Sure Tahodc Club

Sure Tahodc Club SuRe TAHODC is a social club, establish by UNIMAS TAHODC staff to manage their social activity within

Majlis Portluck Celorot HD yang berlangsung pada 2 April 2026 telah diserikan dengan suasana penuh kemesraan, perkongsia...
04/04/2026

Majlis Portluck Celorot HD yang berlangsung pada 2 April 2026 telah diserikan dengan suasana penuh kemesraan, perkongsian juadah, serta ukhuwah yang erat dalam kalangan warga yang hadir.

Turut diadakan aktiviti SureTAHODC, iaitu penyampaian hadiah kelahiran cahaya mata sulung kepada Nur Athirah, sebagai tanda kegembiraan bersama atas kehadiran ahli baharu dalam keluarga beliau.

Selain itu, majlis turut menyaksikan penyampaian cenderahati penghargaan kepada Zikrilah sempena perpindahan beliau, serta penyampaian cenderahati kepada ahli SureTAHODC yang menyambut hari lahir bagi bulan Januari hingga April.

Semoga majlis seperti ini terus mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kebersamaan dan mencipta kenangan indah dalam komuniti kita.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Zikrilah atas sumbangan beliau sebagai EXCO Digital & Publisiti SuReTAHODC 20...
02/04/2026

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Saudara Zikrilah atas sumbangan beliau sebagai EXCO Digital & Publisiti SuReTAHODC 2025/2026.

Tahniah atas perpindahan ke Unimas Corporate. Semoga terus melakar kejayaan dan membawa kecemerlangan di tempat baharu.

Terima kasih atas segala jasa dan dedikasi sepanjang bersama SuReTAHODC.
Selamat maju jaya!

Selamat Hari Raya AidilfitriMaaf Zahir dan BatinIkhlas daripadaJawatankuasa SuReTahoDC serta Warga TAHODCSemoga Syawal i...
19/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas daripada
Jawatankuasa SuReTahoDC serta Warga TAHODC

Semoga Syawal ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan mengeratkan silaturahim antara kita semua.

Jasamu Dikenang Kak NasSetinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Nas di atas segala kh...
09/03/2026

Jasamu Dikenang Kak Nas

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat Puan Nas di atas segala khidmat bakti, dedikasi, dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di TAHODC.

Detik 6 Mac 2026 di Aras 1, TAHODC menjadi saksi bermulanya fasa persaraan yang penuh bermakna buat Kak Nas. Semoga setiap budi yang ditabur menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Selamat Bersara Kak Nas!

Ikhlas daripada,
SuReTahodc

 πŸŒ™βœ¨ Salam Sejahtera & Salam Ramadan βœ¨πŸŒ™Pihak Kelab SuRe TAHODC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan te...
04/03/2026



πŸŒ™βœ¨ Salam Sejahtera & Salam Ramadan βœ¨πŸŒ™

Pihak Kelab SuRe TAHODC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga TAHODC atas komitmen, kerjasama dan semangat berpasukan yang telah ditunjukkan sepanjang penganjuran aktiviti kali tok.

Sepanjang dua hari berkampung, pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan dengan penuh dedikasi. Hari pertama dimulakan dengan Majlis Bergambar Raya TAHODC serta aktiviti merewang sebagai persediaan memasak bubur lambuk. Hari kedua p**a menyaksikan semangat gotong-royong yang amat luar biasa apabila semua staf bersama-sama berganding bahu memasak bubur lambuk dan menyediakan juadah berbuka bagi menjayakan majlis sungkey.

Lebih membanggakan, semua juadah berbuka turut disediakan secara potluck hasil kerjasama dan sumbangan ikhlas warga TAHODC. Semangat muafakat, tolong-menolong dan kebersamaan yang dipamerkan jelas mencerminkan nilai kekeluargaan yang kukuh dalam kalangan kita. πŸ€πŸ’š

Sesungguhnya, kejayaan penganjuran aktiviti ini adalah hasil usaha dan pengorbanan semua pihak yang telah bertungkus-lumus dari peringkat perancangan hingga pelaksanaan. Semoga semangat kebersamaan ini terus dipupuk dan diperkukuhkan dalam setiap aktiviti akan datang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga ukhuwah yang terjalin akan terus mekar dan diberkati.

Sekian, terima kasih.
Presiden
Kelab SuRe TAHODC

✨ Photoshoot Hari Raya 2026 TAHODC ✨Syabas dan Tahniah, selesai sudah sesi photoshoot Hari Raya 2026 TAHODC dengan penuh...
26/02/2026

✨ Photoshoot Hari Raya 2026 TAHODC ✨

Syabas dan Tahniah, selesai sudah sesi photoshoot Hari Raya 2026 TAHODC dengan penuh semangat, kerjasama dan kemeriahan. Setiap senyuman dan gaya yang dirakam bukan sekadar gambar, tetapi simbol kebersamaan dan kekuatan pasukan kita.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga besar TAHODC.

πŸ“Έ Kredit lensa kreatif: Mohammad Fahmi Izuddin (UNIMAS Corporate)

26/02/2026

✨ Photoshoot Hari Raya 2026 TAHODC ✨

Syukur, selesai sudah sesi photoshoot Hari Raya 2026 TAHODC dengan penuh semangat, kerjasama dan kemeriahan. Setiap senyuman dan gaya yang dirakam bukan sekadar gambar, tetapi simbol kebersamaan dan kekuatan pasukan kita.

Semoga Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan lagi ukhuwah dalam keluarga besar TAHODC.

πŸ“Έ Kredit lensa drone kreatif: Saudara Faisal Pesal Fpv

Gong Xi Fa Cai 2026! πŸ‡Gong xi, gong xi, gong xi ni ya!Gong xi, gong xi, gong xi ni!Gong xi, gong xi, gong xi ni ya!Gong ...
16/02/2026

Gong Xi Fa Cai 2026! πŸ‡

Gong xi, gong xi, gong xi ni ya!
Gong xi, gong xi, gong xi ni!
Gong xi, gong xi, gong xi ni ya!
Gong xi, gong xi, gong xi ni!
(berlagu dalam hati...)

Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2026, SuReTAHODC ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh warga yang meraikannya.

Semoga tahun ini membawa sinar kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, kemakmuran yang berlipat ganda serta kejayaan dalam setiap usaha yang dilaksanakan.

Marilah kita terus memperkukuh perpaduan, mempererat silaturahim dan melangkah bersama ke arah masa depan yang lebih gemilang.

Xin Nian Kuai Le, Gong Xi Fa Cai!
Ikhlas daripada,
SuReTAHODC

31/12/2025

🎬 Recap 2025 | Terima Kasih 2025 ✨

2025 mengajar kami tentang usaha, kebersamaan dan pencapaian.
Setiap detik, setiap kenangan, setiap kejayaan β€” semuanya menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.

Terima kasih kepada semua yang sentiasa bersama kami sepanjang 2025.
Kini, kami melangkah ke 2026 dengan semangat baharu dan visi yang lebih jelas πŸš€

πŸŽ‰ Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 πŸŽ‰Tahun baharu, semangat baharu πŸ’ͺSemoga 2026 membawa lebih banyak peluang, kejayaan d...
31/12/2025

πŸŽ‰ Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 πŸŽ‰

Tahun baharu, semangat baharu πŸ’ͺ
Semoga 2026 membawa lebih banyak peluang, kejayaan dan kebahagiaan dalam setiap langkah yang kita tempuh.
Terima kasih atas sokongan dan kebersamaan sepanjang perjalanan ini.
Ayuh terus melangkah ke hadapan dengan azam dan inspirasi yang lebih besar ✨

Ucapan Selamat Hari Natal & Tahun BaharuSelamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baharu.Semoga musim perayaan ini membawa ke...
24/12/2025

Ucapan Selamat Hari Natal & Tahun Baharu

Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baharu.
Semoga musim perayaan ini membawa kedamaian, kegembiraan, dan harapan baharu, serta tahun yang mendatang dipenuhi kejayaan dan kesejahteraan untuk semua.

Ikhlas daripada,
SuReTahoDC

selamat bercuti...

🌿 SureTahodc Hiking Trip ke Bak Buan Kukuot (BBK) Waterfall – 25/10/2025 🌊Pengembaraan penuh pengalaman dan ketenangan a...
27/10/2025

🌿 SureTahodc Hiking Trip ke Bak Buan Kukuot (BBK) Waterfall – 25/10/2025 🌊
Pengembaraan penuh pengalaman dan ketenangan alam semula jadi! Perjalanan mencabar namun sangat berbaloi apabila disambut dengan keindahan air terjun Bak Buan Kukuot yang memukau. Aktiviti ini bukan sekadar riadah, tetapi juga ruang untuk mengeratkan ukhuwah, semangat kebersamaan dan gaya hidup sihat.

Lokasi dan trek disokong oleh komuniti setempat Kampung Sadir:
πŸ‘‰ https://www.facebook.com/61571201654617/

Rakaman perkongsian daripada Adam:
πŸ‘‰ https://www.facebook.com/share/v/1SnMwHhx8w/

Terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan menjayakan aktiviti pada tarikh ini. Hingga bertemu lagi dalam eksplorasi seterusnya! 🏞️✨

Address

TAHODC, UNIMAS
Kuching
94300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sure Tahodc Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sure Tahodc Club:

Share

The Rise of SuRe CITDS club

Its not only a social club, its a family club β€πŸ§‘πŸ’›β€