08/12/2025
Nyamuk Wolbachia bukan Musuh. Inilah Aedes aegypti ber-Wolbachia, Askar Senyap Kita.
Baru-baru ini tular bila 65,000 ekor nyamuk Aedes โber-Wolbachiaโ dilepaskan di kuarters penjawat awam Presint 18, Putrajaya.
Sebenarnya, kumpulan nyamuk ini bukan ditambah untuk menyusahkan kita. Mereka ialah Aedes aegypti ber-Wolbachia yang dibiakkan khas untuk membantu kurangkan penularan denggi di kawasan berisiko tinggi.
Wolbachia tu apa sebenarnya?
Wolbachia adalah sejenis bakteria semula jadi yang memang wujud dalam banyak serangga lain. Aedes aegypti selama ini tidak ada bakteria ini.
Bila nyamuk Aedes aegypti dibekalkan Wolbachia, ia berubah dari dalam virus denggi tidak boleh membiak dengan baik dalam badannya.
Maknanya, walaupun dia gigit manusia, risiko menjangkiti seseorang jadi jauh lebih rendah.
Sifat Wolbachia ini boleh diwariskan kepada anak-anaknya. Lama-kelamaan, populasi Aedes di kawasan itu bertukar menjadi populasi yang kurang berbahaya.
Bukan hapuskan semua nyamuk, tetapi ubah kemampuan mereka menyebarkan penyakit.
Ada bukti ke?
๐ Bukti paling kukuh di dunia
Di Yogyakarta, Indonesia, saintis jalankan kajian tahap tertinggi (randomised controlled trial) ke atas penggunaan Aedes aegypti ber-Wolbachia.
Keputusannya
โข Kes denggi turun kira-kira 77%
โข Kemas**an ke hospital turun kira-kira 86% ๏ฟผ
๐ Di Australia
Selepas pelepasan nyamuk ber-Wolbachia, beberapa bandar melaporkan penurunan mendadak dan ketiadaan wabak besar denggi selama bertahun-tahun, menjadikan pendekatan ini antara strategi pencegahan paling efektif berbanding kawalan nyamuk biasa. ๏ฟผ
๐ Di Malaysia
Kajian dan projek rintis KKM menunjukkan pelepasan Aedes aegypti ber-Wolbachia di beberapa lokaliti membawa kepada penurunan ketara kes denggi (sekitar 40โ70%), dan program ini sedang diperluaskan secara berfasa di kawasan panas denggi. ๏ฟผ
Dan yang penting:
โ Nyamuk ini bukan GMO
โ Tidak membawa penyakit baru
โ Tidak lebih agresif menggigit
โ Sudah digunakan berjuta ekor di seluruh dunia dengan rekod keselamatan yang kukuh ๏ฟผ
Kadang-kadang, penyelamat datang dalam bentuk kecil yang kita tak perasan. Aedes aegypti ber-Wolbachia buat kerja senyap mereka, dan kita teruskan langkah asas hapus tempat pembiakan di rumah sendiri.
Kalau tersilap tampar pun tak apa.
Mereka tak ambil hati โฅ๏ธ