KPJ Pahang Specialist Hospital

KPJ Pahang Specialist Hospital SSM Registration No. : 200901034631 (877740-X)

Dahaga?? Pilih Air Kosong, Bukan Air Manis! 💧Memang tak dinafikan, bila nampak juadah raya yang sedap-sedap macam rendan...
28/03/2026

Dahaga?? Pilih Air Kosong, Bukan Air Manis! 💧

Memang tak dinafikan, bila nampak juadah raya yang sedap-sedap macam rendang, ketupat, dan sate ni, mesti kita cari air manis untuk hilangkan dahaga. Tapi tahu tak? Air kosong sebenarnya jauh lebih baik untuk kesihatan kita!

Kenapa anda perlu pilih air kosong?

✅ Hidrasi Tubuh: Memastikan badan kekal segar sepanjang hari.
✅ Tiada Kalori: Tak perlu risau tentang berat badan naik mendadak.
✅ Kawalan Berat Badan: Membantu anda rasa lebih kenyang dan mengurangkan selera makan berlebihan.

Jom amalkan gaya hidup sihat walaupun di musim perayaan. Ingat, kesihatan adalah kekayaan yang paling berharga! 💚

Anak Batuk Berpanjangan? Jangan Ambil Mudah! 🤒Pernahkah anda perasan si kecil batuk tidak henti-henti walaupun sudah ber...
27/03/2026

Anak Batuk Berpanjangan? Jangan Ambil Mudah! 🤒

Pernahkah anda perasan si kecil batuk tidak henti-henti walaupun sudah berminggu-minggu? Batuk kronik yang melebihi 4 minggu bukan sekadar batuk biasa. Ia mungkin petanda jangkitan kuman, alahan, asma, atau faktor persekitaran yang memerlukan perhatian pakar.

Jangan biarkan si manja menanggung ketidakselesaan terlalu lama. Dapatkan pemeriksaan menyeluruh untuk mengenal pasti punca utama dan rawatan yang tepat.

👨‍⚕️ Dr. Wan Muhammad Najib Bin Wan Mahmud Sabri
📍 Paediatrician, Level 5, Suite No. 8
🏥 KPJ Pahang Specialist Hospital

Cuaca Panas Melampau? Jangan Ambil Mudah! ☀️🌡️Suhu yang tinggi bukan setakat buat kita rasa rimas, tapi ia juga boleh me...
27/03/2026

Cuaca Panas Melampau? Jangan Ambil Mudah! ☀️🌡️

Suhu yang tinggi bukan setakat buat kita rasa rimas, tapi ia juga boleh memberi kesan langsung kepada kesihatan. Kalau anda atau orang tersayang mula rasa tak sedap badan, perhatikan tanda-tanda ini:

☀Sakit Mata (Pedih atau merah)
☀Selesema & Batuk
☀Asma (Sesak nafas)
☀Jangkitan Paru-paru Kronik

Jangan tunggu melarat! Segera dapatkan rawatan di KPJ Pahang Specialist Hospital jika simptom berlarutan. Stay hydrated dan kurangkan aktiviti luar ya! 🥤

🔥 Cuaca Panas Melampau? Jangan Ambil Mudah! 🔥Sedar tak sedar, suhu sekarang makin meningkat. Jangan sampai kesihatan ter...
26/03/2026

🔥 Cuaca Panas Melampau? Jangan Ambil Mudah! 🔥

Sedar tak sedar, suhu sekarang makin meningkat. Jangan sampai kesihatan terjejas akibat strok haba atau dehidrasi. Jom amalkan langkah-langkah mudah ini untuk kekal cergas dan selamat:

💧 Minum air kosong secukupnya – jangan tunggu dahaga baru nak minum!
🏠 Kurangkan aktiviti luar – kalau tak penting, duduk di rumah lebih baik.
☕ Hadkan kafein, alkohol & gula – ini boleh buat badan cepat hilang air.
👕 Pakaian ringan & terang – fabrik yang bernafas bantu badan kekal sejuk.
🌂 Gunakan pelindung – Topi dan payung adalah kawan baik anda di bawah matahari.
🌀 Gunakan kipas/aircond – pastikan pengudaraan yang baik untuk sejukkan badan.

Jangan lupa, segera dapatkan rawatan jika rasa pening atau tidak sihat. Kongsikan tips ini dengan orang tersayang! ❤️

20/03/2026

3,2,1 action!📸

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨🌙Saya, Omar Zakir Bawadi, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pahang Specialist Hospital,...
20/03/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H ✨🌙

Saya, Omar Zakir Bawadi, Ketua Pegawai Eksekutif KPJ Pahang Specialist Hospital, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga KPJ Pahang, para pesakit serta komuniti.

Semoga Aidilfitri ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kita semua. Di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kepercayaan dan sokongan anda kepada kami.

Kami akan terus komited dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dengan penuh ihsan demi kesejahteraan bersama.

Maaf Zahir & Batin 💙❤️

Ikhlas,
Omar Zakir Bawadi
Ketua Pegawai Eksekutif
KPJ Pahang Specialist Hospital

20/03/2026

KPJ Pahang Specialist Hospital mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan keberkatan buat anda sekeluarga. Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda kepada kami.

💙❤️ Ikhlas daripada kami di KPJ Pahang Specialist Hospital

20/03/2026

Salam Aidilfitri ✨
Semoga Syawal kali ini membawa kegembiraan, kedamaian dan kesihatan yang berpanjangan buat
anda dan keluarga tersayang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

📢 Public Holiday Notice: Hari Raya Aidilfitri 🌙Please be advised that in observance of the upcoming Hari Raya Aidilfitri...
19/03/2026

📢 Public Holiday Notice: Hari Raya Aidilfitri 🌙

Please be advised that in observance of the upcoming Hari Raya Aidilfitri celebrations, the specialist clinics at KPJ Pahang Specialist Hospital will be operating under modified hours.

Depending on the sighting of the moon, please refer to the scenarios below:

📍 Scenario 1 (If 1 Syawal falls on Friday, 20 March):
Closed: Friday (20 Mar) & Monday (23 Mar).
All consultants' clinics will be closed.

📍 Scenario 2 (If 1 Syawal falls on Saturday, 21 March):
Closed: Saturday (21 Mar) & Friday (20 Mar).
All clinics closed EXCEPT for Dr. Suraya’s clinic.

🚨 Emergency Services:
Our Accident & Emergency (A&E) Department remains OPEN 24/7. On-call consultants are available around the clock for emergency cases.

📞 Inquiries: 09-511 2692
✨ Wishing everyone a blessed celebration!

19/03/2026

Lambat lagi ke boleh baik raya ni?😢
Ada yang senasib dengan Dr.Zamzuri? Sabar ya, sikit lagi nak balik raya dan ingat hati-hati di jalan raya.☺️

Address

Jalan Tanjung Lumpur
Kuantan
26060

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KPJ Pahang Specialist Hospital posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to KPJ Pahang Specialist Hospital:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category