Persatuan Rawatan Islam langkawi

Persatuan Rawatan Islam langkawi BENTENG DIRI&RAWATAN ISLAM.SUMBER AMALANNYA DARIPADA AYAT2 ALQURAN&HADIS RASULULLAH SAW.

Alhamdulillah.... semua dgn izinNya...
10/07/2018

Alhamdulillah.... semua dgn izinNya...

06/06/2018
ANTARA PUNCA SSH PEROLEH ZURIAT IALAH GANGGUAN...JGN BIARKN....
15/01/2018

ANTARA PUNCA SSH PEROLEH ZURIAT IALAH GANGGUAN...JGN BIARKN....

HABATUSAUDA juga bisa rawat gangguan...INSYALLAH
06/10/2017

HABATUSAUDA juga bisa rawat gangguan...INSYALLAH

06/10/2017

Asalamualaikum wbt
Perkongsian seorang sahabat yg dah ijazah Amalan benteng diri , tapi dah lamma tak buat amalan selepas habis tempoh 60 hari dan tidak pernah mengalami sendiri fungsi benteng. Petang tadi kebetulan lalu disebuah taman awam ternampak seorang lelaki berbangsa cina meluru ke arah seorang wanita cina yang sedang duduk ditaman dan secara tiba2 lelaki tersebut memukul wanita itu tanpa sebarang kata2. Sahabat kita ni memang dah lama tak buat amalan. Sahabat kita ni cuba untuk menenangkan keadaan bertanya kenapa pukul perempuan tu . Tanpa menjawab soalan sahabat kita ni lelaki tersebut cuba memukul sahabat kita tapi nyata dengan amalan yg ada wlpun dah lama tak jalan pukulan tersebut tidak mengena dan lelaki tersebut berasa sakit akibat bisa benteng. Tidak puas hati dengan keadaan itu lelaki cina itu kembali pada perempuan yang tadi nak sambung belasah. Sahabat kita ni keyakinan dah bertambah terus doa mohon Allah lindungi perempuan tadi llalu terpagar perempuan itu. Satu pukulan pun tidak mengena. Kemudian dalam kesakitan masih cuba untuk memukul lagi tapi tak dapat seolah2 terkunci. Sahabat kita pun panggil bantuan orang awam yg ada dan telefon polis. Lelaki tersebut ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. Punca pergaduhan tersebut berlaku apabila lelaki itu meminta duit untuk membeli minuman keras tetapi tidak dapat.
Semoga dengan pengalaman ini dapat memantapkan lagi amalan sahabat kita.Insyallah. Itu sahaja perkongsian saya.

ALHAMDULILLAH....MASALAH STROKE DAN GANGGUAN NEGATIF... RAWAT.BUANG.TERAPI & BENTENG DIRI.. INSYALLAH..
02/10/2017

ALHAMDULILLAH....MASALAH STROKE DAN GANGGUAN NEGATIF... RAWAT.BUANG.TERAPI & BENTENG DIRI.. INSYALLAH..

ALHAMDULILLAH...DGN IZIN ALLAH SWT... ISTERI BELIAU SELALU MIMPI ORG YG TELAH MENINGGAL DUNIA & SELALU DGR BISIKAN...STE...
01/10/2017

ALHAMDULILLAH...DGN IZIN ALLAH SWT... ISTERI BELIAU SELALU MIMPI ORG YG TELAH MENINGGAL DUNIA & SELALU DGR BISIKAN...STELAH JALANI TERAPI&BENTENG.. ALHAMDULILLAH...

ALHAMDULILLAH...SEMUA DGN IZINNYA...
26/09/2017

ALHAMDULILLAH...SEMUA DGN IZINNYA...

JGN TERUS & WARISKAN PD AHLI KELUARGA...BATALKAN...INSYALLAH
19/09/2017

JGN TERUS & WARISKAN PD AHLI KELUARGA...BATALKAN...INSYALLAH

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH...✴PENTING KENA TAU !!!! *AGENDA IBLIS & SYAITAN**Syaitan dan iblis Bermesyu...
18/09/2017

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH...

✴PENTING KENA TAU !!!!

*AGENDA IBLIS & SYAITAN*

*Syaitan dan iblis Bermesyuarat*
(bacalah meski pun anda berada dalam kesibukan)

Para syaitan telah mengadakan perjumpaan syaitan sedunia dengan diketuai iblis laknatullah

Di awal ucapannya, iblis berkata, "Kita tidak dapat menghalang umat Islam dari mendatangi masjid, kita tidak dapat menghalang mereka dari membaca Al-Quran dan tahu akan perkara-perkara yang benar.

Malah kita tidak dapat menghalang mereka dari membentuk sebuah perhubungan intim dengan Allah.

Sebaik sahaja mereka dapat menjalin perhubungan tersebut maka
pengaruh kita keatas mereka akan terputus."

"Oleh itu biarkanlah mereka ke masjid-masjid mereka;

Biarkanlah mereka menikmati hidangan makan malam mereka, tetapi curilah waktu mereka, supaya mereka tidak mempunyai masa untuk membina perhubungan dengan Pencipta."

"Apa yang aku ingin kamu lakukan ialah," kata iblis: "lalaikan
mereka dari berhubung dengan Tuhan mereka.

Cabut iman mereka dgn menghasut mereka agar cintakan dunia.
Takutkan mereka agar tidak memikirkan soal mati.
Panjangkan angan2 mereka.

Rosakkan Akidah mereka dgn menghilang pergantungan dan pengharapan dgn tuhan mereka.
Letakan keyakinan mereka pada duit, pada harta, pada pangkat dan pada kepandaian akal2 mereka.

Rosak kan hati2 mereka dgn masukkan sifat2 mazmumah..
Masukkan perasaan iri dalam hati2 mereka..
agar mereka berlumba dalam dunia ini dan saling menjatuhkan sesama mereka.
Tingkatkan ego2 mereka agar mereka jadi manusia yg pentingkan diri sendiri dan sentiasa beesangka buruk sesama mereka.

"Bagaimana caranya?" jerit para syaitan.

"Sibukkan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah
dalam kehidupan dan rekalah berbagai-bagai cara untuk memenuhi minda mereka,"

Sambungnya lagi "pengaruhi mereka untuk belanja, belanja, belanja dan hutang, hutang, hutang.

Pujuk isteri-isteri mereka untuk keluar bekerja buat jangka waktu yang panjang dan suami-suami mereka untuk bekerja 6 - 7 hari seminggu, 10 -12 jam sehari, guna untuk membiayai gaya hidup mereka yang kosong itu."

"Halang mereka dari menghabiskan waktu dengan anak-anak mereka.

Apabila keluarga mereka mula retak, tidak lama nanti, rumah
mereka tidak lagi menawarkan ketenangan dari tekanan kerja."

"Rangsangkan minda mereka sehingga mereka tidak dapat lagi mendengar suara hati mereka. Umpan mereka untuk mendengar radio atau kaset sewaktu memandu, biarkan TV, VCR, CD dan PC mereka sentiasa terpasang di rumah-rumah mereka dan pastikan setiap kedai dan restoran di dunia ini sentiasa memainkan muzik yang tidak islamik.

Ini akan membenakkan minda mereka dan memutuskan perhubungan dengan Allah."

"Sibukkan mereka bermain dengan game, facebook, twitter, instagram dan media sosial yang lain

Penuhkan meja-meja mereka dengan majalah dan akhbar.

Sumbatkan minda mereka dengan siaran berita 24 jam.

Cerobohi saat memandu mereka dengan papan-papan iklan.

Penuhkan peti-peti suratmereka dengan mel remeh, katalog jual gaya pos, sweepstakes dan segala jenissuratberita dan promosi-promosi yang menyediakan barangan dan perkhidmatan percuma; dan impian palsu."

"Masukkan gambar model-model yang cantik dan ramping di dalam
majalah dan TV agar para suami berpendapat bahawa kecantikan luaranlah yang utama dan mereka akan tidak berpuashati dengan isteri-isteri mereka."

"Buatlah agar para isteri terlalu letih untuk bersama dengan suami
mereka di malam hari. Tambahkan sekali dengan pening kepala!

Jika mereka tidak bersama seperti yang dikehendaki oleh
suami mereka, suami akan meninjau-ninjau di tempat lain. Ini
akan memporak-perandakan keluarga mereka dengan pantas."

"Biarkan mereka berlebih-lebihan meskipun sewaktu berekreasi.
Buatlah sehingga mereka terlalu letih seusai berekreasi.

Sibukkan mereka sehingga tidak sempat untuk memerhatikan alam semulajadi dan memikirkan tentang ciptaan Allah.

Sebaliknya hantarlah mereka ke taman-taman hiburan, acara-acara sukan, pementasan, konsert dan panggung wayang."

"Jadikan mereka SIBUK, SIBUK, SIBUK!"

"Dan apabila mereka bertemu untuk berbincang hal-hal kerohanian,
libatkan mereka dengan umpatan dan cakap-cakap kosong supaya hati mereka tidak tenang ketika bersurai."

"Pasti berhasil! Pasti berhasil!"

Bukan calang-calang perancangan ini!

Para syaitan dengan tidak sabar-sabar memulakan tugasan mereka untuk menjadikan umat Islam di mana jua menjadi semakin sibuk dan semakin terkejar-kejar ke sana ke sini.

Hanya mempunyai sedikit masa sahaja untuk Tuhan mereka atau keluarga mereka.

Tidak berkesempatan untuk berdakwah dan memperjuangkan agama Allah serta mengerjakan amar makruf dan nahi mungkar

Persoalannya di sini, "Adakah perancangan para syaitan ini
telah berhasil?"

Hakimilah sendiri terutama diri anda sendiri...

ASSALAMUALAIKUM&SLM KASIH...JGN BIARKAN DIRI ANDA @ AHLI KELUARGA ANDA ROSAK AKIBAT SALAH GUNA DADAH..AYUH TERAPI DIRI D...
18/09/2017

ASSALAMUALAIKUM&SLM KASIH...JGN BIARKAN DIRI ANDA @ AHLI KELUARGA ANDA ROSAK AKIBAT SALAH GUNA DADAH..AYUH TERAPI DIRI DARI KETAGIHAN...INSYALLAH

ALHAMDULILLAH...SEMUA DGN IZIN ALLAH SWT...KITA MAMPU IKTIAR..ALLAH JUA YG SEMBUHKAN....PADA YG BMINAT PELAJARI KAEDAH R...
17/09/2017

ALHAMDULILLAH...SEMUA DGN IZIN ALLAH SWT...KITA MAMPU IKTIAR..ALLAH JUA YG SEMBUHKAN....PADA YG BMINAT PELAJARI KAEDAH RAWAT & BENTENG BOLEH PM.. INSYALLAH

Address

Pekan Kuah
Langkawi
07000

Telephone

0133600114

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Rawatan Islam langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram