First Care Pharmacy

First Care Pharmacy Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from First Care Pharmacy, Pharmacy / Drugstore, Lot 9 Jaya Shopping Center, Kudat.

Tu lah, minum banyak air klu ada gout
23/02/2026

Tu lah, minum banyak air klu ada gout

Tahan nafsu tengok kambing golek kat bazar. Lauk berbuka pun sekadar makan sup sayur dengan ikan sikit je sebab takut gout menyerang.

Tapi peliknya, bangun pagi esok tiba-tiba ibu jari kaki berdenyut, bengkak merah dan panas! Kain pelikat tersentuh sikit pun menjerit sakit.

Macam mana gout boleh serang padahal dah pantang makan daging dan seafood?

Jawapannya bukan pada apa yang anda makan, tapi pada apa yang anda KURANG minum. Ini kaitan gout dan dehidrasi waktu berpuasa:

1. Sistem Kumbahan Tergendala
Asid urik dalam badan kita dibuang melalui buah pinggang dan keluar sebagai air kencing. Waktu anda berpuasa belasan jam, badan akan kekurangan air (dehidrasi).

2. Asid Urik Menjadi Pekat
Bila air dalam badan berkurang, kepekatan asid urik dalam darah akan meningkat mendadak walaupun anda tak makan daging. Bayangkan anda bancuh kopi guna air sikit je, mestilah jadi sangat pekat dan kelat.

3. Terbentuknya Kristal Tajam
Disebabkan kurang air, buah pinggang terpaksa simpan baki air untuk organ penting lain dan tak dapat 'flush' asid urik ni keluar. Akibatnya, asid urik yang terlampau pekat ni akan mendap di kawasan sendi (terutamanya ibu jari kaki) dan bertukar menjadi kristal tajam macam jarum. Inilah punca sendi bengkak dan sakit berbisa!

Jadi, macam mana nak elak gout di bulan puasa ni?
- Strategi minum air sangat penting. Habiskan sekurang-kurangnya 2 liter air kosong di antara waktu berbuka hingga sahur.
- Bahagikan jadual minum: 2 gelas waktu berbuka, 4 gelas diselang-seli waktu malam/tarawih, 2 gelas waktu sahur.
- Kurangkan air manis berbuka sebab gula tinggi (fruktosa) juga boleh menaikkan paras asid urik dalam badan.

Jangan salahkan kambing golek semata-mata kalau air kosong pun anda culas nak minum.

Cuba tag geng gout anda. Ingatkan dorang supaya topup air kosong malam ni kalau tak nak jalan mengesot esok pagi.

✨ 2026 Chinese New Year Operating Notice ✨Dear valued customers,Please be informed that we will be closed from 16 Februa...
14/02/2026

✨ 2026 Chinese New Year Operating Notice ✨

Dear valued customers,
Please be informed that we will be closed from 16 February 2026 to 19 February 2026 in conjunction with Chinese New Year.

🎉 We will resume operations on 20 February 2026.

We wish everyone a prosperous and joyful Chinese New Year! 🧧🍊

Thank you for your continuous support.

—————————————————————————

✨ Notis Operasi Tahun Baru Cina 2026 ✨

Para pelanggan yang dihargai,
Dimaklumkan bahawa kami akan ditutup dari 16 Februari 2026 hingga 19 Februari 2026 sempena sambutan Tahun Baru Cina.

🎉 Kami akan beroperasi semula pada 20 Februari 2026.

Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua! 🧧🍊

Terima kasih atas sokongan berterusan anda.

07/02/2026

Travel dah confirm. Tiket murah dah grab. Itinerary penuh cantik.

Yang orang selalu lupa satu benda kecil tapi boleh rosakkan satu trip
cirit birit masa travel.

Bukan sebab makanan “tak bersih” semata mata.
Kadang sebab air, tangan, ais, botol, atau kita terlalu penat sampai sistem imun drop.

Sebelum kejar view dan content, jaga perut dulu.

Travel health kit ringkas tapi wajib ada
Oral rehydration salt
Ubat cirit
Ubat tahan muntah
Hand sanitizer
Tisu basah antibakteria

Basuh tangan sebelum makan, walaupun nampak remeh.
Elakkan ais kalau ragu.
Minum air botol yang bertutup rapat.

Travel sepatutnya buat kita pulang dengan kenangan, bukan dengan perut trauma dan badan lemah berhari hari.

10/12/2025

Kalau kolesterol tiba-tiba tinggi, sakit jantung datang senyap, ramai salahkan umur dan keturunan.

Padahal, setiap hari kita mungkin sedang makan trans fat dari sumber yang langsung kita tak perasan.

Ramai ingat trans fat ini hanya ada dalam burger fast food dan fries di restoran besar. Hakikatnya, di rumah dan kedai mamak pun penuh perangkap senyap.

Antara sumber yang ramai tak sangka:
1. Krimer bukan tenusu dalam kopi dan teh tarik tiga dalam satu

2. Roti paratha atau roti canai segera sejuk beku

3. Biskut dan wafer murah yang terlalu rangup dan berkrim

4. Popcorn segera berperisa mentega tiruan

5. Makanan bergoreng dengan minyak yang sama diguna berulang kali

Masalah dengan trans fat ialah ia menaikkan kolesterol jahat dan menurunkan kolesterol baik, jadi risiko serangan jantung meningkat walaupun badan nampak kurus dan masih rasa sihat.

Ini bukan pasal nampak “gemuk atau tidak”, tetapi pasal salur darah yang makin sempit hari demi hari.

Kalau boleh, biasakan diri baca label. Elakkan produk yang ada perkataan seperti “hydrogenated vegetable oil”, “partially hydrogenated oil” atau shortening.

Pilih produk yang guna minyak lebih sihat, kurangkan snek terlalu rangup dan berkrim, serta elak beli makanan yang digoreng dengan minyak rupanya sudah gelap dan berbau kuat.

Jaga jantung bukan bermula di hospital.
Ia bermula di troli pasar raya dan di kuali dapur sendiri.

28/11/2025
30/08/2025
Namanya susu tapi tak sama
16/08/2025

Namanya susu tapi tak sama

⚠️ Tahukah anda? Susu pekat manis bukan susu sebenar.

Ia dihasilkan daripada gula dan minyak kelapa sawit, bukan dari susu segar seperti yang sering disangka.

🥄 Hanya 1 sudu makan susu pekat manis mengandungi kira-kira 30g gula — bersamaan dengan hampir 6 sudu teh gula!

📌 Pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit berkaitan gula seperti diabetes dan obesiti.

✅ Bijak memilih, bijak menjaga kesihatan.



BERHENTI ⛔ dan fikir, berapa banyak gula yang telah anda ambil dari minuman ☕🧃 atau makanan 🍪🍜 setiap hari❓⚠️ Tanpa dise...
19/03/2025

BERHENTI ⛔ dan fikir, berapa banyak gula yang telah anda ambil dari minuman ☕🧃 atau makanan 🍪🍜 setiap hari❓

⚠️ Tanpa disedari kita sering mengambil gula berlebihan setiap hari. Pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula secara kerap akan menyebabkan pengambilan kalori berlebihan dan meningkatkan risiko penyakit diabetes.

Jom ambil tahu‼️






Kawal kandungan gula dalam darah andaTahukah anda? Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan mata, otak, j...
14/03/2025

Kawal kandungan gula dalam darah anda

Tahukah anda? Kandungan gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan mata, otak, jantung, buah pinggang, dan saraf. Cegah komplikasi jangka masa panjang dengan gaya hidup sihat dan pemeriksaan berkala.

Ambil tindakan sekarang!

Berpuasa dan Pengambilan Ubat-ubatan 🌙💊Semasa bulan Ramadan, seorang Muslim perlu menahan diri daripada mengambil sebara...
04/03/2025

Berpuasa dan Pengambilan Ubat-ubatan 🌙💊
Semasa bulan Ramadan, seorang Muslim perlu menahan diri daripada mengambil sebarang makanan atau minuman, termasuk ubat-ubatan dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Namun demikian, mengikut pandangan agama dan perubatan secara khususnya, dalam kes di mana seseorang itu sakit dan tidak mampu berpuasa, maka, tidak wajib berpuasa ke atasnya dan dikehendaki untuk menggantikan puasa yang tertinggal itu di kemudian hari.
Walau bagaimanapun, bagi pesakit yang ingin berpuasa, dinasihatkan untuk berjumpa doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu supaya penerangan dan kaunseling tentang ubat-ubatan dapat diberikan.


Address

Lot 9 Jaya Shopping Center
Kudat
89050

Opening Hours

Monday 08:30 - 18:00
Tuesday 08:30 - 18:00
Wednesday 08:30 - 18:00
Thursday 08:30 - 18:00
Friday 08:30 - 18:00
Saturday 08:30 - 18:00
Sunday 08:30 - 18:00

Telephone

+60146818233

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when First Care Pharmacy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to First Care Pharmacy:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram