Sarawak Medical Services Union-SMSU

Sarawak Medical Services Union-SMSU MEMELIHARA KEBAJIKAN PEKERJA KESIHATAN YANG MENJADI AHLI SMSU DI BAWAH NAUNGAN JKNS

ADMIN25 April 2026 | SabtuAuditorium Pusat JantungSarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Samarahan dengan jayany...
25/04/2026

ADMIN

25 April 2026 | Sabtu
Auditorium Pusat Jantung

Sarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Samarahan dengan jayanya telah menganjurkan Seminar Ceramah Kesihatan Pemakanan & Mesyuarat Agung Tahunan 2026.

Seminar dan Mesyuarat Agung ini telah dihadiri oleh ahli Cawangan Samarahan yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan.

Turut melengkapkan majlis adalah jemputan daripada SMSU Pusat iaitu Presiden Tn Hj Bolhanuddin Sabli ,Saudara Setiausaha Agung Saudara Ahmad Zamri Warimin dan Timbalan Bendahari Saudara Arlvin Reynard Anak Jen.

Sesi Mesyuarat dimulakan dengan Ceramah Kenali SMSU yang disampaikan oleh Setiausaha Agung Saudara Ahamad Zamri.

Ceramah Pemakanan Sihat disampaikan oleh Pegawai Pemakanan dari Hospital Umum Sarawak Puan Chan Pei Yong. Taklimat Insuran Kelompok SMSU turut disampaikan oleh Mr. Raymond Chin dari Great Eastern.

Mesyuarat Agung turut dilaksanakan dengan pemilihan Ahli Jawatankuasa SMSU Cawangan Samarahan bagi penggal 2026/2028. Tahniah diucapkan atas pemilihan barisan AJK baharu ini.

Unity Is Strength!




25/04/2026

Admin

25 April 2026 | Sabtu

Pada hari ini telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan untuk Cawangan Samarahan dan pemilihan AJK untuk sesi 2026/2028.

Mesyuarat diadakan di Auditorium Pusat Jantung Samarahan

Makluman lanjut setiap Mesyuarat Agung akan dimuatnaik pada posting berikut. Stay Tune.




ADMINSABTU | 18 April 2026Bilik Konferen Hospital SerianSarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Serian dengan jay...
19/04/2026

ADMIN

SABTU | 18 April 2026
Bilik Konferen Hospital Serian

Sarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Serian dengan jayanya telah menganjurkan Seminar SMSU & Mesyuarat Agung Tahunan 2026.

Seminar dan Mesyuarat Agung ini telah dihadiri oleh seramai 105 orang ahli Cawangan Serian yang terdiri daripada pelbagai skim perkhidmatan.

Turut melengkapkan majlis adalah jemputan daripada SMSU Pusat iaitu Tuan Lionel Krusner anak Venster Bangan.

Taklimat Pengurusan Kewangan Penjawat Awam telah disampaikan oleh Mohamad Rafie Raduan dari Bank Rakyat, manakala sesi Taklimat Pengurusan Pelindungan Keluarga turut disampaikan oleh Mr. Raymond Chin dari Great Eastern.

Mesyuarat Agung turut dilaksanakan dengan pemilihan Majlis Ahli Jawatankuasa (MAJK) SMSU Cawangan Serian bagi penggal 2026/2028. Tahniah diucapkan atas pemilihan barisan MAJK baharu ini.

Untuk pengetahuan, jumlah keseluruhan ahli SMSU Cawangan serian adalah adalah 405 orang. Semoga SMSU Cawangan Serian terus kekal bersemangat dan gigih dalam memperjuangkan suara serta kebajikan ahli.

Unity Is Strength!

ADMIN18 April 2026 | SabtuBilik Mesyuarat Gunasama Persekutuan, KapitSarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Kapi...
18/04/2026

ADMIN

18 April 2026 | Sabtu
Bilik Mesyuarat Gunasama Persekutuan, Kapit

Sarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Kapit telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan Tahun 2026 dengan kehadiran seramai 35 orang ahli daripada PKB Kapit, Hospital Kapit dan Klinik Kesihatan Song daripada pelbagai skim jawatan.

Turut hadir sebagai jemputan khas daripada SMSU Pusat ialah Tuan Haji Bolhanuddin bin Sabli, Presiden SMSU Sarawak, yang diiringi oleh Timbalan Setiausaha Agung, Puan Shira Anak Galang.

Dalam ucapannya, Tuan Haji Bolhanuddin menyeru agar SMSU Cawangan Kapit terus giat menambah keahlian bagi memperkasakan suara ahli, khususnya dalam kalangan fasiliti kesihatan di kawasan pedalaman. Selain itu, sesi perbincangan usul dan perkara berbangkit berkaitan perkhidmatan turut diketengahkan oleh ahli untuk dibawa ke peringkat tertinggi.

Pemilihan Majlis Ahli Jawatankuasa SMSU Kapit bagi sesi 2026–2028 juga telah dilaksanakan dengan lancar.

Tahniah diucapkan dan semoga SMSU Cawangan Kapit terus bergerak seiring dengan visi dan misi SMSU demi memperkukuh suara ahli.

Unity Is Strength!

Admin 18 April 2026 | SabtuSarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Kuching telah berjaya menganjurkan Seminar Ber...
18/04/2026

Admin

18 April 2026 | Sabtu

Sarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Kuching telah berjaya menganjurkan Seminar Berdamai dengan Takdir dan Hati. Ceramah disampaikan oleh Pegawai Psikologi, Tn Hj Mohamad Amir Bin Usop.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung SMSU Saudara Ahmad Zamri Warimin dan dihadiri bersama Timb Bendahari Agung Saudara Arlvin Reynard. Ceramah Kenali SMSU telah disampaikan oleh Setiausaha Agung.

Taklimat Insuran Kelompok juga telah disampaikan oleh wakil Insuran SMSU dari Great Eastern oleh En Paul Moh.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada SMSU Cawangan Kuching atas kejayaan menganjurkan seminar dan mesyuarat ini dengan lancar, termasuk melengkapkan agenda penting iaitu Pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2026–2028.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada barisan kepimpinan yang baru dan yang dilantik semula untuk sesi 2026/2028.

Unity Is Strength!

18/04/2026

Admin

18 April 2026 | Sabtu

Pada hari ini telah berlangsung 3 cawangan untuk Mesyuarat Agung Tahunan dan pemilihan AJK untuk sesi 2026/2028

Cawangan Kuching

Cawangan Serian

Cawangan Kapit

Makluman lanjut setiap Mesyuarat Agung akan dimuatnaik pada posting berikut. Stay Tune.




13/04/2026
Admin11 April 2026 | SabtuSarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Mukah dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel...
12/04/2026

Admin

11 April 2026 | Sabtu

Sarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Mukah dengan jayanya telah menganjurkan Bengkel Aplikask Kecerdasan Buatan (AI) dan Mesyuarat Agung Tahunan SMSU Cawangan Mukah Tahun 2026.

Seminar dan Mesyuarat Agung ini telah dirasmikan oleh YB Royston bin Vallentine dari Pusat Khidmat DUN N57 Tellian, Mukah.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil daripada SMSU Pusat:
• Presiden SMSU Sarawak, Haji Bolhanuddin bin Sabli
• Timbalan Presiden, Haji Omar Bahrein bin Unin

Seminar AI telah disampaikan oleh:
• Tuan Haji Mohd Azlan bin Ab Aziz, Pensyarah Utama dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Mukah

Turut memenuhi undangan untuk menyampaikan taklimat Pelan Kewangan (Skim Insuran Berkelompok) kepada ahli adalah Mr Collin dari Great Eastern.

Mesyuarat Agung Tahunan 2026 ini merupakan Mesyuarat Agung pertama sejak penubuhan SMSU Cawangan Mukah pada tahun 2023, yang kini mempunyai seramai 221 orang ahli. Mesyuarat ini turut melengkapkan agenda penting iaitu pemilihan Majlis Ahli Jawatankuasa Cawangan bagi sesi 2026–2028.

Semoga barisan baru Majlis Ahli Jawatankuasa penggal 2026-2028 SMSU Cawangan Mukah terus tekun, gagah dan telus dalam memperjuangkan suara pekerja, serta terus berkembang seiring dengan kemajuan sistem kesihatan dan pembangunan sumber manusia Kementerian Kesihatan Malaysia.

Unity Is Strength!

Admin 11 April 2026Sarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Miri telah berjaya menganjurkan Seminar Tadbir Urus Wa...
12/04/2026

Admin

11 April 2026

Sarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Miri telah berjaya menganjurkan Seminar Tadbir Urus Wang bersempena Mesyuarat Agung Tahunan 2025 pada 11 April 2026 bertempat di Bilik Bario, Hospital Miri.

Seminar ini telah dirasmikan oleh Puan Rita Elisha Mering, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Hospital Miri, yang turut mewakili serta menyampaikan amanat daripada Pengarah Hospital Miri, Dr. Jack Wong.

Turut menjayakan seminar ini ialah dua orang penceramah:
• Puan Dionysia Michael, Penolong Pengarah dari Unit Integriti Hospital Miri
• Cik Mas binti Jali, wakil dari Unit Psikologi Kaunseling,Hospital Miri

Selain itu, program ini turut diserikan dengan kehadiran jemputan dari SMSU Pusat:
• Saudara Lionel Krusner anak Venster Bangan, Bendahari Agung SMSU
• Saudari Shira Anak Galang, Timbalan Setiausaha Agung SMSU

Syabas dan tahniah diucapkan kepada SMSU Cawangan Miri atas kejayaan menganjurkan seminar dan mesyuarat ini dengan lancar, termasuk melengkapkan agenda penting iaitu Pemilihan Ahli Jawatankuasa baharu bagi sesi 2026–2028.

Untuk makluman, pada sesi yang lalu, cawangan ini telah mencatatkan peningkatan keahlian yang memberangsangkan sehingga mencapai 833 ahli terkini, sekaligus menjadikannya cawangan kedua tertinggi dari segi jumlah keahlian dalam SMSU.

Unity Is Strength!

ADMIN 7/4/2026 | Rabu 📢 MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)Adalah dimaklumkan bahawa Sarawak Medical Services Union (...
07/04/2026

ADMIN

7/4/2026 | Rabu

📢 MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM)

Adalah dimaklumkan bahawa Sarawak Medical Services Union (SMSU) Cawangan Mukah
🗓 Tarikh: 11.04.2026 dan Cawangan Kuching
🗓 Tarikh: 18.04.2026 akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selaras dengan peruntukan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Malaysia.

Mesyuarat ini diadakan bagi memenuhi keperluan perlembagaan kesatuan serta sebagai platform penting untuk:
✅ Membentangkan laporan tahunan
✅ Membentangkan penyata kewangan
✅ Membincangkan usul-usul ahli
✅ Memilih jawatankuasa

Sehubungan itu, semua ahli adalah dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan mesyuarat ini dan menyumbang idea ke arah memperkukuh kesatuan.

Kerjasama dan kehadiran anda amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

🕌🌙🌙Pergi ke desa di pagi hari,Singgah sebentar membeli juadah,Aidilfitri diraikan penuh harmoni,Silaturahim erat membawa...
20/03/2026

🕌🌙🌙

Pergi ke desa di pagi hari,
Singgah sebentar membeli juadah,
Aidilfitri diraikan penuh harmoni,
Silaturahim erat membawa barakah.

SMSU ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli yang dikasihi.

Semoga sambutan Syawal kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.

Kepada ahli-ahli yang tetap bertugas sepanjang musim perayaan, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan atas pengorbanan dan komitmen kalian. Sesungguhnya jasa dan dedikasi anda amat dihargai, dan semoga segala pengorbanan ini diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT.

Jagalah kesihatan dan keselamatan diri walau di mana jua anda berada.

Ikhlas daripada,
Presiden SMSU Sarawak serta Pegawai Tertinggi SMSU , EXCO & Admin

fans

Admin 22 Januari 2026 | Jumaat Sarawak Medical Services Union-SMSU memulakan program jelajah turun padang untuk sesi 202...
24/01/2026

Admin

22 Januari 2026 | Jumaat

Sarawak Medical Services Union-SMSU memulakan program jelajah turun padang untuk sesi 2026 ke Cawangan Mukah. Program turun padang merupakan inisiatif yang telah dimulakan pada oleh kepimpinan SMSU tertinggi lepas.

Program seumpama ini bertujuan untuk bertemu dan bersua muka ahli-ahli SMSU serta mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Hospital untuk memberi pengenalan berkaitan Smsu Sarawak dan pada masa yang sama mendapat input permasalahan yang ada di fasiliti yang dilawat.

SMSU pada kali ini amat bertuah kerana progam disertai bersama wakil Cuepacs - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam CUEPACS Malaysia dan CUEPACS Negeri Sarawak yang turut mengadakan Lawatan Kerja dan Kunjungan Hormat Sempena Program Jerayawara bersama Timb Presiden CUEPACS I dan Pegawai Tertinggi CUEPACS serta JawatanKuasa Tertinggi(JKT).

Program dimulakan di Daerah Daro, pada hari pertama dan hari kedua di Daerah Mukah.




Address

No. 17, Suite 17. 01, Block 10, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Hock Kui Commercial Centre, 93150 Kuching
Kuching
93250

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarawak Medical Services Union-SMSU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share