Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching Ikuti Perkembangan Semasa Mengenai Isu-Isu Kesihatan & Program-Program Kesihatan

⚠️ MOHON PERHATIAN PENDUDUK – JANGAN GANGGU OVITRAPPihak kami ingin memaklumkan bahawa ovitrap dipasang di kawasan wabak...
01/04/2026

⚠️ MOHON PERHATIAN PENDUDUK – JANGAN GANGGU OVITRAP

Pihak kami ingin memaklumkan bahawa ovitrap dipasang di kawasan wabak denggi bagi tujuan pemantauan nyamuk Aedes 🦟

Namun, terdapat kes di mana ovitrap hilang atau dialihkan. Ini mungkin berlaku kerana salah faham atau kebimbangan bahawa alat ini mungkin berbahaya.

📌 Untuk makluman:
Ovitrap adalah alat pemantauan yang digunakan untuk:
✔️ Mengesan kehadiran nyamuk Aedes
✔️ Menilai keberkesanan aktiviti kawalan seperti fogging
✔️ Memantau sama ada nyamuk masih bertelur di kawasan tersebut

🕒 Proses pemantauan:
Ovitrap akan dipasang selepas aktiviti fogging dan akan dikutip semula selepas 48 jam untuk dianalisis.

Sekiranya masih terdapat telur nyamuk dalam ovitrap, ini menunjukkan bahawa masih ada nyamuk dewasa yang hidup walaupun semburan telah dijalankan. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor persekitaran.

❗ Masalah yang dihadapi:
Apabila ovitrap hilang atau diganggu, pihak kami tidak dapat menilai keberkesanan fogging dengan tepat, sekaligus menjejaskan tindakan kawalan seterusnya.

🚫 Sehubungan itu, mohon kerjasama penduduk:

Jangan ambil ovitrap
Jangan ganggu atau buka bekas
Jangan alihkan dari tempat asal

🤝 Kerjasama anda amat penting bagi memastikan usaha pencegahan denggi dapat dijalankan dengan berkesan demi keselamatan bersama.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama anda.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,CME MARATHON: CERITA TENTANG SIHATUnit Psikologi PKB Kuching dan Unit Kawalan Penyak...
30/03/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

CME MARATHON: CERITA TENTANG SIHAT

Unit Psikologi PKB Kuching dan Unit Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit PKB Kuching akan menganjurkan CME Marathon: Cerita Tentang Sihat [ *Siri 2: Mengenai Tembakau* ] seperti ketetapan berikut:
📅 Tarikh: *31 Mac 2026 (Selasa)*
🕘 Masa: *2.30PM*
📍 Tempat: *Secara atas talian*: https://meet.google.com/kab-jyjk-wbh

📄 Sijil penyertaan disediakan
Mata CPD : 1

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
📞 *Unit Psikologi PKB Kuching: 010-882 2162*
📞 *Unit Psikologi KKPJ: 019-854 8635*

Penyertaan Tuan/Puan amat dialu-alukan.

Terima kasih.

🚫 “Luka dah sembuh… tak perlu risau.”Kalau itu yang anda fikir, anda sedang ambil risiko besar.🧠 Virus rabies tak peduli...
30/03/2026

🚫 “Luka dah sembuh… tak perlu risau.”

Kalau itu yang anda fikir, anda sedang ambil risiko besar.

🧠 Virus rabies tak peduli luka luar nampak baik — ia bergerak senyap ke otak.
Bila simptom muncul, sudah terlambat.

Pertimbangkan tindakan anda
Nak tunggu sampai jadi kes serius?
Atau ambil tindakan sekarang?

👉 Digigit / dicakar haiwan?
✔️ Cuci luka segera (15 minit)
✔️ Terus ke fasiliti kesihatan
✔️ Jangan tunggu “nampak ok”

⚠️ Rabies membunuh — tapi masih boleh dicegah.

🚨 LOKALITI WABAK DEMAM DENGGI AKTIF DI KUCHING 🚨(Setakat 30 Mac 2026)Perhatian warga Kuching! Tiga kawasan ini sedang me...
30/03/2026

🚨 LOKALITI WABAK DEMAM DENGGI AKTIF DI KUCHING 🚨
(Setakat 30 Mac 2026)

Perhatian warga Kuching! Tiga kawasan ini sedang mencatatkan kes denggi aktif:

📍 Jalan Padungan
📍 Batu Kawa New Township
📍 King Centre

🦟 Denggi bukan perkara main-main — boleh membawa komplikasi serius jika lambat dirawat.

⚠️ Tanda-tanda awal:

Demam tinggi mengejut
Sakit kepala & belakang mata
Sakit sendi / otot
Ruam pada kulit

👉 Apa yang perlu anda buat?
✔️ Periksa kawasan rumah – buang air bertakung
✔️ Amalkan 10 minit cari & musnah tempat pembiakan nyamuk
✔️ Gunakan repellent / semburan
✔️ Dapatkan rawatan segera jika demam

💬 Jangan tunggu jadi teruk, bertindak awal boleh selamatkan nyawa.

📢 Kongsikan maklumat ini kepada keluarga & jiran — kita jaga komuniti sama-sama!

🚨 MITOS vs FAKTA RABIES 🚨Ramai masih fikir haiwan peliharaan takkan jangkiti sesama sendiri… ❌SALAH!✅ Hakikatnya:Kalau s...
29/03/2026

🚨 MITOS vs FAKTA RABIES 🚨

Ramai masih fikir haiwan peliharaan takkan jangkiti sesama sendiri… ❌
SALAH!

✅ Hakikatnya:
Kalau satu haiwan dah dijangkiti rabies, ia boleh sebarkan kepada haiwan lain melalui gigitan atau air liur.

💡 Jangan ambil ringan walaupun itu haiwan sendiri:
• Pastikan diberikan vaksin rabies setiap tahun
• Elakkan haiwan berkeliaran bebas
• Segera dapatkan rawatan jika berlaku gigitan

⚠️ Rabies bukan perkara kecil — sekali kena, hampir tiada peluang kedua.

📢 Jaga haiwan, lindungi keluarga, selamatkan komunit

🚨 “Alah, anjing jilat sikit saja… tidak ada apa bah.”👉 Betul ka?❌ SALAH BESAR.Air liur haiwan dijangkiti rabies boleh ba...
28/03/2026

🚨 “Alah, anjing jilat sikit saja… tidak ada apa bah.”
👉 Betul ka?

❌ SALAH BESAR.

Air liur haiwan dijangkiti rabies boleh bawa maut — walaupun sekadar jilatan pada luka kecil atau kulit yang terluka.

⚠️ Jangan tunggu simptom. Bila dah muncul… hampir tiada peluang.

✔️ Apa perlu buat?
🧼 Cuci luka dengan sabun & air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit
🏥 Terus ke klinik/hospital untuk rawatan

💬 Jangan ambil ringan perkara kecil — sebab rabies TAK PERNAH main-main.

📢 Kongsi info ini. Mungkin boleh selamatkan nyawa orang lain.

“Alah… kucing sendiri je, tak bahaya pun.”Betul ke? 🤔Hakikatnya, bukan rabies sahaja yang berisiko.Gigitan atau cakaran ...
27/03/2026

“Alah… kucing sendiri je, tak bahaya pun.”

Betul ke? 🤔

Hakikatnya, bukan rabies sahaja yang berisiko.
Gigitan atau cakaran kucing juga boleh menyebabkan jangkitan lain seperti Cat Scratch Disease.

Sekali terlepas pandang… nyawa jadi taruhan.

🚨 Ingat:
Rabies boleh dicegah, tapi boleh membawa maut jika lambat bertindak.

🩺 Jangan ambil ringan:
✔️ Cuci luka dengan sabun & air mengalir sekurang-kurangnya 15 minit, makin lama makin bagus
✔️ Dapatkan rawatan segera

👉 Sayang kucing, tapi keselamatan tetap nombor satu.

26/03/2026

📢 PERHATIAN WARGA DAERAH BAU: JOM VAKSIN ANJING ANDA! 🐾

Adakah anda pemilik anjing yang bertanggungjawab? Pastikan haiwan kesayangan anda dilindungi daripada ancaman wabak Rabies!
Majlis Daerah Bau dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan menganjurkan Program Vaksinasi, Mikrocip & Pelesenan Anjing. Jangan lepaskan peluang ini!

🗓 BUTIRAN PROGRAM:
• Tarikh: 28 Mac 2026 (Sabtu)
• Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
• Tempat: Perkarangan Majlis Daerah Bau

📌 PERKHIDMATAN DISEDIAKAN:
✔️ Vaksinasi anjing
✔️ Pemberian mikrocip PERCUMA
✔️ Pelesenan anjing
🎉 Lesen anjing PERCUMA selama 3 tahun bermula 2026!
⚠️ KRITERIA KESIHATAN HAIWAN:

Pastikan anjing anda:
✅ Berumur 3 bulan ke atas
✅ Sihat dan aktif
✅ Tidak bunting

📋 DOKUMEN PERLU DIBAWA:
Kad Pengenalan pemilik
Kad vaksin anjing (jika ada)

🚫 PERINGATAN PENTING:
👉 Program ini KHUSUS untuk ANJING sahaja.
👉 Haiwan lain TIDAK dibenarkan.
💚 Marilah hadir bersama anjing kesayangan anda!
💚 Anjing selamat, komuniti selamat.

📣 Mari bersama-sama kita membendung penularan Rabies demi keselamatan komuniti!

26/03/2026

🚨 DALAM BALDI INI… ADA PEMBUNUH SENYAP
🚨 Tanpa Sedar, Ini Punca Denggi
💪 Jom Hapuskan Sarang Aedes Hari Ini!
✔️ Periksa Rumah Anda Sekarang!

🚨 MITOS vs FAKTA RABIES 🚨Ramai masih percaya haiwan peliharaan pasti selamat… ❌Hakikatnya, anjing & kucing peliharaan ju...
25/03/2026

🚨 MITOS vs FAKTA RABIES 🚨

Ramai masih percaya haiwan peliharaan pasti selamat… ❌
Hakikatnya, anjing & kucing peliharaan juga boleh dijangkiti rabies walaupun nampak sihat! ⚠️

🦠 Rabies tidak nampak dari luar
💀 Bila simptom muncul → hampir tiada peluang untuk sembuh

👉 JANGAN AMBIL RISIKO!
✔️ Vaksin haiwan peliharaan anda
✔️ Elakkan sentuhan dengan haiwan tidak diketahui status
✔️ Jika digigit / dicakar → segera cuci luka & ke klinik

📢 Rabies Membunuh — Tapi Boleh Dicegah!
Lindungi diri, keluarga & komuniti kita 💉

25/03/2026
25/03/2026

📢 PERHATIAN PEMILIK ANJING DI ZON SINGAI, BAU! 📢
Adakah haiwan kesayangan anda sudah dilindungi daripada ancaman Rabies? Jom, tunaikan tanggungjawab anda sebagai pemilik yang prihatin! 🐕🛡️

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS) akan mengadakan Kempen Vaksinasi Anti-Rabies Secara Percuma dari kampung ke kampung. Pastikan anda tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk keselamatan keluarga dan komuniti kita.

💡 APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM HADIR?
Bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar, sila pastikan:

Kesihatan Anjing: Berumur 3 bulan ke atas, sihat, tidak bunting, dan tidak menyusukan anak.

Dokumen: Bawa Kad Pengenalan pemilik dan kad vaksin anjing (jika ada).

Pasca-Vaksin: Anjing hendaklah dikurantin selama 28 hari selepas vaksinasi untuk membina imuniti yang kuat.

Kawalan: Jangan biarkan anjing anda berkeliaran bebas di tempat awam.

🤔 SOALAN UNTUK ANDA:
Antara empat lokasi di atas, lokasi manakah yang paling dekat dengan rumah anda? Cuba tag jiran atau kawan anda di ruangan komen supaya mereka pun peka dengan jadual ini! 👇

"Vaksinkan anjing anda setiap tahun demi Sarawak bebas Rabies!"

Untuk maklumat lanjut, hubungi Rabies Hotline: 016-2557267 atau layari laman web rasmi dvs.sarawak.gov.my.

Address

Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching
Kuching
93150

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram