SI ORI Therapy KB

SI ORI Therapy KB Menyediakan perkhidmatan rehab Terapi Pertuturan-Bahasa, Terapi Carakerja, Terapi Intensif, dan bengkel.

Rehabilitation, Speech Therapist, Occupational Therapy, & Intensive Intervention Program

📢 JAWATAN KOSONG: GURU INTERVENSI (GI)Cawangan: SI ORI Therapy Kota BharuKami mencari calon yang ceria, penyayang & komi...
25/03/2026

📢 JAWATAN KOSONG: GURU INTERVENSI (GI)
Cawangan: SI ORI Therapy Kota Bharu
Kami mencari calon yang ceria, penyayang & komited untuk bersama bantu perkembangan anak-anak istimewa 💛
Kalau anda s**a dunia kanak-kanak & mahu bekerja dalam suasana yang positif — ini peluang anda!
📩 Hantar resume sekarang ke: sioritxkbr@gmail.com
📞Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut👇
https://wa.me/60138340027?text=GIVacancy

19/03/2026

Tips Latih Anak Bercakap 6.

19/03/2026

Tips Latih Anak Bercakap 5.

18/03/2026

Tips Latih Anak Bercakap 4.

Kepada.. Ibu bapa yang ada anak Autisme🩷Dah siap jawapan balik beraya di kampung nanti❓❓Bolehla study dan tiru jawapan y...
17/03/2026

Kepada.. Ibu bapa yang ada anak Autisme🩷

Dah siap jawapan balik beraya di kampung nanti❓❓

Bolehla study dan tiru jawapan yang SI ORI Therapy sediakan ni.☺️✌️

🥳 Hari Raya sepatutnya masa untuk bergembira bersama keluarga. 🌙✨

😩 Namun bagi sesetengah ibu bapa yang mempunyai anak autisme, terutamanya yang nonverbal, balik kampung kadang kala satu kerisauan dan "nightmare" untuk menghadap atok nenek, adik beradik dan saudara mara..

“Kenapa anak tak bercakap lagi?”
“Tak pergi terapi ke?”
“Kenapa dia asyik ulang ayat macam TV?”

🤯😩😭

➡️ Kebanyakan soalan ini sebenarnya datang daripada rasa ingin tahu, bukan niat untuk menyakitkan hati. Tetapi tanpa kefahaman tentang autisme, soalan-soalan ini boleh membuat ibu bapa rasa penat untuk menjelaskan.

Jom kita "study" soalan biasa yang akan ditanya dan apakah jawapan mudah yang boleh kita berikan. Study betul-betul tau. Harap lepas ni boleh balik kampung dengan tenang.

1️⃣. “Kenapa anak tak bercakap lagi?”

Jawapan biasa:
“Dia ada autisme dan masih belajar untuk berkomunikasi. Ada anak autisme yang bercakap lewat atau guna cara lain seperti gambar atau isyarat.”

Jawapan simpan tepi:
"Insyaallah jika Allah izinkan. Bersama-samalah kita berdoa ye".

2️⃣. “Tak bawa pergi terapi ke?”

Jawapan biasa:
“Kami memang bawa terapi. Dia sedang belajar komunikasi dengan ahli terapi pertuturan bahasa (SLT). Perkembangannya perlahan, tapi ada kemajuan.”

Jawapan simpan tepi:
"Terapi ni bukan macam ubat. Makan 3-5 hari dah sihat."

3️⃣. “Kenapa dia tak pandang orang bila kita cakap?”

Jawapan biasa:
“Sesetengah individu autisme susah buat eye contact lama. Tapi itu tak bermaksud dia tak dengar atau tak faham.”

Jawapan simpan tepi:
"Itulah superpower dia."

4️⃣. “Dia faham ke kita cakap?”

Jawapan biasa:
“Ramai anak autisme sebenarnya faham lebih daripada yang mereka boleh cakap. Cuma cara mereka tunjukkan kefahaman mungkin berbeza.”

Jawapan simpan tepi:
"Dah cek pendengaran dia normal!"

5️⃣. “Kenapa dia s**a ulang ayat macam skrip TV?”

Jawapan biasa:
“Itu dipanggil echolalia. Ia salah satu cara anak autisme belajar bahasa. Kadang kala mereka guna ayat yang pernah dengar untuk cuba berkomunikasi.”

Jawapan simpan tepi::
"Sebab intonasi menarik dan boleh ulang tengok banyak kali".

6️⃣. “Bagi je ubat atau suplement, nanti baiklah.”

Jawapan biasa:
“Setakat ini rawatan yang paling terbukti membantu autisme ialah terapi perkembangan dan komunikasi. Suplemen belum ada bukti kuat untuk ‘menyembuhkan’ autisme.”

Jawapan simpan tepi:
"Kalaulah ada suplemen yang makan boleh jadi pandai, tutuplah sekolah. Penipu je tu".

7️⃣. “Dulu masa kecil normal je kan, kenapa jadi macam ni?”

Jawapan biasa:
“Autisme ialah keadaan perkembangan otak yang memang wujud sejak kecil. Kadang-kadang tanda dia cuma nampak jelas bila anak makin membesar.”

Jawapan simpan tepi:
"Ni normal cara dia lah, sebab sistem otak dia berbeza".

8️⃣. “Dia manja sangat ke sampai tak bercakap?”

Jawapan biasa:
“Bukan sebab manja. Autisme berkaitan dengan cara otak memproses bahasa dan interaksi sosial.”

Jawapan simpan tepi:
"Sebab itu doktor diagnos dia Nonverbal. Bukan sebab manja @ malas!".

9️⃣. “Nanti besar boleh cakap ke?”

Jawapan biasa:
“Setiap anak autisme berbeza. Ada yang akhirnya bercakap, ada yang guna alat komunikasi lain. Yang penting dia boleh berkomunikasi dengan cara yang sesuai untuk dia.”

Jawapan simpan tepi:
"Insyaallh, Amiin. Kita doakanlah sama-sama ye."

🔟. “Kasihanlah… susah jaga anak macam ni kan?”

Jawapan biasa:
“Memang ada cabaran, tapi anak autisme juga ada banyak kelebihan. Kami belajar faham cara dia, dan dia pun sedang belajar faham dunia.”

Jawapan simpan tepi:
"Semua anak ada kesusahan masing-masing. Dia tak perlukan kasihan tetapi perlukan empati dan kefahaman".
💡 Tip untuk ibu bapa ketika raya;
✅ Pilih jawapan pendek dan tenang.
✅ Tidak perlu jawab semua perkara secara panjang.
✅ Fokus kepada memberi kefahaman, bukan mempertahankan diri.
✅ Ingat bahawa kesedaran tentang autisme di kampung mungkin masih rendah.
✅ Kadang-kadang satu jawapan ringkas semasa Hari Raya Aidilfitri boleh menjadi permulaan kesedaran kepada seluruh keluarga.

~Selamat Hari Raya~Maaf Zahir & Batin~

Mr SI SLT
SI ORI Therapy

17/03/2026

Latih Anak Bercakap 3.

16/03/2026

Latih anak bercakap 2.

15/03/2026

Tips Latih Anak Bercakap 1.

Dah bersedia untuk pulang ke kampung Raya ini? Jom baca perkongsian tips balik kampung daripada OT Siti Nur Azila Saari ...
15/03/2026

Dah bersedia untuk pulang ke kampung Raya ini?

Jom baca perkongsian tips balik kampung daripada OT Siti Nur Azila Saari kami.

Jom memahami apakah itu AAC dan kepentingannya. Boleh lihat pada poster infografik untuk idea bagaimana hendak bina Papa...
15/03/2026

Jom memahami apakah itu AAC dan kepentingannya. Boleh lihat pada poster infografik untuk idea bagaimana hendak bina Papan Komunikasi khusus untuk anak anda.

Rujuk SLT anak anda untuk dapatkan konsultasi yang lebih spesifik.

😩 Ramai ibu bapa berasa sedih dan bimbang apabila anak mereka masih belum bercakap atau s**ar menyatakan keperluan.

😭 Ada anak yang menangis kerana tidak difahami,
🤯 ada yang menunjukkan tingkah laku mencabar kerana mereka sebenarnya mahu berkomunikasi.

Hakikatnya, setiap kanak-kanak mempunyai keinginan untuk berkomunikasi. Cuma cara mereka mungkin berbeza. Di sinilah Komunikasi Gantian dan Bantuan (Augmentative and Alternative Communication @ AAC) memainkan peranan penting.

➡️ AAC dalam bentuk papan komunikasi ialah alat yang menggunakan gambar, simbol atau perkataan untuk membantu kanak-kanak menyampaikan SUARAnya.

👉🏻 Dengan menunjuk gambar seperti “mahu”, “makan”, “lagi” atau “tolong”, anak boleh menyatakan apa yang mereka fikir dan rasa walaupun belum mampu bercakap dengan jelas. Ini membantu mengurangkan frustrasi, meningkatkan interaksi sosial dan memberi peluang kepada anak untuk “bersuara”.

"Kajian dalam bidang terapi pertuturan bahasa menunjukkan bahawa AAC sangat berkesan untuk kanak-kanak nonverbal atau yang mempunyai pertuturan terhad. Beberapa ulasan sistematik dalam jurnal seperti American Journal of Speech-Language Pathology dan Journal of Autism and Developmental Disorders melaporkan bahawa penggunaan AAC boleh meningkatkan kemahiran komunikasi fungsional, keupayaan membuat pilihan dan interaksi sosial. Malah, kajian juga menunjukkan bahawa AAC tidak menghalang perkembangan pertuturan, sebaliknya boleh membantu merangsang perkembangan bahasa kerana kanak-kanak mula memahami konsep komunikasi."

✏️ Membina papan komunikasi sebenarnya boleh dilakukan di rumah atau di sekolah. Ibu bapa dan guru boleh mulakan dengan beberapa gambar asas seperti perkataan teras (core words) contohnya “mahu”, “lagi”, “tidak”, “tolong”, serta beberapa gambar objek yang sering digunakan seperti makanan, permainan atau tempat. Gunakan gambar yang jelas, susun secara konsisten dan mulakan dengan bilangan simbol yang kecil supaya anak mudah belajar.

🤔 Sebagai SLT, satu tip penting ialah orang dewasa juga perlu menggunakan papan komunikasi itu bersama anak. Model @ tunjukkan gambar semasa bercakap supaya anak memahami bagaimana alat itu digunakan untuk berkomunikasi.

👦🏻 Setiap anak mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu, penilaian profesional sangat penting untuk memastikan sistem AAC yang dipilih benar-benar sesuai dengan tahap perkembangan anak.

✅ Di SI ORI Therapy, ahli Terapi Pertuturan Bahasa (SLT) kita berpengalaman membantu ibu bapa memilih dan melatih penggunaan AAC secara sistematik. Dengan sokongan intervensi yang tepat, setiap anak mempunyai peluang untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dan bermakna.

Mr. SI SLT
SI ORI Therapy

🧐 Kebanyakan EIP hanya ada Guru Intervensi (GI) dan ahli Terapi Cara Kerja (OT) sahaja. Tidak banyak yang ada ahli Terap...
29/09/2025

🧐 Kebanyakan EIP hanya ada Guru Intervensi (GI) dan ahli Terapi Cara Kerja (OT) sahaja. Tidak banyak yang ada ahli Terapi Pertuturan Bahasa sekali dalam program.🗣️

➡️ Dalam Program Intervensi Intensif ORI Play SI ORI Therapy KB, kami bukan sahaja ada GI dan OT. Kami turut ada SLT bersama dalam memaksimakan potensi anak-anak. 👍

➡️ Malah kami juga menggunakan RPI (Rancangan Pendidikan Individu) yang spesifik khusus untuk setiap pelajar bukannya secara umum.

➡️ RPI ini disediakan dan dipantau oleh OT dan SLT bertauliah. Terapis (OT dan SLT) turut menjalankan sesi bersama GI khusus untuk memastikan “target goal” yang disediakan dapat dicapai dalam tempoh 4 bulan.

✅ Hanya di SI ORI Therapy anda akan dapat perkhidmatan Intervensi Intensif seperti ini.

Berminat? Boleh mesej admin kami di 013-834 0027.

Address

Lot 2317 Taman Kenali
Kubang Kerian

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60139411330

Website

https://www.facebook.com/sioritxkb

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SI ORI Therapy KB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram