Kor Sispa - Kampus Kesihatan USM

Kor Sispa - Kampus Kesihatan USM BIDANG LATIHAN
Pengetahuan Asas Pertahanan Awam
Kemahiran Asas Pertolongan Cemas
Kemahiran Asas Melawan Kebakaran
Kemahiran Asas Menyelamat
Kenegaraan

PERLAWANAN BADMINTON PEGAWAI BERSEKUTU,JURULATIH DAN PEGAWAI KADET KOR SISPA.
06/07/2025

PERLAWANAN BADMINTON PEGAWAI BERSEKUTU,JURULATIH DAN PEGAWAI KADET KOR SISPA.











LATIHAN PENGUKUHAN DIRI BADAN BERUNIFORM KOR SISPA USM KAMPUS KESIHATAN
18/06/2025

LATIHAN PENGUKUHAN DIRI BADAN BERUNIFORM KOR SISPA USM KAMPUS KESIHATAN











LATIHAN SELAM SCUBA DAN PENGENDALIAN BOT APM ZON PANTAI TIMURLatihan Selam Scuba APM Peringkat Zon Pantai Timur iaitu Ne...
27/02/2025

LATIHAN SELAM SCUBA DAN PENGENDALIAN BOT APM ZON PANTAI TIMUR

Latihan Selam Scuba APM Peringkat Zon Pantai Timur iaitu Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang telah diadakan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Seramai dua Orang Pegawai Bersekutu dan Jurulatih Kor SISPA USM Kampus Kesihatan telah hadir bersama-sama ke latihan tersebut.











26 FEBRUARI 2025 | Kunjungan Hormat YS Kol.(PA) Mohd Adzhar Bin Mujab Pengarah APM Negeri Kelantan Ke Kampus Kesihatan U...
27/02/2025

26 FEBRUARI 2025 | Kunjungan Hormat YS Kol.(PA) Mohd Adzhar Bin Mujab Pengarah APM Negeri Kelantan Ke Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia.

Kunjung Hormat YS Kol. (PA) Mohd Azdhar bin Mujab Pengarah APM Kelantan bersama rombongan ke Pejabat Pengarah Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian disambut Oleh YBrs Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dr. Shaiful Bahri bin Ismail Timbalan Komander Kor SISPA USM merangkap Pengarah Kampus Kesihatan USM kubang Kerian

Turut serta menyambut rombongan APM Kelantan ialah Lt. Kol Bersekutu (PA) Hj. Hafiz Assad Zakaria Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) merangkap Ajutan Kor SISPA Kampus Kesihatan USM.

Dalam perjumpaan kali ini Pihak USM membentangkan Perancangan Aktiviti Kor Sispa dan Pegawai Bersekutu dikalangan Pengurusan USM sepanjang tahun 2025 dan Laporan Aktiviti tahun 2024 dalam masa sama Pengarah APM Kelantan menyampaikan Watikah dan Penyambungan Watikah kepada Pegawai Bersekutu USM.











KURSUS ASAS DAN LATIHAN MEDAN KOR SISPA USM KAMPUS KESIHATAN KALI KE 5 Kursus Asas dan Latihan Medan Kor SISPA USM Kampu...
04/02/2025

KURSUS ASAS DAN LATIHAN MEDAN KOR SISPA USM KAMPUS KESIHATAN KALI KE 5

Kursus Asas dan Latihan Medan Kor SISPA USM Kampus Kesihatan Kali Ke-5 telah dirasmikan oleh Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dr. Shaiful Bahari Ismail, Timbalan Komandan Kor SISPA USM Kampus Kesihatan.

Turut hadir Lt. Kol (PA) Mohd Zul Khairi Shamsuddin, Pegawai Pertahanan Awam Negeri, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu dan Bachok, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan dan Barisan Jurulatih Kor SISPA.











MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI BERSEKUTU KOR SISPA USM KAMPUS KESIHATANPengarah Kampus Kesihata...
28/01/2025

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH DAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI BERSEKUTU KOR SISPA USM KAMPUS KESIHATAN

Pengarah Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Shaiful Bahari Ismail, menerima watikah pelantikan Kolonel Bersekutu APM dalam Majlis Perhimpunan Setia, Amanat Tahun 2025, Penyampaian Watikah, Pingat dan Reben Perkhidmatan APM Negeri Kelantan, hari ini.

Turut menerima kenaikan pangkat adalah Ketua Pegawai Psikologi, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kapt. Bersekutu (PA) Mohd Norzulhairie Othman dengan pangkat Mejar Bersekutu Pertahanan Awam.

Majlis kenaikan pangkat ini mencerminkan sumbangan Pegawai-pegawai bersekutu APM dalam memperkukuhkan peranan APM khususnya melalui Kor SISPA USM. Majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu itu telah disempurnakan oleh Kol. (PA) Mohd Adzhar bin Mujab, Pengarah APM Negeri Kelantan.











JALINAN UKHUWAH KEJOHANAN BOWLINGJalinan ukhuwah kejohanan tenpin bowling ini dianjurkan oleh Kor Sispa USM. Program ini...
05/01/2025

JALINAN UKHUWAH KEJOHANAN BOWLING

Jalinan ukhuwah kejohanan tenpin bowling ini dianjurkan oleh Kor Sispa USM. Program ini diserikan lg dgn kehadiran Lt. (PA) Mohd Yussalmi bin Mohd Yusoff, Ketua Cawangan Pengurusan Latihan mewakili Pengarah APM Negeri Kelantan dan Lt. (PA) Mohd Safiyan bin Ibrahim Pegawai Latihan Daerah mewakili PPAD Kota Bharu serta barisan Jurulatih Kor SiSPA USM Kampus Kesihatan.

Kejohanan bowling ini tlh disempurnakan oleh Lt.Kol. Bersekutu (PA) Hafiz Assad Zakaria, Ajutan Kor Sispa Kampus Kesihatan USM. Kor SISPA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga jalinan ukhwah dan silaturahim ini dpat dikekal dan diteruskan pada masa akan datang.











SERAMAI 1000 ORANG SUKARELAWAN SKUAD IHSAN MADANI KPT DARI 12 UNIVERSITI BERKAMPUNG DI KELANTAN USM Kampus Kesihatan dan...
01/01/2025

SERAMAI 1000 ORANG SUKARELAWAN SKUAD IHSAN MADANI KPT DARI 12 UNIVERSITI BERKAMPUNG DI KELANTAN

USM Kampus Kesihatan dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah menjadi penyelaras bersama untuk Misi Bantuan Banjir anjuran Majlis Sukarelawan IPT Malaysia MASKUM dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Misi in disertai Encik Hirman Awang, Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (BHEP, JPT) dan turut dihadiri bersama Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dr. Shaharum Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni Universiti Sains Malaysia, Prof. Dr. Mohammad Ismail, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Kelantan, barisan pegawai MASKUM, pegawai-pegawai BHEPA.

Pegawai-pegawai Kadet Kor SISPA USM Kampus Kesihatan yang diketuai oleh Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hafiz Assad Zakaria, Ajutan Kor SISPA USM Kampus Kesihatan juga turut bersama-sama dalam misi bantuan banjir ini. Pelbagai aktiviti pembersihan dan pemulihan dilaksanakan di rumah mangsa yang terkesan dengan bencana banjir.







TRIP KOR SISPA USM KUBANG KERIAN  KE PULAU REDANGProgram ini turut dihadiri oleh Timbalan Komandan KOR SISPA Kampus Kesi...
16/11/2024

TRIP KOR SISPA USM KUBANG KERIAN KE PULAU REDANG

Program ini turut dihadiri oleh Timbalan Komandan KOR SISPA Kampus Kesihatan, Ybhg. Kol.Bersekutu (PA) Prof.Dr. Shaharum Shamsuddin.







HIKING DAN PLOGGING KOR SISPAHiking dan plogging Kor SISPA USM di Bukit Kluang dan aktiviti rekreasi di Pulau Rhu,Tereng...
14/11/2024

HIKING DAN PLOGGING KOR SISPA

Hiking dan plogging Kor SISPA USM di Bukit Kluang dan aktiviti rekreasi di Pulau Rhu,Terengganu. Terima kasih juga diucapkan kpd APM Besut diatas kerjasama yg diberikan kpd Kor SISPA USM Kampus Kesihatan.







KEJOHANAN PERLAWANAN TENPIN BOWLINGPerlawanan tenpin bowling Kelab Kebajikan dan Sukan Anggota Pertahanan Awam (KESPAN) ...
14/11/2024

KEJOHANAN PERLAWANAN TENPIN BOWLING

Perlawanan tenpin bowling Kelab Kebajikan dan Sukan Anggota Pertahanan Awam (KESPAN) Kota Bharu bersama Kor Sispa USM, Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), CDERT Ketereh, RTM dan lain2 Persatuan NGO.

Tahniah diucapkan kpd pegawai bersekutu Pasukan Kor Sispa USM diatas kejayaan mendapat Johan pertandingan.







LAWATAN KOR SISPA KAMPUS KESIHATAN USM KE UNIT MARIN APM KELANTAN DAN MENARA PENYELAMAT PANTAI APM KOTA BHARU DI PANTAI ...
04/11/2023

LAWATAN KOR SISPA KAMPUS KESIHATAN USM KE UNIT MARIN APM KELANTAN DAN MENARA PENYELAMAT PANTAI APM KOTA BHARU DI PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)

4 November 2023 -Kor SISPA Kampus Kesihatan USM telah mengadakan lawatan ke Unit Marin APM Kelantan yang berpangkalan di Sungai Kelantan. Terdapat pasukan dan kelengkapan aset bot penyelamat di sini bagi persediaan pihak APM dalam menjaga keselamatan dan kecemasan di air khususnya di Sungai Kelantan dan perairan Laut Cina Selatan.

Kor SISPA juga membuat lawatan ke Menara Penyelamat Pantai APM Kota Bharu di Pantai Cahaya Bulan (PCB). Pasukan penyelamat pantai APM bertindak dalam menjaga keselamatan orang awam dan pengunjung yang mandi pantai di kawasan tersebut. Pihak Kor SISPA juga mengambil peluang melakukan aktiviti Water Confident yang diketuai oleh pasukan penyelamat APM. Kor SISPA juga membuat lawatan ke Laman Warisan Masjid Kg. Laut yang mana masjid ini adalah masjid yang tertua di Malaysia dan Asia Tenggara yang dibina sekitar Kurun Ke-18.

Sesi lawatan ini juga turut dihadiri oleh YS. Kol. (PA) Mohd Adzhar Mujab, Pengarah APM Kelantan. Beliau juga menggalakan aktiviti rekreasi ini diteruskan sebagai pembina kemahiran isaniah, kokurikulum dan sahsiah diri pelajar. YS. Pengarah APM Kelantan juga menyeru Kor SISPA di semua IPT Kelantan untuk bersama-sama APM bagi membuat persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal tiba tidak lama lagi. Penglibatan Kor SISPA IPT amat membantu terutama bencana dan banjir besar melanda Negeri Pantai Timur khususnya Negeri Kelantan.

Pihak Kor SISPA mengucapkan ribuan terima kasih kepada YS. Pengarah APM Kelantan kerana sudi hadir ke sesi lawatan kali ini. Tidak lupa juga kepada Kapt.(PA) Muhamad Shafie bin Rosslee, Pegawai Pertahananan Daerah Kota Bharu yang banyak membantu dan menyokong aktiviti ini.

Pihak Kor SISPA mengucapkan syabas dan terima kasih kepada APM kerana banyak platform yang disediakan untuk membantu masyarakat.







Address

Kubang Kerian
16150

Telephone

09-7671325

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kor Sispa - Kampus Kesihatan USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram