04/04/2026
POSTER RASMI FILEM GAYONG 2 π₯βοΈ
βDi penghujung jalan, ada janji yang perlu dituntut.β
Jom ber- sambil filem ni pada 9 APRIL 2026! πΏ
PSSG Sarawak ditubuhkan pada tahun 2003 oleh Cikgu Muhd Khawar Hezazy, utk meneruskan legasi ADMAR
(1)
NO 1, LRG 7A3, TMN MALIHAH
Kuching
93250
| Monday | 07:00 - 22:00 |
| Tuesday | 07:00 - 22:00 |
| Wednesday | 07:00 - 22:00 |
| Thursday | 07:00 - 22:00 |
| Friday | 07:00 - 22:00 |
| Saturday | 09:00 - 22:00 |
| Sunday | 09:00 - 22:00 |
Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.
Send a message to Pertubuhan Silat Seni Gayong Sarawak:
PSSG Sarawak ditubuhkan pada April 2003 dibawah pimpinan Cikgu Muhammad Khawar Hezazy setelah diamanahkan oleh Cikgu Kassim Samat (Labuan/Pahang) untuk meneruskan legasi Allahyarham Datoβ Meor Abdul Rahman Bin Daeng Uda Md. Hashim (ADMAR). Gelanggang pertama PSSG Sarawak bermula di Taman Malihah dengan keahlian seramai 12 orang anak-anak kariah Taman Malihah. Kredit harus diberikan kepada anak muda ini kerana kerana dengan jasa mereka, maka tertubuhlah warisan ADMAR di seluruh negeri Sarawak walaupun acap kali nama-nama besar Gayong yang berasal dari Semenanjung tidak berjaya membuka gelanggang di Sarawak, namun secara βKUn Fayakunnyaβ, anak Sarawaklah yang berjaya membuka gelanggang di Bumi Darul Hana ini. PSSG SARAWAK didaftar secara rasminya pada tahun 2008 di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (R.O.S) pada tahun 2008 yang diterajui oleh Tuan Haji Uthman Bin Hj. Ramli bertempat di No 1, Lorong 7A3, Off Jalan Belatok, Taman Malihah, Kuching, Sarawak. Gelanggang pertama PSSGM Sarawak adalah Gelanggang Petra Jaya yang kemudiannya ditukar menjadi Gelanggang Rosli Dhoby bagi mengenang jasa dan pengorbanan Allahyarham Rosli Dhoby dalam memperjuangkan kemerdekaan bagi rakyat Sarawak, Gelanggang ini adalah PUSAT LATIHAN TERTINGGI GAYONG NEGERI yang bertujuan menggumpul semua gurulatih dari seluruh negeri Sarawak dibawah satu bumbung dalam mengejar ilmu yang tak habis-habis. Pada masa kini, gelanggang yang berdaftar dan bernaung di bawah PSSGM Bahagian Negeri Sarawak adalah sebanyak 24 gelanggang yang meliputi 7 bahagian di dalam Sarawak iaitu; 1. GELANGGANG ROSLI DHOBY/PUSAT LATIHAN GAYONG NEGERI - KUCHING 2. GELANGGANG SMK SERI SETIA - KUCHING 3. INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG - KUCHING 4. GELANGGANG SERI ENDOU/SMK BAKO - KUCHING 5. GELANGGANG ANTA PERMANA-PENDAMAI KUCHING 6. GELANGGANG SM SAINS KUCHING UTARA-KUCHING 7. GELANGGANG BORA-BORA, KAMPUNG TABUAN MELAYU- KUCHING 8. GELANGGANG PERYATIM- KUCHING 9. GELANGGANG SRI ROM NAGA, UNIMAS - SAMARAHAN 10. GELANGGANG NAGA MERAH/KAMPUNG BARU - SAMARAHAN 11. GELANGGANG MERAH SILUMAN/KAMPUNG EMPILA - SAMARAHAN 12. GELANGGANG NAGA BERADU/KAMPUNG MELAYU - SAMARAHAN 13. GELANGGANG SMK HJH LAILA TAIB - SAMARAHAN 14. GELANGGANG IGG TUN ABDUL RAZAK, SAMARAHAN 15. GELANGGANG MERONG MAHAWANGSA - SERIAN 16. GELANGGANG LANG BUANA, SK TEBAKANG - SERIAN 17. GELANGGANG PANGLIMA HITAM/ KAMPUNG MUHIBAH - SRI AMAN 18. GELANGGANG SMK SRI AMAN - SRI AMAN 19. GELANGGANG MRSM BETONG - BETONG 20. GELANGGANG TANDANG SARI SARATOK, BETONG 21. GELANGGANG SILAT SENI GAYONG PPMB, SARATOK 22. GELANGGANG NAGASARI SARIKEI 23. GELANGGANG SK BUKIT KINYAU-SARIKEI 24. GELANGGANG RAJA LAUT - BINTULU