05/08/2025
SARAWAK MATTA TRAVEL FAIR EDISI KE-22, KEMBALI DENGAN TAWARAN MENARIK
KUCHING, 4 Ogos โ Sarawak MATTA Travel Fair 2025 anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Sarawak kembali untuk edisi ke-22 dengan pelbagai tawaran pelancongan menarik.
Timbalan Pengerusi MATTA Cawangan Sarawak, Mok Venia berkata, melalui pameran MATTA, usaha menyokong komuniti tempatan dan mempromosikan pelancongan mampan terus diperkasa.
Ia akan berlangsung pada 23 dan 24 Ogos 2025 di pusat beli-belah Boulevard, Kuching.
Katanya, pameran ini turut dijayakan bersama RHB Bank dan Malaysia Aviation Group (MAG) iaitu Malaysia Airlines dan Firefly sebagai rakan kongsi syarikat penerbangan rasmi.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat MATTA Cawangan Sarawak di Kuching.
Kemasukan adalah percuma, bermula pada pukul 10 pagi hingga pukul 10 malam.
โ VONNESIA