Bekam Al-Amir

Bekam Al-Amir Sebaik-baik pengubatan yang manusia lakukan adalah dengan berbekam
- Imam At Thabrani

Rawatan berbekam ke rumah andaWhatsapp 0139959584
28/09/2022

Rawatan berbekam ke rumah anda
Whatsapp 0139959584

Rawatan Bekam masih beroperasi seperti biasaService Area: Pasir Gudang - JB - Kulai - Batu Pahat.Hubungi kami di https:/...
22/11/2021

Rawatan Bekam masih beroperasi seperti biasa

Service Area: Pasir Gudang - JB - Kulai - Batu Pahat.

Hubungi kami di https://wa.me/message/NXR6SAOSJOBQN1 untuk tempahan slot.

Terapi bekam dilaporkan berkesan merawat sakit kepala dan migraine. Ini dibuktikan melalui kajian di mana kadar kesakita...
05/07/2021

Terapi bekam dilaporkan berkesan merawat sakit kepala dan migraine. Ini dibuktikan melalui kajian di mana kadar kesakitan berkurang sebanyak 66% selepas melakukan bekam. Pesakit yang dirawat juga mengalami kadar pengurangan sebanyak 12.6 hari sakit kepala dari sebulan [20].

Ini bermakna kekerapan sakit kepala juga berkurangan selepas melakukan bekam.

Baru-baru ini, paras IL-6 serum dilaporkan tinggi dalam kalangan pesakit migrain sama ada mereka menjalani rawatan ataupun tidak menjalani rawatan ‘topiramate’. Ini mungkin menunjukkan bahawa paras IL-6 yang tinggi mungkin menjadi punca dalam serangan sakit migrain kronik [119].

Mengikut teori Taibah, migrain dan sakit kepala boleh dirawat dengan bekam.

Bekam darah mungkin menyebabkan pelepasan plasma melalui penyingkiran cecair berlebihan, mediator kimia, Il-6, bahan vasoaktif, neuropeptida yang menjadi punca sakit kepala.

Bekam darah juga dapat mengurangkan tekanan cecair interstitial.

Faktor penyakit utama (predisposing factor) seperti tekanan darahSPnggi dan kebas saraf (neuralgia trigeminal akut) akan menyebabkan sakit kepala terjadi.

Maknanya sakit kepala terjadi disebabkan oleh “predisposing factor” ini dan bekam juga boleh merawat punca terjadinya sakit kepala ini.

Neuropeptida yang terlibat dalam patogenesis sakit kepala termasuk bahan P, vasoactive intestinal polypeptide (VIP) dan peptide yang berkaitan dengan gen kalcitonin (calcitonin gene-related peptide: CGRP) yang merupakan mediator penting dalam patogenesis migrain dan sakit kepala utama yang lain juga akan disingkirkan melalui bekam darah.

Konsentrasi CGRP dan VIP dilaporkan meningkat dalam plasma vena jugular semasa serangan sakit kepala kluster dan migraine berlaku [120].

Jadi, pembuangan bahan toksin atau causative pathological substance (CPS) yang disebutkan di atas dapat menjelaskan bagaimana bekam darah dapat merawat sakit kepala dan migrain.

Di My Rehab Spa, kami akan mengenalpasti sakit kepala yang anda hadapi sama ada melalui tulang leher yang senget ataupun urat otot saraf yang tegang atau sememangnya sakit kepala sendiri dari faktor penyakit major yang dihidapi.

Kebiasaannya, MRS akan melakukan neck traction (pembetulan tulang leher), urutan leher dan bahu iaitu urutan antistress dan kemudian barulah dibekam.

Selepas itu, kami akan mengajar anda teknik senaman terapeutik leher bergantung kepada masalah sakit kepala yang dihadapi dan ia boleh dilakukan di rumah.

Kadang- kadang punca sakit kepala adalah disebabkan oleh penggunaan bantal yang tinggi, ataupun saraf leher terkepit disebabkan bertahun – tahun kerja banyak membongkok menghadap komputer dan paperwork. ^^

Rujukan

El Sayed SM, Mahmoud HS, Nabo MMH (2013) Medical and Scientific Bases of Wet Cupping Therapy (Al-hijamah): in Light of Modern Medicine and Prophetic Medicine. Altern Integ Med 2: 122. doi:10.4172/2327-5162.1000122

20 Ahmadi A, Schwebel DC, Rezaei M (2008) The efficacy of wet-cupping in the treatment of tension and migraine headache. Am J Chin Med 36: 37-44.

119 Koçer A, Memişoğullari R, Domaç FM, Ilhan A, Koçer E, et al. (2009) IL-6 levels in migraine patients receiving topiramate. Pain Pract 9: 375-379

120 Messlinger K, Fischer MJ, Lennerz JK (2011) Neuropeptide effects in the trigeminal system: pathophysiology and clinical relevance in migraine. Keio J Med 60: 82-89.

Jika anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan, dan tercari- cari tempat bekam yang merangkumi gabungan pelbagai rawatan, pusat rawatan holistik yang bersih, natural, selamat dan berkesan, anda boleh hubungi kami whatsapp +6013 995 9584 atau klik https://wa.me/message/NXR6SAOSJOBQN1 untuk kami bantu. BEKAM AL-AMIR

04/06/2021

Sejauh manakah keberkesanan dan kebaikan terapi berbekam?

Antara potensi kebaikan berbekam pada kesihatan seseorang adalah seperti melegakan ketegangan otot, melancarkan aliran darah dan mengurangkan sakit kronik. Risiko bagi perubatan ini adalah seperti jangkitan kulit, lemah badan dan pening kepala. Terdapat banyak lagi potensi manfaat dan risiko terapi ini yang akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam artikel di bawah.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Bekam Atau Cupping Therapy?
Sekiranya anda berminat dengan rawatan alternatif ini, pastinya anda pernah melihat gambar-gambar rawatan bekam bukan? Bekam adalah kaedah perubatan yang menggunakan tekanan rendah (“negative pressure”). Kaedah ini telah diamalkan sejak beribu tahun lamanya di tamadun-tamadun terkemuka dunia seperti Tamdadun Mesir Purba, Tamadun China dan Tamadun TImur Tengah Islam. Di Malaysia, bekam amat sinonim dengan perubatan Islam bagi mereka yang beragama Islam.

Rawatan alternatif popular ini mempunyai dua jenis yang berbeza namun sesetengah pengamal akan memberitahu masih terdapat banyak lagi jenis bekam seperti bekam kepala. Umumnya, dua jenis bekam adalah bekam angin dan bekam darah.

A) Bekam Angin
Cara bekam angin adalah dengan meletakkan cawan khusus pada bahagian badan yang hendak dirawat seperti belakang badan seseorang. Kemudiannya, pengamal tersebut akan membakar samada herba, kertas atau sedikit larutan alkohol pada kulit yang ditekup oleh cawan bagi menghasilkan tekanan negatif diantara cawan tersebut dan kulit. Hal ini akan menyebabkan bahagian tersebut naik seperti bengkak. Sesetengah pengamal akan menggunakan mesin untuk menyedut angin keluar dari cawan khas ini bagi menghasilkan bengkak yang lebih konsisten.

B) Bekam Darah
Sebenarnya tidak banyak beza antara bekam darah mahupun angin kerana bagi prosedur bekam darah, jarum atau pisau skalpel akan digunakan untuk mengeluarkan darah dari titik rawatan yang dikenalpasti.

Walaupun rawatan ini telah diamalkan sejak beribu tahun lamanya, masih tidak banyak kajian mendalam mengenai keberkesanan bekam. Terdapat beberapa potensi kebaikan berbekam yang dikenalpasti seperti:

1) Melancarkan aliran darah

Rawatan alternatif ini pada dasarnya menyebabkan saluran darah lebih jelas pada permukaan kulit disamping menyebabkannya lebih besar akibat perubahan tekanan udara diluar badan. Hasilnya aliran darah akan lebih lancar dan ini baik bagi pesakit yang mempunyai faktor risiko seperti kolesterol tinggi dan kencing manis.

2) Kebaikan bekam muka

Kaedah berbekam pada muka mempunyai sedikit kontroversi kerana risikonya. Namun begitu, rawatan ini telah disebut boleh merawat kondisi seperti kayap, migrain, jerawat serta kelumpuhan muka akibat strok (angin ahmar) atau “Bell’s Palsy”. Kebanyakkan ahli perubatan masih lagi tidak menemui mekanisme bagaimana bekam pada muka boleh mendatangkan manfaat seperti yang disebutkan diatas.

Oleh sebab aliran darah semakin lancar akibat perubahan tekanan pada titik bekam, maka sel-sel darah putih serta kandungan darah yang lain mudah untuk sampai ke titik tersebut dan meransang pemulihan sel serta pengeluaran sisa toksik atau kuman. Terdapat pelbagai bahaya bekam di wajah seperti risiko darah tersumbat dan menyebabkan strok ataupun buta! Oleh yang demikian, ianya jarang dipraktikkan melainkan mereka yang profesional dan berpengalaman.

3) Melegakan penyakit-penyakit reumatik/sendi kronik

Kondisi-kondisi seperti artritis reumatik (“rheumatic arthritis”) dan gout dipercayai dapat dilegakan simptom-simptom mereka dengan kaedah bekam darah berdasarkan kenyataan daripada Persatuan Bekam British. Hal ini berkemungkinan kerana penyakit-penyakit kronik ini mempunyai lebihan penanda keradangan atau toksik seperti asid urik dalam darah yang sukar dibuang melalui air kencing.

Oleh sebab terdapat pengeluaran darah yang terkawal dan sedikit melalui bekam darah, lebihan toksik dan penanda keradangan ini juga dapat dibuang. Ianya dipercayai akan lebih efektif sekiranya prosedur ini dilakukan pada bahagian sendi yang sakit.

4) Merawat kondisi kulit kronik

Penyakit kulit kronik seperti ekzema dan psoriasis dipercayai dapat dirawat dengan kaedah berbekam juga. Tiada bukti kukuh untuk menyokong tuntutan ini dalam aspek penyembuhan penyakit-penyakit yang dinyatakan. Pengurangan gejala dan skala simptom mungkin dapat dicapai kerana punca-punca penyakit kulit kronik ini adalah berpunca daripada serangan sistem imun sendiri pada kulit pesakit.

Dengan membuang darah yang terkawal beserta perubahan tekanan pada titik yang dikenalpasti, rawatan alternatif ini dipercayai dapat membuang sedikit sel-sel darah putih serta penanda keradangan yang menyebabkan gejala dan penyakit kulit ini.

5) Rawatan sampingan tekanan darah tinggi

Penyakit darah tinggi sememangnya tidak mempunyai penawarnya lagi. Akan tetapi dengan pengambilan ubat, senaman, penjagaan makanan serta kaedah bekam darah, ianya berpotensi untuk mengawal tekanan darah tinggi dengan lebih efektif. Hal ini berikutan pembuangan garam, kolesterol dan lemak dalam darah yang umum diketahui sebagai faktor utama kepada tekanan darah tinggi juga akan dibuang dalam bekam darah.

6) Mengurangkan tekanan/stres dan kemurungan

Mungkin anda tidak tahu bahawa penyakit keresahan dan kemurungan juga ada kaitan biologi dan perubahan hormon dan bukan sekadar psikologi semata-mata! Rawatan bekam angin atau darah disamping dengan urutan yang selalu diberikan disetiap sesi bekam dapat membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.

7) Membantu mengurangkan tekanan otot dan badan

Tahukah anda terdapat banyak atlet professional yang menggunakan rawatan alternatif ini bagi tujuan pemulihan yang lebih “natural”? Terdapat banyak atlet pada sukan Olimpik Rio 2016 yang menggunakan rawatan ini terutamanya atlet renang seperti Michael Phelps. Kelancaran aliran darah membantu otot-otot untuk mudah membuang sisa toksik selepas aktiviti bersukan secara efektif dan membantu pemulihan badan.

Adakah berbekam lebih baik daripada menderma darah? Rawatan bekam boleh dibuat lebih berkala daripada menderma darah kerana jumlah darah yang dikeluarkan adalah lebih sedikit. Oleh itu, bekam darah dilihat lebih baik untuk melegakan penyakit kronik seperti yang dinyatakan diatas berikutan lebihan penanda keradangan yang berterusan dan sel darah putih tidak baik.

Sumber: http://www.doctoroncall.com.my/soalan/manfaat-bekam-pada-badan

Untuk temujanji rawatan, hubungi:
013-9959584 (Amir)
https://wa.me/message/NXR6SAOSJOBQN1

13/05/2021
Untuk maklumat lanjut, hubungi kami: 013-9959584Wasap.my/60139959584/bekamalamir
14/03/2021

Untuk maklumat lanjut, hubungi kami: 013-9959584

Wasap.my/60139959584/bekamalamir

Kenapa perlu berbekam? Berbekam adalah salah satu cara membuang toksin dalam badan, kerana kandungan toksin dalam darah ...
21/11/2020

Kenapa perlu berbekam?
Berbekam adalah salah satu cara membuang toksin dalam badan, kerana kandungan toksin dalam darah membuatkan oksigen dalam darah berkurang, lalu menyebabkan orang sakit merasa bertambah sakit kerana sel dalam badan tidak mendapat nutrien & oksigen secukupnya.

Manfaat berbekam
√ Membuang racun, angin, dan kolesterol
• Racun, angin, dan kolesterol yang terkumpul pada permukaan kulit ditarik ke luar dengan cara menyedut darah kotor sehingga darah pun menjadi bersih.

√ Melancarkan peredaran darah
• Penyedutan darah kotor memiliki kesan pada peningkatan aliran darah sehingga membuat pembuluh darah menjadi lebih kuat. Juga dapat melancarkan peredaran darah pada salur darah tersumbat

√ Mengatasi Demam
• Melalui terapi bekam, risiko untuk mendapat sakit dapat dikeluarkan dari dalam tubuh melalui angin dan darah kotor sehingga demam dapat disembuhkan.

√ Mengatasi lelah
• Kelelahan yang diakibatkan oleh saraf yang kaku (muscle fatigue) akan diredakan dengan terapi bekam

√ Meredakan sakit sendi & otot
• meredakan nyeri dan rasa sakit pada pinggang, bahu, dada, punggung, dan perut. Selain itu beberapa keluhan seperti sakit gigi, migrain, batuk, dan tekanan darah tinggi dapat disembuhkan dengan melakukan terapi bekam.

√ Mengubati pelbagai sakit kulit
• Gangguan kulit berupa gatal-gatal, memar, jerawat, bisul, dan luka nanah juga dapat diubati dengan menerapkan terapi bekam.

√ Memperbaiki sistem tubuh
• Bermanfaat untuk menajamkan penglihatan; meningkatkan daya ingat dan kecerdasan; meningkatkan sistem imunisasi tubuh; dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

√ Mengubati pelbagai penyakit
• Gangguan pada z***r, mata, sendi, dan otot juga bisa disembuhkan dengan melakukan terapi bekam. Selain itu terapi bekam bermanfaat untuk menyembuhkan wasir, alergi, asma, rematik, dan juga depression.

√ Menghilangkan sihir
• Meskipun tidak ada di dalam literatur ilmiah, manfaat bekam dipercaya bisa menghilangkan sihir. Sihir yang dikirim ke dalam tubuh seseorang akan masuk ke dalam darah. Terapi bekam yang bermanfaat untuk mengeluarkan darah kotor diyakini dapat mengeluarkan sihir yang ada di dalam tubuh.

Kami menyediakan Perkhidmatan Bekam Sunnah, Urutan Refleksi & Saraf ke rumah anda.
(Mobile Cupping Therapeutic, Reflexology & Nerve Massage service)

Untuk temujanji, hubungi
0139959584 (Amir)
wassap.my/60139959584/BekamSunnah

Bekam sunnahUntuk rawatan & temujanji, hubungiAmir : 013-9959584 wa.me/60139959584/bekamsunnah
26/07/2020

Bekam sunnah

Untuk rawatan & temujanji, hubungi
Amir : 013-9959584 wa.me/60139959584/bekamsunnah

Alhamdulillah selesai merawat sahabat di Indahpura, Kulai.Berbekam adalah salah satu cara untuk merawat pesakit migrain,...
23/06/2020

Alhamdulillah selesai merawat sahabat di Indahpura, Kulai.

Berbekam adalah salah satu cara untuk merawat pesakit migrain, high blood pressure, kolesterol tinggi, gout, sakit pinggang, membantu membuang lebihan toksin dalam badan dan membantu proses pemulihan kesan daripada keluarnya sel darah rosak yang tidak mampu mengangkut oksigen dan nutrisi yang diperlukan tubuh badan.

Semoga Allah mengkurniakan kesihatan.
Kita hanya mampu berusaha, Allah juga yang memberikan kesembuhan.
InsyaAllah.

Untuk pertanyaan lanjut mengenai temujanji rawatan dan kos, sila hubungi
Amir: 0139959584
Wassap.my/60139959584/Bekamsunnah
Wassap.my/601111809961/bekamsunnah

Alhamdulillah selesai merawat pesakit di Tampoi, JB. Semoga diberikan kesihatan berpanjangan. InsyaAllah.
15/06/2020

Alhamdulillah selesai merawat pesakit di Tampoi, JB.

Semoga diberikan kesihatan berpanjangan. InsyaAllah.

Address

Jalan Cengal 5
Kulai Jaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
20:00 - 00:00
Tuesday 09:00 - 17:00
20:00 - 00:00
Wednesday 09:00 - 17:00
20:00 - 00:00
Thursday 09:00 - 17:00
20:00 - 00:00
Friday 09:00 - 17:00
20:00 - 00:00
Saturday 09:00 - 17:00
20:00 - 00:00
Sunday 09:00 - 17:00
20:00 - 00:00

Telephone

+60139959584

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bekam Al-Amir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram