10/09/2025
Pada 17-18 Ogos yang lepas, Sofea Group telah terpilih untuk menghantar wakil kami untuk menghadiri Implant Symposium for Professional Insight and Regional Expertise di Taiwan.
Alhamdulillah, kita telah menghantar wakil dari cawangan klinik kami di Eid Sofea Clinic Bukit Raja, diwakili Dr Fatin Amira untuk menghadiri symposium ini. Seramai 5 orang delegasi mewakili Malaysia telah terpilih diantara kebanyakannya adalah pakar-pakar Obstetric dan Gynecology dari hospital swasta dan juga kerajaan. Alhamdulillah, Dr Fatin merupakan wakil dari klinik-klinik swasta untuk menperluaskan ilmu dan pengalaman berkenaan Implanon ( Perancang Keluarga) .
Kami di Sofea Group sangat berbesar hati kerana diberikan peluang untuk menghadiri synposium yang sangat bermanfaat dan pengalaman yang sangat berharga ini. Alhamdulillah, dengan input yang dibawa dan dikongsi oleh Dr Fatin kepada semua doktor di cawangan klinik kami , doktor kita akan lebih yakin dengan pengetahuan yang lebih luas mengenai Implanon.
Boleh dapatkan konsultasi dan pemasangan Implanon di kesemua cawangan Klinik Sofea Group. InsyaAllah kami janji kan pemasangan yang lebih selamat untuk menjamin keselesaan ibu-ibu yang menggunakan Implanon di Malaysia.
Klinik Eid Sofea Tumpat
Eid Sofea Clinic Kubang Kerian
Klinik Nik Zulkifli
EID SOFEA Clinic ,Padang Tembak
Eid Sofea Clinic TPG
Klinik Rahim Klinik Ibrahimi
Klinik Aqilah