ABIM Negeri Sarawak

ABIM Negeri Sarawak Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah ABIM telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili salah satu pergerakan belia Islam di Malaysia. Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Datoโ€™). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Tujuh tahun kemudian iaitu pada 12 April 1978,

ABIM cawangan Negeri Sarawak ditubuhkan di Kuching. Antara pengasas awal ABIM Negeri Sarawak adalah al-Fadil Almarhum Ustaz Haji Awang Pon Awang Sebon, Ketua Hakim Syarie pertama bagi Mahkamah Syariah Sarawak.

23/04/2026

Usrah Mingguan Anjung Rahmat
23 April 2026

Anjung Rahmat adalah Kompleks Dakwah dan Tarbiah WADAH Pusat.

Jam 9:15 Malam
Setiap Minggu Hari Khamis

Usrah ini terbuka untuk disertai oleh orang ramai yang berminat. Konsep Usrah akan membincangkan pengisian berdasarkan Kitab secara mingguan oleh para asatizah yang berpengalaman.
Pengisian digilirkan setiap minggu antara empat pakej diskusi iaitu:

PAKEJ: D

๐ŸŒทPakej 'A' (minggu 1)
(Tafsir & Tarbiyah ruhiyyah).

๐ŸŒทPakej 'B': (minggu 2)
(Aqidah & Syamail Muhammadiyah)

๐ŸŒทPakej C (minggu 3)
(Tafsir & Terbiyah ruhiyyah)

๐ŸŒทPakej D (minggu 4)
(Fiqh & Hadith)

๐ŸŒทMinggu ke 5 (Jika ada)
Ceramah khas

Anjung Rahmat adalah Kompleks Dakwah dan Tarbiah WADAH Pusat.
Waktu usrah fizikal.
Berbuka puasa bersama,solat maghrib dan wirid al ma'thurat wazifah kubra.

23/04/2026

*Bicara Ad-din Kupasan Kitab Siri 333*
Kitab HIKAM IBN A'TAILLAH As SAKANDARI

Hikmah ke 235:

Tajuk: *Hakikat Tawadhuโ€™*
ู‚ุงู„: ุงู„ุฅู…ุงู… ุงู„ุนุงุฑู ุจุงู„ู„ู‡
ุชุงุฌ ุงู„ุฏูŠู† ุฃุญู…ุฏ ุจู† ู…ุญู…ุฏ ุจู† ุนุจุฏุงู„ูƒุฑูŠู…
ุฅุจู† ุนุทุงุกุงู„ู„ู‡ ุงู„ุณูƒู†ุฏุฑูŠ ุฑุญู…ู‡ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰

ู…ูŽู†ู’ ุฃูŽุซู’ุจูŽุชูŽ ู„ูู†ูŽูู’ุณูู‡ู ุชูŽูˆูŽุงุถูุนู‹ุง ููŽู‡ููˆูŽ ุงู„ู’ู…ูุชูŽูƒูŽุจู‘ูุฑู ุญูŽู‚ู‘ู‹ุงุŒ
ุฅูุฐู’ ู„ูŽูŠู’ุณูŽ ุงู„ุชู‘ูŽูˆูŽุงุถูุนู ุฅูู„ู‘ูŽุง ุนูŽู†ู’ ุฑูู’ุนูŽุฉูุŒ
ููŽู…ูŽุชูŽู‰ ุฃูŽุซู’ุจูŽุชู‘ูŽ ู„ูู†ูŽูู’ุณููƒูŽ ุชูŽูˆูŽุงุถูุนู‹ุง ููŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุงู„ู’ู…ูุชูŽูƒูŽุจู‘ูุฑู

_โ€œSesiapa yang menganggap dirinya sebagai orang yang tawadhuโ€™, maka dialah sebenarnya orang yang sombong._
_Kerana tawadhuโ€™ itu hanya lahir daripada ketinggn (martabat)._
_Maka apabila engkau menetapkan tawadhuโ€™ pada dirimu, engkaulah orang yang sombong.โ€_

Disampaikan oleh: ๐Ÿ”–
Ustaz Ismail Che'Ku
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH
https://www.youtube.com/.Malaysia

Anjuran: WADAH & WAPTv MALAYSIA

22/04/2026

Podcast Bangun Semua

Isu-isu semasa pendidikan semakin hari semakin hangat menjadi perbincangan netizen. Namun adakah maklumat yang didapati daripada media sosial tepat? Atau adakah sekadar "membawang" semata-mata untuk dapatkan like dan view?

Oleh itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membawakan episod baru *Podcast Bangun Semua* menampilkan Dr Radin Imaduddin daripada Pertubuhan Pendidikan Madani. Episod ini juga akan mendalami dengan lebih lanjut Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim awal tahun ini.

Tonton live di YouTube channel WAPtv.my bermula pukul 5 petang pada 22 April 2026.

YouTube
https://youtube.com/.malaysia?si=CnCB0BovEYsyk4ex

Facebook
https://www.facebook.com/share/1LPBfH9WUU/

Jemput tonton live serta komen pandangan anda


09/04/2026

Usrah Mingguan Anjung Rahmat & Munajat Bacaan Yaasin serta Doa buat Ustaz Dr Abdul Halim el-Muhammady
9 April 2026
21 Syawal 1447H

Anjung Rahmat adalah Kompleks Dakwah dan Tarbiah WADAH Pusat.

Jam 9:15 Malam
Setiap Minggu Hari Khamis

Usrah ini terbuka untuk disertai oleh orang ramai yang berminat. Konsep Usrah akan membincangkan pengisian berdasarkan Kitab secara mingguan oleh para asatizah yang berpengalaman.
Pengisian digilirkan setiap minggu antara empat pakej diskusi iaitu:

PAKEJ: B

๐ŸŒทPakej 'A' (minggu 1)
(Tafsir & Tarbiyah ruhiyyah).

๐ŸŒทPakej 'B': (minggu 2)
(Aqidah & Syamail Muhammadiyah)

๐ŸŒทPakej C (minggu 3)
(Tafsir & Terbiyah ruhiyyah)

๐ŸŒทPakej D (minggu 4)
(Fiqh & Hadith)

๐ŸŒทMinggu ke 5 (Jika ada)
Ceramah khas

Anjung Rahmat adalah Kompleks Dakwah dan Tarbiah WADAH Pusat.

Waktu usrah fizikal.
Berbuka puasa bersama,solat maghrib dan wirid al ma'thurat wazifah kubra.

19/03/2026

Bicara Ad-din Kupasan Kitab Siri 328
Kitab HIKAM IBN A'TAILLAH As SAKANDARI

Hikmah 230 : โ€œSifat Syaitanโ€

Disampaikan oleh: ๐Ÿ”–
Ustaz Ismail Che'Ku
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia WADAH

Sila subscribe channel Youtube WAPtv Malaysia untuk ikuti siri infomasi terkini, majlis-majlis ilmu dan sebagainya.
https://www.youtube.com/.Malaysia

Anjuran: WADAH & WAPTv MALAYSIA

๐ŸŒ™ JOM INFAK โ€“ KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB) EDISI SINAR RAMADAN 1447H โœจAssalamualaikum dan salam sejahtera.InsyaA...
05/03/2026

๐ŸŒ™ JOM INFAK โ€“ KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS (KSSB) EDISI SINAR RAMADAN 1447H โœจ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

InsyaAllah sempena Ramadan yang penuh keberkatan ini, ABIM Negeri Sarawak sekali lagi meneruskan Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) 1447H bagi membantu golongan yang memerlukan seperti asnaf, ibu tunggal, muallaf dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Sabda Rasulullah SAW:
_"Sedekah tidak akan mengurangi harta. Allah akan menambahkan kemuliaan bagi hamba yang pemaaf, dan mengangkat darjat orang yang merendah diri."_
(Hadis riwayat Abu Hurairah RA)

Sehubungan itu, ABIM Sarawak menyeru Tuan/Puan yang budiman untuk bersama-sama menyumbang dalam bentuk:
๐Ÿ’ต Sumbangan kewangan
๐Ÿš Sekampit beras
๐Ÿฅซ Barangan keperluan asas

๐Ÿ“Œ Salurkan sumbangan anda ke:
Bank Islam : 11013010075532
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK

Sila hubungi ๐Ÿ“ž :
๐Ÿ“ฑ: wasap.my/601139967219 (Imah)
๐Ÿ“ฑ: wasap.my/60145914208 (Shyda)

Terima kasih atas keprihatinan dan sokongan anda. Semoga setiap sumbangan menjadi asbab keberkatan dan ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.

โšœ๏ธ Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera โšœ๏ธ Dimaklumkan bahawa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak aka...
20/02/2026

โšœ๏ธ Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera โšœ๏ธ

Dimaklumkan bahawa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak akan mengadakan Muktamar Belia Islam kali ke-47 yang akan berlangsung berdasarkan ketetapan seperti berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 21 Februari 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa : 2:00-4:00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Islamic Information Centre (IIC) Kuching
Kod Pakaian: Baju Melayu Lengkap + Bersongkok (Lelaki), Baju Kurung Batik + Tudung Hitam (Perempuan)

Justeru itu, semua ahli ABIM daripada seluruh cawangan di Negeri Sarawak diundang untuk hadir ke muktamar kali ini.

Jumpa anda disana! Bagi yang dapat hadir, sila berhubung dengan no di bawah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi:
๐Ÿ“ž wasap.my/+60178315844 (Natasha)


๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‘๐” ๐‚๐ˆ๐๐€Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cin...
17/02/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐๐€๐‘๐” ๐‚๐ˆ๐๐€

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang menyambutnya.

Raikan perbezaan, ayuh perkukuh perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan bersama demi Malaysia yang lebih gemilang.

Selamat menyambut perayaan ini bersama keluarga tersayang. Xian Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai!

๐€๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐‹๐ˆ๐€ ๐ˆ๐’๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€

Menghitung Hari Menuju Ramadan ๐ŸŒ™โ€‹DOA MENYAMBUT KETIBAAN RAMADANโ€‹"Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramada...
10/02/2026

Menghitung Hari Menuju Ramadan ๐ŸŒ™

โ€‹DOA MENYAMBUT KETIBAAN RAMADAN

โ€‹"Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku, dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu)."

Persiapkan diri dan hati. Semoga Ramadan tahun ini menjadi yang terbaik buat kita semua.

โ€‹Bantu kami menceriakan Ramadan saudara kita yang lain melalui Kempen Sinar Ramadan. Kecil bagi kita, besar maknanya bagi mereka.

โ€‹๐Ÿ”— Pautan Infaq: www.infaqabim.com/kempen-sinar-ramadan/




Address

Tingkat 2, Lot 14930, Section 65, Kuching Town Land District, Jalan Matang Baru, Kuching
Kuching
93050

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ABIM Negeri Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to ABIM Negeri Sarawak:

Share

Our Story

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili salah satu pergerakan belia Islam di Malaysia. ABIM telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Sdr. Fauzi Abdul Rahman (Datoโ€™). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Tujuh tahun kemudian iaitu pada 12 April 1978, ABIM cawangan Negeri Sarawak ditubuhkan di Kuching. Antara pengasas awal ABIM Negeri Sarawak adalah al-Fadil Almarhum Ustaz Haji Awang Pon Awang Sebon, Ketua Hakim Syarie pertama bagi Mahkamah Syariah Sarawak.