Permai Polyclinics Kunak

Permai Polyclinics Kunak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Permai Polyclinics Kunak, Medical and health, Lot 3-GF, Jalan Kunak Lahad Datu, Lot 03 Kedai Simpang 4, Peti Surat No. 148, Kunak.

09/11/2025

Kenapa demam selalu datang waktu malam dan perlu ke makan ubat?

Pernah tak siang rasa sihat saja, tapi bila malam tiba badan tiba-tiba panas, kepala berat, menggigil sampai susah nak tidur?

Kenapa ya, demam ni macam “tunggu malam”?

Sebenarnya, waktu malam hormon kortisol dalam badan menurun. Kortisol ni berfungsi sebagai “brek” kepada sistem imun.

Bila brek ni lemah, sistem imun jadi lebih aktif dan mula melepaskan bahan kimia cytokine seperti IL-1, IL-6 dan TNF-α untuk melawan virus.

Tapi kesan sampingnya, cytokine ini akan “reset” tetapan suhu dalam otak (hipotalamus). Otak mula anggap suhu badan biasa (37°C) terlalu sejuk dan naikkan “set point” baru, contohnya 38.5°C.

Badan pun mula:
• Mengecutkan salur darah supaya haba tak keluar
• Menggigil kuat untuk hasilkan haba tambahan

Sebab itu kita menggigil walaupun panas, dan bila suhu dah sampai set point baru, kulit jadi merah dan muka terasa panas.Menjelang pagi, bila paras cytokine turun semula, suhu badan jatuh dan kita mula berpeluh banyak.

Inilah sebab demam virus sering memuncak waktu malam.

Jadi, perlu ke makan ubat demam?

Sebenarnya, ubat seperti paracetamol tak “halang” badan daripada berlawan. Ia cuma bantu kurangkan ketidakselesaan supaya kita boleh rehat, tidur dan minum air dengan lebih baik.

Kalau suhu melebihi 38.5°C, atau badan terlalu sakit dan tak mampu berehat, makan ubat itu wajar.Demam bukan musuh tapi tanda tubuh sedang berjuang.

Yang penting, bantu dia dengan rehat, air yang cukup, dan jangan lawan rasa lemah tu sendirian.

08/11/2025

Ramai ingat gangguan mental hanya tentang kesedihan dan kemurungan.Tapi ada satu lagi sisi yang jarang disedari bila seseorang terlalu gembira, terlalu yakin, terlalu aktif, sampai tak kenal batas realiti.

Itulah yang dipanggil mania.

Nada suaranya penuh semangat, hujahnya kedengaran meyakinkan, tapi bila disemak… fakta tidak menyokong.

Ini bukan soal siapa betul atau salah.
Tapi ia boleh jadi contoh bagaimana pemikiran yang terlalu yakin boleh membawa kita jauh dari realiti.

Dalam psikologi, corak begini kadang dikaitkan dengan ciri grandiose rasa diri luar biasa, mampu menjelaskan perkara besar tanpa bukti. Jika disertai dengan percakapan laju, idea melompat-lompat dan keyakinan berlebihan, ia boleh menyerupai episod manic.

Inilah yang dikenali sebagai grandiosity satu corak pemikiran yang sering muncul dalam gangguan seperti mania atau bipolar disorder.

Kadang-kadang ia datang bukan kerana sombong, tapi kerana minda sedang terlalu aktif hingga hilang imbangan realiti.

Kalau ada ahli keluarga atau rakan yang mula berubah begini, bantu mereka dapatkan rawatan.Kerana kadang, yang nampak paling yakin itulah yang sedang kehilangan kawalan.

26/10/2025

Mengapa jantung boleh gagal?

Jantung berfungsi sebagai pam utama tubuh mengepam darah yang membawa oksigen dan nutrien ke seluruh badan. Bila pam ini mula lemah, aliran darah jadi perlahan. Organ lain seperti buah pinggang, paru-paru dan otak mula terjejas. Itulah yang kita panggil kegagalan jantung.

Apa yang berlaku bila jantung gagal?

Darah yang sepatutnya dipam keluar terkumpul semula dalam salur darah. Cecair mula meresap ke paru-paru dan menyebabkan sesak nafas, manakala di bahagian bawah badan, cecair berlebihan menyebabkan bengkak kaki dan perut.

Bila jantung bekerja terlalu kuat untuk mengejar kekurangan ini, pesakit akan mula mudah penat, berdebar, batuk waktu malam dan berat naik mendadak akibat penahanan air dalam badan.

Kenapa jantung boleh gagal?

Puncanya pelbagai tetapi yang paling biasa ialah:
❤️ Tekanan darah tinggi yang tak terkawal
💔 Penyakit jantung koronari (salur darah jantung tersumbat)
🩸 Serangan jantung berulang
🩺 Penyakit injap jantung atau masalah otot jantung
🍟 Gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pengambilan garam dan lemak tinggi, kurang bersenam serta obesiti

Bila jantung gagal, seluruh sistem badan terjejas.

Kalau tidak dirawat, keadaan ini akan berlarutan dan menjadi teruk sehingga pesakit mungkin alami:
• sesak nafas walaupun ketika berehat,
• bengkak seluruh badan,
• jantung semakin lemah dan akhirnya gagal berfungsi.

17/10/2025

Kita dah tahu pantangnya. Tapi masih ramai tak ikut.
Setiap kali influenza merebak, benda sama berulang, demam, batuk, satu rumah jatuh sakit.
Bukan sebab rawatan lambat, tapi sebab kita terlalu yakin virus ni kecil.

Ingat tak masa Covid dulu?
Mask sentiasa ada dalam beg, sanitizer tak pernah tinggal, jarak dijaga walau dalam lif.
Semua tu bukan sejarah, itu formula yang masih berkesan.

Sebab virus tak pilih nama penyakit.
Influenza, RSV, Covid, semuanya menular dengan cara yang sama: udara, sentuhan, jarak yang terlalu dekat.
Dan semuanya boleh dikawal dengan tabiat yang sama juga.

Kalau dah tahu pantang, teruskan dengan perlindungan.
Pakai pelitup muka bila batuk,
cuci tangan lepas sentuh permukaan awam,
dan jangan kongsi ruang rapat bila badan tak sihat.

Kita dah pernah berjaya kawal satu pandemik besar.
Takkan nak kalah dengan influenza yang cara cegahnya dah kita hafal?

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE - 68 DARI KAMI WARGA Permai Polyclinics Kunak 🤗
01/09/2025

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KALI KE - 68 DARI KAMI WARGA Permai Polyclinics Kunak 🤗

Hello kunakiansss ! It's time to do your annual health screening.Don't miss out our blood test special promotion valid f...
24/08/2025

Hello kunakiansss ! It's time to do your annual health screening.

Don't miss out our blood test special promotion valid from 20/08/2025 until the end of September only . Book your appointment today or walk in to our clinics.

Please consult our doctors and staff for more information.

089-850999/ whatsapp to 0124232100

Address

Lot 3-GF, Jalan Kunak Lahad Datu, Lot 03 Kedai Simpang 4, Peti Surat No. 148
Kunak
91207

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Polyclinics Kunak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram