Klinik Remaja Lahad Datu

Klinik Remaja Lahad Datu Klinik Remaja Lahad Datu menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Remaja: saringan kesihatan, kaunseling

“Selamat kembali ke sekolah! Semoga tahun ini membawa banyak pencapaian, persahabatan yang indah, dan pengalaman pembela...
17/01/2026

“Selamat kembali ke sekolah! Semoga tahun ini membawa banyak pencapaian, persahabatan yang indah, dan pengalaman pembelajaran yang bermakna.”

07/01/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga Lahad Datu.

Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu akan melaksanakan waktu operasi terkini bagi perkhidmatan klinik selepas waktu bekerja (extended hours) di Klinik Kesihatan Lahad Datu yang akan berkuatkuasa bermula pada 12 Januari 2026 bersamaan Hari Isnin.

Waktu operasi terbaru adalah seperti berikut;
Isnin - Jumaat: 5.00 petang - 9.00 malam
Sabtu: 9.00 pagi - 1.00 tengah hari
Ahad/Kelepasan Am: Tutup

Di samping itu, kaunter pendaftaran akan ditutup 30 minit sebelum masa operasi tamat.

Perkara ini adalah berdasarkan;
1. Pekeliling KSU (Rujukan: KKM.500-8/2/34 Jld.2 (17)) bertarikh 10 Disember 2025.
2. Polisi Operasi Klinik Kesihatan 2024

Semoga hal ini diambil maklum dan dikongsikan kepada khalayak ramai.

Terima kasih.

Klinik Mesra Remaja dengan kerjasama Klinik Pakar O&G , Klinik Pakar Psychiatry Hospital Lahad Datu telah mengadakan pro...
12/12/2025

Klinik Mesra Remaja dengan kerjasama Klinik Pakar O&G , Klinik Pakar Psychiatry Hospital Lahad Datu telah mengadakan program Kesihatan Reproduktif bagi meningkatkan kesedaran pelajar ‘Love Yourself’

🎗LAWATAN KERJA PERKHIDMATAN KESIHATAN REMAJA 2025 BERSAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH📅4 Jun 2025 – Perkhidmatan Klini...
06/06/2025

🎗LAWATAN KERJA PERKHIDMATAN KESIHATAN REMAJA 2025 BERSAMA JABATAN KESIHATAN NEGERI SABAH

📅4 Jun 2025 – Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja Klinik Kesihatan Lahad Datu telah menerima rombongan lawatan kerja dari Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang diwakili oleh Dr. Mohd Shafie Hassan Nash*t (Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pembangunan Kesihatan Keluarga), En. Bonny Jomi (Penolong Pegawai Perubatan Kanan) dan Puan Norhayani Jalil (Penyelia Jururawat Kesihatan).

🔹Tujuan lawatan kerja ialah penilaian tahunan Best Practice Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja Klinik Kesihatan Lahad Datu. Sesi lawatan telah dimulakan dengan pembentangan pencapaian Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja Klinik Kesihatan Lahad Datu sepanjang tahun 2024 oleh Dr. Hexanti Ayu binti Hamid Awong. Pembentangan telah merangkumi program-program yang telah dilaksanakan, pencapaian saringan kesihatan remaja serta cabaran yang dihadapi.

🔹Seterusnya, penilaian diteruskan melalui soal-jawab berdasarkan senario melibatkan staf-staf Klinik Kesihatan Lahad Datu di kaunter triaj, kaunter pendaftaran dan kaunter hasil mengenai pelaksanaan perkhidmatan kesihatan yang mesra remaja. Audit turut dilakukan berkenaan pengurusan remaja di Klinik Remaja, pengurusan remaja hamil di Unit Ibu & Anak serta pengurusan data saringan kesihatan remaja.

🔹Pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja Klinik Kesihatan Lahad Datu telah diwakili oleh Dr. Sarinah Tamring, Dr. Hexanti Ayu binti Hamid Awong, En. Shahnizam bin Azraee, Puan Rukiah Lee Wong, Puan Suriana Sakkaran dan Puan Noorakmar Izzatul binti Otok bersama-sama Puan Mariati Abdul Halim dan Puan Norhasima binti Abdullah. Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu telah diwakili oleh Puan Rusmah Harris dan En. Nasir bin Ahad.

🔹Klinik Kesihatan Lahad Datu menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja untuk golongan remaja berumur 10-19 tahun. Perkhidmatan ini meliputi 5 aspek utama kesihatan remaja iaitu kesihatan fizikal, kesihatan mental, pemakanan sihat, kesihatan seksual & reproduktif serta tingkahlaku berisiko. Pendekatan mesra remaja berdasarkan kerahsiaan (confidentiality), hubungan baik dengan remaja (rapport), empati dan kepercayaan (trust). Remaja atau ibu bapa / penjaga kepada remaja yang berminat boleh mendapatkan saringan kesihatan remaja di Klinik Kesihatan Lahad Datu.


19/04/2023

Video montage untuk Kelas Makeup yang berlangsung pada 15 April 2023. Terima kasih kepada para peserta dan fasilitator yang hadir.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin💚

Send a message to learn more

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menghadiri Kelas Make Up anjuran Klinik Remaja KKLD. Tahniah kepada semua pem...
17/04/2023

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menghadiri Kelas Make Up anjuran Klinik Remaja KKLD. Tahniah kepada semua pemenang. Semoga ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan.

Semoga bertemu lagi di masa yang akan datang.

Khas buat remaja-remaja di Lahad Datu, Klinik Remaja Lahad Datu bakal mengadakan Kelas Make Up dan Penjagaan Kulit berse...
10/04/2023

Khas buat remaja-remaja di Lahad Datu, Klinik Remaja Lahad Datu bakal mengadakan Kelas Make Up dan Penjagaan Kulit bersempena Hari Raya yang bakal menjelma.

*Terbuka kepada 13 - 17 tahun*

Tarikh: 15hb April 2023, Sabtu
Masa: 8.30am - 12.30pm
Tempat: Bilik Serbaguna, Klinik Kesihatan Lahad Datu

Untuk mendaftar dan maklumat lanjut, sila hubungi - Dr Anis 0197607319

Book nama anda sekarang .Tempat adalah terhad !😁

20/11/2022

Program treasure hunt sempena hari diabetes sedunia

|20|11|2022|Program Treasure Hunt sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2022 anjuran Klinik Remaja KKLD berlangsung den...
20/11/2022

|20|11|2022|
Program Treasure Hunt sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2022 anjuran Klinik Remaja KKLD berlangsung dengan jayanya.

Tahniah kepada pasukan2 yang menang 🏆🎉

Antara sekolah2 terlibat:
SMK Silabukan
SMK Tungku
SM Sains Lahad Datu
SMK Sepagaya
SMK Terusan
Kolej Vokasional Lahad Datu

Terima kasih kepada barisan ajk dan fasilitator yang menjayakan program ini 💪🏻

Semoga program ini dapat memberi kesedaran kepada golongan remaja tentang pencegahan diabetes 😇

its weekend
20/11/2022

its weekend

Address

Lahad Datu Town

Opening Hours

09:00 - 11:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Remaja Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Remaja Lahad Datu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

PENGENALAN

Perkhidmatan Kesihatan Remaja (PKR) Lahad Datu bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada golongan remaja yang berumur diantara 10-19 tahun yang merangkumi aspek fizikal, mental, social dan spiritual untuk memperkasakan remaja ke arah pengalaman tingkah laku yang sihat.