20/09/2025
Persamaan simptom gastrik & sakit jantung
Sakit dada / ulu hati
Gastrik: rasa pedih atau perit di bahagian ulu hati (atas perut, bawah dada).
Jantung: sakit dada menekan, berat atau mencengkam, boleh terasa sampai ke ulu hati.
Rasa tidak selesa / senak
Kedua-duanya boleh buat rasa penuh atau kembung di dada/perut atas.
Loya & muntah
Gastrik: kerana asid perut berlebihan.
Jantung: serangan jantung juga boleh sebabkan loya dan muntah.
Berpeluh sejuk & pening
Kedua-duanya boleh buat rasa berpeluh sejuk, walaupun lebih tipikal pada sakit jantung.
Rasa sakit menjalar
Gastrik kadang-kadang boleh rasa sakit menolak ke dada.
Sakit jantung p**a boleh menjalar ke rahang, bahu, lengan kiri, atau belakang.
🔑 Bezanya:
Gastrik lebih berkait dengan makan (sakit bila perut kosong atau selepas makan pedas/berasid).
Sakit jantung lebih berkait dengan aktiviti (datang ketika berjalan, naik tangga, emosi, dan hilang bila rehat).
👉 Kalau sakit dada/ulu hati tiba-tiba, kuat, disertai sesak nafas, berpeluh sejuk, sakit rahang/lengan kiri, jangan anggap itu gastrik — itu kecemasan jantung,
PEMERIKSAAN JANTUNG BERMULA dari RM 40.00
Di Poliklinik Bakti Kulim ,Jalan Asaad (bersebalahan Panad Awam Kulim)
Tel: 04-4904470
Wasap : 011-55662084