09/04/2019
Hari ini sis nk share sikit dengan ibu-ibu dalam pantang serta bakal-bakal ibu di luar sana sebelum amik pakej, lihat dulu apa servis yang diberikan..
MENGAPA WANITA DIDALAM PANTANG DILARANG BERTANGAS ATAU BERSAUNA ?
Bertangas akan mengakibatkan badan mengeluarkan peluh dengan sangat banyak. Jadi, durasi bertangas tidak boleh terlalu lama kerana boleh mengakibatkan badan mengalami dehidrasi. Seeloknya, durasi atau tempoh bertangas tidak melebihi 30 minit.
Wanita didalam pantang memerlukan tempoh berehat dan minum mengikut sukatan utk penyembuhan luka dari melahirkan.
Bertangas adalah proses duduk di atas kerusi berlubang yg mana herba panas di wapkan ke arah vagina.Ini tidak sesuai ketika darah nifas masih b*k.
Rawatan bertangas boleh dilakukan setiap hari selepas 44 hari.
Namun begitu Bertangas KERING boleh dilakukan dgn kaedah berdiri .Ini adalah rawatan yang boleh dilakukan selepas mandi air rebusan herba (campuran pelbagai herba dan daun-daun pokok kayu) bagi wanita berpantang.
Manfaat bertangas adalah agar luka cepat kering dan jahitan cepat sembuh, mengelakkan jangitan kuman pada bahagian sulit, nifas yang lawas dan cepat kering, kembali ketat, mengecut rahim serta, mengelakkan keluar tombong (prolapse).
CnP