First Aid Kasturi Hitam

First Aid Kasturi Hitam Sila Hubungi Saya Retaudeen
"Rawatan dan Produk Maal Abrar"
http://retaudeen.wasap.my

26/10/2021

Kasturi Hitam

26/10/2021
20/10/2021

Bismillahirohmanirrohim

Tajuk: Punca dan Sebab
Oleh: Tn Hasyim Batu Pahat

Dipetik dari 'Keajiban Thaibun Nabawi'
Syikh Wahid Abdus Salam Bali berkata tentang sihir...

"Ibnul Qayyim berkata :
Sihir terjadi kerana pengaruh² dari ruh jahat seorang yang dari reaksi yang menguasai kekuatan alami (kebaikan) tubuh manusia terhadapnya "

Sihir ialah kesepakatan antara penyihir dengan syaitan, dimana penyihir bersepakat. Melakukan hal-hal yang haram maupun syirik. Sebagai memenuhi kehendak dengan syarat bantuan dan kepatuhan antara syaitan dengannya menyangkut hal² yang diminta.

Allah SWT berfirman:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِّنَ الْإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِّنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

Maksudnya:
Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin *bertambah sombong* dan jahat.
(Surah al-Jin: 6)

Pertanyaan pn..
Bolehkah sihir berpindah kepada orang lain
Jawabnya boleh dan tidak..

Sila rujuk semula pada perawat tsb..apakah jenis sihir yg di kenakan kepada ibu pn..Sebab sihir banyak jenisnya 🙏

Dan untuk pn..
Saya sarankan pn berbekam..Sebagai pesakit..Jika dikatakan di sihir..

Sila minta pada yg mengkhabarkan sihir tu..
Jenis sihirnya..

Sebab sihir dilakukan ada punca atau sebab nya..

🙏Sekian

25/07/2021

Bismillahirohmanirrohim,

Assalamualaikum Tuan Puan,

Ribuan kemaafan jika ada msj tuan puan sy tak balas ,

Sy baru perasan ,sy ada masalah fb di hp...bila sy buka di laptop baru naik msj2 tuan puan.

Ribuan kemaafan dr sy.

boleh wasap sy 0199154016.

Harga Minyak Kasturi Hitam masih RM15.00 / 8ml sebotol.

Terima kasih,

Bismillahirohmanirrohim.tajuk: apa itu hikmat           apa itu petuaApa Itu Hikmat?: Hikmat ada yang bersumberkan amala...
30/06/2021

Bismillahirohmanirrohim.

tajuk: apa itu hikmat
apa itu petua

Apa Itu Hikmat?
: Hikmat ada yang bersumberkan amalan,ada yang bersumberkan alami, ada dari saat dan ketika yang berkaitan dan pertalian dengan cakerawala dan ada dari firasat.

Apa Itu Petua?
: Petua terhasil dari samada mimpi,warisan amalan orang2 tua berkat dari pengamatan serta kajian atau maklumat dari makluk halus sendiri.

note 1 : Hikmat digerakkan oleh unsur keruhanian manakala petua adalah dari hukun yang termaktup.

# Hikmat datang dari punca;-
1. Amalan
cth: alaman Kaf 40 dan lain2 lagi

2. Unsur Alami
cth: samada dari tumbuhan,herba, batu permata, besi ,logam-logam dan b*k lagi.

3. Saat & ketika peredaran cakrawala
cth: gerhana bulan / matahari, susunan planet dan b*k lagi

4. Firasat
cth: kaitan dengan ehwal diri seseorang,seperti rambut, warna kulit, kelahiran, mata,suara , nafas kiri kanan hidung dan b*k lagi.

nota 2: Antara Hikmat dan Petua yang mana jauh lebih baik?

>>> petua tidak dapat di "patahkan @ kalahkan" bila mana ia dalam hukum yang termaktup, sebagaimana hukum matematik 2+2= 4.

satu dunia maklum 2+2=4..

Kesimp**an: selagi mana ia tidak mengundang kesyirikkan jgn lah mudah2 kita menjatuhkan sipolan sudah khurafat.

Wallahuaklam.🌹

nota kuliah dr Tuan Guru.

BismillahirrohmanirrohimTajuk: Cincin Syirik Ker ???Salah faham keatas setengah2 org berkenaan pemakaian cincin...Salah ...
23/01/2021

Bismillahirrohmanirrohim

Tajuk: Cincin Syirik Ker ???

Salah faham keatas setengah2 org berkenaan pemakaian cincin...

Salah faham berkenaan tauhid dlm memahami pemakaian cincin oleh sesetengah org..

lalu memandang serong pada pemakaian cincin

Sedangkan dalam hadis b*k perihal pemakaian cincin.

sy bawakan siri kuliah dr Tuan Guru Muhammad Amir

semoga salah tanggap kita pada mereka yg mengamalkan sunnah di perbetulkan.

jgn lah kita antara yg mencerca amalan sunnah.

---------------------------------

Boleh tahu, siapa yg bertanya ttg pemakaian cincin kelmarin!?

Bagus soalan tu

Tanda kewaspadaan

Saya cuma ingin buat beberapa penambahan dr perbincangan tsb

Kita buat beberapa pemeringkatan ke arah itu.

1. Cincin
2. Hukum pemakaian cincin
3. Syirik

1. Semua org tahu apa itu cincin. Hampir semua bangsa2 di dunia memakai cincin, dan setengahnya mjd kan cincin sbg adat istiadat dlm pertunangan dan nikah kawin.

Mata cincin terdiri samada dari permata, dari batuan, teras kayu, juga dari logam tertentu.

2. Hukum memakai cincin ada 5.

Samada halal, haram, makruh, sunat, atau harus.

Menjadi halal utk lelaki, selain dari logam emas.

Menjadi haram utk pemakai cincin, yg bertujuan utk riak, menunjuk2 serta percaya cincin tsb boleh membawa kpd tuah, sial atau beri kesan pd pemakainya.

Menjadi sunat, jika sentiasa memakainya dan berpahala jika cincin itu di pakai di jari kelingking atau jari manis atas niat mengikut sunnah nabi.

Menjadi makruh, jika pemakaian cincin tersebut menyakitkan kita spt terlalu ketat, susah bekerja atau rasa tidak selesa.

Menjadi harus memakainya, tanpa sebarang niat

3. Syirik.

Syirik bermaksud mempersekutukan Allah dlm sifat, af'al serta DzatNya.

----------------------------------

Ada ker org zaman skg boleh bebas dr syirik?

Selagi mana ada keakuan atau kehendak sendiri, selama itulah syirik terjadi.

Bkn hanya dlm isu pemakaian cincin.

Baik.

Skg kita lihat ttg sebab, asbab dan akibat.

Segala sesuatu Allah jadikan tidaklah sia2. Ia utk dimanfaatkan dlm kehidupan seharian.

Tentang pemakaian cincin sudut perubatan, khususnya perkaitan dgn batu permata, teras kayu atau logam utk tujuan kesihatan, menghindari gangguan serta penyembuhan, ia termasuk dlm bab sebab asbab dan akibat.

Kita lihat teks di bawah.

Pada suatu hari, Nabi Musa a.s telah diserang satu penyakit. Bila diketahui oleh Bani Israil maka mereka pun berjumpa dengan Nabi Musa a.s dengan berkata: “Wahai Musa, kami telah mengetahui penyakit kamu itu, oleh itu kami harap kamu tidak menolak ubat yang kami bawa ini. Kalau kamu berubat dengan ubat yang kami bawa ini, nescaya kamu akan sembuh”

Berkata Nabi Musa a.s: “Aku tidak akan berubat sehingga aku di sembuhkan oleh Allah s.w.t tanpa menggunakan ubat.”

Setelah gagal memujuk Nabi Musa a.s, maka mereka pun meninggalkan Nabi Musa a.s. Penyakit Nabi Musa a.s tidak sembuh hingga beberapa lama. Kemudian Bani Israil datang lagi dengan berkata: “Wahai Musa, ubat yang kami bawa ini memang terkenal kerana mujarabnya. Kami sendiri sewaktu diserang penyakit yang kamu hidapi ini telah kami gunakan terhadap diri kami, dan penyakit kami hilang apabila kami menggunakan ubat ini.”

Berkata Nabi Musa a.s: “Aku tetap tidak akan berubat sehingga Allah menyembuhkan aku tanpa menggunakan ubat.”

Kemudian Nabi Musa a.s mendiamkan diri buat seketika, lalu Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s yang bermaksud: “Wahai Musa, Demi kemuliaanKU dan keagunganKU! Aku tidak akan menyembuhkan kamu sebelum kamu berubat dengan apa yang mereka (Bani Israil) sebutkan kepadamu.”

Lalu Nabi Musa a.s berkata kepada Bani Israil: “Ubatilah aku dengan ubat yang kamu katakana itu.”

Kaum Bani Israil pun mengubati Nabi Musa a.s dengan ubat dari tumbuh-tumbuhan, dengan izin Allah s.w.t, maka sembuhlah penyakit Nabi Musa a.s itu. Hal ini menyebabkan Nabi Musa kurang senang, kemudian Allah s.w.t menurunkan wahyu yang bermaksud: “Wahai Musa, apakah kamu mengkehendaki Aku batalkan hikmatKu dengan tawakal engkau kepadaKu. Tidak kah kamu fikir bahawa siapakah yang meletakkan ubat pada tumbuh-tumbuhan itu untuk memberi manfat kepada sesuatu. Bukankah Aku yang menjadikannya?” Kemudian sedarlah Nabi Musa a.s dari kebimbangan yang melandanya.

☺....

Jika anda memahami kisah ini dgn baik, fahamlah anda ttg sebab asbab dan akibat.

----------------------------------

Ada penanya bertanya, apakah makhluk halus takut pada benda2 tsb?

Jawapannya ya.

Tuan amik asid hidroklorid pekat, tuang ke tgn tuan. Daging tuan akan meleleh terbakar.

Tp jika tn simbah pd jin, ia tiada kesan. Namun jika guna limau purut, is bagai asid bagi jin.

Perut tuan x boleh mkn rumput. Perut lembu dan kambing boleh.

Lembu kambing xdpt mkn ayam golek, tp tuan boleh.

Kejadian jin dan manusia xsama. Masing2 ada kelemahan. Antaranya, enzim dr teras kilo boleh membuat mereka kepanasan bersangatan, tp kita yg memakainya tiada apa2.

----------------------------------

Bagaimana untuk mencermati sesuatu kaedah rawatan sebelum menghukum syirik ke atas pelakunya? Amalan sihir terkhusus untuk orang kafir dan sgt pasti ia mempergunakan Iblis atau syaitan atau jin kafir dalam menjayakan sihirnya.

Maka sekiranya perawat atau bomoh itu org Islam, jika hanya “TERPANDANG” kaedah rawatannya yang agak ganjil, jgn menghukum apa-apa dulu sebelum mengambil kira beberapa langkah;

1. Barangan yang digunakan bukan dari sumber haram spt najis, binatang haram, juzuk dari binatang yg belum disembelih, atau lainnya.

2. Kaedah rawatan tidak bercanggah dgn syara’, maknanya bukan kaedah sihir spt memuja ruh, menyeru nama Iblis atau syaitan, atau jin kafir atau nama timbang-timbangan “belaan”nya spt awang jambul, awang merah atau menyeru tok2 tertentu masuk ke tubuh atau menyimah darah manusia, kambing, babi atau lain-lain. Jika sekadar ia mengambil sedikit darah dari pesakit, kuku, bulu atau rambut, dan dihanyutkan ke laut atau sungai, belum boleh dihukum syirik kerna itu Cuma 1 kaedah dari pelajaran tuntutannya utk membuang saka atau gangguan, walaupun kaedah itu sebenarnya tidak menepati piawaian untuk memutus atau mematikan gangguan atau saka, ia belum masuk dlm kategori syirik. Kita menghormati pengajiannya dan berbaik sangka.

3. Syarat-syarat rawatannya tidak menjurus kepada dosa spt jika putus ubat harus dibuat ancak dan diletakkan pada tempat2 tertentu untuk makanan “TOK”. (yg sebenar belaannya) atau minta binatang utk dikorbankan dan biarkan binatang itu di hutan atau bukit.

4. Iktiqad hatinya harus kukuh bahawa makhluk tidak memberi bekas, yang memberi bekas cuma Allah.
Jika tidak, sama sahaja hukum syirik nya, seseorang yang berubat dgn bomoh dan doktor, jika ia beriktiqad bomoh atau doktor tadi yang menyembuhkan sakitnya. Bomoh atau doktor adalah asbab, penyembuhnya adalah Allah.
Jika berubat ke doktor, vaksin atau sumber ubat nya dari yg haram, tetap haram dan berdosa hukum nya.

Menghukum seseorg itu syirik adalah sesuatu yg besar dlm agama kerna syirik itu berarti telah terkeluar dari agama dan dosa org yg melakukan syirik besar tidak diampuni oleh Allah. Pesakit yg sakit disuruh berusaha & berikhtiar utk kesembuhannya manakala perawat p**a juga berusaha & berikhtiar untuk menyembuhkan pesakit dan masing-masing faham bahawa yang menyembuhkan adalah Allah.
Penggunaan Jin Islam dalam rawatan, boleh membawa kepada syirik dan boleh juga hukum nya adalah harus. Bergantung pada iktiqad pengamal perubatan tersebut.

Nabi sulaiman as sendiri menggunakan khidmat jin untuk membangunkan masjidil aqsa, begitu juga dengan syaikh wahab rokan mengarah jin utk bangunkan madrasah di langkat dan contoh lain Tokku Paloh juga guna khidmat jin untuk membina masjid di Terengganu.

Syirik terjadi bila salah iktiqad hatinya, seperti di iktiqadkan makhluk berqudrat memberi bekas, salah ucapan pada lidahnya, seperti di katanya aku berkuasa menyembuhkan kamu, atau salah dalam tingkahlaku perbuatannya seperti tunduk pada berhala.

Menggunakan barangan tertentu dlm pengobatan selagimana barangan itu bukan dari sumber yang haram maka hukumnya harus. Dan yang mahir berdoa tanpa menggunakan barang, terus dgn Allah, maka silakan dgn kebolehan anda, Cuma jgn menghukum org yg tidak sependapat dgn anda hanya kerna “TERPANDANG” syirik, justru anda terus menghukumnya berbuat syirik.

Wallahuaklam.

Maka buka ruang dari alirfikir otak kepala kita utk belajar mencermati, menanggapi, mempertimbangkan serta mengadili sesuatu sesuatu dgn fitrah dan selaras dgn syara'.

Maal Abrar Medic-Syifa'
First Aid Kasturi Hitam
Berasmaralah Mawar Hu

BismillahirohmanirrohimTajuk : Apa Itu Sihir- Para Ulama dan peneliti mengatakan bahawa sihir itu merupakan kemampuan yg...
23/01/2021

Bismillahirohmanirrohim

Tajuk : Apa Itu Sihir

- Para Ulama dan peneliti mengatakan bahawa sihir itu merupakan kemampuan yg di miliki oleh sebahagian org sehingga mampu mempengaruhi org lain atau sekitarnya

- Kesan ini mampu berubah material mahupun ilusi

-Perbuatan yg menghasilkan perkara2 yg bertentangan dgn hukum alam ( Sunnatullah)

- Ada juga berpendapat bahawa sihir adalah seni yg miliki kesan yg tidak dpt dibantah

- Pada tarif hukum2 ghaib yg tidak dpt dianalogikan dan di huraikan

-------------------------------

🌹Kita lihat dr pandangan Ibnu Kaldun:-

Ilmu tentang cara melakukan persiapan yg dgnnya jiwa manusia mampu mempengaruhi unsur lain, sama ada secara acak ( tidak ditentukan) atau sesuatu tertentu drpd perkara2 langit. Adapun yg pertama di sebut sihir dan yg kedua disebut rajah.

-------------------------------

🌹Kita lihat dr pandangan Imam Al-Ghazali:-

Sihir adalah satu jenis ilmu yg diambil drpd kekhususan2 suatu jaihar( unsur, elemen) yg terkira pada permulaan peredaran bintang2 , kemudian dr inti tersebut diambil bentuk org yg tersihir, dgn memperhatikan waktu2 khusus drpd peredaran bintang disertai jampi2 yg dgnnya sampai kpd permintaan tolong kpd syaitan.

--------------------------------
Nota Kuliah dr Tuan Ashri Kuala Kedah

Secara ringkas sihir ni perbuatan khianat menyakiti atau membunuh menggunakan medium atau perantaraan jin.

Sihir ada byak jenis dan mempunyai simptom 2 yg berlainn

1.sihir mati
2 sihir gila
3. Sihir darah
4. Sihir mahabbah/ pengasih
5.sihir pelalau
6. Sihir penceraian
7. Sihir sakit
8. Santau juga kategori sihir

Simptom sihir ni lebih drastik dan sakit ...atau pelik dri gangguan jin dan saka

Mcm sakit kpl yg keterlaluan....bila check ada paku d kepala ( xnyata pada mata zahir)

Selalunya simptom sihir ni pada perasan
1. Cepat marah dan mengamuk
2 diri xterurus
3. Pandangn mata yg liar dan tajam

Di zahir
Selalu sakit kpl
Ssh tdo mlm
Sakit bhgian2 tubuh
Sakit waktu2 tertentu mcmnnk solat atau lpas asar

Dan s**a mimpi dipatuk ular
Dibelit ular
DLL...secara ringkas

Untuk atasi
1. Solat taubat dan mohon ampun dosa
2. Bersuluk
3. Perawat
4. Pagar badan
5 . Pagar rumah
6. Gunakn kayu2 mistik untuk pendinding
Kayu yg baik untuk kebalikkn adalh bersifat songsang
1. Larak salah
2. Rotan songsang

Ni secara teorinya ...sebagai panduan
Basic dan asas sihir Dan sebenarnya setiap kali jumpa kes sihir...sihir nya berlainan dri segi kekuatan dan jin...kaedah sihirnya

Hanya Allah yg shj yg Menyembuhkan.

---------------------------------

🌹 Permainan Sihir terlalu b*k hendak di tulis...dan tak tertulis....

Hanya dekatkan diri kepada Allah shj sebagai penghalang dan pencegah dr menjadi mangsa.

Dgn mengamalkan segala Sunnah2 yg Baginda Rasulullah s.a.w. telah tinggalkan utk kita.

cth Bismlillah ( Basmalah) di setiap di permulaan kerja buat..barakah turun kepada pembaca...insyaAllah terlindung dr marabahaya sihir.

b*k lagi dgn amalkan surah2 tertentu...seperti Surah Al Kahfi sgt2 bagus utk kita ummat akhir zaman.

Sekian.

Wallahu’alam bisshawab

# InsyaAllah ada sambungan...itu pun klu rajin😅

BismillahirohmanirrohimTajuk: Apa Itu Sakanota: Kutipan Kuliah dan pelajaran bersama Tuan Hashim Batu Pahat dan Tuan Ash...
14/01/2021

Bismillahirohmanirrohim

Tajuk: Apa Itu Saka

nota: Kutipan Kuliah dan pelajaran bersama Tuan Hashim Batu Pahat dan Tuan Ashri
🌹🌹🌹

------------------------------

🌹Apa itu saka baka
🌹Apa itu belaan keturunan

🌹Saka baka
Maksud yg sebenarnya adalah.bakat dri keturunan.seperti bakat pelukis ayah trun kpd anak. Bakat tukang kayu, bakat ilmu besi...semua diwarisi kpd anak. Ni saka baka yg sebenarnya.tapi hari ni kita "belaan keturunan " kita sebut saka

🌹Belaan keturunan
Ni adalah org lama atau keturunan kita membuat perjanjian dgn jin/ syaitan.untuk tujuan sesuatu hajat..contohnya kuat , jaga kampung, untuk jadi pendekar ,cantik dll.yg akhirnya jin2 ni diturunkn dri generasi ke generasi

🌹---------------------------

mudahan tuan puan mengerti maksud sebenar saka dan belaan keturunan

kita pergi ke selanjutnya-

🌹---------------------------

kita kongsikan

1.apa maksud saka/leluhur yg sebenar. ( sudah di atas)
2. jenis saka
3.tanda saka
4. cara elakkan atau rawatan

Baik..
Saka ada dua jenis nya..
- saka belaan
- saka leluhur (warisan dari keluarga)

Bilamana di sebut 'saka belaan' ianya mesti melibatkan..
- Iblis
- syaitan
- Jin yg jahat

Atas satu perjanjian tertentu, syarat yang tertentu, maksud atau tujuan tertentu, masa tertentu..

Atas nama 'saka belaan' itu..maka ada 3 keadah nya..
- membela.
- berkawan / bersahabat
- bersaudara..

Kita lihat 'saka belaan' dahulu..

🌹Membela
Perjanjian yg di buat pada salah satu dari 3 makhluk halus tersebut..
Sebagai makhluk belaan terkandung atas syarat di atas..
Sekadar di bela untuk tujuan tertentu..

🌹Berkawan atau bersahabat..
Juga tertakluk pada perjanjian seperti di atas dan akan dipanggil serta di gunakan khidmat nya apabila di perlukan

Manakala...
🌹Bersaudara..
Perjanjian seperti di atas namun.. Dia tidak boleh membuang saka itu.. Serta tidak boleh menolak kehendak makhluk itu 'saka belaan' sehingga dia mati..

Saka belaan adalah di ambil secara sendiri atau warisan belaan dari keturunan..
Dan yg sebut sebagai saka belaan itu . Telah saya sebut unsur2 nya..

Yg perlu tn.. Kenal pasti adakah.. Di kalangan keluarga tn.. Ada yg luarbiasa dari org lain..

🌹Untuk tahu itu.. Kita kena lihat dahulu tujuan seseorang mengambil saka belaan..
Ada 8 tujuan nya..:-

- untuk menjaga harta seperti rumah, tanah, atau kebun

- menjaga keluarga dari kejahatan org lain.

- menjalankan kerja-kerja berat seperti bertani, menebang hutan, mengangkat benda berat dan besar

- melawan musuh

- ilmu pengasih

- untuk jadi bomoh atau perubatan

- untuk pengangkutan diri serta org lain dan kekuatan ilmu kebatinan..

🌹Bagi melaksanakan tujuan itu.. Maka perjanjian dgn makhluk halus dibuat..
Seperti dari -
- Iblis.
- syaitan
- Jin yang jahat

Tn tidak ada membuat perjanjian dalam proses untuk memiliki saka belaan..

Yg pasti saka belaan tidak akan mendatangkan kebaikan pada diri tn.. Kecuali untuk tipu daya agar perjanjian itu tn teruskan.. Setelah penerima nya meninggal dunia..

Untuk sedikit info..
Berkaitan dgn kehadiran wali songo.. Kebiasaan nya yg datang adalah 'Qarin'

Qarin sangat bijak dan tahu semua kisah berkaitan diri dan keturunan serta apa yg di warisi sebab hayat nya panjang da dia melihat semua yg berlaku lalu di ceritakan pada org lain.. Qarin juga boleh memasuki badan manusia.. 🙏

Pada asal nya kelihatan baik namun tipu daya serta helah nya akan terserlah nanti.. Berhati2 lah dengan yg datang dalam mimpi dan mendakwa si p**an2..

🌹-----------------------------

nota tambahan :-

🌹 Ciri2 org yg ada BELAAN KETURUNAN

1. Kebanyakkan mereka mempunyai kebolehan mengubat melalui kaedah ‘menurun’. Caranya ialah jin tersebut memasuki tubuh orang yang mempunyai saka tersebut dan kemudiannya menyamar sebagai para wali Allaah dan orang-orang sholeh seperti Syeikh Abdul Qodir Al-jilani, Syeikh Bahauddin an-Naqsyabandi, Syeikh Abu Hassan As-Syazili dan sebagainya. Namun hakikatnya ia cumalah jin yang datang daripada saka.

2. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang mempunyai unsur-unsur syirik yang boleh menggugurkan syahadah dan iman.

3. Pembawa saka mampu berubat tetapi menggunakan jampi yang langsung tidak dapat difahami.

4. Pengamal perubatan yang kebolehannya datang dari saka selalunya sering melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat.

5. Ada di kalangan mereka mendapat ilmu kebolehan mengubat melalui mimpi tanpa belajar.

SAKA adalah bakat semulajadi dri keturunan yg tidak melibatkan jin

contoh... jika ayahnya tukang besi... maka anaknya akan ada kelebihn dlm. membuat besi juga. ini sebenar saka

jika melibatkan jin... ia belaan keturunan dimana org2 dlu ada buat perjanjian MOU dgn jin tertentu dgn tujuan tertentu. inilah yg org melayu skg selalu katakan SAKA

walhal ianya bukan saka. ianya adalah BELAAN KETURUNAN

yg ganggu anak cucu

jadi untuk hindarkan... kenalah berpegang kpd tauhid yg benar beserta amalan2 yg benar...

bgi yg dah ada atau terkena perlulah dptkan rawatan dri perawat2 dlu. kemudian tingkatkan amalan kerohanian m zikir.. tahajud dan lain

ya ada bezanya...
yg kita panggil saka hari ni keb*kan nya adalah BELAAN KETURUNAN

🌹--------------------------

🌹 Jenis Saka Belaan

Saka belaan warisan banyak jenis nya :-
- saka hantu raya
- saka pelesit
- saka harimau
- saka buaya
- saka pembomohan
- saka perbidanan
- saka pendekar
- saka lautan.. 🙏

🌹Saka harimau kebiasaan nya untuk pengangkutan..

Kekadang org2 dahulu dapat bergerak dari satu tempat ke satu tempat dgn cepat.. Sedangkan bukan macam sekarang ada jalan dan kenderaan bagai.. 🙏

Selain sebagai kenderaan..
Saka harimau juga bertindak sebagai penjaga..
- kebun
- keluarga
- kampung /kawasan

Dan saka itu juga berfungsi sebagai pemberi maklumat seandainya ada kematian atau kejadian buruk di kalangan waris mereka..

Pemilik saka harimau dapat di lihat melalui tanda2 cakaran sama ada di pokok. Dinding rumah atau tanah.. Di kawasan kediaman pemilik nya..

Makanan asas pada kebiasaannya..
- bertih beras
- pucuk ubi dan syarat perjanjisn yg lain..

🌹--------------------------
🌹- Rawatan

1. perlu kpd perawat2 atau yg tahu buang saka

ia ada ikrar pemutus saka yg perlu pesakit baca kuat2 untuk istiharkan putuskn saka. ini salah satu cara. kemudian dirawat dgn membuang jin2 ini

2. setelah itu perlu tingkatkan aqidah
hati2 dgn kemahiran mistik yg dpt tiba2 atau melalui mimpi... keb*kn adalh belaan keturunan tempoh belaan keturunan adalah 7 KETURUNAN

jadi klu ambik satu keturunan 70tahun

untuk habis 470 tahun

klu 3 generasi atas buat MOU... sampai ke kita byg ke 4

lagi 3 keturunan akan trun

210 tahun bawah kita akan di ganggu lagi

🌹--------------------------

🌹 Sekian serba sikit berkenaan Saka

Bagi yg memerlukan Rawatan Perubatan Islam
boleh hubunggi admin page Maal Abrar Medic-Syifa' insyaAllah semoga Allah permudahkan segala urusan ...amin

Ribuan terima kasih :
🌹 Tuan Hashim Batu Pahat
🌹 Tuan Ashri Alor Setar
🌹 Maal Abrar Syifa

# InsyaAllah ada sambungan 🌹🌹🌹

BismillahirrohmanirrohimTestemoni pengguna Wangian Maal Abrar Syifa.Kasturi Hitam Kasturi Hitam Bukhur IstanbulKasturi P...
18/10/2020

Bismillahirrohmanirrohim

Testemoni pengguna Wangian Maal Abrar Syifa.

Kasturi Hitam
Kasturi Hitam Bukhur Istanbul
Kasturi Putih

Address

Langkawi

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when First Aid Kasturi Hitam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram