IM Optometry Kuantan

IM Optometry Kuantan Kami menawarkan
-Pemeriksaan Mata Komprehensif meliputi Pemeriksaan Refraktif Mata-

Misi IM Optometry adalah untuk memberikan perkhidmatan optometri yang terbaik kepada masyarakat. Kami menawarkan pemeriksaan mata yang komprehensif meliputi pemeriksaan bahagian luaran (anterior) dan dalaman (posterior) mata. Optometrist berpengalaman kami akan juga melakukan ujian saringan untuk mengesan rabun warna, glaucoma dan masalah dengan otot mata. Praktis kami menawarkan pelbagai pilihan bingkai yang berjenama yang dapat disesuaikan dengan budget anda.

OKAY JUJUR SIKIT...korang nampak nombor yang sama tak dalam gambar ni? 😂Kalau jawapan korang lain dari kawan-kawan, mung...
28/04/2026

OKAY JUJUR SIKIT...
korang nampak nombor yang sama tak dalam gambar ni? 😂

Kalau jawapan korang lain dari kawan-kawan, mungkin ada hint rabun warna di situ.

Test Ishihara ni memang famous untuk detect masalah warna dan sangat simple je nak buat.

Kalau korang selalu confuse warna, mungkin dah masa untuk check mata. Datang buat pemeriksaan, cepat, mudah & tak sakit pun 👍 ✨ 👓

"KLINIK TERAPI PENGLIHATAN ANDA"

SELESA atau KURANG SELESA? 👀Bezanya mungkin pada DESIGN lens yang anda pilih!Ramai ingat semua multifocal sama… tapi seb...
26/04/2026

SELESA atau KURANG SELESA? 👀
Bezanya mungkin pada DESIGN lens yang anda pilih!

Ramai ingat semua multifocal sama… tapi sebenarnya:
👉 Ada yang luas & smooth
👉 Ada yang sederhana
👉 Ada yang agak terhad & perlukan adaptasi

Kalau selalu rasa:
❌ Pening
❌ Kabur tepi
❌ Susah fokus dekat/jauh

Mungkin dah tiba masa tukar kepada design yang lebih sesuai 💡

Ingat, mata kita guna setiap hari… jadi jangan kompromi bab keselesaan 😉

"KLINIK TERAPI PENGLIHATAN ANDA"

BAYANGKAN 🫣kalau satu hari nanti penglihatan kita terganggu hanya kerana kita abaikan perlindungan hari ini…Pendedahan k...
23/04/2026

BAYANGKAN 🫣
kalau satu hari nanti penglihatan kita terganggu hanya kerana kita abaikan perlindungan hari ini…

Pendedahan kepada habuk, bahan kimia dan bahaya fizikal boleh berlaku dalam sekelip mata. Tanpa perlindungan yang sesuai, risiko kecederaan mata menjadi semakin tinggi.

Jangan biarkan perkara kecil hari ini menjadi penyesalan di masa depan. Lindungi mata anda kerana penglihatan tiada gantinya.

"KLINIK TERAPI PENGLIHATAN ANDA"

🚨 PROMO TERHAD! 🚨MEGA Aidiladha Sale kini kembali dengan tawaran yang memang rugi kalau tak ambil!Beli sepasang kanta ph...
01/04/2026

🚨 PROMO TERHAD! 🚨

MEGA Aidiladha Sale kini kembali dengan tawaran yang memang rugi kalau tak ambil!

Beli sepasang kanta photogrey/transition.
➡️ Terus dapat SUNGLASSES PERCUMA 🕶️✨

Satu pembelian, double keuntungan 😍
Sesuai untuk anda yang nak jaga kesihatan mata sambil kekal bergaya setiap masa!

⏳ Sah sehingga 31 Mei 2026 sahaja.
📦 Stok sangat terhad!
📌 Tertakluk kepada terma & syarat.

Cepat² before stok habis!

"KLINIK TERAPI PENGLIHATAN ANDA"

Syawal yang dinanti akhirnya tiba 🌙✨Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami dari IM Optometry ingin mengucapkan Se...
16/03/2026

Syawal yang dinanti akhirnya tiba 🌙✨

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, kami dari IM Optometry ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong kami selama ini. Semoga hari kemenangan ini membawa kegembiraan, kedamaian dan kebahagiaan buat anda sekeluarga.

Untuk makluman semua, kedai kami akan ditutup sementara dari 20 Mac hingga 27 Mac 2026 bagi memberi ruang kepada warga kerja kami meluangkan masa bersama keluarga tercinta di kampung halaman.

Kami akan kembali beroperasi pada 28 Mac 2026 dan sedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada anda seperti biasa.

Terima kasih atas kepercayaan anda kepada IM Optometry, klinik terapi penglihatan anda.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 💚

Persiapan raya bukan hanya pakaian dan kuih raya sahaja, mata yang jelas juga penting! 👓✨Sepanjang bulan Ramadan ini, IM...
15/03/2026

Persiapan raya bukan hanya pakaian dan kuih raya sahaja, mata yang jelas juga penting! 👓✨

Sepanjang bulan Ramadan ini, IM Optometry Kuantan dibuka setiap hari bagi memudahkan anda membuat pemeriksaan mata atau memilih cermin mata baru sebelum Syawal menjelang.

🕟 Waktu operasi:
9:00 pagi – 5:30 petang

Ambil peluang ini untuk memastikan penglihatan anda berada dalam keadaan terbaik. Datang bersama keluarga dan dapatkan khidmat pemeriksaan mata profesional daripada kami.

Kami menantikan kunjungan anda sepanjang Ramadan ini 🌙

"KLINIK TERAPI PENGLIHATAN ANDA"

🌙 Salam 17 Ramadan – Hari Nuzul Al-QuranHari ini kita memperingati peristiwa agung dalam sejarah Islam iaitu turunnya Al...
07/03/2026

🌙 Salam 17 Ramadan – Hari Nuzul Al-Quran

Hari ini kita memperingati peristiwa agung dalam sejarah Islam iaitu turunnya Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW sebagai petunjuk bagi seluruh umat manusia. Al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tetapi untuk difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi juga masa terbaik untuk kita mendekatkan diri dengan Al-Quran. Walaupun sibuk dengan urusan harian, cuba luangkan masa membaca walaupun sedikit setiap hari.

✨ Jom baca Al-Quran setiap hari.
Semoga hati kita sentiasa tenang, dipenuhi keberkatan dan diredhai Allah SWT.

17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2026

5 TAHUN SETIA BERSAMA KAMI,bukan untuk seorang… tapi untuk 8 ahli keluarga ❤️Bila pelanggan sendiri berkongsi pengalaman...
23/02/2026

5 TAHUN SETIA BERSAMA KAMI,
bukan untuk seorang… tapi untuk 8 ahli keluarga ❤️

Bila pelanggan sendiri berkongsi pengalaman mereka, itulah kepuasan sebenar buat kami. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan selama ini.

Dari servis pemeriksaan mata yang teliti, staf yang friendly, sabar dan berpengetahuan, sehinggalah pilihan frame dan lens yang pelbagai untuk setiap keperluan semuanya kami sediakan demi keselesaan anda.

⚡️ Servis pantas? Ya, kalau tak perlukan lens khas, boleh siap pada hari yang sama 😉
💵 Harga berpatutan? Mestilah!
🪛 Skru longgar atau frame bengkok? Kami bantu baiki tanpa caj.

Dan paling manis… siap dapat sepotong kek percuma 🧁

Terima kasih kerana terus memilih kami sebagai "Klinik Terapi Penglihatan Anda". Kepercayaan anda adalah motivasi terbesar kami untuk terus beri yang terbaik. 💛

🌙✨ MEGA AIDILFITRI SALE is here! ✨🌙Sempena Syawal yang bakal menjelma, IM Optometry bawakan promosi istimewa khas untuk ...
19/02/2026

🌙✨ MEGA AIDILFITRI SALE is here! ✨🌙

Sempena Syawal yang bakal menjelma, IM Optometry bawakan promosi istimewa khas untuk anda & keluarga tersayang 💚

🎉 Diskaun sehingga 50% OFF untuk bingkai terpilih!
🗓 Sah sehingga 31 Mac 2026

Inilah masa terbaik untuk tampil bergaya dengan cermin mata baru Raya nanti 😍 sama ada untuk kegunaan harian, kerja atau sebagai hadiah istimewa untuk insan tersayang dan kami ada pilihan yang sesuai untuk semua gaya.

🎁 Lebih menarik!
Dengan pembelian 1 set cermin mata bernilai RM250 ke atas, anda bakal menerima hadiah istimewa daripada kami!

Jangan tunggu lama-lama… stok adalah terhad dan promosi ini untuk masa yang terhad sahaja!

📍 Kunjungi IM Optometry hari ini
👓 Raikan Syawal dengan gaya yang lebih jelas & bergaya

"KLINIK TERAPI PENGLIHATAN ANDA"

Tertakluk kepada terma & syarat.

📚🎒 PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH SUDAH KEMBALI!Ibu ayah, jangan biarkan anak-anak belajar dalam keadaan penglihatan kabur y...
01/02/2026

📚🎒 PROMOSI KEMBALI KE SEKOLAH SUDAH KEMBALI!
Ibu ayah, jangan biarkan anak-anak belajar dalam keadaan penglihatan kabur ya 🥺

Di IM Optometry, kami tawarkan cermin mata serendah RM88 sahaja khas untuk persediaan anak-anak ke sekolah!

✅ Power dari +6.00 hingga -6.00
✅ Masalah silau -0.00 hingga -2.00
✅ Rekaan cermin mata selesa & sesuai untuk kegunaan harian

Pastikan anak anda lebih fokus di kelas, lebih yakin membaca dan lebih ceria belajar 💙

📍 Datang terus ke IM Optometry hari ini!

Tertakluk kepada terma & syarat

"KLINIK TERAPI PENGLIHATAN ANDA"

KENALPASTI PUNCA AWAL KATARAK 👁️Ramai tak sedar, penglihatan mula kabur perlahan-lahan bukan sebab usia semata-mata. Kat...
18/01/2026

KENALPASTI PUNCA AWAL KATARAK 👁️
Ramai tak sedar, penglihatan mula kabur perlahan-lahan bukan sebab usia semata-mata. Katarak boleh bermula tanpa simptom jelas jika tidak diperiksa dengan teliti.

Di IM Optometry, kami membantu mengenalpasti punca sebenar masalah penglihatan anda menggunakan teknologi terkini dan pemeriksaan profesional dengan lebih jelas dan tepat.

Pemeriksaan awal mampu membantu mengesan tanda-tanda katarak lebih awal sebelum ia menjejaskan kualiti hidup.

👉 Jangan tunggu sehingga penglihatan semakin kabur. Jaga mata anda, kerana ia aset paling berharga.

"KLINIK TERAPI PENGLIHATAN ANDA"

‼️IKLAN JAWATAN KOSONG‼️(Pencarian Segera)Mencari OPTOMETRIS FULL TIME @ LOCUMKELAYAKAN✅ Kelulusan minima : Ijazah Sarja...
08/01/2026

‼️IKLAN JAWATAN KOSONG‼️
(Pencarian Segera)

Mencari OPTOMETRIS FULL TIME @ LOCUM

KELAYAKAN
✅ Kelulusan minima : Ijazah Sarjana Muda Optometri
✅ Fresh Graduate & berpengalaman dialu-alukan
✅ Perempuan @ lelaki
✅ Boleh bekerja secara berkumpulan
✅ Dapat berkomunikasi dengan baik
✅ Berminat untuk belajar perkara-perkara baru dalam bidang Optometri

KELEBIHAN join team kami :
✅ Cuti 7 hari sebulan
✅ Epf, Socso, komisyen bulanan, insentif-insentif lain
✅ Waktu bekerja : 9.30am - 6.45pm (Setiap hari)
✅ Waktu bekerja 8jam sehari

Sebarang pertanyaan sila hubungi
https://wasap.my/60124771979/jawatankosong

Selamat Maju Jaya!
"KLINIK TERAPI PENGLIHATAN ANDA"

Address

B80, Lorong IM 8/33, Taman Mahkota Putra
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 09:30 - 18:30
Tuesday 09:30 - 18:30
Wednesday 09:30 - 18:30
Thursday 09:30 - 18:30
Friday 09:30 - 18:30
Saturday 09:30 - 18:30
Sunday 09:30 - 18:30

Telephone

+6095750030

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IM Optometry Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to IM Optometry Kuantan:

Share

Category