Perkhidmatan Kaunseling Hospital USM

Perkhidmatan Kaunseling Hospital USM Laman Facebook Rasmi Perkhidmatan Kaunseling Hospital Pakar USM Kubang Kerian

29/10/2025
27/10/2025

BRAINY TALK SEGMENT: FENOMENA FOMO

Kupasan menarik berkaitan apa itu FOMO (fear of missing out) dalam kehidupan sekeliling, perkongsian bagaimana ianya diaplikasi dan dihadapi dalam kehidupan seharian berserta contoh yang berkaitan.



Send a message to learn more

16/10/2025

Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Hospital Pakar USM pada bulan Oktober ini, pihak Perkhidmatan Kaunseling akan mengadakan satu perkongsian secara live di laman Facebook dengan topik yang menarik dan berilmiah.

Tarikh: 16 Oktober 2025
Hari: Khamis
Masa: 9.30 pagi

Perkongsian yang memfokuskan kepada penekanan konsep dan kesan terhadap toksik positiviti di samping memfokuskan kepada aplikasi psikologi dan strategi yang bersesuaian untuk mendepaninya.


Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Hospital Pakar USM pada bulan Oktober ini, pihak Perkhidmatan Kau...
13/10/2025

Sempena Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Hospital Pakar USM pada bulan Oktober ini, pihak Perkhidmatan Kaunseling akan mengadakan satu perkongsian secara live di laman Facebook dengan topik yang menarik dan berilmiah.

Tarikh: 16 Oktober 2025
Hari: Khamis
Masa: 9.30 pagi

Jangan lepaskan peluang untuk mendengar perkongsian khas secara langsung daripada kaunselor hospital anda. Semua dijemput untuk sama-sama menyertai dan memeriahkan sesi live ini. Save the date!



SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN PERINGKAT HOSPITAL PAKAR USM 2025"Kaunseling Era Digital: Santuni Emosi, Sejahtera ...
05/10/2025

SAMBUTAN BULAN KAUNSELING KEBANGSAAN PERINGKAT HOSPITAL PAKAR USM 2025
"Kaunseling Era Digital: Santuni Emosi, Sejahtera Insani"

Adalah dimaklumkan Bulan Oktober setiap tahun secara rasminya diiktiraf sebagai Sambutan Bulan Kaunseling. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan perkhidmatan kaunseling dalam pembangunan diri, kerjaya, keluarga, komuniti serta kesejahteraan emosi semua pihak.

Pelbagai program dijalankan di peringkat kebangsaan, negeri, organisasi, sekolah dan hospital sebagai sebahagian daripada sambutan ini. Justeru, pihak Perkhidmatan Kaunseling HPUSM juga mengambil ruang dan peluang ini untuk memperkasa program kepada staf dan komuniti sepanjang bulan Oktober. Tema pada tahun ini adalah "Kaunseling Era Digital: Santuni Emosi, Sejahtera Insani".

Pelbagai program menarik dan bermanfaat untuk semua warga Hospital Pakar USM, Kampus dan Komuniti. Ayuh kita raikan Bulan Kaunseling Kebangsaan 2025 dan bersama memperkasa amalan kaunseling untuk kesejahteraan bersama.
Kaunseling bukan sekadar mendengar malah ia adalah seni memahami jiwa ❤

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi:
Perkhidmatan Kaunseling HPUSM melalui ext 3130. Maklumat lanjut berkaitan program akan dimaklumkan dan hebahan melalui media sosial rasmi Perkhidmatan Kaunseling Hospital USM.


Perkhidmatan Kaunseling Hospital Pakar USM

10/09/2025

Sukacita dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Kaunseling Hospital Pakar USM akan menganjurkan Facebook Live Chit Chat Psychological Support: It Starts With You bersama Pegawai Psikologi (Kaunselor) Puan Nurul 'Izzati Shaari & Cik Ruzzairien Ramli. Butiran program seperti berikut:

Tarikh : 10 September 2025
Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Medium : Siaran Langsung di Laman Facebook Perkhidmatan Kaunseling Hospital USM

Objektif utama perkongsian ini adalah untuk mengupas peranan penting keluarga dan masyarakat sebagai agen yang menyokong individu yang mengalami cabaran kesihatan psikologi di samping menyatakan ketersediaan membantu mereka dengan pendekatan yang lebih empati, komunikasi terbuka serta tiada judgement.

Kami amat mengalu-alukan penyertaan daripada semua khususnya staf USM untuk bersama-sama memeriahkan perkongsian santai atas talian bersama Kaunselor Hospital Pakar USM.

Penyertaan adalah PERCUMA dan mata CPD disediakan. Terima kasih.

Address

Blok 108, Aras 2 (Berhampiran Wad 2 Topaz), Hospital USM, Jalan Raja Perempuan Zainab Ll
Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Monday 08:10 - 16:30
Tuesday 08:10 - 16:30
Wednesday 08:10 - 16:30
Thursday 08:10 - 15:00
Sunday 08:10 - 16:30

Telephone

+6097673130

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perkhidmatan Kaunseling Hospital USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Perkhidmatan Kaunseling Hospital USM:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category