Klinik Kesihatan Batu 30, Machang, Kelantan

Klinik Kesihatan Batu 30, Machang, Kelantan Klinik untuk masyarakat

09/02/2026

Batuk dah lebih 2 minggu tapi tak baik-baik juga? ๐Ÿ˜ท

Jangan ambil mudah! Itu mungkin salah satu tanda awal Tuberkulosis (TB). Penyakit ini bukan sekadar batuk biasa. Ia berpunca daripada bakteria dan boleh membawa maut jika tidak dirawat.

Kenali tanda-tanda lain:
~Demam berpanjangan ๐ŸŒก๏ธ
~Batuk berdarah ๐Ÿฉธ
~Hilang selera makan ๐Ÿฝ๏ธ
~Susut berat badan secara mendadak โš–๏ธ

TB mudah merebak melalui udara apabila pesakit batuk, bersin, atau berbual. Jika anda atau orang tersayang mempunyai simptom ini, segera ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal menyelamatkan nyawa!

09/02/2026

Nyamuk Aedes aegypti bukan sekadar nyamuk.

Ini nyamuk yang paling โ€œpandaiโ€ hidup dengan manusia. Dia tak perlukan longkang besar.

Dia perlukan rumah kita. Air dalam pasu, piring bawah pasu, baldi yang tak bertutup, bekas kecil yang kita tak perasan, semua itu boleh jadi tempat dia membiak.

Yang buat dia bahaya, dia bukan menggigit sekali dan hilang. Aedes betina boleh menggigit beberapa orang dalam satu kitaran, sebab itu satu kawasan boleh jadi panas dalam masa singkat.

Denggi merebak cepat, bukan sebab ramai orang lemah. Tapi sebab nyamuk ini memang efisien!

Anda perlu perangi Aedes sebab ini nyamuk yang menyerang waktu kita paling leka. Pagi dan petang, masa kita tengah siap nak kerja, tengah urus anak, tengah santai di ruang tamu.

Dia datang senyap, dan kita hanya sedar bila demam mula muncul.

Perang dengan Aedes sebenarnya bukan perang dengan nyamuk semata mata. Ini perang untuk lindungi keluarga. Untuk elak wad penuh. Untuk elak seseorang dalam rumah tiba tiba jatuh teruk sebab denggi berdarah.

Untuk elak anak kecil jadi mangsa pada benda yang sebenarnya boleh dicegah.

Kalau hari ini anda rasa malas nak periksa rumah, ingat satu benda.

Aedes tak tunggu anda lapang.

Dia hanya tunggu ada air bertakung.

09/02/2026

DUM! Guruh berdentum, hujan lebat turun mencurah-curah. Anda dengar bunyi air melimpah macam air terjun dari tepi bumbung rumah. Anda buat tak tahu, sebab malas nak keluar basah-basah.

Tapi anda silap. Bunyi air melimpah tu adalah amaran merah.

Bila saluran air hujan (gutter) anda tersumbat dengan daun kering dan lumpur, ia bukan sekadar masalah air tumpah. Ia bertukar menjadi "kolam maut" di atas kepala anda.

Dalam masa 24 jam air bertakung di situ, nyamuk Aedes akan mula bertelur. Bukan seekor dua, tapi ribuan. Gutter yang tersumbat adalah hotel 5 bintang untuk nyamuk pembawa denggi membiak tanpa gangguan. Anda sembur racun dalam rumah, tapi kilang nyamuk beroperasi 24 jam di bumbung.

Lebih menakutkan, air yang melimpah tu akan meresap ke dinding rumah. Ini menjemput tetamu kedua: KULAT (Mold). Spora kulat hitam ini akan terbang dalam udara rumah, masuk ke paru-paru anda dan anak-anak. Batuk tak henti, asma makin teruk, resdung tak sudah-sudah. Rupanya punca ada di atas bumbung.

Jangan tunggu ahli keluarga masuk wad ICU sebab Denggi Berdarah atau serangan Asma akut.

Hujung minggu ni, tolong rajinkan diri. Ambil tangga, jenguk saluran air tu. Bersihkan daun-daun kering. Pastikan air mengalir laju.

Kalau gayat atau tinggi sangat, upah orang buat. Kos upah jauh lebih murah daripada kos rawatan di hospital. Bertindak sebelum terlambat.

09/02/2026

Tengah sedap borak tiba-tiba kawan sebelah jatuh dan menggigil satu badan.

Apa korang buat? Mula la nak cari sudu besi nak sumbat dalam mulut dia kan?

Stop! Tolong jangan buat kerja merepek tu. Min nak bagi tazkirah sikit pasal pertolongan cemas sawan ni.

Benda paling utama: Jangan panik. Kalau korang pun dah menggelupur ketakutan, macam mana nak tolong orang tu? Ikut langkah ni:

1. Alihkan semua benda tajam atau keras kat sekeliling dia. Jangan bagi kepala dia terhantuk bucu meja.

2. Longgarkan apa yang patut. Kolar baju, tali leher, tudung yang ketat tu longgarkan sikit bagi dia ruang nak bernafas.

3. Baringkan dia secara mengiring (Recovery Position). Ini paling penting supaya kalau dia muntah atau air liur banyak, benda tu keluar dan tak masuk balik dalam paru-paru.

4. Jangan sumbat apa-apa dalam mulut! Kain ke, sudu ke, jari korang ke. Tak adanya dia nak tertelan lidah sendiri tu. Kalau sumbat barang, nanti jalan nafas dia tersumbat, lagi cepat dia 'jalan'.

5. Tengok jam. Kalau sawan tu lebih 5 minit tak berhenti, terus call 999.

Lepas dia dah sedar, jangan terus tanya hutang.

Dia tengah keliru tu. Teman dia sampai dia betul-betul sedar semula.

Ilmu ni nampak remeh sampai la korang kena hadap sendiri depan mata. Simpan info ni, mana tahu esok lusa korang jadi hero selamatkan nyawa kawan korang.

Ada apa dengan campak?๐Ÿค”
16/07/2025

Ada apa dengan campak?๐Ÿค”

Apa itu influenza?
14/05/2025

Apa itu influenza?

[AD] Influenza BUKAN sekadar selesema bermusimโ€”ia adalah virus yang serius dan mengancam nyawa yang menjejaskan jutaan orang serta membebankan sistem kesihat...

Info berkaitan vaksin untuk kanak-kanak.
14/05/2025

Info berkaitan vaksin untuk kanak-kanak.

Vaksin di bawah Program Imunisasi Kebangsaan diberikan kepada semua kanak-kanak yang berumur di bawah 2 tahun.Jalani tanggungjawab anda sebagai ibu bapa.Ber...

KUOTA GULA SEHARI = HANYA 25 GRAM / 6 SUDU TEH SEHARIWHO menyarankan bahawa seorang individu dewasa harus mengambil  leb...
08/04/2025

KUOTA GULA SEHARI = HANYA 25 GRAM / 6 SUDU TEH SEHARI

WHO menyarankan bahawa seorang individu dewasa harus mengambil lebih kurang 25 gram (6 sudu teh) gula sahaja dalam sehari.

Satu tin minuman berkarbonat = ~ 10 sudu teh gula (40 gram).
Hancur sudah kuota gula sehari, bukan?

Lagi-lagi dengan minuman 'ice-blended', 'frappe', kek comel, bubur manis, sos dan banyak lagi. Hmm.. Macam boleh tahu sebab kenapa Malaysia ada 3.5 juta pengidap diabetes kan??

Kita semua tahu, pengambilan gula berlebihan memudaratkan kesihatan.
Marilah kita sama-sama mengamalkan langkah bijak untuk mengawal pengambilan gula.

Jom baca 7 LANGKAH BIJAK KURANGKAN GULA. ๐Ÿ‘‡

16/03/2025

Assalamualaikum semua.
Sempena Hari Tuberkulosis (TB) Sedunia pada 24 Mac nanti, kita nak pantau pengetahuan kakitangan Klinik Kesihatan Batu 30 mengenai TB.๐Ÿ˜†
Agak-agak kakitangan kesihatan kita ni tau tak pasal penyakit TB?? ๐Ÿคญ
Apa kata harini, kita terjah staff Klinik Kesihatan Batu 30 tentang pengetahuan TB mereka??
Jom tengok video ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Untuk masyarakat sekitar dan seluruh warga Machang, sila dapatkan rawatan awal jika anda adalah kontak rapat kepada pesakit TB atau jika anda mempunyai gejala-gejala TB

Bersama kita banteras TB.๐Ÿ’ช๐Ÿป

Mencegah lebih baik dari mengubati.
17/02/2025

Mencegah lebih baik dari mengubati.

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah adalah tinggi dari normal.

Ia adalah masalah kronik yang boleh mengakibatkan kerosakan banyak organ penting tubuh bergantung kepada tahap kawalan gula dalam darah.

Tanpa pengurusan yang betul ianya boleh mendatangkan berbagai komplikasi seperti penyakit kardiovaskular, kegagalan buah pinggang, buta dan kerosakan saraf seperti dikongsikan.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapkan diabetes, pastikan kepatuhan kepada perawatan serta jadual pemeriksaan berkala yang diberikan.






Masyarakat sekitar dijemput ke Klinik Kesihatan terdekat bagi mendapatkan suntikan percuma.
17/02/2025

Masyarakat sekitar dijemput ke Klinik Kesihatan terdekat bagi mendapatkan suntikan percuma.

๐ŸŽ€Program PinkTober Klinik Kesihatan Batu 30๐ŸŽ€.Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2024.Terima kasih pada semua yang ...
17/10/2024

๐ŸŽ€Program PinkTober Klinik Kesihatan Batu 30๐ŸŽ€.
Sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2024.
Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan program harini.

Address

Batu 30
Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Kesihatan Batu 30, Machang, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram