Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd.

Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd. Established since 1986, MSL provide local retail & also wholesale service mainly to Labuan & Sabah.

03/03/2026

πŸŒ™ Notis Makluman

Harap maklum bahawa sempena menyambut Nuzul Al-Quran, premis kami akan ditutup lebih awal pada:

πŸ“… Sabtu, 7 Mac 2026

πŸ•’ 2.30 petang

Segala kesulitan amat dikesali dan terima kasih atas sokongan berterusan anda.

13/02/2026

Tibi bukan jangkitan β€œkotor”, tapi ia pandai menyorok di udara

Min tulis ringkas tapi padu.

Tibi paling mudah merebak bila ada orang batuk di ruang tertutup, pengudaraan lemah, dan kita duduk lama dalam udara yang sama. Itu sebab tibi selalu jadi isu rumah, tempat kerja, asrama, pusat tahanan, atau mana-mana ruang yang rapat dan kurang angin.

Buat ini (Do)
1) Tutup mulut bila batuk, guna tisu atau siku, bukan tapak tangan
2) Pakai pelitup muka bila anda batuk, terutama di ruang tertutup
3) Buka tingkap, bagi angin jalan, tambah kipas ekzos jika ada
4) Jaga jarak dan kurangkan lepak lama dalam bilik kecil yang sesak
5) Kalau batuk lebih 2 minggu atau ada demam malam, berpeluh malam, susut berat, buat pemeriksaan awal
6) Kalau disahkan tibi, makan ubat ikut jadual sampai habis, walaupun dah rasa sihat

Jangan buat ini (Don’t)
1) Jangan berhenti ubat separuh jalan sebab tibi boleh jadi kebal dan makin susah dirawat
2) Jangan percaya tibi merebak melalui pinggan, gelas, sudu, atau berjabat tangan
3) Jangan β€œsembur satu rumah” sebagai solusi utama, fokus pada pengudaraan dan etika batuk
4) Jangan duduk berhimpit dalam bilik tertutup bila ada orang batuk, itu paling berisiko
5) Jangan buat lawak atau hina pesakit tibi, orang akan takut nak beritahu dan lambat dikesan
6) Jangan self-diagnose dengan ubat batuk atau antibiotik rawak, tibi perlukan saringan yang betul

Tibi boleh dicegah bila kita faham satu perkara.
Ia bukan tentang siapa β€œbersih” siapa β€œkotor”.
Ia tentang udara.

09/02/2026

πŸŽ‰ Chinese New Year Holiday Notice 🧧

We’ll be closed from 15 Feb to 22 Feb for the Chinese New Year holiday.
✨ We’ll be back open on 23 Feb!

Come stock up and buy what you need before we close ya πŸ˜‰

Notis Cuti Tahun Baru Cina 🧧

Kami tutup dari 15 Feb sampai 22 Feb sempena cuti Tahun Baru Cina.
✨ Kami buka balik pada 23 Feb!

Datang dulu beli barang sebelum cuti ya πŸ˜„
Terima kasih banyak & Selamat Tahun Baru Cina! 🧨🧧

01/02/2026

Makluman semua, pada esok hari kami Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd. akan berehat sempena hari Wilayah. Dan akan kembali beroperasi pada hari Selasa (3/2/2026) πŸ˜‰

Selamat bercuti semua πŸ€—

23/01/2026

Lengkapkan first aid kit anda sekarang!
Untuk dirumah, tempat kerja dan kenderaan mesti ada first aid kit😊

Dapat kan sekarang di Medical Supplies Labuan πŸ€—

24/12/2025
22/12/2025

πŸŽ…πŸŽ„ Ho Ho Ho! πŸŽ„πŸŽ…
Our doors will be closed on 24 & 25 December 2025 🎁✨
Thank you for your support β€” Merry Christmas & Happy Holidays! πŸ’–β˜ƒοΈβœ¨

24/11/2025

🌑️ AccuSure Dual Mode Infrared Thermometer 🌟
A fun, simple, and reliable way to keep track of your family’s temperature!

✨ Key Features:
β€’ 🎯 Dual Mode (Forehead & Ear)
β€’ 🌑️ Object Mode for bottles/rooms
β€’ βœ”οΈ High Accuracy Β±0.2Β°C
β€’ ⚑ Quick Readings
β€’ πŸ”† HD LCD Display
β€’ πŸ’€ Silent Mode
β€’ πŸ“ 20 Memory Slots
β€’ πŸ”‹ Auto Shut-Off
β€’ πŸ”„ Β°C/Β°F Switchable
β€’ 🧸 Lightweight & Family-Friendly

πŸ“ Available at Medical Supplies Labuan
πŸ“ž 012-828 5152

Send a message to learn more

30/10/2025

🌟 Hospital Bed – Auto 3 Function 🌟
by Medical Supplies Labuan

Designed for comfort, safety, and ease of care, our Electric 3-Function Hospital Bed is ideal for hospitals, private wards, and home use. πŸ₯✨

πŸ’€ Key Features:
βœ… Comes complete with mattress
βœ… Aluminum guardrails for patient safety
βœ… Stainless steel support frame (1.0 mm metal thickness) for extra durability
βœ… Adjustable Functions:
β€’ Backrest adjustment
β€’ Sitting position
β€’ Leg/knee elevation
β€’ Full bed height (up/down) adjustment
βœ… Electric controller for effortless operation
βœ… Includes dining table, headboard, and footboard

πŸ’™ Perfect For:
πŸ‘΅ Elderly patients
πŸ’ͺ Stroke or long-term care patients needing frequent repositioning
🏑 Home care and private ward settings

Because every patient deserves comfort, dignity, and quality care. 🌿

πŸ“ž Contact Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd. for more info or ordering!
πŸ“± +6012-828 5152
☎️ +6087-415152

13/10/2025

FAQ INFLUENZA 2025: Soalan Lazim Masyarakat

1. Apa gejala influenza?

Influenza (flu) biasanya menyebabkan gejala:
β€’ Demam tinggi, menggigil
β€’ Batuk, sakit tekak
β€’ Hidung berair atau tersumbat
β€’ Sakit kepala, sendi dan otot
β€’ Letih dan lemah
β€’ Kadang-kadang muntah atau cirit-birit (lebih kerap pada kanak-kanak)

2. Berapa lama seseorang berjangkit (infectious)?
β€’ 1 hari sebelum gejala muncul hingga 5–7 hari selepas sakit bermula.

3. Perlu ke maklum kepada Pejabat Kesihatan (notifikasi)?
β€’ Tidak perlu bagi kes individu.
β€’ Tapi jika ramai pelajar/staf jatuh sakit serentak di sekolah, taska, asrama atau pejabat pihak institusi perlu maklumkan kepada PKD untuk siasatan dan tindakan kawalan.

4. Perlu ke sekolah atau taska ditutup kalau ada kes influenza?
β€’ Tidak perlu tutup sekolah sepenuhnya.
β€’ Hanya murid atau staf yang bergejala perlu direhatkan di rumah hingga sembuh.
β€’ Sekolah disaran teruskan pemantauan, pembersihan kawasan, dan pengasingan pelajar bergejala.
β€’ Penutupan hanya dipertimbangkan jika kluster besar berlaku dan disahkan oleh PKD.

5. Bagaimana nak tahu seseorang ada influenza? Siapa yang boleh sahkan?
β€’ Doktor boleh menilai berdasarkan gejala klinikal.
β€’ Untuk pengesahan, boleh buat ujian RTK influenza (A/B) atau PCR di klinik atau hospital.
β€’ Ujian biasanya disyorkan untuk:
β€’ Pesakit risiko tinggi atau dimasukkan ke hospital
β€’ Pengesahan kes berkaitan kluster / institusi

6. Adakah ibu bapa layak terima cuti kuarantin jika anak kena influenza?
β€’ Bagi penjawat awam:
Layak memohon Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin / Memerlukan Pengasingan (maksimum 5 hari setiap kes) jika ada surat pengesahan doktor bahawa anak perlu dikuarantin.
β€’ Termasuk penyakit berjangkit seperti influenza jika pegawai perubatan mengesahkan perlunya pengasingan.
β€’ Bagi pekerja swasta:
Tiada peruntukan wajib dalam undang-undang. Namun, boleh guna cuti rehat, cuti sakit, atau cuti kecemasan atas budi bicara majikan.

7. Adakah jangkitan sekarang strain baru?
β€’ Setakat ini, tiada strain influenza baru yang berbahaya dikesan di Malaysia.
β€’ Kes meningkat disebabkan virus influenza bermusim

8. Apakah rawatan untuk influenza?
β€’ Kebanyakan pesakit pulih sendiri dengan rehat dan rawatan simptomatik (ubat demam, batuk, selsema).
β€’ Antiviral (Oseltamivir/Tamiflu) diberikan jika:
β€’ Pesakit risiko tinggi (kanak-kanak, warga emas, ibu hamil, pesakit kronik), atau
β€’ Pesakit dengan komplikasi / dimasukkan ke hospital.
9. Adakah vaksin influenza penting?
β€’ Sangat digalakkan setiap tahun, terutamanya untuk:
β€’ Warga emas (β‰₯60 tahun)
β€’ Pesakit kronik
β€’ Petugas kesihatan & penjaga warga emas
β€’ Vaksin membantu kurangkan risiko jangkitan teruk dan komplikasi.

10. Apa langkah pencegahan terbaik?
β€’ Tutup mulut & hidung bila batuk/bersin
β€’ Basuh tangan dengan sabun atau sanitizer
β€’ Pakai pelitup muka jika bergejala
β€’ Elak tempat sesak
β€’ Rehat di rumah hingga sembuh

Influenza mungkin nampak seperti selsema biasa, tapi bagi warga emas, kanak-kanak kecil, dan pesakit kronik ia boleh jadi jangkitan yang serius.

Kesihatan bukan sekadar tentang cepat sembuh, tapi tentang tidak menjangkiti orang yang kita sayang.

Address

U0172, Jalan Okk Awang Besar, Bandar
Labuan
87008

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30
Saturday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 12:30

Telephone

+6087415152

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Medical Supplies Labuan Sdn. Bhd.:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram