22/02/2023
Apa Itu Fibroid
Pelbagai saiz fibroid, dari saiz milimeter hinggalah blh jadi sebesar lbh 10 cm dan fibroid dinamakan mengikut lokasinya. Fibroid lazimnya tak menimbulkan apa-apa masalah sbb kadangkala kewujudannya tak disedari pun. Kalau fibroid menimbulkan masalah – masalah yg biasa adalah period banyak, period sakit (senggugut), terasa ‘benda’ menekan bahagian pundi kencing atau pd rektum menyebabkan sekejap-sekejap nak kencing, rasa nak berak tp tak kluar apa apa pun, ada juga yg melaporkan rasa sakit.
Fibroid ni berkaitan dgn hormon wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi bila sudah menopos atau putus haid, tiada bekalan hormon-hormon ini sekaligus menyebabkan saiz fibroid ni mengecut.
Tp, jika sudah putus haid, saiz fibroid tdk mengecut sebaliknya semakin besar atau bertambah-tambah jumlahnya adlh tanda-tanda tdk bagus – fibroid ini mungkin adalah jenis yang bahaya (leiomyosarcoma). -Dr Muhammad Izzat bin Abdul Razak