Kayden Center

Kayden Center Pusat Terapi dan Pendidikan Khas Inklusif
(3)

EVENT KHAS UNTUK ANAK AUTISM , SPEECH DELAY, ADHD, DOWN SYNDROME, BERKEPERLUAN KHAS DI KOTA BHARU, KELANTAN.🎨 Picnic in ...
29/04/2026

EVENT KHAS UNTUK ANAK AUTISM , SPEECH DELAY, ADHD, DOWN SYNDROME, BERKEPERLUAN KHAS DI KOTA BHARU, KELANTAN.

🎨 Picnic in the Spectrum 2.0 is back! ✨
Satu event khas untuk anak Autism, Speech Delay, ADHD, Down Syndrome, berkeperluan khas yang lain di KELANTAN!

Tema: Sensory Escape
📅 9 May 2026
📍 Pantai Senok @ Pantai Nami
⏰ 8AM – 12PM

Pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan seperti Sensory Trail, Art Therapy, Water play & Sand Therapy.

Jom healing & have fun dengan
Register now — scan di QR!

24/04/2026

INI PUNCANYA..
ramai ibu bapa request untuk Kayden adakan lagi event Picnic 2.0 nanti. Anak-anak semua dapat “me-time” dengan cara mereka sendiri 🥹✨

If you missed this, it’s okay…
but don’t miss our Picnic in the Spectrum 2.0 ❤️

Jumpa nanti okay. dm to join sekarang 💌

23/04/2026

THE MOST AWAITED EVENT is BACK 🩷 PICNIC IN THE SPECTRUM 2.0 is here!—
Sensory Escape edition 🌈🫧

Pastinya akan more fun, more sensory, more memories


terbuka untuk semua kanak-kanak 💖
limited slot — dm Kayden cepat deh sebelum full 🩷

17/04/2026

Kelas di Kayden sesuai untuk siapa?

✔️ Anak dengan autism
✔️ Anak speech delay
✔️ ADHD / mudah distracted
✔️ Global developmental delay (GDD)
✔️ Anak yang perlukan rutin & visual support

Di Kayden Center, setiap sudut kelas disusun dengan penuh perhatian.. Bila kelas ada struktur yang jelas & sokongan visual…
anak lebih fokus, lebih faham & lebih tenang…

Bukan sekadar susunan cantik,
tapi ruang yang direka boleh bantu anak berkembang dengan baik…

13/04/2026

Ada anak yang mudah terganggu dengan bunyi…
Ada yang sukar duduk diam…
Ada juga yang nampak “diam”, tapi sebenarnya sedang cuba nak faham dunia di sekelilingnya…

Bukan mereka tidak mampu,
tetapi sistem deria mereka mungkin memerlukan sokongan yang betul untuk berkembang dengan lebih baik…

Di Kayden Center, bilik multisensory & Occupational Therapy (OT) diwujudkan sebagai ruang selamat untuk anak-anak; Mengenal dan mengurus rangsangan deria secara perlahan; Membina fokus dan keyakinan diri; dan Menguatkan kemahiran asas yang penting untuk kehidupan seharian…

Setiap aktiviti bukan sekadar “bermain”…
tetapi satu proses terapi yang membantu otak dan tubuh mereka belajar…

Kami percaya, setiap anak ada potensi…Mereka perlukan ruang, masa dan pendekatan yang memahami mereka sepenuhnya…

Dan di sinilah perjalanan kecil itu bermula… ~ Kayden Center

📍 Tanah Merah
📍 Pasir Tumboh

11/04/2026

welcome to the new Kayden Center 2.0 , Tanah Merah 🤍

built from love, patience & everything in between ✨



09/04/2026

👀 Sneak Peek Alert @ Kayden Center 👀

Nampak macam dinding biasa… tapi sebenarnya ada sesuatu yang tersembunyi di sini…

Kami nak bagi sedikit hint…
Di dalamnya ada satu ruang istimewa yang direka khas untuk bantu anak-anak explore, regulate & develop dengan cara yang menyeronokkan…

Tapi… kami belum nak tunjuk semuanya lagi 😉

Apa sebenarnya di sebalik hidden door tu?
Kenapa ruang ni jadi antara yang paling “rare” di Kayden Center?

🎥 Tunggu video seterusnya untuk bongkar rahsia “Hidden Gem” kami!

Drop komen “NAK” kalau nak kami reveal cepat sikit 🤭

08/04/2026

Di Kayden Center, kami percaya setiap anak punya potensi yang luar biasa.. dan di sebalik setiap kemajuan kecil itu, ada insan hebat yang sentiasa setia membimbing mereka..

Interventionist dan terapis kami bukan sekadar mengajar, tetapi memahami…
Bukan sekadar membimbing, tetapi menyentuh hati…
Dengan penuh sabar, kasih sayang dan dedikasi, mereka membantu setiap anak melangkah lebih yakin, satu demi satu…

Inilah barisan interventionist dan terapis Kayden yang sentiasa memberi yang terbaik untuk anak-anak istimewa ini… 🥰

07/04/2026

Alhamdulillah, Sabtu lepas telah berlangsung sesi taklimat kemasukan kanak-kanak baharu di Kayden Center Tanah Merah dengan sambutan yang sangat menggalakkan daripada ibu bapa..

Dalam sesi ini, ibu bapa telah diberikan penerangan menyeluruh mengenai Kayden Center, program-program yang ditawarkan, pendekatan intervensi yang digunakan serta terma & rujukan bagi memastikan setiap anak mendapat sokongan yang terbaik..

Lebih menarik, ibu bapa juga dibawa “jalan-jalan” sekitar center untuk melihat sendiri fasiliti dan infrastruktur yang disediakan, supaya lebih yakin dan jelas dengan persekitaran pembelajaran anak-anak nanti..

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan. Kami komited untuk memberikan yang terbaik buat setiap anak di Kayden ✨💛

06/04/2026

Alhamdulillah, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kayden Center telah berlangsung dengan penuh meriah dan suasana yang sangat bermakna..

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa, jiran tetangga sekitar center serta rakan-rakan kolaborasi yang sudi hadir memeriahkan majlis ini. Kehadiran anda semua bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menjadikan Kayden sebagai satu komuniti yang penuh kasih sayang dan sokongan..

Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus berkekalan dan membawa lebih banyak kebaikan pada masa akan datang..

05/04/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat dan Doa Selamat sempena pembukaan Kayden Center Tanah Merah.. ✨🌙

Majlis ini dipimpin oleh para pelajar tahfiz dari Madrasah Darul Huffaz Nur Hadi yang telah mengimarahkan suasana dengan bacaan yang merdu dan penuh khusyuk..

Semoga dengan doa yang dipanjatkan, Kayden Center Tanah Merah terus diberkati, dipermudahkan segala urusan dan menjadi tempat yang memberi manfaat besar buat anak-anak serta komuniti..

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong.. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda 🤍

✨🌙 Jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kayden 🌙✨Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, Kayden Center ingin menje...
03/04/2026

✨🌙 Jemputan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kayden 🌙✨

Dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan, Kayden Center ingin menjemput semua ibu bapa, anak-anak serta komuniti untuk bersama-sama memeriahkan:

🎉 Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kayden 🎉

📅 Tarikh: 4 April
⏰ Masa: 12.30 PM – 4.00 PM
📍 Tempat: Kayden Center, Tanah Merah
https://share.google/Cvm1EdilEZl5fYGFY

💚 Jom datang bersama keluarga!
Nikmati suasana Aidilfitri yang meriah, eratkan silaturrahim dan cipta kenangan indah bersama kami.

📲 Scan QR code untuk daftar sekarang!

Jumpa anda di sana! ✨

Address

PT 8013, Tingkat 1 & 2, Bandar Satelit Pasir Tumboh
Kubang Kerian
16150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kayden Center posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kayden Center:

Share