Poliklinik Ar Razi

Poliklinik Ar Razi Poliklinik Ar-RAZI offers an array of supporting medical facilities and services

3 April 2026 Muhammad Ammar Hayyan Mohammad Akmar (9 tahun) masuk klinik dengan wajah muram berkerusi roda ditemani ayah...
15/04/2026

3 April 2026 Muhammad Ammar Hayyan Mohammad Akmar (9 tahun) masuk klinik dengan wajah muram berkerusi roda ditemani ayah, ibu dan adik.
Hari ini 15 April 2026 Ammar tersenyum manis berjalan segak masuk klinik nak jumpa Doktor.

๐Ÿง’๐ŸปAmmar : Bila Ammar besar... Ammar nak jadi hebat macam Doktor.

๐Ÿง‘๐Ÿปโ€โš•๏ธDr Azeem : Ammar kena sihat, rajin belajar, sayang mak & ayah, solat mohon dengan Allah ye.. InsyAllah, Doktor doakan Ammar juga

Kisah bahagia seorang kanak-kanak atas izin Allah.


Sakit dada? Sesak nafas? Jangan ambil ringan.Kini kami menyediakan ujian jantung pantas (Troponin & Pro-BNP) di klinik u...
10/04/2026

Sakit dada? Sesak nafas? Jangan ambil ringan.

Kini kami menyediakan ujian jantung pantas (Troponin & Pro-BNP) di klinik untuk mengesan risiko serangan jantung & kegagalan jantung lebih awal.

โฑ Keputusan dalam beberapa minit
๐Ÿ‘ฉโ€โš•๏ธ Pemeriksaan doktor serta-merta
โค๏ธ Tindakan awal boleh menyelamatkan nyawa

Walk in hari ini. Jangan tunggu.

At Kuantan's Poliklinik Ar Razi, Principal Doctors Dr Ain and Dr Farhan discuss the transformative impact of POCT on their 24-hour primary care facility.

Tubuh kita, amanah kita โคBukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk ibadah dan orang tersayang.Kecil tapi penting:โœ…๏ธ Mak...
03/04/2026

Tubuh kita, amanah kita โค
Bukan hanya untuk diri sendiri, tapi untuk ibadah dan orang tersayang.

Kecil tapi penting:
โœ…๏ธ Makanan seimbang ๐Ÿฅ—
โœ…๏ธ Bergerak aktif ๐Ÿ‚๐Ÿƒ
โœ…๏ธ Tidur cukup ๐Ÿ˜ด
โœ…๏ธ Senyum selalu & sebarkan kasih ๐Ÿ˜

Hari ini, mulakan langkah kecil untuk tubuh sihat & hati tenang. ๐Ÿ˜Ž

[ UCAPAN SELAMAT HARI DOKTOR SEDUNIA ]Dalam sesetengah keadaan, doktor juga perlu menjawab soalan klasik seperti, โ€œGoogl...
30/03/2026

[ UCAPAN SELAMAT HARI DOKTOR SEDUNIA ]

Dalam sesetengah keadaan, doktor juga perlu menjawab soalan klasik seperti, โ€œGoogle kata lain, doktorโ€ฆโ€
Namun tetap sabar memberi penjelasan terbaik demi kesihatan pesakit.

Di sebalik setiap diagnosis yang tepat dan rawatan yang berkesan, ada usaha yang tidak pernah kenal erti lelah, ketelitian dalam setiap keputusan serta komitmen tinggi dalam menjaga kesejahteraan pesakit. Tugas seorang doktor bukan sahaja merawat penyakit, tetapi juga memberi harapan dan keyakinan kepada mereka yang memerlukan.

Terima kasih atas dedikasi dan pengorbanan yang tidak ternilai, walau dalam kesibukan yang berterusan.

Terutama buat semua doktor khususnya di Poliklinik Ar Razi dan umumnya di serata dunia, Pihak Pengurusan Poliklinik Ar Razi dengan tulus ikhlas mengucapkan SELAMAT HARI DOKTOR SEDUNIA.

30/03/2026

"Dulu ada...tapi hilang entah ke mana..."

Itu ayat makcik tu, sambil cuba ingat balik sejarah rawatan dia.

Kita tengok pun rasa kesian.
Bila rekod tak ada, rawatan pun akan jadi lambat.

Hakikatnya, ramai lagi yang alami benda yang sama.

Dengan MyArrazi:
๐Ÿ“’ semua rekod tersusun rapi
๐Ÿ“ฒ hanya di hujung jari
โฐ๏ธ tak perlu panik, tak perlu cariยฒ

Download sekarang ๐Ÿš€
Ini ketenangan untuk anda & keluarga ๐Ÿ’ž

21/03/2026

Alhamdulillah, Program Ahlan Ramadan 2026 Poliklinik Ar Razi telah melabuhkan tirainya dengan penuh makna. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua staff yang telah turut serta memeriahkan setiap aktiviti yang dianjurkan. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada pihak pengurusan Poliklinik Ar Razi atas sokongan, komitmen dan usaha dalam merealisasikan program ini. Semoga segala usaha dan kebaikan ini diberkati serta menjadi asbab kebaikan yang berpanjangan. Semoga kita berjumpa lagi pada Ramadan akan datang. Selamat pulang ke kampung halaman. _Semarak Ramadan,__Perkukuh Iman_ ๐Ÿคฒโœจ

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ๐ŸŒ™"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada pagi Hari Raya Aidilfitri, sehing...
21/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ๐ŸŒ™

"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak keluar pada pagi Hari Raya Aidilfitri, sehinggalah Baginda makan terlebih dahulu beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam jumlah yang ganjil."

(Hadis Riwayat al-Bukhari).

Dengan ini, kami warga Poliklinik Ar Razi mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 1447Hโœจ

Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, kesihatan yang baik dan keberkatan kepada anda serta keluarga tercinta.

Terima kasih atas sokongan berterusan anda kepada kami ๐Ÿ’š

20/03/2026

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada semua cawangan Poliklinik Ar Razi. โค๏ธSalam Aidilfitri 1447H โœจ

20/03/2026

Takbir Raya daripada doktor-doktor dan staff lelaki Poliklinik Ar Razi โœจ

Taqabbalallahu minna waminkum solihul aaโ€™mal.

Semoga Allah menerima segala amal ibadah yang dilakukan didalam bulan ramadhan ini daripada kami dan daripada kamu ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Pernah tak:โš ๏ธ lupa tarikh appointment โš ๏ธ tercari-cari rekod lamaโš ๏ธ terlepas makan ubatSekarang...semua tu settle dengan ...
18/03/2026

Pernah tak:
โš ๏ธ lupa tarikh appointment
โš ๏ธ tercari-cari rekod lama
โš ๏ธ terlepas makan ubat

Sekarang...semua tu settle dengan MyArrazi ๐Ÿ“ฒ

Aplikasi ni bantu anda:
โœ…๏ธ urus kesihatan dengan lebih teratur
โœ…๏ธ akses info bila-bila masa
โœ…๏ธ jimat masa, kurang stres

Ini bukan sekadar app...ini smart companion anda. ๐ŸŒŸ
Muat turun sekarang & rasa sendiri bezanya.

๐Ž๐’๐“๐„๐Ž๐๐Ž๐‘๐Ž๐’๐ˆ๐’: ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐„๐๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐€๐‡๐€๐˜๐€"Osteoporosis" berasal dari perkataan Greek. "Osteo" bermaksud tulang"Poros" berm...
18/11/2025

๐Ž๐’๐“๐„๐Ž๐๐Ž๐‘๐Ž๐’๐ˆ๐’: ๐๐„๐๐˜๐€๐Š๐ˆ๐“ ๐’๐„๐๐˜๐€๐ ๐๐„๐‘๐๐€๐‡๐€๐˜๐€

"Osteoporosis" berasal dari perkataan Greek.
"Osteo" bermaksud tulang
"Poros" bermaksud lubang, dalam Bahasa Melayu juga ada perkataan poros ini.

Jadi "osteoporosis" bermaksud "tulang poros" atau tulang yang berlubang-lubang dan rapuh.

Secara amnya, osteoprosis berlaku apabila penguraian tulang lama melebihi pembentukan tulang baru.

Ia digelar penyakit senyap atau 'pencuri tulang' dalam diam - kerana ia 'mencuri' kekuatan tulang selama berdekad-dekad, tanpa apa-apa simptom. Anda hanya menyedarinya apabila berlaku patah rapuh (fragility fracture) secara tiba-tiba, hanya disebabkan tekanan yang minimum, seperti batuk atau bersin, atau jatuh yang tidak kuat.

๐’๐ž๐›๐š๐› ๐”๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฉ๐š ๐Ž๐ฌ๐ญ๐ž๐จ๐ฉ๐จ๐ซ๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐ค๐ž๐ง๐š๐ฅ๐ฉ๐š๐ฌ๐ญ๐ข ๐‹๐ž๐›๐ข๐ก ๐€๐ฐ๐š๐ฅ:

- ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก ๐ฉ๐š๐ญ๐š๐ก ๐ญ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐ : Tujuan utama mengesan osteoporosis lebih awal ialah untuk mencegah patah tulang akibat tulang yang semakin lemah.

- ๐Š๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐ฉ๐š๐ฌ๐ญ๐ข ๐ซ๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ: Ujian ketumpatan tulang dapat menentukan risiko anda mengalami patah tulang di masa hadapan.

- ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐จ๐ฅ๐ž๐ก๐ค๐š๐ง ๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ค๐š๐ง: Diagnosis awal membolehkan rawatan dimulakan lebih awal โ€” termasuk perubahan gaya hidup seperti pemakanan dan senaman, serta ubat-ubatan jika perlu.

- ๐๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ ๐ค๐ž๐›๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ฌ๐š๐ง๐š๐ง ๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง: Selepas diagnosis dan rawatan dimulakan, pengesanan awal penting untuk memantau keberkesanan pelan rawatan dari semasa ke semasa.

- ๐„๐ฅ๐š๐ค ๐ค๐จ๐ฆ๐ฉ๐ฅ๐ข๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐ฌ๐ž๐ซ๐ข๐ฎ๐ฌ: Osteoporosis yang tidak dirawat boleh membawa kepada masalah jangka panjang seperti sakit kronik, masalah pernafasan, dan hilang upaya berdikari โ€” terutama selepas patah tulang pinggul.

- ๐“๐ข๐š๐๐š ๐ญ๐š๐ง๐๐š ๐ฃ๐ž๐ฅ๐š๐ฌ: Ramai tidak sedar mereka menghidap osteoporosis sehinggalah mengalami patah tulang โ€” sebab itu saringan awal sangat penting.

๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐Ÿ๐š๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ซ๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐จ๐ฌ๐ญ๐ž๐จ๐ฉ๐จ๐ซ๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ฌ๐ฎ๐ค:

๐Ÿ“Œ Usia lanjut, wanita menopaus, sejarah keluarga osteoporosis
๐Ÿ“Œ Pengambilan kalsium / vitamin D yang rendah
๐Ÿ“Œ Kekurangan aktiviti fizikal (terutamanya senaman menanggung berat)
๐Ÿ“Œ Merokok, pengambilan alkohol berlebihan
๐Ÿ“Œ Kajian di Malaysia menunjukkan ramai tidak mencapai pengambilan kalsium atau pendedahan matahari yang mencukupi.

๐…๐ข๐ฌ๐ข๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐Š๐š๐ฅ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ฆ & ๐•๐ข๐ญ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐ƒ ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Š๐ž๐ฌ๐ข๐ก๐š๐ญ๐š๐ง ๐“๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐ 

Fisiologi kalsium, Vitamin D untuk pembentukan tulang sihat agak kompleks, tetapi saya ringkaskan dalam bentuk analogi:

- ๐“๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Ÿฆด = ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก ๐Ÿก
- ๐Š๐š๐ฅ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ฆ = ๐›๐š๐ญ๐ฎ ๐›๐š๐ญ๐š โ€” menyediakan bahan asas struktur
- ๐•๐ข๐ญ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐ƒ = ๐ค๐ฎ๐ง๐œ๐ข ๐Ÿ”‘ โ€” memastikan batu bata diperoleh dan digunakan dengan betul (ia membantu penyerapan kalsium dan fosfat).

๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด
๐“๐š๐ง๐ฉ๐š โ€œ๐ค๐ฎ๐ง๐œ๐ขโ€ (๐ฏ๐ข๐ญ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐ƒ), โ€œ๐›๐š๐ญ๐ฎ ๐›๐š๐ญ๐šโ€ (๐ค๐š๐ฅ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ฆ) ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐๐š๐ฉ๐š๐ญ ๐๐ข๐ฌ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐š๐ข๐ค, ๐ฆ๐š๐ค๐š ๐ซ๐ฎ๐ฆ๐š๐ก (๐ญ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐ ) ๐ฆ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐๐ข ๐ซ๐š๐ฉ๐ฎ๐ก.
๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด๐Ÿฆด

๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Š๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐Š๐š๐ฅ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐Ÿ™‡โ€โ™‚๏ธ

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium harian purata wanita menopaus di Kuala Lumpur hanya ~447โ€“499 mg sehari โ€” jauh di bawah keperluan. Kajian lain menyebut pengambilan kalsium orang dewasa Malaysia (~591 mg/hari) masih rendah berbanding saranan (1000-1200 mg sehari).

๐Š๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐๐ž๐๐š๐ก๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐‚๐š๐ก๐š๐ฒ๐š ๐Œ๐š๐ญ๐š๐ก๐š๐ซ๐ข: ๐€๐ค๐ข๐›๐š๐ญ๐ง๐ฒ๐š ๐Š๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐•๐ข๐ญ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐ƒ

Walaupun Malaysia beriklim tropika, kajian menunjukkan lebih separuh penduduk mempunyai status vitamin D < 50 nmol/L. Faktor seperti gaya hidup bandar, pekerjaan banyak di tempat tertutup, ber-aircond dan kurang terdedah kepada sinar UVB menyumbang kepada kekurangan.

๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Š๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ซ๐’๐ž๐ง๐š๐ฆ

Aktiviti fizikal yang menanggung berat badan (seperti berjalan, mendaki tangga, senaman beban ringan) penting untuk menjaga tulang. Kekurangan aktiviti meningkatkan risiko kehilangan tulang.

๐‚๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ข ๐Š๐š๐ฅ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ฆ ๐‚๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐“๐ข๐๐š๐ค

1. Audit ringkas pemakanan harian atau 3 hari: adakah anda mengambil 2โ€“3 hidangan susu/sumber kalsium setiap hari? (Rujuk gambar)
2. Gunakan kalkulator pengambilan kalsium atau rujuk pakar dietician
3. Jika pengambilan diet sukar dinilai dan anda mempunyai faktor risiko osteoporosis, pertimbangkan suplementasi ringan.

๐‚๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ž๐ญ๐š๐ก๐ฎ๐ข ๐๐š๐ซ๐š๐ฌ ๐•๐ข๐ญ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐ƒ ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐š๐๐š๐ง ๐‚๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฉ ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐“๐ข๐๐š๐ค.

โžก๏ธโžก๏ธ Perlu buat ujian darah paras Vitamin D di klinik yang akan dihantar ke makmal swasta

๐’๐š๐ซ๐ข๐ง๐ ๐š๐ง ๐Ž๐ฌ๐ญ๐ž๐จ๐ฉ๐ซ๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ: ๐…๐‘๐€๐— ๐’๐œ๐จ๐ซ๐ž ๐๐š๐ง ๐“๐ž๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐€๐ˆ ๐ฌ๐ž๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐ข ๐•๐ž๐ซ๐ข๐Ž๐ฌ๐ญ๐ž๐จ

โš ๏ธโš ๏ธ

Jika anda atau orang tersayang, terutama umur lebih 50, mengesyaki ada risiko osteoporosis, sila datang ke klinik berjumpa doktor untuk penilaian dari segi history, pemeriksaan fizikal serta kaedah saringan terkini:

- ๐…๐‘๐€๐— adalah alat penilaian risiko fracture dalam 10 tahun โ€” membantu mengenal pasti individu yang perlu teruskan penilaian densiti tulang.

- Teknologi seperti ๐•๐ž๐ซ๐ข๐Ž๐ฌ๐ญ๐ž๐จ ๐Ž๐ menggunakan AI dari imej sinarโ€‘X (chest x-ray) untuk menganggar kecenderungan osteoporosis.

- Standard untuk mengukur densiti tulang ialah melalui ujian DEXA (Dual-Energy X-ray Absorptiometry), tetapi alat ini tidak terdapat di klinik. Perlu dirujuk ke hospital tertentu.

๐Ÿ™‡โ€โ™‚๏ธ๐Ÿ™‡โ€โ™‚๏ธ๐Ÿ™‡โ€โ™‚๏ธ๐Ÿ™‡โ€โ™‚๏ธ๐Ÿ™‡โ€โ™‚๏ธ๐Ÿ™‡โ€โ™‚๏ธ๐Ÿ™‡โ€โ™‚๏ธ

๐‚๐š๐ซ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ ๐š๐ก ๐๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ซ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐Ž๐ฌ๐ญ๐ž๐จ๐ฉ๐จ๐ซ๐จ๐ฌ๐ข๐ฌ

- ๐“๐ข๐ง๐ ๐ค๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฆ๐›๐ข๐ฅ๐š๐ง ๐ค๐š๐ฅ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ฆ (๐ฌ๐š๐ฌ๐š๐ซ ~๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐ฆ๐ /๐ก๐š๐ซ๐ข ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ฎ๐ญ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ซ) ๐๐š๐ง ๐ฏ๐ข๐ญ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐ƒ โ€” ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ฅ๐ฎ๐ข ๐ฆ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง, ๐ฌ๐ฎ๐ฉ๐ฅ๐ž๐ฆ๐ž๐ง ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ง๐๐ž๐๐š๐ก๐š๐ง ๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ก๐š๐ซ๐ข (terbaik sekitar jam 10 pagi - 3 petang, selama 10-15 minit, 2-3 kali seminggu).
- Lakukan senaman kekuatan & menanggung berat secara berkala.
- Tinggalkan tabiat merokok, kurangkan alkohol.
- Jika mempunyai osteoporosis atau faktor risiko tinggi: pertimbangkan suplemen seperti ๐’๐ž๐ฅ๐ž๐œ๐Š๐Ÿ ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐š๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐ค๐จ๐ฆ๐›๐ข๐ง๐š๐ฌ๐ข ๐ค๐š๐ฅ๐ฌ๐ข๐ฎ๐ฆ + ๐ฏ๐ข๐ญ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐ƒ + ๐ฏ๐ข๐ญ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐Š๐Ÿ โ€” boleh membantu sokong kesihatan tulang dalam konteks pengambilan kalsium diet rendah.
- Rujuk doktor untuk penilaian densiti tulang seperti VeriOsteo OP atau DEXA scan dan terapi farmakologi jika perlu (contoh: bisfosfonat, denosumab).

๐‘๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐’๐€๐

Osteoporosis adalah penyakit โ€œsenyapโ€ kerana sering tiada gejala awal. Tetapi apabila tulang patah โ€” beban penyakit dan kos penjagaan boleh menjadi besar. Malaysia mempunyai gabungan faktor risiko โ€” pengambilan kalsium rendah, kekurangan vitamin D, gaya hidup kurang aktif, populasi yang menua. Dengan memahami peranan kalsium sebagai โ€œbatu bataโ€ dan vitamin D sebagai โ€œkunciโ€, kita boleh mengambil langkah proaktif hari ini: audit diet, aktif secara fizikal, dan jika perlu, suplemen yang sesuai. Mulakan pencegahan sekarang โ€” supaya rumah tulang anda kekal kukuh untuk usia panjang.

Rangkaian Poliklinik Ar Razi dengan kerjasama Syarikat Brego Life Sciences Sdn Bhd sedang mengadakan Saringan Osteoporosis dari 12/11/2025 - 26/11/2025.

Sila berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami di cawangan berdekatan anda๐Ÿ˜ƒ

Address

Malay Town
Kuantan
25200

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+6095173477

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Ar Razi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Ar Razi:

Share

They Are Not Only Doctor They Are Your Buddies ..

โ€œWujudnya Poliklinik Ar Razi adalah hasil gabungan antara Dr. Mohd Fahmi Bin Abdullah dan Dr. Tuan Sahardi Bin Tuan Ismail. Melihat kesembuhan pesakit adalah kegembiraan bagi mereka berdua. Falsafah mereka, Doktor bukan hanya sekadar karier namun, ianya lebih kepada merawat pesakit-pesakit dengan hati yang ikhlas. Harapan mereka agar mereka terus dapat berkhidmat sebagai Doktor dan melihat pesakit kembali tersenyum. Jika anda tercari-cari klinik yang sentiasa membawa budaya lama dengan teknologi baru . Poliklinik Ar Razi adalah pilihan andaโ€.