25/04/2026
Bagi pihak USM‑Merican, kami merakamkan setinggi‑tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas daripada USM yang telah hadir secara sukarela, meluangkan masa, tenaga dan kepakaran demi menjayakan program ini. Komitmen, profesionalisme dan keikhlasan yang ditunjukkan di setiap kaunter pemeriksaan benar‑benar memberi manfaat besar kepada warga Kampung Morak.
Sesungguhnya, sumbangan yang dicurahkan bukan sahaja dalam bentuk perkhidmatan kesihatan, tetapi juga kasih sayang dan keprihatinan terhadap komuniti. Semoga segala usaha murni ini dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran sebaik‑baiknya. Kami juga dengan penuh rendah hati memohon maaf atas sebarang kekurangan dan kekhilafan sepanjang pelaksanaan program ini.
USM‑Merican turun berkhidmat,
Setiap kaunter penuh amanah dan bakti;
Dari saringan hingga nasihat,
Untuk Morak, ikhlas demi ummati.
Daripada,
Tengku Ahmad Damitri Al Astani B Tengku Din
Wakil USM-Merican