Hayyiba By Atikah

Hayyiba By Atikah Kesihatan anda adalah keutaamaan kami. Maka laman ini merupakan sumber terbaik untuk anda mendapatkan maklumat mengenai kesihatan anda.

Ayuh kita mencari rawatan yang terbaik dan hidup dengan lebih sihat.

Good MorningšŸ¤
04/11/2021

Good MorningšŸ¤

10 Khasiat Habbatus Sauda Yang Anda Perlu TahuApakah khasiat Habbatus Sauda pada Kesihatan badan? Artikel ini akan membi...
03/11/2021

10 Khasiat Habbatus Sauda Yang Anda Perlu Tahu

Apakah khasiat Habbatus Sauda pada Kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat habbatus sauda, kandungan nutrisi dan kompaun penting di dalamnya.

Apakah itu Habbatus Sauda?
Habbatus sauda atau jintan hitam dengan nama saintifiknya Nigella Sativa ialah sejenis tumbuhan berbunga yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Barat Daya. Kini, ia boleh didapati di kebanyakan negara Eropah, Selatan Afrika dan utara Myanmar,

Biji habbatus sauda diproses atau dikisar sehingga keluar minyaknya dan dimakan untuk tujuan kesihatan atau perubatan tradisional. Ia juga digunakan dalam masakan sebagai rempah di pelbagai negara seperti India, Asia Barat dan Poland. Ia dikatakan mempunyai gabungan rasa seperti lada hitam, bawang besar dan oregano.

Kandungan Nutrisi Habbatus Sauda’
Habbatus sauda telah digunakan dalam dunia kesihatan sejak berkurun lama dahulu sebagai rawatan alternatif. Sehingga kini, kebaikannya terhadap kesihatan masih dikaji. Habbatus sauda dikatakan mengandungi beberapa bahan aktif dan antioksida yang mampu memberi manfaat pada kesihatan.

Apakah khasiat Habbatus Sauda pada Kesihatan badan? Artikel ini akan membincangkan beberapa khasiat habbatus sauda dan kandungan nutrisi di dalamnya

Salam Maghrib Semua
03/11/2021

Salam Maghrib Semua

8 Langkah Gaya Hidup SihatMinum Air Secukupnya1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin d...
03/11/2021

8 Langkah Gaya Hidup Sihat

Minum Air Secukupnya

1. Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan

Diet yang Sihat

2.Makan yang cukup tetapi bukan berlebihan. Cara terbaik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Jangan Merokok

3. Jangan merokok kerana ia menjejaskan kulit dan kesihatan.

Bersenam

4. Bersenam baik untuk kesihatan dan rohani. Lakukan walaupun hanya 10 minit sehari.

Tangani Stress

5. Elakkan tekanan. Tekanan mempercapatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut dikamar bagi meredakan ketegangan.

Tidur Berkualiti
6. Pastikan tidur anda benar benar berkualiti.

Terapi Aromaterapi
7. Luangkan masa untuk memanjakan diri walaupun dirumah. Cari pelbagai jenis bunga yang wangi untuk ramuan mandian.

Penjagaan Kulit
8. Benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan (terutama malam). Kulit juga perlu bernafas.

Laman Web Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort, Sabah

6 Tip Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan DiriMenjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak...
03/11/2021

6 Tip Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan Diri

Menjaga kesihatan badan adalah sangat penting bagi semua individu dan tidak mengira faktor usia. Salah satu sebab mengapa kebersihan diri itu penting adalah untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan yang baik. Kebersihan diri adalah salah satu kunci kepada kesihatan diri. Sekiranya anda tidak mengekalkan kebersihan diri, maka anda akan lebih mudah untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Oleh itu, jom lihat tip kebersihan untuk kesihatan diri anda yang telah kami senaraikan!

Masih banyak cara yang anda boleh buat bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan anda. Pemilihan makanan yang sihat juga harus di ambil kira supaya kesihatan tubuh badan anda boleh dikekalkan dalam jangka masa yang lama. Tambahan lagi buat kaki travel, anda pasti mahu ke luar negara dalam keadaan yang sihat walafiat bukan?

Setiap hari, badan anda terdedah kepada pelbagai kuman sama ada di kulit atau di dalam mulut. Tambahan p**a, badan anda menggugurkan kulit setiap hari dan semua kuman serta kulit mati tersebut akan terkumpul jika ia tidak dibuang atau dibersihkan, seterusnya berpotensi menyebabkan jangkitan!

1. Berus Gigi Selepas Makan & Sebelum Tidur

Cara pertama untuk mengekalkan kebersihan diri adalah dengan menjaga kebersihan mulut dan gigi. Tujuannya adalah untuk mengekalkan kebersihan gigi serta mengelakkan rongga nafas berbau dan gangguan orang lain. Dengan itu cara yang terbaik menjaga gigi dan mulut anda ialah memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Masa yang paling sesuai untuk berus gigi adalah selepas makan dan sebelum tidur. Jangan sesekali mengabaikan berus gigi pada waktu malam sebelum tidur kerana kebiasaan bakteria merosakkan gigi lebih aktif pada waktu malam ketika anda sedang tidur!

Tip Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan Gigi
Cara memberus gigi adalah memberus selama dua minit dengan lembut tetapi dengan teliti. Gunakan berus gigi yang lembut agar tidak menyakitkan gusi dan jangan lupa untuk menggantikan berus secara berkala setiap 3 bulan untuk mengekalkan kebersihan berus gigi tersebut.

2. Mandi Dua Kali Sehari & Cuci Rambut
Setiap kawasan mempunyai iklim yang berbeza dan budaya mandi juga turut berbeza. Anda pasti perasan sesetengah orang yang berada di negara 4 musim hanya mandi sekali dalam sehari sahaja! Tapi sebagai penduduk negara yang bermusim tropika ini, adalah lebih baik anda mandi dua kali sehari. Secara amnya anda perlu mandi pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti dan petang selepas bekerja atau malam sebelum tidur.

Pastikan anda menggosok badan anda ketika mandi sekurang-kurangnya sekali seminggu. Ini bertujuan untuk membersihkan sel-sel kulit mati yang mungkin tidak dapat dibuang dengan menggunakan sabun biasa.

Manakala menjaga kebersihan rambut adalah dengan membasuh rambut anda dengan kerap sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali seminggu. Kenapa? Ini kerana jika anda kerap mencuci rambut boleh menyebabkan kulit kepala kering dan rambut menjadi rapuh.

3. Basuh Tangan Anda Dengan Sabun
Dalam musim wabak covid-19 yang melanda negara, anda disarankan untuk kerap membasuh tangan anda dengan sabun atau lebih baiknya dengan ā€˜hand satisizer’ yang mempunyai kandungan alkohol lebih 70%. Ini bagi membasmi kuman bakteria dengan lebih efisien.

Ikuti tip mudah penjagaan kebersihan dan kesihatan diri ini untuk mengelakkan diri dari terkena penyakit berjangkit di luar sana!

PASEMBOR TERBAIK DI PENANGPasembur adalah menu wajib yang sering dikaitkan sebagai tempat makan di Pulau Pinang patut di...
03/11/2021

PASEMBOR TERBAIK DI PENANG

Pasembur adalah menu wajib yang sering dikaitkan sebagai tempat makan di Pulau Pinang patut dicuba.

Jika ke Pulau Pinang, jika seseorang itu tidak ā€˜pekena’ atau mencuba pasembur Penang, jawabnya tidak lengkaplah perjalanannya. Jadi di sini kami kongsikan 3 kedai pasembur yang sering disebut dan menjadi pilihan ramai apabila datang ke p**au mutiara ini.

Kami tidak berani untuk menyatakan yang mana yang terbaik. Boleh dikatakan inilah yang terbaik antara yang terbaik yang sentiasa menjadi pilihan.

Terlebih dahulu, mari kita lihat apa itu yang dikatakan pasembur.Pasembur ini bolehlah dikatakan seperti makananala-ala cucur yang dimakan bersama kuah pekat. Cucur ini boleh dipilih daripada pelbagai jenis makanan. Contohnya seperti pilihan udang, fishball, fishcake, isi ketam, sosej, sotong, tempe dan pelbagai lagi.

Semua ini akan dipotong secara kecil dan seterusnya dimakan bersama kuah pekat yang mempunyai pelbagai versi mengikut resepi kedai masing-masing. Kuahnya boleh sahaja menjadi kuah dan mempunyai rasa seakan-akan pedas-pedas manis dicampur dengan hirisan timun.

Proses dari pesan kepada penyediakan makanan juga tidak lama, anda hanya perlu pilih apa yang anda hendak, ianya akan dibuat terus pada waktu tersebut. Awas, walaupun anda nampak makanan seakan-akan sedikit sahaja yang diambil, tetapi sebenarnya mungkin boleh jadi satu bahagian yang besar apabila dipotong.

1 GANI Famous Pasembur

3, Medan Renong,Padang Kota Lama,Jalan Tun Syed Sheh Barakbah,10200 Georgetown, Pulau Pinang

Waktu operasi untuk Gani famous Pasembur adalah di antara pukul 11 pagi kepada 2 pagi. Jadi jika anda datang kesini dengan harapan untuk sarapan sambil menikmati menu pasembur, mungkin terkuburlah jawabnya.

Antara tips apabila makan di sini adalah berhati-hati dengan pengambilan makanan seafood. Anda mungkin sedikit terperanjat harga yang mungkin sedikit tinggi daripada jangkaan. Tetapi bagi kami, perkara tersebut tidak menjadi masalah. Asalkan anda tahu apa yang anda hendak dan berkira-kira dalam mengambil. Harga seafood ketam, sotong sememangnya sinonim dengan harga yang sedikit mahal jika makan di luar.


2 Hussain Pasembur
Medan Renong, 29, Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, 10200 George Town, Pulau Pinang

Seperti kedai pasembur yang lain, menu yang hampir sama sahaja anda boleh jumpa di sini. Hussain Pasembur merupakan salah satu gerai pasembur yang patut anda cuba juga jika di sini.

Gerai Hussain Pasembur ini terletak di padang kota lama, dan juga dikenali sebagai pasembur padang kota. Waktu operasi sini susah sedikit untuk dicari maklumatnya. Berdasarkan apa yang kami jumpa, ianya dibuka sekitar pukul 12 dan tutup pada pukul 10 malam.


3 Pasembur Pulau Mutiara / Pasembur Menari/ Pasembur Gurney Drive

Gerai No. 9, Anjung Gurney
Seterusnya kami ingin kongsikan tentang Pasembur Gurney Drive! Sebenarnya ia mempunyai pelbagai versi nama.

Gerai ini terletak di Gurney Drive Hawker Centre dan tidak beberapa jauh daripada Gurney Plaza. Gurney Drive ni kelihatan seperti foodcourt yang mempunyai dua bahagian. Pada bahagaian pertama dan mula, anda akan lihat makanan ā€˜chinese’ dan jika anda terus ke hadapan akan ada satu lagi foodcourt.

Pasembur adalah menu wajib yang sering dikaitkan sebagai tempat makan di Pulau Pinang patut dicuba. Jika ke Pulau Pinang, jika seseorang itu tidak ā€˜pekena’ atau mencuba pasembur Penang, jawabnya tidak lengkaplah perjalanannya. Jadi di sini kami kongsikan 3 kedai pasembur yang sering disebut dan ...

TEMPAT BERCUTI MENARIK DI PENANGTempat Menarik di Penang memang beragam dan menarik dikunjungi untuk melepas hari libur ...
03/11/2021

TEMPAT BERCUTI MENARIK DI PENANG
Tempat Menarik di Penang memang beragam dan menarik dikunjungi untuk melepas hari libur agar menjadi lebih berwarna. Kota ini termasuk dalam daftar warisan dunia oleh unesco karena berhasil melestarikan warisan dari colonial inggris pada abad ke 18. Oleh karena itu, tak heran bila banyak wisatawan yang datang ke kota ini.

Selain hador dengan arsitektur bangunan sejarah dan wisata alamnya. Penang juga ternama dengan hidangan-hidangan menarik untuk di santap. Kuliner yang beragam membuat siapa pun enggan untuk pergi dari kawasan ini. Apalagi, warganya juga sangat bersahabat, bisa jadi seperti saudara sendiri.

1. Taman Burung Penang
Tempat percutian menarik di pinang ini terletak di Butterworth. Menariknya di kawasan ini wisatawan akan di bagi menjadi dua. Pertama adalah zona yang bersangkar.

Dan, kedua adalah zona bebas terbuka. Bila wisatawan mengetahui ada beberapa burung-burung disini yang berkeliaran terbang kesana-kemari. Berarti, burung tersebut sudah jimak dan bersahaja kepada wisatawan.

Nah, di tempat ini wisatawan bisa berinteraksi langsung dengan hewan-hewan ini. bisa memberi mereka makan atau juga foto-foto ceria.

Tetapi, bagi yang masih di dalam kandang. Hewan ini cukup buas dan berbahaya bagi wisatawan. Tidak hanya itu saja, burung ini juga sangat agresif sehingga mampu mencederai wisatawan.

Kunjungi juga tempat menarik di Ho Chi Minh yang terkini.

2. Pantai Batu Feringgi
Tempat pelancong menarik di penang selanjutnya adalah kawasan pantai paling terkenal di Malaysia. Dimana, banyak wisatawan yang datang dan menyaksikan keindahan kawasan ini.

Objek wisata di penang ini memiliki suguhan yang tidak boleh dilewatkan terutama soal air.

Parasailing, jetski, banana boat, dan berbagai macam wahana lain yang tersedia.

Ombaknya yang begitu tenang, membuat wisatawan bisa menjadikan tempat ini sebagai objek untuk mandi atau sekedar duduk di pasir pantai dan menikmati riuhnya angin sepoi-sepoi.

Menariknya lagi, wisatawan bisa menikmati beberapa sajian menu makanan yang dihadirkan.

Nah, sebagian besar warung-warung di sini begitu mencintai makanan khas mereka. Oleh karena itu, jangan heran bila kebanyakan warung yang berdiri menyuguhkan makanan khas penang yang bisa menggoyang lidah tanpa henti. wisatawan yang di luar penang wajib coba, jangan sampai tidak, rugi bila sampai terlewat.

3. Fort Cornwalis
Kawasan ini terletak di sebelah kota padang lama. Menghadirkan nuansa bersejarah yang begitu kental. Kawasan ini menjadi tempat berlabuhnya sir francis kight pada tahun 1876.

Objek wisata ini dahulunya adalah tempat yang paling penting untuk negeri ini. dimana, ada gereja untuk mengadakan peribadatan.

Selain itu, wisatawan juga bisa menikmati berbagai macam meriam senjata patung tentara dan berbagai macam peninggalan yang sangat indah.

Nah, biasanya wisatawan disini selalu menikmatinya dengan berbagai foto selfie yang akan diunggah di media sosial mereka. Jadi, jangan kalah dengan yang lain ya untuk mendapatkan titik spot terbaik.

Datang juga ke tempat menarik di Perak yang paling cantik.

4. Taman Negara Pulau Pinang
Inilah dia kawasan yang sangat menarik untuk dikunjungi pada saat berlibur di penang. Ada banyak sekalai activity yang bisa wisatawan lakukan disini.

Seperti halnya trekking, camping, berenang, dan menyusuri belantara hutan yang esoktis nan mempesona.

Wisatawan juga bisa berjalan diantara canopy dengan sajian pemandangan sempurna. Semua mata akan di buat terpukau dan tidak bisa berkedip.

Kawasan ini p**a tempat perpaduan antara air tawar dan air laut yang disebut dengan Tasik Meromitik, tempat yang selalu ramai dikunjungi oleh wisatawan yang penasaran antara perpaduan tersebut.

Jangan lewatkan p**a menikmati air terjun yang indah sekali. sebuah objek wisata yang sangat lengkap di jamin bakal betah disini.

5. Taman Botani Penang
tempat menarik di penang untuk dilewati Tempat Menarik di Penang ini menghadirkan nuansa yang berbeda dari beberapa kawasan wisata di Malaysia. Waktu paling tepat untuk mengunjungi kawasan ini adalah pagi hari dan sore hari. Dimana, wisatawan bisa menikmatinya dengan jalan-jalan menyusuri setiap sudut kawasan di kaki bukit penang.

Semua pesona yang dihadirkan di sini memang menyejukkan mata. Kawasan ini juga di sebut dengan nama Taman Monyet. Ada begitu banyak monyet-monyet yang berkeliaran di tempat ini.

Monyet-monyet ini cukup nakal, jadi sedikit berhati-hati. Walaupun, sedikit nakal namun, hewan ini pun lucu nan menggemaskan.

Suasana dan nuansanya itu memang menghadirkan rasa rindu yang berlebihan. Semilir angin yang berhembus lirih membuat ketenangan dan kedamaian.

Senja ini memang menjadi alasan mengapa banyak wisatawan yang datang dan menikmati waktunya dengan berolahraga atau berdiam diri dan mencari inspirasi.

Lihat juga tempat menarik di Kuala Lumpur yang terkini paling cantik.

6. Pantai Tanjung Bungah
Bisa dikatakan objek wisata ini adalah tempat paling menarik untuk melihat sunset. Oleh karena itu, tak heran bila pada petang hari wisatawan akan melihat banyak sekali pengunjung berhamburan, duduk di atas pasir dan berdiam diri. Melihat indahnya langit penang yang berubah menjadi jingga.

Semua orang benar-bernar terpana dengan setiap detiknya dimana perlahan tapi pasti matahari yang sudah berubah warna menjadi oranye ini tenggelam bersama dengan ombak yang terus menderu menghadirkan melodi yang sangat indah untuk di dengar.

Pantai Tanjung Bungah juga memiliki sebuah resor yang cukup mewah. Dimana, resor ini sering digunakan untuk pasangan pengantin baru honeymoon.

Bila ingin menikmati resor ini jangan lupa untuk booking terlebih dahulu, agar wisatawan tidak kecewa karena, penginapan ini paling banyak diincar oleh wisatawan.

7. Tropical Spice Garden
Berkunjung ke taman melihat berbagai macam tanaman memang menarik. nah, di tropical spice garden wisatawan akan disuguhkan berbagai macam tanaman tropis.

Dengan luas kurang lebih 8 hektar. Ada kurang lebih 500 jenis spesies yang tumbuh di kawasan ini. menarik untuk dijadikan sebagai spot foto.

Selain itu, tropical spice garden juga menanam tumbuhan herbal. Ada beberaoa jenis tumbuhan yang pernah dikelan oleh wisatawan, ada juga yang belum di kenal.

Banyak ilmu pengetahuan yang dihadirkan dari berbagai tanaman ini. jadi, jangan lewatkan kawasan ini ya, baik bagi wisatawan yang tidak menyukai obat dan diganti dengan herbal.

Baca juga tempat menarik di London yang paling rekomended untuk dikunjungi.

8. Padang Kota Lama
Jangan salah sangka ya wisatawan, bila padang di sini bukan kota yang ada di sumatera. Melainkan kawasan objek wisata yang ada di penang, Malaysia.

Tempat menarik di penang untuk dilewati ini adalah sebuah taman yang berada di tepi laut. Ada banyak hal yang bisa di lakukan di sini.

Bagi wisatawan yang datang membawa anak-anak, bisa memanfaatkan kawasan permainannya yang cukup beragam dan lengkap.

Ada juga berbagai macam restoran yang bisa di pilih untuk mengganjal perut yang kosong. Suasananya memang paling top untuk makan sembari bercengkrama bersama dengan keluarga.

Padang Kota lama juga digunakan sebagai tempat untuk berbagai maca aktifitas yang diselenggarakan oleh berbagai macam komunitas. Biasanya, mereka akan duduk dan berdiskusi atau rapat di luar ruangan.

Datanglah di kala petang, nuansa disini akan terasa sangat berbeda, dengan semilir angin dan langit senja penang yang menakjubkan.

Nikmati p**a beberapa bangunan kokoh yang masih berdiri dan menghadirkan rona lain. Biasanya bangunan-bangunan ini digunakan sebagai foto latar belakang. Mengesankan sekali memang objek wisata ini.

https://mytrip123.com/tempat-menarik-di-penang/ #:~:text=Tempat%20pelancong%20menarik%20di%20penang%20selanjutnya%20adalah%20kawasan,boat%2C%20dan%20berbagai%20macam%20wahana%20lain%20yang%20tersedia.

Tempat mearik di penang yang terkini memang memiliki banyak spot yang sangat cantik cocok untuk percutian. Mulai dari wisata alam hingga perkotaan

Selamat pagi semua!šŸ¤
03/11/2021

Selamat pagi semua!šŸ¤

Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid MalaysiaMenu sihat adalah menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan, dapat m...
02/11/2021

Merancang Menu Sihat Berpandukan Piramid Malaysia

Menu sihat adalah menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan, dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan serta tidak mengandungi lemak, minyak, kolesterol, garam dan gula yang berlebihan. Ketika merancang menu sihat, Piramid Makanan Malaysia .boleh dijadikan panduan, terutama dalam menentukan jenis dan kuantiti makanan yang sepatutnya dihidangkan.

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Sediakan menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan. Pastikan makanan daripada kesemua kump**an makanan yang terdapat di dalam Piramid Makanan Malaysia dimasukkan ke dalam menu harian. Makanan ini juga hendaklah dihidang mengikut kuantiti atau jumlah sajian harian yang dicadangkan. Kump**an makanan yang terdapat di dalam Piramid Makanan Malaysia adalah seperti berikut:Kump**an 1
Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin serta ubi-ubian

Kump**an 2
Buah-buahan dan sayur-sayuran

Kump**an 3
Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang

Kump**an 4
Susu dan produk tenusu

Kump**an 5
Lemak, minyak, gula dan garam

2. Pengambilan pelbagai jenis makanan daripada kump**an-kump**an makanan yang telah dinyatakan dapat memenuhi keperluan nutrien harian anda.
Rancang menu harian yang mengandungi makanan daripada kump**an nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian sebagai sumber tenaga utama.
Makanan daripada kump**an ini perlu diambil sebanyak 4 hingga 8 sajian sehari. Satu sajian makanan daripada kump**an ini bersamaan dengan:

2 senduk atau 1 cawan nasi putih atau
2 cawan bubur nasi atau
1 ½ cawan bihun atau laksa yang direndam atau
1 cawan mi basah atau kuey tiow atau
2 keping roti putih atau roti mil penuh atau
6 keping biskut krim kraker atau
2 biji kentang (sederhana) atau
1 cawan keledek, keladi atau ubi kayu atau
2 keping putu mayam
Rancang menu harian yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan perlu diambil sebanyak 2 sajian sehari dan sayur-sayuran sebanyak 3 sajian sehari. Satu sajian buah-buahan terdiri daripada:
1 biji pisang berangan saiz sederhana atau 2 biji pisang emas atau
1 potong betik, nenas atau tembikai atau
1 biji oren saiz kecil atau sederhana atau
1 biji epal, lai, mangga atau ciku saiz sederhana atau
½ biji jambu batu atau pir atau
8 biji anggur atau
3 ulas durian atau
4 biji prun saiz kecil atau
1 sudu makan kismis atau

Sementara itu, satu sajian sayur-sayuran terdiri daripada:

½ cawan sayuran berdaun hijau tua yang dimasak atau
½ cawan sayuran berbuah yang dimasak atau
1 cawan ulam

3. Rancang menu harian yang mengandungi makanan daripada kump**an ikan, ayam, daging, telur dan kekacang. Dalam sehari, sebanyak ½ hingga 2 sajian ayam, daging atau telur diperlukan. Sementara bagi ikan, 1 sajian diperlukan dan bagi kekacang, sebanyak ½ hingga 1 sajian diperlukan.Satu sajian ayam, daging atau telur bersamaan dengan:
1 ketul paha ayam atau
2 ketul daging lembu tanpa lemak atau
2 biji telur ayam atau
12 biji telur puyuh atau
1 cawan isi kerang (dimasak) atau
2 ketul hati ayam

Satu sajian ikan p**a bersamaan dengan:
1 ekor ikan kembung atau ikan selar saiz sederhana atau
1 ketul ikan tenggiri atau
2 ekor sotong (saiz sederhana) atau
2/3 cawan ikan bilis (tanpa kepala)

Sementara satu sajian kekacang p**a bersamaan dengan:
1 cawan kacang kuda atau dhal yang dimasak atau
1 ½ cawan kacang hijau yang dimasak atau kacang panggang dalam tin atau
2 keping tempe, taukua atau tauhu atau
1 ½ gelas susu soya tanpa gula

Rancang menu harian yang mengandungi susu dan produk tenusu. Susu dan produk tenusu perlu diambil sebanyak 1 hingga 3 sajian sehari.Satu sajian susu dan produk tenusu bersamaan dengan:
1 gelas susu rendah lemak atau
2/3 cawan susu sejat atau
4 sudu makan (membumbung) susu tepung atau
1 cawan yogurt atau
1 keping keju atau

Dan akhir sekali – Kump**an 5 terdiri daripada lemak, minyak, gula dan garam. Ingat! Ambil makanan daripada kump**an ini secara minima sahaja.

Tidak ada satu makanan yang dapat membekalkan kesemua zat makanan. Oleh itu, anda harus menikmati pelbagai jenis makanan berdasarkan pengambilan harian yang disarankan. Makan Secara Sihat, Resepi Kehidupan Sihat.

Download: Menu sihat adalah menu yang mengandungi pelbagai jenis makanan, dapat membekalkan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh badan serta tidak mengandungi lemak, minyak, kolesterol, garam dan gula yang berlebihan. Ketika merancang menu sihat, Piramid Makanan Malaysia .boleh dijadikan panduan,...

02/11/2021

Selamat Datang ke Laman Hayyiba by Atikah . Kami dengan bangganya ingin mengatakan kepada semua pengguna bahawa page ini merupakan salah satu page rasmi dalam perkongsian dan jualan produk Afyaa Hayyiba. Hubungi kami sekiranya ada mempunyai sebarang pertanyaan. Selamat Berkenalan Semua!šŸ˜

Address

Kulim
09000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hayyiba By Atikah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram