Sihat Lahad Datu

Sihat Lahad Datu Laman Rasmi Facebook
Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu Sabah

18/02/2026
18/02/2026
18/02/2026

Masih ramai yang keliru antara mitos dan fakta tentang penyakit Tibi. Ada yang menyangka ia berpunca daripada sihir, walhal ia adalah jangkitan kuman yang boleh dirawat.

Jom semak fakta ini:

✅ Fakta: Tibi berjangkit melalui udara, BUKAN keturunan atau perkongsian makanan.

✅ Fakta: Batuk berterusan lebih 2 minggu dan susut berat badan adalah gejala Tibi, bukannya buatan orang.

✅ Fakta: Tibi boleh SEMBUH sepenuhnya dengan rawatan yang sempurna.

✅ Fakta: Pesakit Tibi boleh meneruskan pekerjaan atau pengajian selepas tamat tempoh menjalani isolasi yang ditetapkan.

Jangan biarkan stigma menghalang pesakit daripada mendapatkan rawatan.

Sebarkan fakta, bukan ketakutan.

16/02/2026
📢 HEBAHAN KESIHATAN: CEGAH PENYAKIT TIBI (TB)Penyakit Tibi atau Tuberkulosis (TB) ialah penyakit berjangkit yang disebab...
15/02/2026

📢 HEBAHAN KESIHATAN: CEGAH PENYAKIT TIBI (TB)

Penyakit Tibi atau Tuberkulosis (TB) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman Mycobacterium tuberculosis. Ia merebak melalui udara apabila individu yang dijangkiti batuk atau bersin.

TB lazimnya menyerang paru-paru, namun boleh juga melibatkan bahagian lain badan seperti otak, tulang, kelenjar, kulit dan buah pinggang.

⚠️ Siapa Berisiko?
Individu berikut mempunyai risiko lebih tinggi untuk dijangkiti TB:
• Kontak rapat dengan pesakit TB
• Pesakit HIV
• Perokok
• Warga emas
• Kanak-kanak
• Individu dengan penyakit kronik

✅ Langkah Pencegahan TB
• Amalkan etika batuk dan bersin dengan betul
• Jalani pemeriksaan TB sekiranya mempunyai gejala
• Dapatkan rawatan awal dan habiskan rawatan sepenuhnya jika didiagnosis TB
• Jalani saringan jika kontak rapat atau berisiko tinggi
• Pastikan pengudaraan yang baik di rumah dan tempat kerja
• Gunakan pelitup muka (N95) apabila perlu
• Ambil rawatan bagi latent TB jika disarankan
• Pastikan bayi menerima suntikan BCG bagi mencegah komplikasi TB yang teruk

💬 Ingat!
Pengesanan awal dan rawatan yang lengkap mampu mengawal penularan TB serta melindungi komuniti.

📍 Sebarang pertanyaan atau ingin membuat saringan, sila hubungi fasiliti kesihatan berhampiran.

12/02/2026
12/02/2026
12/02/2026

[ 8 Gelas Sehari 💧]


⚠️ AWAS HEPATITIS A ⚠️Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama ❗Hepatitis A merupakan penyakit berjangkit yang d...
10/02/2026

⚠️ AWAS HEPATITIS A ⚠️
Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama ❗

Hepatitis A merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh Virus Hepatitis A (HAV) dan boleh merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan najis individu yang dijangkiti.

🦪 Berhati-hati dengan makanan berisiko tinggi, terutamanya:
• Kerang-kerangan dan makanan laut
• Buah-buahan dan sayur-sayuran mentah
• Makanan yang tidak dibersihkan atau dimasak dengan sempurna

⏱️ Gejala biasanya muncul 2 hingga 4 minggu selepas pengambilan makanan tercemar, antaranya:
• Demam
• Loya dan muntah
• Cirit-birit dan sakit perut
• Hilang selera makan
• Air kencing berwarna gelap
• Penyakit kuning (kulit dan mata menjadi kuning)

⚠️ Warga emas, individu dengan penyakit hati kronik, HIV atau sistem imun yang lemah berisiko mengalami komplikasi yang lebih serius.

✅ Hepatitis A boleh dicegah dengan:
• Sentiasa mencuci tangan dengan bersih
• Memastikan makanan dimasak dengan sempurna
• Mengelakkan makanan mentah atau kurang masak
• Minum air yang dimasak atau air botol
• Mendapatkan vaksinasi Hepatitis A

💙 Lindungi diri, keluarga dan komuniti kita.
Amalkan kebersihan dan keselamatan makanan setiap masa.

Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu





31/01/2026

Address

Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu
Lahad Datu Town
91120

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sihat Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sihat Lahad Datu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram