16/04/2026
GOTONG ROYONG PERDANA PERINGKAT HOSPITAL KUNAK 2026.
KUNAK : 16 April 2026 | Khamis | 2.30 pm, Hospital Kunak telah melaksanakan Program Gotong Royong Perdana Kali 1-2026.
Program ini adalah bertujuan membersihkan kawasan sekitar Hospital Kunak secara menyeluruh dan serentak.
Hadir pada petang tadi ialah Ybrs. Dr. Mohammad Azmy Bin Hamron, Pengarah Hospital Kunak.
Turut hadir bersama kakitangan Hoapital Kunak Tuan Haji Nasrol Bin Papo selaku Penyelia Hospital Kunak.
Dalam ucapan ringkas pengarah pada petang itu, beliau mengatakan bahawa program sebegini bukan sahaja dapat membersihkan persekitaran hospital, malah dapat menjalin ukhwah dan semangat silaturrahim sesama kakitangan.
Alhamdulillah, misi gotong-royong membersihkan kawasan luar Hospital Kunak telah berjalan dengan jayanya.
Syabas dan tahniah kepada semua yang telah terlibat secara langsung ataupun tidak terutama kakitangan dan juga pihak SEDAFIAT Sdn. Bhd.