Klinik Anda Kulim 24 Jam

Klinik Anda Kulim 24 Jam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Klinik Anda Kulim 24 Jam, Medical and health, 74, Jalan KLC 3, Kulim Landmark Central, Kulim.

SSM 202201039865 (1485562-X)

Kesihatan Anda, Keutamaan Kami 🤍
✔️Rawatan Pesakit Luar
✔️Suntikan & Vaksinasi
✔️Ujian Makmal & Saringan Kesihatan
✔️Rawatan Penyakit Kronik
✔️ Servis Ultrasound Scan & X-ray
✔️ Khidmat Pakar Pemakanan (Nutritionist)

⚠️ Kenali Tanda-Tanda Sakit Jantung!Jangan abaikan simptom ini walaupun nampak biasa 🚨Bertindak awal boleh selamatkan ny...
16/04/2026

⚠️ Kenali Tanda-Tanda Sakit Jantung!

Jangan abaikan simptom ini walaupun nampak biasa 🚨
Bertindak awal boleh selamatkan nyawa!

❗ Sakit dada / rasa ketat
❗ Berdebar-debar
❗ Pening kepala
❗ Berpeluh dingin
❗ Loya & muntah
❗ Penglihatan kabur
❗ Sakit ulu hati
❗ Haus/dahaga melampau

💡 Jika anda alami simptom ini, terutama sakit dada — segera dapatkan pemeriksaan!

❤️ Jantung sihat, hidup lebih tenang
📍 Saringan jantung & ECG tersedia di klinik kami

☎️ Sebarang pertanyaan,
boleh hubungi kami di:
https://linktr.ee/kandakulim
https://wa.link/h9hdcu
atau boleh datang ke klinik kami:
📍 ©️ Klinik Anda 24 Jam Kulim
https://maps.app.goo.gl/hFajiC68wGUR4rTUA?g_st=ic
***Sebaris dengan Family Mart dan Sushi Ya Kulim.
Your Family's Health
Our Priority.

⚠️ Ramai Orang Muda Kini Berisiko Sakit Jantung!Jangan tunggu sampai terlambat ❤️Walaupun masih muda, gaya hidup harian ...
15/04/2026

⚠️ Ramai Orang Muda Kini Berisiko Sakit Jantung!

Jangan tunggu sampai terlambat ❤️
Walaupun masih muda, gaya hidup harian boleh meningkatkan risiko penyakit jantung tanpa kita sedar.

🚫 Merokok
🍔 Diet tidak sihat
⚖️ Berat badan berlebihan
🛋️ Kurang bersenam
🧪 Kolesterol & tekanan darah tinggi
🍺 Pengambilan alkohol
🍬 Kencing manis

💡 Ingat: Pencegahan lebih baik daripada rawatan.
Mulakan perubahan kecil hari ini untuk masa depan yang lebih sihat!

☎️ Sebarang pertanyaan,
boleh hubungi kami di:
https://linktr.ee/kandakulim
https://wa.link/h9hdcu
atau boleh datang ke klinik kami:
📍 ©️ Klinik Anda 24 Jam Kulim
https://maps.app.goo.gl/hFajiC68wGUR4rTUA?g_st=ic
***Sebaris dengan Family Mart dan Sushi Ya Kulim.
Your Family's Health
Our Priority.

SAKIT DADA – Anxiety atau Jantung? 🤔Kadang rasa sama, tapi sebenarnya berbeza ⚠️Jangan ambil ringan terutama kalau melib...
12/04/2026

SAKIT DADA – Anxiety atau Jantung? 🤔

Kadang rasa sama, tapi sebenarnya berbeza ⚠️
Jangan ambil ringan terutama kalau melibatkan jantung!

💭 Anxiety
• Rasa tajam / mencucuk
• Sakit setempat (boleh tunjuk lokasi)
• Datang sekejap & hilang (±10 minit)

❤️ Sakit Jantung
• Rasa berat, ditekan / dihempap
• Sakit merebak ke lengan atau rahang
• Disertai peluh sejuk, loya & lemah

🚨 Jika ragu-ragu, anggap ia serius!
Lebih baik periksa awal daripada menyesal kemudian.

📍 ECG & pemeriksaan jantung tersedia di klinik kami

☎️ Sebarang pertanyaan,
boleh hubungi kami di:
https://linktr.ee/kandakulim
https://wa.link/h9hdcu
atau boleh datang ke klinik kami:
📍 ©️ Klinik Anda 24 Jam Kulim
https://maps.app.goo.gl/hFajiC68wGUR4rTUA?g_st=ic
***Sebaris dengan Family Mart dan Sushi Ya Kulim.
Your Family's Health
Our Priority.

Hari Parkinson Sedunia – 11 AprilParkinson bukan sekadar gegaran,ia tentang kekuatan, kesabaran & sokongan setiap hari. ...
11/04/2026

Hari Parkinson Sedunia – 11 April

Parkinson bukan sekadar gegaran,
ia tentang kekuatan, kesabaran & sokongan setiap hari. 💗

Mari kita tingkatkan kesedaran,
beri sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka.
Anda tidak keseorangan. 🤝

☎️ Sebarang pertanyaan,
boleh hubungi kami di:
https://linktr.ee/kandakulim
https://wa.link/h9hdcu
atau boleh datang ke klinik kami:
📍 ©️ Klinik Anda 24 Jam Kulim
https://maps.app.goo.gl/hFajiC68wGUR4rTUA?g_st=ic
***Sebaris dengan Family Mart dan Sushi Ya Kulim.
Your Family's Health
Our Priority.

"Doktor, nak antibiotik boleh tak? Demam dah dua hari ni tak kebah-kebah."Pernah tak anda rasa geram bila doktor tak nak...
10/04/2026

"Doktor, nak antibiotik boleh tak? Demam dah dua hari ni tak kebah-kebah."

Pernah tak anda rasa geram bila doktor tak nak bagi antibiotik lepas anda mengadu demam, batuk, dan selesema? Rasa macam doktor tu kedekut ubat atau tak nak rawat betul-betul, kan?

Sebenarnya, doktor bukan kedekut. Doktor sedang selamatkan nyawa anda pada masa depan.

Ini fakta perubatan yang ramai selalu keliru:
Antibiotik HANYA bunuh bakteria. Ia SIFAR fungsi ke atas virus.

Ada dua jenis jangkitan yang buat kita demam:

1. Demam Virus (Viral Infection)
• Contoh: Selesema biasa, batuk biasa, sakit tekak biasa, demam denggi, influenza.
• Rawatan: Tak perlukan antibiotik langsung! Ubat paracetamol, rehat yang cukup, dan minum banyak air. Badan anda ada antibodi sendiri untuk hapuskan virus ini dalam masa beberapa hari.

2. Jangkitan Bakteria (Bacterial Infection)
• Contoh: Tonsil bernanah teruk, kencing kotor (UTI), paru-paru berjangkit (pneumonia).
• Rawatan: Di sinilah antibiotik diperlukan.

Apa jadi kalau demam virus biasa pun anda paksa telan antibiotik?

Bakteria dalam badan anda akan mula 'belajar' dan jadi kebal (Superbug). Bila kuman dah kebal, sampai satu masa anda betul-betul kena jangkitan bakteria yang teruk, antibiotik paling kuat pun dah tak mampu nak selamatkan anda. Ini yang dipanggil Kerintangan Antibiotik (AMR), dan ia sedang membunuh jutaan nyawa di seluruh dunia.

Jadi, kalau doktor periksa dan kata, "Ini demam virus biasa, tak perlu antibiotik ya.."

Ucapkan terima kasih. Bermakna badan anda masih kuat dan tak perlu bergantung pada ubat 'keras'.

Bantu kami kongsikan ilmu ini. Jom hapuskan mitos "demam sikit wajib telan antibiotik".

SUMBER : PUBLIC HEALTH MALAYSIA

"Aduh, berdenyutnya kepala. Migrain aku datang balik ni!"Sebut saja sakit kepala, automatik ramai yang terus label ia se...
09/04/2026

"Aduh, berdenyutnya kepala. Migrain aku datang balik ni!"

Sebut saja sakit kepala, automatik ramai yang terus label ia sebagai "migrain". Asal sakit sikit, migrain. Asal pening, migrain.

Hakikatnya, hampir 90% kes sakit kepala yang kita alami setiap hari BUKANLAH migrain. Ia selalunya adalah Tension Headache (Sakit Kepala Ketegangan).

Kenapa penting untuk tahu beza? Sebab kalau anda salah teka, anda mungkin telan ubat yang salah, dan sakit tu takkan hilang.

Jom semak, anda sebenarnya sakit kepala biasa atau betul-betul migrain?

1. SAKIT KEPALA KETEGANGAN (Tension Headache)
• Jenis Sakit: Rasa ketat dan menekan. Macam ada satu getah tebal atau tali pinggang yang diikat kuat mengelilingi dahi kepala anda.
• Lokasi: Seluruh dahi, merangkumi kedua-dua belah kepala, hingga ke belakang leher dan bahu.
• Ciri-ciri: Tidak berdenyut. Anda masih boleh buat kerja harian walaupun rasa tak selesa. Tak ada rasa loya.
• Punca Utama: Stres, menghadap skrin komputer/phone terlalu lama, kurang tidur, atau postur badan yang salah.

2. MIGRAIN (Migraine)
• Jenis Sakit: Rasa berdenyut-denyut yang sangat kuat (throbbing pain).
• Lokasi: Kebiasaannya menyerang SEBELAH bahagian kepala sahaja (kiri atau kanan), tapi boleh melarat.
• Ciri-ciri: Sakit yang boleh buat anda 'lumpuh' dari buat kerja. Sangat sensitif pada cahaya terang dan bunyi bising. Sering rasa loya dan nak muntah.
• Punca Utama: Perubahan cuaca, hormon, makanan tertentu (seperti coklat, kafein, MSG), atau bau yang terlalu kuat.

Cara rawat pun berbeza!
Sakit kepala ketegangan selalunya lega dengan panadol (paracetamol), rehat, urutan leher, dan minum air secukupnya.
Tetapi migrain yang teruk selalunya perlukan ubat khusus dari doktor dan pesakit perlu tidur di bilik yang gelap & sunyi.

Lepas ni, jangan main telan ubat je. Dengar apa badan anda cuba sampaikan.

Kongsikan post ini supaya kawan-kawan office anda yang selalu mengadu 'migrain' tu tahu beza!

SUMBER : Public Health Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa , Klinik Anda Kulim 24 Jam kini secara rasminya telah menjadi panel klinik bagi panel Syarik...
08/04/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa , Klinik Anda Kulim 24 Jam kini secara rasminya telah menjadi panel klinik bagi panel Syarikat Takaful Malaysia dibawah Healthconnect/Mediconnect. 🥳🥳

Bagi pesakit-pesakit under panel berikut, anda dialu-alukan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Anda Kulim, Kami beroperasi 24 Jam setiap hari seperti biasa🏨.

☎️ Sebarang pertanyaan,
boleh hubungi kami di:
https://linktr.ee/kandakulim
https://wa.link/h9hdcu
atau boleh datang ke klinik kami:
📍 ©️ Klinik Anda 24 Jam Kulim
https://maps.app.goo.gl/hFajiC68wGUR4rTUA?g_st=ic
***Sebaris dengan Family Mart dan Sushi Ya Kulim.
Your Family's Health
Our Priority.

# KlinikAndaKulim24Jam

Happy World Health Day 🌎🩺Kesihatan bukan sekadar hidup,tetapi bagaimana kita menikmati setiap detik kehidupan.✨ Sempena ...
06/04/2026

Happy World Health Day 🌎🩺

Kesihatan bukan sekadar hidup,
tetapi bagaimana kita menikmati setiap detik kehidupan.

✨ Sempena World Health Day
Let your body heal, your mind breathe, and your life flourish.

☎️ Sebarang pertanyaan,
boleh hubungi kami di:
https://linktr.ee/kandakulim
https://wa.link/h9hdcu
atau boleh datang ke klinik kami:
📍 ©️ Klinik Anda 24 Jam Kulim
https://maps.app.goo.gl/hFajiC68wGUR4rTUA?g_st=ic
***Sebaris dengan Family Mart dan Sushi Ya Kulim.
Your Family's Health
Our Priority.

Cuaca panas sekarang ini buat ramai orang Malaysia cari satu benda.Bukan air.Tapi gula yang sejuk.Teh ais cincau leleh.B...
06/04/2026

Cuaca panas sekarang ini buat ramai orang Malaysia cari satu benda.
Bukan air.
Tapi gula yang sejuk.
Teh ais cincau leleh.
Boba.
Air balang warna perangkap.
Air viral yang manisnya sampai tekak rasa syurga, badan rasa neraka.
Masalahnya bila cuaca terlalu panas, tekak memang menjerit minta benda sejuk.
Tapi badan sebenarnya sedang minta air.
Kita p**a bagi gula.
Itulah silap yang ramai tak sedar.
Tekak rasa lega 5 minit.
Badan menanggung lebih lama.
Bila badan sudah berpeluh teruk dan mula kehilangan air, minuman yang terlalu manis bukan penyelamat paling baik.
Ia tak bantu hidrasi sebaik air kosong.
Kadang-kadang lepas minum, haus datang balik.
Kepala mula berdenyut.
Badan rasa lemau.
Jantung rasa laju.
Air kencing makin sikit dan makin pekat.
Ramai sangka itu normal sebab cuaca panas.
Tidak.
Itu badan sedang bagi warning.
Kalau anda mula rasa terlalu haus, pening, sakit kepala, loya, lemah, berpeluh banyak, atau rasa macam nak pitam, jangan tambah lagi satu balang gula atas badan yang memang sedang bergelut lawan panas.
Waktu macam ini, yang badan mahu bukan “air viral”.
Yang badan mahu ialah bantuan.
Air kosong.
Rehat di tempat teduh atau sejuk.
Kurangkan aktiviti sekejap.
Dan kalau anda sudah terlalu lemah, keliru, pitam, atau badan jadi terlalu panas, itu bukan masa untuk tunggu reda sendiri.
Yang bahaya bukan sebab orang tak minum.
Yang bahaya sebab orang ingat semua air itu sama.
Tidak.
Ada air yang padam dahaga.
Ada air yang cuma sedapkan tekak.
Dalam cuaca panas, pilih yang selamatkan badan.
Bukan yang sedapkan 5 minit.
Share post ini dalam group family.
Sebab musim panas, bazar, sukan sekolah, tapak kerja, dan perjalanan tengah hari selalu bermula dengan “haus sangat” dan berakhir dengan pilihan yang salah.

SUMBER : PUBLIC HEALTH MALAYSIA

Cuaca panas sekarang ini buat ramai orang Malaysia cari satu benda.Bukan air.Tapi gula yang sejuk.Teh ais cincau leleh.B...
06/04/2026

Cuaca panas sekarang ini buat ramai orang Malaysia cari satu benda.
Bukan air.
Tapi gula yang sejuk.
Teh ais cincau leleh.
Boba.
Air balang warna perangkap.
Air viral yang manisnya sampai tekak rasa syurga, badan rasa neraka.
Masalahnya bila cuaca terlalu panas, tekak memang menjerit minta benda sejuk.
Tapi badan sebenarnya sedang minta air.
Kita p**a bagi gula.
Itulah silap yang ramai tak sedar.
Tekak rasa lega 5 minit.
Badan menanggung lebih lama.
Bila badan sudah berpeluh teruk dan mula kehilangan air, minuman yang terlalu manis bukan penyelamat paling baik.
Ia tak bantu hidrasi sebaik air kosong.
Kadang-kadang lepas minum, haus datang balik.
Kepala mula berdenyut.
Badan rasa lemau.
Jantung rasa laju.
Air kencing makin sikit dan makin pekat.
Ramai sangka itu normal sebab cuaca panas.
Tidak.
Itu badan sedang bagi warning.
Kalau anda mula rasa terlalu haus, pening, sakit kepala, loya, lemah, berpeluh banyak, atau rasa macam nak pitam, jangan tambah lagi satu balang gula atas badan yang memang sedang bergelut lawan panas.
Waktu macam ini, yang badan mahu bukan “air viral”.
Yang badan mahu ialah bantuan.
Air kosong.
Rehat di tempat teduh atau sejuk.
Kurangkan aktiviti sekejap.
Dan kalau anda sudah terlalu lemah, keliru, pitam, atau badan jadi terlalu panas, itu bukan masa untuk tunggu reda sendiri.
Yang bahaya bukan sebab orang tak minum.
Yang bahaya sebab orang ingat semua air itu sama.
Tidak.
Ada air yang padam dahaga.
Ada air yang cuma sedapkan tekak.
Dalam cuaca panas, pilih yang selamatkan badan.
Bukan yang sedapkan 5 minit.
Share post ini dalam group family.
Sebab musim panas, bazar, sukan sekolah, tapak kerja, dan perjalanan tengah hari selalu bermula dengan “haus sangat” dan berakhir dengan pilihan yang salah.

SUMBER : Public Health Malaysia

Sukacita dimaklumkan bahawa , Klinik Anda Kulim 24 Jam kini secara rasminya telah menjadi panel klinik bagi panel -panel...
05/04/2026

Sukacita dimaklumkan bahawa , Klinik Anda Kulim 24 Jam kini secara rasminya telah menjadi panel klinik bagi panel -panel berikut. 🥳🥳
Bagi pesakit-pesakit under panel berikut, anda dialu-alukan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Anda Kulim, Kami beroperasi 24 Jam setiap hari seperti biasa🏨.
☎️ Sebarang pertanyaan,
boleh hubungi kami di:
https://linktr.ee/kandakulim
https://wa.link/h9hdcu
atau boleh datang ke klinik kami:
📍 ©️ Klinik Anda 24 Jam Kulim
https://maps.app.goo.gl/hFajiC68wGUR4rTUA?g_st=ic
***Sebaris dengan Family Mart dan Sushi Ya Kulim.
Your Family's Health
Our Priority.

# KlinikAndaKulim24Jam

05/04/2026

Kami menghargai sokongan anda yang sentiasa memberi semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik. TERIMA KASIH kerana terus mempercayai kami 🥰🩺
So orang Kulim mari ramai-ramai dapatkan rawatan di Klinik Anda Kulim 24 jam !!
Rawatan yang kami berikan menyeluruh
Dari bayi baru lahir , kanak-kanak, dewasa lelaki / perempuan/ ibu mengandung hingga ke warga emas



Address

74, Jalan KLC 3, Kulim Landmark Central
Kulim
09000

Website

https://linktr.ee/kandakulim, https://wa.link/h9hdcu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Anda Kulim 24 Jam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share