07/11/2025
“Doktor, saya rasa makin hari makin cepat penat… Kadang-kadang baru buat kerja sikit pun dah pening,” kata Puan Aina perlahan sambil tersenyum letih.
Dia seorang ibu yang aktif, tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dia perasan sesuatu tak kena.
Bangun pagi rasa pening, naik tangga sikit pun dah semput. Kadang-kadang tengah masak pun rasa nak pitam.
Dia fikir mungkin sebab penat atau stres…
Sampailah satu hari, kulitnya makin pucat dan suami menegur,
“Sayang, muka you nampak putih sangat sekarang.”
Itu yang buat dia datang ke klinik untuk buat pemeriksaan darah.
Keputusan menunjukkan — dia ada anemia (kurang darah).
Tapi doktor beritahu, anemia bukan diagnosis akhir, ia cuma tanda bahawa ada sesuatu yang tak betul dalam badan.
Mungkin sebab kurang zat besi, kehilangan darah (contohnya haid banyak), masalah usus tak serap zat, atau penyakit kronik lain.
Jadi, langkah penting bukan hanya makan ubat tambah darah —
tetapi kena siasat punca sebenar dan rawat masalah asal itu.
💢 Tanda-tanda biasa anemia:
1) Rasa letih dan lemah tanpa sebab jelas
2) Pening atau sakit kepala
3) Sukar fokus
4) Nafas pendek
5) Jantung berdebar
6) Kulit pucat atau sejuk
Selepas doktor jalankan beberapa ujian tambahan, akhirnya punca anemia Puan Aina dikenal pasti — kekurangan zat besi akibat haid yang banyak.
Selepas rawatan dan perubahan pemakanan, tenaganya kembali pulih dan dia boleh jalani kehidupan seperti biasa.
👉 Ingat, anemia bukan penamat cerita — ia permulaan untuk mencari jawapan.
Datang ke klinik untuk pemeriksaan darah dan siasatan lanjut, supaya kita boleh rawat dari puncanya. ❤️
Lokasi: Klinik Bersatu Taman Selasih
🕘 9am–9pm (Buka setiap hari)
Call: 04-4993476