Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi

Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi merupakan pejabat utama untuk Klinik-Klinik Kesihatan di Langkawi,

Untuk membantu seseorang individu untuk mencapai dan mengekalkan satu taraf kesihatan bagi membolehkannya menjalankan kehidupan ekonomi dan sosial yang produktif

Ini boleh dicapai dengan menyediakan perkhidmatan bercorak penggalakan, pencegahan, rawatan dan pemulihan yang cekap, sesuai dan berkesan dengan memberi penekanan kepada golongan-golongan yang kurang bernasib baik. VISI
Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik

MISI
Misi Kementerian Kesihatan adalah untuk menerajui dan berusaha bersama-sama:
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatanmenghargai kesihatan sebagai aset paling berhargamengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan merekaii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:mengutamakan pelanggansaksamatidak membebankancekapwajar mengikut teknologiboleh disesuaikan mengikut persekitaraninovatifiii. dengan menekankan:sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukansifat menghormati maruah insanpenglibatan masyarakat
i. untuk memudahkan dan membolehkan rakyat:
- mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan
- menghargai kesihatan sebagai aset paling berharga
- mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi kesihatan mereka
ii. untuk memastikan sistem kesihatan berkualiti tinggi iaitu:
- mengutamakan pelanggan
- saksamatidak membebankan
- cekapwajar mengikut teknologi
- boleh disesuaikan mengikut persekitaran
- inovatif
iii. dengan menekankan:
- sifat penyayang, profesionalisme dan kerja berpasukan
- sifat menghormati maruah insan
- penglibatan masyarakat

KAMI SEDIA MEMBANTU - Profesionalisma , Penyayang & Kerja Berpasukan

Jom bawa air kosong !
12/12/2025

Jom bawa air kosong !

11/12/2025
Tahniah buat semua warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi dan semua fasiliti kesihatan jagaan atas kejayaan kita ...
11/12/2025

Tahniah buat semua warga kerja Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi dan semua fasiliti kesihatan jagaan atas kejayaan kita untuk Anugerah Daerah Pelopor Transformasi Kesihatan Digital.

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π€πˆπƒπ’ π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ“ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡Tema: Akhiri AIDS – Mendepani Cabaran, Mentransformasikan TindakanπŸ“...
11/12/2025

π’π€πŒππ”π“π€π π‡π€π‘πˆ π€πˆπƒπ’ π’π„πƒπ”ππˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ“
ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ ππ„π†π„π‘πˆ πŠπ„πƒπ€π‡

Tema: Akhiri AIDS – Mendepani Cabaran, Mentransformasikan Tindakan
πŸ“ Dataran Chenang
πŸ“… 6 Disember 2025

Pada 6 Disember 2025, Unit HIV/STI & Hep C JKN Kedah bersama JK GLITZ (Getting Langkawi Island To Zero) dan Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi, dengan kerjasama Persatuan Cahaya Harapan serta agensi-agensi kerajaan di Langkawi, telah berjaya menganjurkan Sambutan Hari AIDS Sedunia 2025 Peringkat Negeri Kedah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Pegawai Daerah Langkawi, Tuan Muhammad Subhi bin Abdullah. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap HIV/AIDS serta mengurangkan stigma dan diskriminasi, di samping menyokong agenda GLITZ ke arah Langkawi sifar HIV.

Sebelum hari kemuncak, pelbagai aktiviti pra-sambutan telah dilaksanakan seperti Khutbah Jumaat bertemakan kesedaran HIV, siaran Radio Langkawi FM bersama Pakar Perubatan Keluarga serta ceramah kesedaran HIV di beberapa agensi.
Pada hari sambutan, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya senamrobik, pertandingan mewarna, ceramah kesedaran HIV dalam kalangan remaja, kuiz kesedaran HIV, dan kemuncak acara GLITZ Funwalk pada waktu malam yang disertai lebih 300 orang peserta.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung , juga kepada penaja - penaja dalam menjayakan program ini. Semoga usaha berterusan ini dapat memperkukuhkan kesedaran masyarakat ke arah mengakhiri AIDS. ❀️

ππŽπ“πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 π“π€π‹πˆπ€π π“π„π‹π„π…πŽπ πƒπˆ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŠπ”π€π‡Dukacita dimaklumkan bahawa talian telefon di Klinik Ke...
09/12/2025

ππŽπ“πˆπ’ ππ„πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π 𝐆𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐀𝐍 π“π€π‹πˆπ€π π“π„π‹π„π…πŽπ πƒπˆ πŠπ‹πˆππˆπŠ πŠπ„π’πˆπ‡π€π“π€π πŠπ”π€π‡

Dukacita dimaklumkan bahawa talian telefon di Klinik Kesihatan Kuah sedang mengalami gangguan berikutan kerja-kerja naik taraf talian. Tempoh gangguan dijangka bermula pada 9 Disember 2025 sehingga kerja-kerja tersebut selesai sepenuhnya.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Kerjasama dan keprihatinan anda amat kami hargai.

𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐒 𝐊𝐞𝐬𝐒𝐑𝐚𝐭𝐚𝐧 πƒπšπžπ«πšπ‘
Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi

Pagi selalu kita nak cepat. Ambil apa yang ada depan mata. Tapi tanpa sedar, ada sarapan yang nampak β€œbiasa” sebenarnya ...
08/12/2025

Pagi selalu kita nak cepat. Ambil apa yang ada depan mata.
Tapi tanpa sedar, ada sarapan yang nampak β€œbiasa” sebenarnya terlalu tinggi kalori, gula dan minyak.
Dan bila kita penat sepanjang hari, kita salahkan kerja, bukan sarapan yang sabotaj tenaga kita.
Ramai mak ayah pun sama.
Bangun awal, siapkan anak, terus capai sarapan paling dekat.
Tapi badan kita bukan robot.
Dia simpan setiap lebihan minyak, setiap sudu gula, setiap teguk manis yang kita anggap tak apa.
Jadi ini 5 sarapan yang kita patut mula kurangkan hari ini.
1. Nasi Lemak Kukus Extra Sambal
Gabungan santan pekat, sambal manis berlemak dan portion besar buatkan ia antara sarapan paling tinggi kalori di Malaysia.
2. Roti Canai + Kuah Kari Pekat
Roti canai ialah tepung + minyak + goreng. Kuah p**a tinggi lemak. Dua benda ni buat gula darah naik mendadak waktu pagi.
3. Mee Goreng Mamak
Manis, berminyak, banyak sos. Sedap, tapi sarapan ini memang buat badan cepat letih dan lapar semula.
4. Kuih Muih Manis (Onde Onde, Seri Muka, Tepung Pelita)
Walaupun kecik, kandungan gula dan santan tinggi. 3 biji kuih boleh cecah satu gelas air manis.
5. Teh Tarik / Milo Tarik / Kopi Manis
Minuman paling β€œhalus” merosakkan diet. Kadang-kadang gula dalam secawan ni lagi tinggi dari makanan berat.
Bukan sebab tak boleh makan langsung, tapi sebab kesannya perlahan. Diam. Dan akhirnya buat kita penat tanpa sebab.
Ajak pasangan, ajak kawan satu pejabat. Kita cuba pilih yang lebih baik untuk pagi esok.

Nyamuk Wolbachia bukan Musuh. Inilah Aedes aegypti ber-Wolbachia, Askar Senyap Kita.Baru-baru ini tular bila 65,000 ekor...
08/12/2025

Nyamuk Wolbachia bukan Musuh. Inilah Aedes aegypti ber-Wolbachia, Askar Senyap Kita.
Baru-baru ini tular bila 65,000 ekor nyamuk Aedes β€œber-Wolbachia” dilepaskan di kuarters penjawat awam Presint 18, Putrajaya.
Sebenarnya, kump**an nyamuk ini bukan ditambah untuk menyusahkan kita. Mereka ialah Aedes aegypti ber-Wolbachia yang dibiakkan khas untuk membantu kurangkan penularan denggi di kawasan berisiko tinggi.
Wolbachia tu apa sebenarnya?
Wolbachia adalah sejenis bakteria semula jadi yang memang wujud dalam banyak serangga lain. Aedes aegypti selama ini tidak ada bakteria ini.
Bila nyamuk Aedes aegypti dibekalkan Wolbachia, ia berubah dari dalam virus denggi tidak boleh membiak dengan baik dalam badannya.
Maknanya, walaupun dia gigit manusia, risiko menjangkiti seseorang jadi jauh lebih rendah.
Sifat Wolbachia ini boleh diwariskan kepada anak-anaknya. Lama-kelamaan, pop**asi Aedes di kawasan itu bertukar menjadi pop**asi yang kurang berbahaya.
Bukan hapuskan semua nyamuk, tetapi ubah kemampuan mereka menyebarkan penyakit.
Ada bukti ke?
πŸ“Œ Bukti paling kukuh di dunia
Di Yogyakarta, Indonesia, saintis jalankan kajian tahap tertinggi (randomised controlled trial) ke atas penggunaan Aedes aegypti ber-Wolbachia.
Keputusannya
β€’ Kes denggi turun kira-kira 77%
β€’ Kemasukan ke hospital turun kira-kira 86% οΏΌ
πŸ“Œ Di Australia
Selepas pelepasan nyamuk ber-Wolbachia, beberapa bandar melaporkan penurunan mendadak dan ketiadaan wabak besar denggi selama bertahun-tahun, menjadikan pendekatan ini antara strategi pencegahan paling efektif berbanding kawalan nyamuk biasa. οΏΌ
πŸ“Œ Di Malaysia
Kajian dan projek rintis KKM menunjukkan pelepasan Aedes aegypti ber-Wolbachia di beberapa lokaliti membawa kepada penurunan ketara kes denggi (sekitar 40–70%), dan program ini sedang diperluaskan secara berfasa di kawasan panas denggi. οΏΌ
Dan yang penting:
βœ” Nyamuk ini bukan GMO
βœ” Tidak membawa penyakit baru
βœ” Tidak lebih agresif menggigit
βœ” Sudah digunakan berjuta ekor di seluruh dunia dengan rekod keselamatan yang kukuh οΏΌ
Kadang-kadang, penyelamat datang dalam bentuk kecil yang kita tak perasan. Aedes aegypti ber-Wolbachia buat kerja senyap mereka, dan kita teruskan langkah asas hapus tempat pembiakan di rumah sendiri.
Kalau tersilap tampar pun tak apa.
Mereka tak ambil hati β™₯️

πŸ›‘οΈπ‚π„π†π€π‡ π‡π…πŒπƒ: ππ„π‘π“πˆππƒπ€πŠ 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀!Masih terdapat banyak kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan di Negeri Ked...
08/12/2025

πŸ›‘οΈπ‚π„π†π€π‡ π‡π…πŒπƒ: ππ„π‘π“πˆππƒπ€πŠ 𝐒𝐄𝐆𝐄𝐑𝐀!
Masih terdapat banyak kes penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) dilaporkan di Negeri Kedah pada masa kini. HFMD mudah merebak melalui sentuhan, permukaan tercemar serta titisan pernafasan.
Oleh itu, langkah pencegahan harian amat penting untuk melindungi anak-anak dan komuniti setempat daripada dijangkiti HFMD ini. Ibu bapa, penjaga dan pengusaha pusat jagaan digalakkan meningkatkan pemantauan kesihatan harian bagi mencegah penularan berterusan.
Penjagaan kebersihan diri dan amalan cuci tangan yang betul adalah asas utama pencegahan HFMD. Kebersihan persekitaran juga perlu diberikan perhatian, termasuk pembersihan dan disinfeksi alat permainan, meja, kerusi serta semua permukaan yang kerap disentuh.
Saringan di pintu masuk taska, tadika, sekolah dan taman permainan dalam bangunan perlu dilaksanakan secara konsisten untuk mengenal pasti kanak-kanak yang menunjukkan tanda awal seperti demam, ruam atau ulser mulut.
Kanak-kanak bergejala perlu dibawa ke fasiliti kesihatan untuk mendapatkan pemeriksaan doktor dan dinasihatkan berehat di rumah.
Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menyeru kerjasama semua pihak untuk terus mengamalkan langkah pencegahan demi keselamatan dan kesejahteraan anak-anak kita. Ikuti panduan kaedah pencegahan HFMD dalam infografik disediakan.

PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)‼️ Tahukah anda? ‼️Individu OKU mempunyai risiko yang lebih ...
08/12/2025

PENJAGAAN KESIHATAN PERGIGIAN UNTUK ORANG KURANG UPAYA (OKU)
‼️ Tahukah anda? ‼️
Individu OKU mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mulut.
Kesihatan mulut yang kurang baik boleh menjejaskan kualiti hidup mereka secara keseluruhan.
Ramai dalam kalangan OKU menghadapi cabaran untuk memegang berus gigi serta mempunyai kemahiran motor tangan yang terhad, menyebabkan kebersihan mulut tidak dapat dijaga dengan optimum.
▢️ Berikut ialah beberapa tips yang boleh membantu meningkatkan kemahiran tangan dan penjagaan mulut:
🟣 Menggunakan alat bantu, seperti berus gigi elektrik, bagi memudahkan pergerakan memberus gigi.
🟣 Mengubah suai berus gigi dengan menambahkan barang lain di pemegang supaya dapat dipegang dengan baik.
Kempen 6020
Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Oral

06/12/2025
πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ: π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ ππ„ππ˜π€πŠπˆπ“ 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, πŠπ€πŠπˆ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ”π‹π”π“ (π‡π…πŒπƒ)Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi melalui Unit Kawalan d...
06/12/2025

πŸ“’ 𝐇𝐄𝐁𝐀𝐇𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ: π“π€πŠπ‹πˆπŒπ€π“ ππ„ππ˜π€πŠπˆπ“ 𝐓𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍, πŠπ€πŠπˆ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ”π‹π”π“ (π‡π…πŒπƒ)

Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi melalui Unit Kawalan dan Penyakit Berjangkit (CDC) akan mengadakan satu Taklimat HFMD secara atas talian berikutan peningkatan kes penyakit tersebut di negeri Kedah.

Taklimat ini bertujuan memberi pemahaman yang jelas mengenai penularan HFMD serta langkah-langkah pencegahan yang perlu diamalkan di premis jagaan kanak-kanak dan di rumah.

πŸ—“ Tarikh: 10 Disember 2025 (Rabu)
⏰ Masa: 2.30 petang – 4.30 petang
πŸ’» Platform: Atas talian (Google Meet)

PENDAFTARAN & WHATSAPP GROUP (WAJIB)

Semua peserta adalah DIWAJIBKAN untuk:
1️⃣ Mendaftar melalui pautan/QR pendaftaran, dan
2️⃣ Menyertai WhatsApp Group rasmi taklimat melalui pautan/QR yang disediakan.

Keperluan ini adalah penting bagi memastikan:
βœ” penyampaian maklumat berlangsung secara teratur,
βœ” peserta menerima pautan Google Meet,
βœ” sebarang pemakluman perubahan dapat dihantar segera, dan
βœ” bahan taklimat serta sijil penyertaan dapat diedarkan dengan tepat.

Kegagalan menyertai WhatsApp Group boleh menyebabkan peserta tidak menerima makluman penting berkaitan taklimat.

Siapa yang digalakkan hadir?

πŸ‘©β€πŸ« Pengusaha & staf TASKA / TABIKA / TADIKA
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘¦ Ibu bapa / penjaga
πŸ‘Ά Individu berkaitan jagaan kanak-kanak

Sama-sama kita memperkukuh langkah pencegahan HFMD demi keselamatan anak-anak dan komuniti.

05/12/2025

TAJUK : HIV & AIDS : UJIAN , IKTIBAR DAN AMANAH KITA
BERSAMA : YBHG USTAZ MUHAMMAD FARHAN BIN NOORDIN

Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH LANGKAWI, ARAS 6, KOMPLEKS LADA, Jalan PERSIARAN PUTRA,, LANGKAWI
Langkawi
07000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6049667141

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram