Unit Pemakanan PKK Kudat

Unit Pemakanan PKK Kudat Page ini dikendalikan oleh Nutritionist yang membawa info terkini.

Page Unit Pemakanan merupakan suatu platform untuk berkongsi maklumat pemakanan sihat untuk mencegah dan mengawal penyakit berkaitan pemakanan seperti NCD, Malnutrisi dan sebagainya.

Program Penjagaan AntenatalKolaborasi Unit Pemakanan & Unit Rehabilitasi📍 Klinik Kesihatan Sikuati📅 13 Februari 2026 (Ju...
16/02/2026

Program Penjagaan Antenatal
Kolaborasi Unit Pemakanan & Unit Rehabilitasi
📍 Klinik Kesihatan Sikuati
📅 13 Februari 2026 (Jumaat)

Program Penjagaan Antenatal secara kolaboratif antara Unit Pemakanan, Unit Penjagaan Kesihatan Ibu dan Anak dan Unit Rehabilitasi telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan ibu-ibu hamil yang hadir mendapatkan rawatan antenatal di klinik. Program ini bertujuan memperkukuh pengetahuan serta meningkatkan kesedaran ibu mengenai penjagaan kesihatan yang komprehensif sepanjang tempoh kehamilan.

Antara pengisian utama program adalah perkongsian mengenai kepentingan 1000 Hari Pertama Kehidupan, iaitu tempoh kritikal bermula dari awal kehamilan sehingga anak berusia dua tahun. Penekanan diberikan terhadap peranan pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan ibu dalam memastikan tumbesaran dan perkembangan optimum bayi.

Sesi turut diteruskan dengan perkongsian oleh Jurupulih Cara Kerja berkenaan pengurusan masalah varicose vein yang sering dialami oleh ibu hamil, termasuk langkah pencegahan dan penjagaan yang sesuai dalam aktiviti harian.

Akhir sesi, physioterapist telah membimbing ibu-ibu hamil melakukan senaman ringan yang selamat dan sesuai diamalkan bagi membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal sepanjang kehamilan.

Diharapkan program ini dapat terus memperkasa ibu-ibu hamil dengan ilmu dan amalan gaya hidup sihat demi kesejahteraan ibu dan bayi.

08/02/2026
Program Banteras Malnutrisi di Pedalaman Tahun 2025 anjuran Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Marudu telah di...
12/10/2025

Program Banteras Malnutrisi di Pedalaman Tahun 2025 anjuran Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Marudu telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Gana, Kota Marudu pada 11/10/2025 (Sabtu).

Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat luar bandar bahawa pentingnya mencegah masalah malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak seawal usia agar mereka tidak mengalami masalah kurang zat makanan seperti kurang berat badan, bantut dan susut. Penyertaan daripada unit-unit lain seperti Unit Inspektorat, Unit Penjagaan Kesihatan Ibu Anak, Unit Farmasi, Wellness Hub Kudat, Team NHSI KK Tandek dan Juruterapi Cara Kerja turut memberi sumbangan terbaik kepada masyarakat.

Program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang kampung dengan penyertaan sebanyak 214 orang yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Live from KM💜 jom.
29/02/2024

Live from KM💜 jom.

Jom sertai CNE kami pada 1 Mac 2024, jam 2.30pm

Jom meriahkan😍
08/02/2024

Jom meriahkan😍

20/01/2024
20/01/2024
12/01/2024
27/12/2023

Tahukah anda???

Pandai siang ikan dan pandai memasak bukanlah syarat sesuatu makanan yang disediakan itu BERSIH dan SELAMAT tau ‼️

Makanan masih berisiko untuk dicemari oleh bahaya mikrobiologi, bahaya fizikal serta bahaya kimia termasuk allergen sekiranya amalan pengendalian makanan tidak dilaksanakan dengan baik dan selamat.

Meh kami kongsikan 5 Kunci Keselamatan Makanan yang boleh diamalkan untuk elak keracunan makanan :

🔑 Jaga kebersihan seperti mencuci tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan terutama selepas keluar dari tandas

🔑 Asingkan makanan mentah dari makanan yang telah dimasak seperti pengasingan penggunaan papan pemotong untuk makanan seperti ikan mentah dan yang telah dimasak

🔑 Masak dengan betul dan sempurna dengan memastikan makanan berkuah dimasak sehingga mendidih dan hasilan ikan atau ayam dimasak sehingga air rebusannya berwarna jernih (bukan merah jambu)

🔑 Simpan makanan pada suhu yang selamat dengan cara mengekalkan suhu makanan yang telah dimasak pada suhu 60°C sebelum dihidangkan

🔑 Menggunakan sumber air dan bahan mentah yang selamat. Antaranya memilih ikan mentah yang matanya tidak terbenam, berwarna jernih, insang berwarna merah cerah, isi pejal dan anjal serta tidak berbau busuk

Semoga bermanfaat!!

Keselamatan makanan tanggungjawab kita bersama😁




Address

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak (KKIA) Kudat
Kudat
89059

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Pemakanan PKK Kudat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category