01/11/2025
🦟💪 PROGRAM GOTONG-ROYONG MEGA PERANGI AEDES PERINGKAT DAERAH LAHAD DATU BIL. 2/2025
📅 1 November 2025
📍 Kampung Sapagaya Batu 5 @ Kampung Tamoi Lama Lahad Datu
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu melalui Unit Kawalan Vektor telah menganjurkan Program Gotong-Royong Mega Perangi Aedes Peringkat Daerah Lahad Datu Bil. 2 Tahun 2025 bertempat di Kampung Sapagaya Batu 5 @ Kampung Tamoi Lama
Program ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha berterusan bagi memerangi wabak denggi melalui aktiviti pembersihan persekitaran dan pemusnahan tempat pembiakan nyamuk Aedes bersama komuniti setempat. 🧹🌿
Antara pengisian program:
✅ Pemeriksaan dan pemusnahan tempat pembiakan Aedes
✅ Taklimat dan pendidikan kesihatan denggi
✅ Aktiviti gotong-royong bersama komuniti
Program ini turut menyokong aspirasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kebersihan persekitaran dan pencegahan denggi secara bersepadu.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua agensi yang terlibat (Pejabat Daerah, Jabatan Penerangan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Majlis Daerah Lahad Datu), komuniti, serta sukarelawan yang terlibat atas komitmen dan semangat gotong-royong dalam menjayakan program ini! 👏🌍
Kesihatan Kawasan Lahad Datu