Pergigian Machang

Pergigian Machang Pergigian Machang merangkumi KP Machang, KP KKM ,KP P.Chondong, KP Labok, Kp Batu30 & KP Temangan

CDE bersama Puan Siti Nuzuliah binti Mohd Salleh Pegawai Sains Makanan KK Machang telah diadakan pada hari rabu (25/2/26...
26/02/2026

CDE bersama Puan Siti Nuzuliah binti Mohd Salleh Pegawai Sains Makanan KK Machang telah diadakan pada hari rabu (25/2/26) di Bilik Mesyuarat Klinik Pergigian Machang dengan tajuk - Jom Kenali Makanan Anda

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan CDE tersebut. Semoga apa yang disampaikan menjadi satu ilmu yang berguna dalam kehidupan seharian.

Sila beritahu doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit dan mengambil sebarang ubat-ubatan.Penting untuk me...
16/02/2026

Sila beritahu doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang penyakit dan mengambil sebarang ubat-ubatan.

Penting untuk memberitahu doktor anda tentang penyakit yang di alami, ubatan yang di ambil supaya doktor dapat merancang rawatan yang sesuai untuk anda.


Pameran dan Ceramah Pergigian Sempena Program “Sihat Itu Saya“ Anjuran Klinik Kesihatan Pulai Chondong.Program ini juga ...
12/02/2026

Pameran dan Ceramah Pergigian Sempena Program “Sihat Itu Saya“ Anjuran Klinik Kesihatan Pulai Chondong.

Program ini juga dilaksanakan untuk merealisasikan Agenda Nasional Malaysia Sihat, serta bersempena dengan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Mulut 2026.

Tarikh : 12 Februari 2026
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Ruang Menunggu OPD, Klinik Kesihatan Pulai Chondong


11/02/2026

Malam tu satu kampung riuh. Mana tidaknya, seumur hidup orang kampung tak pernah tengok pocong kena kejar dengan batang kayu!

“Hoi! Mu buat gapo tu?! Bakpo pakai kain buruk putih lagu ni?”

Suara jeritan orang kampung memecah kesunyian malam di celah-celah pokok besar.

Amin, remaja yang kononnya nak buat ‘content’ seram, terus kaku.
Niat di hati nak sakat orang lalu-lalang dengan kostum pocong, tapi nampaknya orang kampung lagi garang daripada hantu betul.

“Pakat kejar dia! Tangkap pocong jadian ni!”

Amin panik.
Sebab dah nama pun pocong, dia tak boleh lari langkah seribu.
Dia terpaksa melompat.
Lompat punya lompat, kain putih yang melilit kaki tersangkut pada akar pokok.

Gubraaaakkkk!

Muka Amin tersembam dulu ke tanah.
Bunyi dentuman itu cukup kuat untuk buat orang kampung berhenti mengejar.

Amin bangun perlahan-lahan. Dalam samar-samar cahaya lampu picit, orang kampung nampak cecair merah pekat mengalir keluar dari celah bibir Amin. Merah, likat, dan memenuhi dagu.

“Allahuakbar! Tengok tu! Hantu ni makan orang ke?” “Bukan! Ni mesti pocong ni baru lepas hisap darah lembu Pak Samad!” Suasana jadi kecoh. Ada yang dah mula baca ayat kursi, ada yang dah sedia nak hayun kayu.

Amin yang tengah pening terus meludah. Zasss! Sebiji benda putih keras melenting keluar dari mulutnya.

“Bukan hantu makan oranglah... ni Amin! Gigi dia tercabut ni!”

Gigi kapak Amin tercabut. Sebiji, penuh, dari akarnya.

“Allahu, gigi aku!” Amin meraung, tapi suaranya kedengaran pelik sebab dah rongak.

Orang kampung mula bising.
Ada yang suruh sapu ubat gamat, ada yang suruh buang terus gigi tu sebab dah kotor kena tanah.

“Tepi semua! Tepi!”

Cikgu Mail, pesara guru yang memang terkenal dengan ketegasannya, melangkah masuk ke tengah bulatan.
Dia melihat gigi yang terbaring atas tanah itu, kemudian memandang muka Amin yang kelihatan pening.

“Amin, dengar sini baik-baik kalau mu tak mahu rongak seumur hidup.”

Cikgu Mail bertindak pantas.
Dia tidak memarahi Amin, sebaliknya suaranya tenang tapi berwibawa.

“Ambil gigi tu. Pegang bahagian putih kepala gigi tu, jangan sesekali sentuh bahagian akar yang berdarah tu.”

Cikgu Mail mengambil sebotol air mineral, lalu dijirus perlahan pada gigi Amin yang kotor dengan tanah.

“Ingat, bilas saja. Jangan gosok, jangan sentuh akar tu dengan jari.”

“Lepas ni nak buat apa Cikgu? Tanam dalam tanah ke?” tanya salah seorang orang kampung.

“Tanam gapo dia? Gigi ni boleh selamat lagi!”

Cikgu Mail memandang Amin.
“Amin, kalau mu berani, ambil gigi ni, letak balik dalam lubang gusi mu yang berdarah tu. Gigit kain bersih slow-slow.”

Amin menggeleng laju. Takut.

“Kalau tak berani, ambil susu ni. Rendam gigi dalam susu. Kalau tak ada susu, rendam dalam air liur sendiri.”

Cikgu Mail terus menarik lengan Amin.
“Jom, kita pergi klinik gigi sekarang. Kita ada masa kurang dari 60 minit untuk selamatkan gigi ni.”

Sambil menarik lengan Amin untuk dibawa ke klinik, Cikgu Mail sempat menyelit nasihat:

“Satu lagi Amin... lain kali jangan buat kerja tak berfaedah nak takutkan orang ni. Ni tuhan bayar ‘cash’. Nasib baik gigi saja tercabut, kalau nyawa yang melayang sebab orang kampung terkejut jantung, macam mana? Tak pasal-pasal jadi hantu betul nanti.”

Malam itu, Amin belajar satu pengajaran besar.
Bukan pasal jangan jadi hantu, tapi pasal betapa berharganya setiap saat bila gigi tercabut.

---

Tindakan Kecemasan Jika Gigi Kekal Tercabut (Avulsion):

1. Cari & Ambil Gigi Tersebut
Pegang pada bahagian mahkota (bahagian putih yang kita nampak bila senyum). Jangan sesekali sentuh bahagian akar.
2. Bilas Jika Kotor
Bilas dengan air mengalir atau susu selama 10 saat jika ada kotoran. Ingat, jangan gosok atau sental akar gigi tersebut menggunakan berus atau kain.
3. Tanam Semula (Jika Berani)
Cuba masukkan semula gigi ke dalam lubang asalnya dan gigit kain bersih untuk kekalkan kedudukan. Ini adalah cara terbaik untuk peluang gigi 'hidup' semula.
4. Simpan Dalam Medium Yang Betul
Jika tidak boleh dimasukkan semula, simpan gigi di dalam:
* Susu segar (UHT/Pasteur).
* Air liur sendiri (simpan di celah p**i, jangan sampai tertelan!).
5. Bertindak Pantas!
Segera ke klinik pergigian dalam tempoh 30 minit. Semakin lama gigi berada di luar mulut, semakin tipis peluang untuk ia diselamatkan.

Gigi kekal yang tercabut bukan penamat senyuman anda, asalkan anda tahu langkah yang betul!

Nasihat Tambahan: Hentikan perbuatan menakut-nakutkan orang atau gurauan melampau (prank). Selain boleh menyebabkan kecederaan fizikal seperti Amin, ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain yang mempunyai masalah kesihatan. Malu dapat, rongak pun dapat!

KURSUS PENGURUSAN KARIES - SILVER DIAMINE FLUORIDE & ORTODONTIK INTERSEPTIF TAHUN 2026Tarikh : 8 FEBRUARI 2026Masa : 8.0...
09/02/2026

KURSUS PENGURUSAN KARIES - SILVER DIAMINE FLUORIDE & ORTODONTIK INTERSEPTIF TAHUN 2026

Tarikh : 8 FEBRUARI 2026
Masa : 8.00 pagi - 5 petang
Tempat : Dewan Sri Pulai, Pulai Chondong

PKPD telah mengadakan satu kursus kepada pegawai dan juruterapi pergigian untuk menerangkan tentang cara penggunaan SDF yang betul bagi meningkatkan pengurusan karies dalam kalangan pesakit di daerah Machang.

Kursus ini digabungkan dengan Ortodontik interseptif bagi memberi penjelasan tentang kepentingan rujukan awal kepada klinik pakar bagi merawat masalah oklusi dalam kalangan kanak kanak.

Semoga program ini dapat memberi manafaat kepada semua kakitangan pergigian yang terlibat

PROGRAM SIHAT ITU SAYA @ KK(5 FEBRUARI 2025) “SIHAT ITU SAYA, SIHAT ITU KITA, SIHAT ITU MALAYSIA”Memeriahkan jemputan da...
09/02/2026

PROGRAM SIHAT ITU SAYA @ KK

(5 FEBRUARI 2025)

“SIHAT ITU SAYA, SIHAT ITU KITA, SIHAT ITU MALAYSIA”

Memeriahkan jemputan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Machang untuk memberi pendidikan kesihatan dan pergigian sekaligus menyebarkan kesedaran kanser mulut sempena Bulan Kesedaran Kanser Mulut Tahun 2026.

PROGRAM SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER MULUT 2026Peringkat Pejabat Pergigian Daerah Machang Tarikh : 5 Februari 2026Masa...
08/02/2026

PROGRAM SEMPENA BULAN KESEDARAN KANSER MULUT 2026

Peringkat Pejabat Pergigian Daerah Machang

Tarikh : 5 Februari 2026
Masa : 7:00 pagi - 3.30 petang
Tempat : Dewan Eko Rimba Bukit Bakar

“BE AWARE, BE EARLY, YOUR MOUTH MATTERS”


Ramadhan dan Gigi?!Tahu kah anda bahawa kita semua digalakkan untuk menjaga kesihatan gigi walaupun pada bulan puasa. “B...
05/02/2026

Ramadhan dan Gigi?!
Tahu kah anda bahawa kita semua digalakkan untuk menjaga kesihatan gigi walaupun pada bulan puasa.
“Boleh ke buat rawatan masa puasa? 🤔” jawapannya BOLEH! Jika air yang dimasukkan ke dalam had zahir mulut itu dikeluarkan atau disedut dengan sesuatu seperti suction, maka puasa seseorang itu SAH dan TIDAK BATAL.
Jadi jom sama-sama kita membuat rawatan pergigian di klinik gigi berdekatan anda di bulan puasa ini, bagi menjaga kesihatan dan kebersihan gigi. Dan jangan lupa juga untuk meminum air masak yang banyak ketika berbuka puasa serta menggosok gigi sebelum tidur dan selepas bersahur.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua muslimin dan muslimah.💖

🦷✨ Jom Jaga Mulut! ✨🦷Program Kesedaran Kesihatan Mulut khas untuk kanak-kanak berumur 6–12 tahun.Aktiviti menarik menant...
03/02/2026

🦷✨ Jom Jaga Mulut! ✨🦷

Program Kesedaran Kesihatan Mulut khas untuk kanak-kanak berumur 6–12 tahun.
Aktiviti menarik menanti seperti mewarna, belajar tips menjaga gigi beserta hadiah comel disediakan.

Jom sama-sama jaga gigi sejak kecil! 😄

BENGKEL PELAN TINDAKAN DAERAH PERKHIDMATAN PERGIGIAN DAERAH MACHANG TAHUN 2026{29 JANUARI 2026}PKD Machang telah mengada...
02/02/2026

BENGKEL PELAN TINDAKAN DAERAH PERKHIDMATAN PERGIGIAN DAERAH MACHANG TAHUN 2026

{29 JANUARI 2026}

PKD Machang telah mengadakan Bengkel Pelan Tindakan Daerah Machang kepada pegawai pergigian dan staf Pergigian Machang yang terlibat untuk menganalisis dan membincangkan pencapaian tahunan dan membentangkan perancangan perkhidmatan pada tahun 2026.

Diharapkan semua kakitangan mampu mengekalkan dan meningkatkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang.

“CIKGU, JANGAN PANIK! 30 MINIT INI BOLEH SELAMATKAN GIGI!” ⏱️🦷
29/01/2026

“CIKGU, JANGAN PANIK! 30 MINIT INI BOLEH SELAMATKAN GIGI!” ⏱️🦷

CIKGU, JANGAN PANIK! 30 MINIT PERTAMA ADALAH 'MASA EMAS'. ⏱️🦷

Pernah tak berlaku situasi cemas murid terjatuh waktu PJK atau bermain, sampai gigi kekal tercabut? Masa tu darah gemuruh, semua jadi blank.

Tahu tak, kalau kita bertindak betul dalam masa singkat, gigi tu masih ada harapan untuk diselamatkan? Tapi ramai yang tersilap langkah, ada yang pergi cuci dengan sabun, ada yang balut dengan tisu kering. 😱

Poster ini adalah panduan 'Life Saver' untuk cikgu-cikgu. Simpan siap-siap dalam ‘phone’. Malang tak berbau, sekurang-kurangnya kita bersedia.

Tolong share poster ini pada group sekolah/tadika anda. Satu share mungkin boleh selamatkan senyuman seorang kanak-kanak satu hari nanti. ❤️

Address

Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

099741467

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Machang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category