Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu

Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu Dr. Gary Goh Chun Chao
Pegawai Kesihatan Kawasan PKKLDU telah mula beroperasi sejak tahun 1971.
(1)

Kini perkhidmatan yang diberikan adalah merangkumi perkhidmatan kesihatan di 5 buah Klinik Kesihatan dan 15 buah Klinik Desa. Ia meliputi kawasan seluas 1166 km2 dengan jumlah penduduk seramai lebih kurang 89,260 orang. Sebelum tahun 1985, pentadbiran PKKLDU diletakkan di bawah Pegawai Kesihatan yang beribupejabat di Tawau. Selepas tahun 1985, PKKLDU telah diwujudkan dengan pentadbiran sendiri. Pada 1 April 2003, Bangunan Hospital Lahad Datu yang menempatkan Klinik Kesihatan Lahad Datu telah mula beroperasi. Pada masa yang sama pusat pentadbiran PKKLDU juga telah dipindahkan ke bangunan ini. PKKLDU mentadbir enam mukim iaitu mukim Silam, Mukim Segama, Mukim Dam, Mukim Tungku, dan MukimTambisan dengan jumlah keluasan 687372 hektar persegi dan jumlah penduduk seramai 156297 orang (bancian 2000). Kini PKKLDU beroperasi di bangunan sendiri yg bermula pada 2003 sehingga kini di alamat berikut :-
PEJABAT KESIHATAN KAWASAN LAHAD DATU
PETI SURAT NO. 61167
91120 LAHAD DATU

18/02/2026
18/02/2026

Masih ramai yang keliru antara mitos dan fakta tentang penyakit Tibi. Ada yang menyangka ia berpunca daripada sihir, walhal ia adalah jangkitan kuman yang boleh dirawat.

Jom semak fakta ini:

βœ… Fakta: Tibi berjangkit melalui udara, BUKAN keturunan atau perkongsian makanan.

βœ… Fakta: Batuk berterusan lebih 2 minggu dan susut berat badan adalah gejala Tibi, bukannya buatan orang.

βœ… Fakta: Tibi boleh SEMBUH sepenuhnya dengan rawatan yang sempurna.

βœ… Fakta: Pesakit Tibi boleh meneruskan pekerjaan atau pengajian selepas tamat tempoh menjalani isolasi yang ditetapkan.

Jangan biarkan stigma menghalang pesakit daripada mendapatkan rawatan.

Sebarkan fakta, bukan ketakutan.

16/02/2026
15/02/2026
15/02/2026
Assalamualaikum dan salam sejahteraπŸ”· Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja, Klinik Kesihatan Lahad Datu telah mengadakan Kurs...
09/02/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera

πŸ”· Perkhidmatan Klinik Mesra Remaja, Klinik Kesihatan Lahad Datu telah mengadakan Kursus Pengendalian Remaja secara atas talian dan fizikal baru-baru ini. Peserta kursus yang terdiri daripada kakitangan Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu telah menghadiri siri webinar pada 28, 29 dan 30 Januari 2026 dan seterusnya kursus fizikal pada 3 Februari 2026.

πŸ”· Tujuan kursus ini diadakan ialah untuk memberi pengetahuan mengenai pengendalian remaja melalui pendekatan VCC (Verbal Confidential Contract), CRET (Confidentiality, Respect, Empathy, Trust) dan HEADSSSS Approach. Siri webinar ini telah disampaikan oleh Dr. Sarinah Tamring, Dr. Hexanti Ayu Hamid Awong dan Dr. Fatin Imtithal binti Adnan.

πŸ”· Sementara itu, pada 3 Februari 2026 peserta telah dibahagikan kepada kumpulan dan sesi ice breaking telah dikendalikan oleh Puan Anis Syahidah binti Abd Rachman, Pegawai Psikologi Kaunseling Klinik Kesihatan Lahad Datu. Seterusnya, setiap kumpulan diminta untuk mengaplikasikan HEADSSSS Approach melalui tayangan video yang berkaitan dengan kehidupan remaja. Setiap kumpulan telah melakukan pembentangan kumpulan masing-masing.

πŸ”· Kursus Pengendalian Remaja ini telah dikendalikan oleh pasukan Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja, Klinik Kesihatan Lahad Datu yang terdiri daripada En. Spencer Julian, Pegawai Penerangan (Pendidikan Kesihatan), En. Nazrin Odotong (Juruaudio Visual), Puan Emelija Muhammad (Jurupulih Perubatan Cara Kerja), Cik Nurul Syafiqa binti Abdul Hadi (Pegawai Optometri), Cik Erlyne David (Penolong Pegawai Perubatan) dan Cik Noorkamar Izzatul binti Otok (Jururawat Terlatih).

πŸ”· Diharapkan peserta yang menghadiri kursus ini dapat mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi di dalam tugas seharian yang melibatkan pengendalian remaja di peringkat kesihatan primer.

🦠 HEBAHAN KESIHATAN AWAM | VIRUS NIPAHVirus Nipah ialah penyakit berjangkit zoonotik dari haiwan ke manusia, dengan kelu...
29/01/2026

🦠 HEBAHAN KESIHATAN AWAM | VIRUS NIPAH
Virus Nipah ialah penyakit berjangkit zoonotik dari haiwan ke manusia, dengan keluang (fruit bats) sebagai perumah semula jadi.

πŸ“Œ Cara jangkitan:
β€’ Sentuhan cecair badan haiwan dijangkiti
β€’ Makanan/minuman tercemar
β€’ Kontak rapat dengan pesakit

πŸ€’ Gejala:
Demam, sakit kepala, muntah, batuk/sesak nafas, kekeliruan atau sawan.
⚠️ Komplikasi serius: radang otak & kegagalan pernafasan.

πŸ‘₯ Nasihat:
βœ… Amalkan kebersihan diri
❌ Elak sentuhan haiwan sakit/mati
❌ Elak makanan/minuman tidak pasti kebersihan
πŸ₯ Jika sakit selepas balik dari negara berisiko, segera dapatkan rawatan

πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia kekal berwaspada.
πŸ“² Ikuti maklumat rasmi KKM.






22/01/2026

WASPADA BANJIR | JAGA KESIHATAN ANDA & KELUARGA

Musim banjir boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit berjangkit. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan langkah pencegahan kesihatan bagi melindungi diri serta keluarga.

Antara langkah penting yang perlu diamalkan ialah memastikan air minuman selamat, mengambil makanan yang dimasak sepenuhnya, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, serta mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala seperti demam, cirit-birit atau muntah.

Elakkan kanak-kanak daripada bermain di kawasan air banjir dan sentiasa patuhi nasihat yang diberikan oleh pihak kesihatan.

πŸ“Œ Bersama-sama kita cegah penularan penyakit semasa banjir.
πŸ“Œ Kesihatan anda adalah keutamaan kami.

Diterbitkan oleh:
Unit Promosi Kesihatan
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu





14/01/2026

πŸ“’ HEBAHAN KESIHATAN AWAM

Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu ingin menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap risiko penularan denggi selepas musim banjir, susulan kewujudan banyak tempat takungan air yang boleh menjadi pembiakan nyamuk Aedes.

Orang awam disarankan untuk:

1. Segera melupuskan bekas-bekas yang berpotensi menakung air
2. Menggunakan bahan pembunuh jentik-jentik di dalam takungan air atau bekas yang sukar dilupuskan
3. Menggunakan bahan repelan bagi mengelakkan gigitan nyamuk
4. Memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang berwarna cerah
5. Mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami demam, sakit sendi atau badan, sakit kepala dan lain-lain gejala

Orang awam juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kawasan wabak dan kes denggi melalui laman web idengue.mysa.gov.my.

πŸ’š Cegah denggi, lindungi diri dan keluarga.

13/01/2026

πŸ“’ HEBAHAN KESIHATAN AWAM

Unit Promosi Kesihatan,
Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu ingin mengingatkan orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap risiko keracunan makanan, khususnya semasa musim banjir, akibat pengambilan makanan dan minuman yang tercemar.

Orang awam dinasihatkan untuk:

1. Menjaga kebersihan diri, makanan dan persekitaran
2. Sentiasa mencuci tangan dengan betul sebelum makan dan selepas menggunakan tandas
3. Minum air yang telah dimasak atau dirawat dengan selamat
4. Mengelakkan pengambilan makanan mentah, tidak dimasak dengan sempurna, basi atau rosak

Sekiranya mengalami tanda-tanda seperti cirit-birit, muntah, sakit perut, demam atau rasa loya, sila dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan berhampiran.

πŸ’š Utamakan kebersihan, lindungi kesihatan.

Address

Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu
Lahad Datu
91120

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089882178

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Kawasan Lahad Datu:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram