18/03/2026
Raya nanti, tolong jangan ambil ringan bila ibu ayah kata jangan pegang, cium, atau terlalu rapat dengan baby.
Bukan sebab mereka berlagak.
Bukan sebab mereka memilih.
Bukan sebab mereka tak percaya saudara sendiri.
Mereka cuma tahu, baby kecil belum ada pertahanan badan yang kuat seperti orang dewasa.
Masalahnya, masa raya ramai orang datang dekat.
Ada yang batuk sikit.
Ada yang hidung berair sikit.
Ada yang rasa “alah, selesema biasa je”.
Ada juga yang nampak sihat, tapi sebenarnya sedang bawa virus.
Untuk orang dewasa, mungkin cuma rasa tak sedap badan.
Tapi untuk baby, jangkitan seperti RSV, influenza, HFMD dan juga virus lain boleh jadi jauh lebih berat.
RSV misalnya, ramai tak sedar ia boleh bermula macam selesema biasa.
Hidung berair.
Batuk.
Kurang menyusu.
Tapi pada sesetengah baby, terutama yang kecil, ia boleh jadi sesak nafas, nafas laju, berbunyi, dan perlu masuk hospital.
Influenza p**a bukan sekadar “demam biasa”.
Ia boleh buat baby demam tinggi, lemah, kurang minum, sukar bernafas, dan berisiko jadi lebih serius daripada yang orang sangka.
HFMD pun ramai ingat hanya bahaya kalau ada ruam jelas.
Hakikatnya, ia boleh merebak melalui air liur, cecair lepuh, tangan yang tercemar, najis, permukaan, barang permainan, malah sentuhan rapat dan perkongsian sudu atau cawan.
Sebab itu, jangan terasa hati kalau ibu ayah letak batas.
Nak tengok baby, boleh.
Nak doakan, boleh.
Nak bergambar dari jauh, boleh.
Tapi jangan terus pegang, jangan cium, jangan sentuh tangan atau muka baby sesuka hati.
Kalau anda tak sihat, baru lepas demam, batuk, selsema, sakit tekak, ada ulser mulut, cold sore, atau anak anda baru balik dari taska dengan ruam dan demam, itu lebih penting untuk jaga jarak dulu.
Kasih sayang tak semestinya dengan ciuman.
Kadang-kadang bentuk sayang yang paling matang ialah bila kita tahu bila perlu berundur sedikit untuk melindungi.
Musim raya sepatutnya bawa gembira.
Jangan kerana satu ciuman, satu pegangan, atau satu sikap “alah tak apa”, baby p**a yang akhirnya menanggung sakit.
Hormati ibu ayah.
Hormati batas.
Dan tolong, lindungi baby kita sama-sama.