur bawah air, pengesanan kenderaan karam dan penilaian keselamatan kawasan operasi semasa bencana.

“Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga komited untuk memastikan keselamatan komuniti maritim dan masyarakat pesisir pantai. Semua aset termasuk PAC, PFB serta pasukan penyelam berada dalam keadaan siap siaga dan boleh digerakkan pada bila-bila masa,” ujar Timbalan Komander.

Beliau turut menasihatkan masyarakat agar berwaspada terhadap amaran cuaca, mengelak aktiviti air semasa hujan lebat serta mematuhi arahan pemindahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Dengan kekuatan aset dan kepakaran sedia ada, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga yakin dapat melaksanakan tugas rondaan, pemantauan dan bantuan kemanusiaan dengan berkesan sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 di negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

📸: Media Marin Wilayah Tiga

Pasukan Polis Marin
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM











Address

Jalan Padang Lalang
Kuantan
25050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram