15/05/2025
Salam semua... Dengan penuh dukacitanya saya nak maklumkan ayah saya Haji Ahmad Ruslan bin Haji Amir telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi 15 Mei 2025 tadi, bersamaan 17 Zulkaedah 1446H. Sekiranya ada salah dan silap, mohon ampunkan dan mohon juga doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah 2, Taman Selasih, 68100 Kuala Lumpur dijangka selepas solat Asar nanti. Pohon sedekahkan Al-Fatihah dan doakan urusan kami di sini dipermudahkan seperti yang dirancang.
Untuk makluman juga, klinik akan TUTUP sehingga SABTU 17 Mei 2025. Terima kasih kerana memahami.