26/02/2026
Grateful for the meaningful discussion and warm hospitality at 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚, 𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐊𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤.
This marks an important step towards strengthening collaboration in support of our senior citizens and community well-being. Together, we are committed to bringing impactful outreach programs, health education, and accessible services closer to the people of Sarawak.
Looking forward to making “ Senior Citizen - We CARE For You” a reality.
KPWK-NORMAH ANJUR PROGRAM “SENIOR CITIZEN-WE CARE FOR YOU” , 4 APRIL 2026
KUCHING, 25 Feb – Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak (KPWK) akan menganjurkan Program Komuniti “Senior Citizen- We CARE For You” pada 4 April depan.
Program itu merupakan kerjasama dengan Pusat Perubatan Normah yang akan diadakan di Wisma SABATI Petra Jaya.
Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata program itu merupakan satu inisiatif bermakna bagi mempromosikan penuaan sihat dan aktif.
Selain ia juga bagi meningkatkan kesejahteraan keseluruhan warga emas di seluruh Sarawak.
Menurut beliau, program berkenaan dijangka menghimpunkan kira-kira 300 warga emas dari Kuching dan kawasan sekitarnya.
“Penganjuran ini mencerminkan komitmen kukuh dan bersepadu dalam memastikan golongan warga emas sentiasa mendapat maklumat tepat, sokongan berterusan serta pemerkasaan untuk menjalani proses penuaan dengan penuh maruah, keyakinan dan berdikari,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat penyelarasan program itu di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur Dua, hari ini.
Program berkenaan bakal menampilkan ceramah kesihatan yang interaktif serta sesi perkongsian maklumat berkaitan penjagaan kesihatan warga emas.
Pelbagai reruai perkhidmatan turut disediakan bagi menawarkan bantuan serta perkhidmatan penting yang bersesuaian dengan keperluan golongan tersebut.
DEBBIE AMANDA