Klinik Medlife

Klinik Medlife Advanced Diabetes Care, Weight Management, Women Health, Knee Pain, Pregnancy, Psoriasis and more Family doctor
Dr Tengku Zuwariah Binti Tengku Yahya Shah

12/11/2025

Dah Dapat Panggilan Haji?

Ramai yang teruja bila dapat panggilan ke Tanah Suci tapi jangan lupa, perjalanan haji menuntut kekuatan fizikal dan kesihatan yang stabil.
Rasa memang teruja selepas dapat tawaran tapi ramai juga gagal saringan kesihatan dan akhirnya tak dapat berangkat.
Bila masa tu tiba, menyesal pun dah terlambat.
Pengamal perubatan/doktor akan menjalankan proses pemeriksaan kesihatan dengan sebaiknya dan mana-mana individu yang tidak melepasi proses saringan terpaksa ditangguh/tidak diluluskan perjalanan haji bagi tahun tersebut.
Jadi, kalau ada penyakit seperti jantung, diabetes, darah tinggi atau BMI melebihi 37.5, jangan tunggu hampir musim haji baru nak mula bersedia.
Mulakan langkah Aafiyat dari sekarang:
✅ Dengar nasihat dan buat pemeriksaan doktor secara berkala
✅ Makan ubat ikut jadual, jangan culas
✅ Kawal pemakanan dan berat badan
✅ Banyakkan berjalan untuk latih stamina
✅ Rehat cukup, urus stres dan tidur teratur
✅ Amalkan pemakanan sihat dan alami seperti minyak zaitun, buah, sayur & air yang cukup
✅ Kurangkan gula, lemak dan makanan proses
Ingat, ibadah haji bukan sekadar kekuatan rohani, tetapi juga ketahanan jasmani.
Kerana bila tubuh sihat, barulah setiap langkah menuju Baitullah terasa tenang dan penuh Aafiyat.

✨ Impikan badan ideal tahun ni?6 UBAT TERBAIK kami dah bantu ramai pesakit turunkan berat dengan cara selamat & berkesan...
10/11/2025

✨ Impikan badan ideal tahun ni?

6 UBAT TERBAIK kami dah bantu ramai pesakit turunkan berat dengan cara selamat & berkesan! 💊💪

👩‍⚕️ Dapatkan nasihat terus dari Doktor Medlife

📲 Tempah sesi konsultasi sekarang!

📍 KLINIK MEDLIFE SEMABOK
👉 https://wa.me/60143671824
📍 KLINIK MEDLIFE MALIM
👉 https://wa.me/60143631824

Bakal haji nak turun 15kg sahaja lagi ?ada masa 5 bulan sebelum tarikh berangkat haji ?Ada Masa ni !!!SILA DAPATKAN SESI...
06/11/2025

Bakal haji nak turun 15kg sahaja lagi ?
ada masa 5 bulan sebelum tarikh berangkat haji ?
Ada Masa ni !!!

SILA DAPATKAN SESI TEMU JANJI !!!!

06/11/2025

Found on Google from mac.org.my

Tak perlu potong usus , suntik je seminggu sekali untuk kurus
03/11/2025

Tak perlu potong usus , suntik je seminggu sekali untuk kurus

✅️ 1. Kerajaan Arab Saudi memperketatkan syarat kesihatan jemaah antarabangsa. Antaranya, jemaah yang mempunyai penyakit...
02/11/2025

✅️ 1. Kerajaan Arab Saudi memperketatkan syarat kesihatan jemaah antarabangsa.
Antaranya, jemaah yang mempunyai penyakit kronik tidak terkawal, penyakit berjangkit aktif, atau keadaan fizikal/mental yang sangat lemah tidak dibenarkan menunaikan Haji.
✅️ 2. Tujuan utama agar keselamatan, keselesaan dan kebajikan jemaah dipertingkatkan.
Ini untuk mengingatkan bahawa keadaan ibadah Haji yang menuntut fizikal, mental dan stamina tinggi (cuaca panas, ramai orang, berjalan/berdiri lama).
✅️ 3. Pengurusan kesihatan jemaah di Tanah Suci telah diubah.
Pusat rawatan oleh pihak Malaysia tidak lagi dibuka dalam penginapan jemaah; rujukan ke hospital Arab Saudi menjadi satu keperluan.
✅️ 4. Sistem saringan kesihatan bagi calon jemaah di Malaysia ikut garis panduan baharu melalui Tabung Haji & Kementerian Kesihatan Malaysia
Ini untuk memastikan hanya yang layak berdasarkan kesihatan diberikan tawaran visa Haji.

Book appointment now . Klinik Medlife Semabok Klinik Medlife Malim
30/10/2025

Book appointment now .

Klinik Medlife Semabok
Klinik Medlife Malim

28/10/2025

Ish ish ish ish ish. Influenza.

Saya nasihatkan semua patient ibu hamil saya untuk ambil vaksin influenza sebab ini sudah terbukti mengurangkan kemasukan ibu hamil ke hospital akibat deman influenza sebanyak 60%. Saya tak mahu tengok patient saya sakit, terutama sekali jika ini boleh dicegah.

Vaksin influenza ini memberi perlindungan kepada ibu hamil dan anak di dalam kandungan.

Kajian perubatan menunjukkan vaksin influenza ini mengurangkan kelahiran bayi mati atau stillbirth sebanyak tiga kali ganda.

Beberapa pesakit ibu hamil saya yang mendapat demam teruk, saya dapati pembesaran anak di dalam kandungan tergendala sebentar, selepas ibunya sihat semula, barulah saya lihat pembesaran anak kembali seperti biasa. Ramai ibu hamil juga mengadu bila ibu hamil ini demam atau tidak sihat, pergerakan anak di dalam kandungan pun berkurangan dan perlu masuk hospital untuk pantauan CTG. Ini juga sementara saja, dan bila ibu sihat semula, pergerakan anak di dalam kandungan kembali aktif.

Jika ibu hamil ambil vaksin influenza, ibu hamil ini membuat antibody untuk melawan virus influenza. Antibody ini boleh dipindahkan kepada anak di dalam kandungan melalui uri placenta untuk perlindungannya selepas dilahirkan. Anak anda dapat antibody percuma saja dari ibu, yang boleh bertahan selama lebih kurang 6 bulan. Tetapi kita mesti beri ibu masa, sekurang-kurangnya dua minggu selepas mendapat vaksin influenza untuk badan ibu bertindakbalas membuat antibody secukupnya.

Jika ibu hamil ambil vaksin influenza pada 12 minggu pertama kehamilan, perlindungan kepada bayi selepas dilahirkan ialah sebanyak 11%.

Jika ibu hamil ambil vaksin influenza pada di antara 12 dan 26 minggu kehamilan, perlindungan kepada bayi selepas dilahirkan ialah sebanyak 50%.

Jika ibu hamil ambil vaksin influenza pada trimester ketiga iaitu selepas 27 minggu kehamilan, perlindungan kepada bayi selepas dilahirkan ialah sebanyak 59%.

Jadi, janganlah teragak-agak lagi bila saya offer vaksin influenza naaaa. Ambil saja bila saya offer tau. Saya dah tak larat tengok patient kena admit masuk hospital.

Yang paling teruk ialah jika ibu hamil dapat demam influenza bila nak bersalin. Jika ibu demam dan tak sihat semasa nak bersalin, ada kemungkinan tinggi anak di dalam kandungan juga tidak sihat. Jika degupan jantung anak di dalam kandungan menjadi terlalu laju semasa labour, ada kemungkinan tinggi memerlukan pembedahan Caesarean Section. Ibu yang dapat demam influenza masa nak bersalin tu pula belum lagi membuat antibody untuk melindungi anaknya selepas dilahirkan dan kemudian bayi yang baru dilahirkan senang terjangkit virus influenza dari ibunya pula. Kesian lah kat baby jika dapat influenza sebab kurang daya ketahanan dan kekebalan immune system untuk melawan penyakit berjangkit.

Baby yang baru dilahirkan belum boleh ambil vaksin influenza. Ia hanya boleh dapat perlindungan dari influenza melalui antibody yang ia dapat dari ibunya melalui uri placenta sebelum dilahirkan atau melalui susu ibu selepas dilahirkan. Jika baby yang baru lahir dapat influenza, ia boleh dapat jangkitan paru-paru serious seperti pneumonia dan perlu dirawat di neonatal intensive care. Ini semua boleh dicegah jika ibu hamil terima vaksin influenza. Selalunya saya akan offer patient ibu hamil vaksin influenza selepas 21 minggu kehamilan dan ini sudah dicatatkan di dalam ‘antenatal care plan’ di dalam buku mengandung yang saya beri ibu bawa pulang.

Nasihat saya untuk patient ibu hamil yang sudah booking untuk bersalin dengan saya:
Jika anda patient ibu hamil saya dan anda ada demam selsema:
1) Sila datang ke emergency department di hospital DSH2, doktor medical officer di jabatan kecemasan akan menghubungi saya direct bila patient saya masuk, walaupun pukul 3 pagi.
2) Jangan masuk ke klinik saya sebab anda akan menjangkitkan semua ibu hamil di klinik saya, termasuklah ada dua orang clinic assistant saya yang hamil.
3) Jangan pergi ke clinic GP swasta. Di clinic GP tidak ada pantauan CTG untuk anak di dalam kandungan. Sila datang ke emergency department hospital saya terutama sekali jika anda patient ibu hamil saya yang berisiko tinggi.

Sekian, semoga ilmu ini bermanfaat kepada anda semua, bukan hanya untuk patient saya.

Jangan lupa, jika ada apa-apa masalah kesihatan peribadi anda sendiri, jangan minta consultancy atau pendapat perubatan di media sosial, tetapi pergilah ke klinik berjumpa dengan doktor anda sendiri untuk pemeriksaan.

Ada juga antivaxxer yang terpaling alami dan terpaling masuk syurga yang saya dulu pernah block tetapi mai juga masuk ke sini melalui fake account. Pasaipa depa nak mai balik skodeng tang sini pun saya tak tau. Orang lain yang ambil vaksin, depa yang sakit hati. Relex laa. Kalau selalu sakit hati satgi muka jadi keghedot. Macam mana nak sihat lagu tuuu…kaaannn.

Terima kasih.

27/10/2025

3 hari lepas datang seorang pesakit wanita berumur 30 an🤰
Baru je beranak bulan 3 tahun ni. Hari ni datang klinik mengandung balik, dah 3 bulan kandungannya 😮‍💨
Bila tanya pakai perancang tak? Tersengih-sengih macam siput sedut 🙃
“Tak pakai doktor. Suami tak izinkan.”
“Lepas tu puan pun memang nak mengandung lagi la ni?”
“Ya doktor. Dah rezeki nak buat macam mana.” - balas dia sambil tersenyum malu.
Haa tepuk 🤦‍♂️ Anak bongsu baru 6 bulan, menyusu dada lagi weh. Tiba-tiba dah nak dapat baby baru 😂 Ikutkan ni anak nombor 5 dah ni.
Tapi hari ni datang balik, si ibu komplen pendarahan. Scan punya scan janin ada tapi degupan jantung tak kelihatan 🙃
3 hari lepas comel je jantung baby ‘dup dap dup dap’ 💔 Hari ni dah tiada. Terus senyuman bertukar menjadi tangisan.
“Kiranya saya ni gugur ke doktor?” 😭
Ya. Diagnosis Missed Misscarriage - terus rujuk pakar sakit puan.

Poor spacing @ kehamilan jarak dekat memang berisiko untuk:
🚫 gugur
🚫 kelahiran pra-matang
🚫 bayi kecil atau kurang berat
🚫 pre-eclampsia
Sebab tu nak cantik jarak nak mengandung lagi sekurang-kurangnya 2 tahun.
Badan masih belum pulih sepenuhnya, rahim pun baru nak rehat, tapi suami dah mula buat projek baru ‼️
Tolonglah, tubuh wanita bukan mesin 😡
Kalau isteri jatuh sakit nanti, siapa yang susah? Suami juga yang pening. Lepas tu pura-pura terkejut macam tak tahu punca 😒
Atau memang sengaja? Nak pasang lain mungkin? 🫣
💢 Bila cakap je pasal family planning, semua pakat tengok isteri je.
Isteri lah kena makan pil, cucuk depo, pakai implanon, pasang IUCD.
Suami? Lepas tangan 🙃 Padahal kondom ada.
Bang, bini kau hari-hari kena telan hormon, period tunggang-langgang, berat naik, mood swing, risiko darah beku lagi.
Kau? Tak nak pakai kondom sebab tak ‘selesa’.
Jangan double standard, bang. Anak tu projek berdua, planning pun kena sama-sama. Sedap pun kena sama-sama.
Ni tak. Kau selesa, kau sedap, lepas tu bini derita. Orang sebegini tak layak dipanggil suami, tapi 🐷
Nak anak ramai boleh, tapi biarlah berjarak – sekurang-kurangnya 2 tahun untuk kesihatan ibu & anak.
🧠 Tolonglah otak tu pakai sikit. Family planning tu wujud untuk jaga kesihatan isteri dan anak. Bagi masa untuk badan dia pulih.
⚠️ Ingat mengandung, beranak tu tak sakit ke bang? Kau sedap-sedap 5 minit, bini menanggung beban 9 bulan.
Dah la bila mengandung kena datang klinik, tunggu giliran berjam-jam. Dah beranak, kena tadah telinga pula doktor bebel sebab tak merancang. Suami? Batang hidung pun tak nampak 🤦‍♂️
Bila isteri balik rumah cakap doktor suruh merancang - kau jawab anak rezeki Tuhan, tak perlu merancang.
Tapi kau silap, merancang juga rezeki – rezeki untuk:
✅ isteri sihat
✅ anak cukup susu
✅ keluarga bahagia.
Isteri pula takut dituduh derhaka, takut suami curang - tunaikan je la hasrat suami keparat sebegini. Entah-entah nanti sakit, suami cari lain juga 😂
Isteri pun jangan la jadi dayus. Kena reti bezakan mana yang perlu taat & tak. Kalau tak tahu Tanyalah Ustaz di TV9.
Sayang isteri tu jangan setakat masa malam, bukan sekadar beli barang je 🙃 Family planning tu juga tanda sayang & bertanggungjawab.
Jadi macam mana nak elakkan benda macam ni terjadi? Semuanya kena bermula sebelum kahwin:
✅ Tekankan bab family planning dalam slot kesihatan kursus kahwin.
✅ Bakal suami isteri perlu bincang bab family planning semasa sesi taaruf @ tunang. Bukan nak sibuk bab honeymoon, majlis semata. Benda ni bukan taboo tapi penting untuk masa depan.
✅ Redflag kalau lelaki selalu chat lucah atau pasal sex, bukan pasal family planning. Kalau dia cakna bab family planning, itu bermakna dia berfikiran terkehadapan.
✅ Family planning bukan sekadar bilangan anak, tapi merangkumi kewangan, pendidikan dll.

Bila periksa latar belakang suami isteri ni, dua-dua bijak pandai, ada ijazah lagi 🙃 tapi bab family planning ke laut rupanya.
Betullah ilmu bukan diukur berdasarkan segulung ijazah tapi berdasarkan beramal atau tidak, tibah.
Irfan Tajol,
Kontraktor Keluarga Percuma.

For more information, please contact us:Klinik Medlife Malim: 0143631824Klinik Medlife Semabok: 0143671824
17/10/2025

For more information, please contact us:

Klinik Medlife Malim: 0143631824
Klinik Medlife Semabok: 0143671824

Address

No. G-11, Blok Dahlia 2, Jalan Zahir 6, Taman Malim Jaya
Malacca City
75250

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60143631824

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Medlife posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Medlife:

Share

Share on Facebook Share on Twitter Share on LinkedIn
Share on Pinterest Share on Reddit Share via Email
Share on WhatsApp Share on Instagram Share on Telegram

Category