Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor

Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor (1) Menyatupadu dan menjalin hubungan semua penggiat seni zapin termasuk pengasas, pewaris, pemuzik,

Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor adalah pertubuhan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan dikendalikan Tunas Warisan Budaya beroperasi di Bandar Putra, Kulaijaya, Johor dengan rasa kesedaran yang tinggi berhubung dengan kesenian tari zapin negeri Johor adalah dengan mengekalkan keasliannya. Pendekatan ini difikirkan harus dilakukan demi memupuk semangat jati diri serta cintakan kesenian dan kebudayaan bangsa yang berteraskan kesenian yang dibawa oleh pengasas dan penerus zapin di negei Johor.

05/11/2025
28/10/2025
Tahniah, Encik Nor Syazlan Abd Razak atas pelantikan sebagai Pengarah Yayasan Warisan Johor yang Baru.
23/10/2025

Tahniah, Encik Nor Syazlan Abd Razak atas pelantikan sebagai Pengarah Yayasan Warisan Johor yang Baru.

Terima kasih tuan atas khidmat bakti tuan sebagai Pengarah Yayasan Warisan Johor dan jasa tuan membuka lembaran baru dal...
23/10/2025

Terima kasih tuan atas khidmat bakti tuan sebagai Pengarah Yayasan Warisan Johor dan jasa tuan membuka lembaran baru dalam perhubungan dengan NGO seperti kami. Tahniah juga kami ucapkan atas pelantikan tuan sebagai Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. Selamat bertugas dan selamat maju jaya.

Sekalung tahniah dan selamat datang diucapkan kepada YBhg. Encik Fairuzahri bin Jalaluddin atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn. Bhd. (KPRJ).

Seluruh Pengurusan Tertinggi dan warga kerja KPRJ mengalu-alukan kehadiran YBhg. Encik Fairuzahri serta berharap agar kehadiran beliau dapat bersama-sama memperkukuh strategi dan menyumbang ke arah kemajuan serta pembangunan KPRJ yang berterusan.

Selamat menjalankan amanah dan tanggungjawab baharu.

"Dengan tulus ikhlas,​Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor ingin merakamkanUcapan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025...
20/10/2025

"Dengan tulus ikhlas,

​Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor
ingin merakamkan

Ucapan Selamat Menyambut Hari Deepavali 2025 kepada seluruh masyarakat Hindu, khususnya di Negeri Johor.

​Semoga Deepavali, Pesta Cahaya yang melambangkan kemenangan kebaikan mengatasi kejahatan, terus mengukuhkan tali silaturahim dan memeriahkan lagi keharmonian budaya di antara kita. Semoga cahaya Deepavali terus menyemarakkan semangat kebudayaan Johor.

"​Perpaduan Budaya, Kemakmuran Bersama."

15/10/2025

Welcome to Johor! ❤️

Tempat di mana budaya, makanan dan keindahan alam bertemu.
Rakyat Malaysia, jiran ASEAN dan sahabat dari seluruh dunia — Johor menanti kedatangan anda!

𝐙𝐀𝐏𝐈𝐍 𝐂𝐇𝐎𝐊𝐎𝐇Siri Pengabsahan Zapin Johor merupakan inisiatif NusPARC untuk mengabsahkan ragam-ragam permainan Zapin dari...
15/10/2025

𝐙𝐀𝐏𝐈𝐍 𝐂𝐇𝐎𝐊𝐎𝐇

Siri Pengabsahan Zapin Johor merupakan inisiatif NusPARC untuk mengabsahkan ragam-ragam permainan Zapin dari daerah-daerah di negeri Johor untuk memastikan tradisi Zapin negeri Johor kekal dalam bentuk yang asal dan akan terus dimainkan sepertimana ianya diajar atau diturunkan oleh Adiguru-Adiguru Zapin Johor. Siri Pengabsahan Zapin Johor ini menampilkan repertoir-repertoir Zapin yang terdapat di negeri Johor. Episod ini menayangkan rakaman pengabsahan Zapin Chokoh. Penyelidikan dan rakaman video pengabsahan bersama narasumber Zapin Chokoh telah dijalankan pada 9 September 2022 di No. 127, Kampung Chokoh Besar, 82030 Serkat, Pontian, Johor.

Zapin Chokoh:
Seperti kebanyakan Zapin-Zapin di Johor, Zapin di Kampung Chokoh Besar, Mukim Serkat, Pontian, Johor, dikenali sebagai Zapin Chokoh. Sejarah Zapin Chokoh bermula pada tahun 1940-an melalui pengasasnya, Taslim bin Haji Sulaiman. Tidak banyak yang diketahui di mana Taslim bin Haji Sulaiman mempelajari Zapin sebelum beliau mengasaskan Zapin tersebut di Kampung Chokoh Besar. Walaupun Zapin Chokoh menjadi suatu permainan di kampung, ianya mula pudar selepas Taslim bin Haji Sulaiman meninggal dunia pada tahun 1978. Kebangkitan semula Zapin Chokoh terjadi selepas tahun 1990-an apabila ianya dibangkitkan semula oleh Abdul Wahid bin Haji Mohd Tamin dengan bantuan Abdul Kadir Jailani bin Ramli, cucu kepada Taslim bin Haji Sulaiman. Abdul Wahid bin Haji Mohd Tamin telah menubuhkan kumpulan pemain Zapin Chokoh dengan membuka penyertaan di kalangan remaja di sekitar Kampung Chokoh dan kampung-kampung berhampiran Kampung Chokoh dan Kampung Sungai Boh untuk berlatih di Balai Raya Kampung bersama pemuzik.

Terdapat 9 jenis langkah Les dimainkan dalam Zapin Chokoh. Langkah-langkah tersebut terdiri daripada langkah-langkah Les Satu, Les Dua, Les Tiga, Les Empat, Les Lima, Les Enam, Les Tujuh, Les Lapan dan Les Sembilan. Semua langkahan Zapin Chokoh, kecuali Langkah Les Satu dan Les Lapan dimainkan oleh sepasang pemain lelaki secara siring iaitu seorang pemain menghadap ke kiri atau kanan sementara pasangannya berada di belakang pemain tersebut. Mereka melangkah siring bersama-sama. Les Satu dan Les Lapan dimainkan secara berpasangan menghadap ke hadapan melangkah maju dan mundur.

Abdul Wahid bin Haji Mohd Tamin telah melestarikan Zapin Chokoh di kalangan anak muda dengan mengajar pemuda-pemuda kampung mementaskannya di majlis-majlis rasmi daerah dan di kampung untuk meraikan kedatangan tetamu. Beliau telah menurunkan Zapin Chokoh kepada Sudin bin Nazir dan Fazrizzal bin Hudzuri. Sudin bin Nazir telah meneruskan warisan Zapin Chokoh dengan mengajar kepada murid-murid sekolah dan remaja di Kampung Chokoh sementara Fazrizzal bin Hudzuri telah membawa Zapin Chokoh ke Sekolah Seni Malaysia Johor.

𝙍𝙪𝙟𝙪𝙠𝙖𝙣 : 𝙔𝙤𝙪𝙩𝙪𝙗𝙚 𝙉𝙪𝙨𝙖𝙣𝙩𝙖𝙧𝙖 𝙋𝙚𝙧𝙛𝙤𝙧𝙢𝙞𝙣𝙜 𝘼𝙧𝙩𝙨 𝙍𝙚𝙨𝙚𝙖𝙧𝙘𝙝 𝘾𝙚𝙣𝙩𝙚𝙧 𝙎𝙙𝙣. 𝘽𝙝𝙙.

Siri Pengabsahan Zapin Johor merupakan inisiatif NusPARC untuk mengabsahkan ragam-ragam permainan Zapin dari daerah-daerah di negeri Johor untuk memastikan ...

Address

No. 5412-B, Jalan Kenari 18, Bandar Putra
Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Our Story

Persatuan Penggiat Zapin Negeri Johor adalah pertubuhan berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan dikendalikan Tunas Warisan Budaya beroperasi di Bandar Putra, Kulai, Johor dengan rasa kesedaran yang tinggi berhubung dengan kesenian tari zapin negeri Johor adalah dengan mengekalkan keasliannya. Pendekatan ini difikirkan harus dilakukan demi memupuk semangat jati diri serta cintakan kesenian dan kebudayaan bangsa yang berteraskan kesenian yang dibawa oleh pengasas dan penerus zapin di negei Johor.